Imunisasi cegah tifoid/demam kepialu

Vaksin pencegah kepialu

Pengenalan

Vaksinasi adalah sebahagian dari proses untuk melengkapkan imunisasi individu dengan menggunakan produk vaksin agar dengan itu individu berkenaan mendapat imuniti terhadap penyakit yang disasarkan.

Vaksinasi Tifoid

Adalah proses melengkapkan imunisasi individu dengan menggunakan vaksin yang khusus agar individu berkenaan memperoleh imuniti terhadap jangkitan kuman Salmonella enterica serotip typhi iaitu penyebab demam kepialu.

Antara vaksin yang digunakan ialah Typhim Vi. Kandungannya adalah polisakarida dari kuman tifoid -- strain TY2. Lihat imej contoh vaksin di bawah ini.

contoh vaksin

Contoh vaksin"

Indikasi/kegunaan

Penerima vaksin mestilah berusia 2 tahun dan ke atas. Penerima vaksin akan mendapat imuniti yang membolehkanya lebih bersedia untuk berdepan dengan demam kepialu atau mengurangkan kebarangkalian untuk dia menyebarkan penyakit tersebut.

Kumpulan sasar

Dalam konteks awam, sasarannya adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan sektor pengendalian makanan komersil (seperti penghidang, pencuci dan tukang masak), warga di kawasan wabak kepialu, pengunjung, pengembara atau pelancong ke kawasan yang ada kes/wabak.

Kaedah

Vaksin biasanya disuntik ke bahagian bahu.

Segi Tiga Bahu Kawasan Suntikan

Kawasan segitiga sesuai untuk vaksinasi

Efek sampingan:

Jarang berlaku. Kalau ada, ianya mungkin berupa lebam, kemerah2an, gatal atau rasa sakit.

Bahu bengkak

Kesan reaksi setempat

Rawatan:

Tuam dengan ais dan ambil ubat.

Dokumen Sah Vaksinasi:

Ada tertera nombor lot produk dan tampalan stiker produk.

Tempoh sah sijil untuk imunisasi ini adalah 3 tahun.

Simpan sijil pengesahan imunisasi untuk pemeriksaan pihak berwajib.

Dokumen pengesahan

Dokumen pengesahan: tertera No. Lot vaksin dan stiker produk.

Last-Modified: Thursday, 9 December 2021 17:09:56 GMT

Home 🏠

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri


Kuiz Baru
Kuiz-33

Imej janaan di bawah adalah menyerupai kerlipan bintang-bintang di langit. Bintang-bintang ini mengeluarkan kerlipan dalam berbagai warna (biru, putih, merah dll.) Kenyataan yang benar mengenai warna-warna bintang adalah:


Kerlipan Bintang





Last-Modified: Thursday 30 September 2021 18:00:09 GMT

Kuiz-32

Imej di bawah adalah mesin pemekat oksigen yang mampu memekatkan oksigen dalam udara di sekeliling. Sebelum gas oksigen pekat di salurkan kepada pengguna, ia akan terlebih dahulu dialirkan ke dalam bekas plastik berisi air (anak panah biru). Tujuan gas oksigen dialirkan ke dalam air adalah untuk:


Pemekat oksigen





Last-Modified: Jumaat 24 September 2021 18:00:09 GMT

Kuiz-31

Imej bawah ini menggambarkan molekul-molekul gas iaitu Nitrogen (N2), oksigen (O2), Argon (Arg), helium (He), wap air, dll. yang terdapat dalam udara ambien. Semua molekul-molekul yang bergerak secara rawak. Kenyataan yang benar tentang gas-gas berkenaan adalah:


Ar
H2O
He
CO2
O2
N2





Last-Modified: Thursday, 30 September 2021 18:00:09 GMT


Diminati