Gambaran Kosmos Ibarat Cerita Si Buta Dan Seekor Gajah

Oleh: Infomedikini


Kosmologi adalah pengetahuan tentang asal usul dan evolusi Kosmos atau istilah lainnya adalah Sekalian Alam.


Kosmos adalah ruang angkasa yang menempatkan bumi, bulan, planet-planet, matahari, bintang-bintang dan galaksi-galaksi.


Istilah lain bagi Kosmos adalah Universe. Lain-lain unsur dalam Universe adalah ruang, masa dan tenaga (energi).


Si Buta Dan Seekor Gajah


Pemahaman tentang asal usul dan evolusi Kosmos yang semata-mata berlandaskan akal lojik dan maklumat terhad dari sebahagian kecil Kosmos adalah ibarat cerita Si Buta yang cuba mendapatkan gambaran susuk seekor gajah hanya dengan memegang bahagian tertentu haiwan berkenaan dan tidak seluruh susuk gajah tadi. Si Buta tadi akan hanya mendapat gambaran yang salah.


Kosmos adalah terlalu-terlalu luas dan kandungannya pula adalah tersangat-tersangat banyak dan kompleks. Ia boleh dibaratkan sebagai sebuah bangunan pencakar langit puluhan tingkat tingginya yang tidak mampu ditinjau dan diperiksa dari bilik ke bilik dan tingkat demi tingkat.


Lohong hitam

Lohong hitam atau black hole. Penghargaan buat: Pasukan EHT


Terjemahan ayat al-Quran berkaitan:


Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). Surah Al-Baqarah 2:22.


Manfaat Kosmologi


Kosmologi adalah subjek berat yang membebankan akal fikir. Dengan adanya kefahaman yang betul tentang Kosmos, apa jua teori dan pandangan-pandangan yang bertentangan dengan fakta dan keterangan dalam al-Quran akan dapat ditapis dan seterusnya dibuang.


Terjemahan ayat al-Quran berkaitan:


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Surah A-li'Imraan 3:191


Asal Usul Kosmos


Fakta-fakta penting tentang Kosmos banyak terdapat dalam al-Quran. Kosmos adalah ciptaan Allah SWT dan siap dalam enam masa.


Terjemahan ayat al-Quran berkaitan:


Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia. Surah Al-Baqarah 2:117.


Terjemahan ayat al-Quran berkaitan:


Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. Surah Al-A'raaf 7:54.


Lihat Dengan Mata Kepala


Untuk memahami sesuatu yang kompleks, misteri dan ghaib bukanlah senang. Ia adalah satu bebanan buat akal. Al-Quran terlebih dahulu merumuskan fakta tepat tentang Kosmos ia itu sebelum tanggapan bumi sebagai rata bertukar kepada tanggapan bumi adalah sebenarnya bulat. Langit adalah indah di pandang mata terutama di waktu malam tapi lebih indah jika dipandang dengan mata dan 'kepala'.


Terjemahan ayat al-Quran berkaitan:


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; A-li'Imraan 3:190.


Galaksi


Komponen utama Kosmos adalah galaksi-galaksi dalam bilangan tidak terkira. Satu daripada galaksi berkenaan adalah Bima Sakti yang menempatkan bumi, bulan, batu-batan angkasa, matahari, bintang dan black hole.


Galaksi terdekat masih terlalu jauh dari bumi. Adalah mustahil untuk melihat sebuah galaksi jiran dari jarak yang dekat dan bagi galaksi yang jauh, imej pandang dekat adalah mustahil untuk dirakam.


Foto Dan Imej


Imej bagi sebahagian kecil dari Universe adalah bahan tatapan yang dikagumi. Apa-apa sahaja yang berada di sebahagian besar Universe tak mungkin dapat ditatap sampai bila-bila.


Meskipun imej seluruh Universe mustahil dapat ditatap, anggap sahaja imej yang tiada itu sebagai sama seperti imej-imej yang sudah ada.


Susun Atur Dan Pergerakan


Ibarat lawatan ke muzium, gambaran susun atur dan koleksi-koleksi pameran yang tidak sempat dilawati masih boleh digambarkan dalam kepala dengan membaca buku panduan dan melihat peta susun atur bahan-bahan pameran.


Pendekatan sama terpakai untuk kefahaman tentang Kosmos. Al-Quran mengandungi keterangan dan maklumat yang membolehkan akal fikir mendapat gambaran tentang asal usul, susun atur, pencahayaan dan pergerakan Kosmos.


Terjemahan ayat al-Quran berkaitan:


Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). Surah Al-Anbiyaa'- 21:33.


Terjemahan ayat al-Quran berkaitan:


Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. Surah Yaa Siin - 36:39-40.


Terjemahan ayat al-Quran berkaitan:


Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Al-Baqarah 2:29.


Terjemahan ayat al-Quran berkaitan:


Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan: Al-Baqarah 2:107.


Rumusan: Kejadian Kosmos adalah ditakdirkan, bukan dari evolusi. Kosmos adalah dibawah penguasaan dan pentadbiran Allah SWT.


Bulan berputar sambil mengelilingi bumi atas landasannya, bumi berputar pada paksinya sambil mengelilingi matahari atas landasannya. Semuanya bergerak atas satah yang sama. Bila ketiga-tiganya bergerak secara sistematik dan ikut landasan, lahirlah pergerakan yang harmonis hinggakan perlanggaran antara bulan, bumi dan matahari tidak berlaku dalam Sistem Solar


Dari segi pencahayaan, tidak timbul isu bahagian mana bumi yang mendapat cahaya terlebih dahulu dan yang mana kemudian kerana objek yang berputar pada paksinya akan menjadi terang dan gelap secara bersilih ganti. Justeru malam tidak mendahului siang dan siang tidak mendahului malam.


Sistem Solar


Planet-planet


Sistem Solar: Matahari jadi pusat bagi gerakan membulat atau gerakan mengeliling yang disempurnakan oleh bulan, bumi dan planet-planet. Sumber imej: NASA


Putaran galaksi

Galaksi berpusar dan galaksi juga turut mara.


Templat Kosmos


Komponen utama Universe adalah berbilion-bilion galaksi yang berpusar dan bergerak maju dengan arah tertentu tanpa henti. Pergeseran dan perlanggaran pastinya boleh berlaku jika pergerakan galaksi adalah secara rawak.


Namun setelah berbilion tahun cahaya berlalu bilangan imej galaksi yang berlanggar sesama sendiri adalah terlalu kecil.


Lojiknya hanya susun atur dan pergerakan yang sama seperti Sistem Solar yang dapat mengharmoniskan pergerakan-pergerakan berbilion galaksi. Jika benar, Sistem Solar adalah templat bagi seluruh Universe dan sebab itulah sistem ini diperjelaskan dan diperincikan dalam al-Quran!?


Tawaf Rentas Kosmos


Bumi adalah sebahagian dari Universe. Apa saja yang ada di atas bumi adalah juga sebahagian dari Universe.


PerkataanTawaf dari sudut linguistik, adalah berasal dari perkataan Arab iaitu Taafa. Secara teknikalnya ia merujuk kepada pergerakan mengelilingi sesuatu ikut landasan sebanyak satu pusingan. Atau dalam konteks ibadah ialah mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh pusingan.


Terjemahan ayat al-Quran berkaitan:


Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud". Al-Baqarah 2:125.


Tawaf adalah pergerakan yang paling lancar, harmonis dan selamat untuk ribuan jemaah atau pengunjung ke suatu tempat.


Bila diperhatikan corak pergerakan dalam Tawaf dan pergerakan bulan mengelilingi bumi, bumi mengelilingi matahari, bintang mengelilingi pusat galaksi dan galaksi mengelilingi pusat Universe, boleh nampak persamaannya.


Makanya, dari aspek linguistik dan teknikal, akal fikir akan menyimpul bahawa gerak Tawaf adalah bersifat rentas Kosmos.


Dengan mengambil kira elektron juga mempamerkan gerak tawaf mengelilingi nukleus, tidak salah mengatakan bahawa gerak Tawaf adalah trade mark Universe.


Atom

Elektron bergerak dalam bulatan mengelilingi nukleus seperti Sistem Solar dan gerak Tawaf


awan elektron

Awan elektron menampakkan imej gerak Tawaf mengelilingi nukleus.


pusaran air di laut

Pusaran air laut: gerak tawaf air laut berperanan untuk mengurangkan suhu laut yang meningkat angkara tangan perosak.


Ikan bertawaf

Ikan seolah-olah sedar akan gerakan harmonis yang terhasil dari gerak tawaf


Ikan seolah-olah sedar akan gerakan harmonis yang terhasil dari gerak tawaf

Kesesakan Jejas Gerak Tawaf


Bila bilangan jemaah meningkat tetapi keluasan ruang Tawaf tidak meningkat selari, akan berlaku kesesakan yang mampu menjejaskan kelancaran dan keharmonisan ibadah Tawaf. Projek Makkah 2050 adalah solusinya.


Kaaba

Makkah 2050: Mengurangkan kesesakan dengan membina laluan Tawaf bertingkat.


Kuasa Vorteks


Bila air dan udara panas mempamerkan gerak Tawaf, akan terbentuklah kolum vorteks yang memiliki kuasa sedutan sama seperi sedutan pembersih hampagas.


Pusaran air

Pusaran Air: objek berhampiran akan di sedut ke arah pusat pusaran.


Eye of cyclone


Eye of cyclone: kuasa sedutan puting beliung yang terbentuk mampu menerbangkan objek berat. Kejadian yang ada kaitan dengan pemanasan global?


Spinning black hole


Pusaran black hole: Berperanan sebagai pembersih hampagas angkasa dari sisa-sisa dan serpihan-serpihan bintang dan galaksi.


Pergeseran galaksi

Pergeseran dua galaksi. Serpihan-serpihan dari pergeseran galaksi adalah unsur-unsur yang mengganggu kelancaran dan keharmonisan Kosmos.


Kesimpulan


Bila kefahaman bergantung pada imej komputer dan bukan imej mata kasar, sentuhan skrin dan bukan sentuhan fizikal, ia mungkin betul dan mungkin tidak. Akhirnya hanya ada akal fikir untuk mengiakan yang benar dan menidakkan yang salah.


Last-Modified: Thursday, 9 December 2021 17:09:56 GMT


Home🏠

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri


Kuiz Baru
Kuiz-33

Imej janaan di bawah adalah menyerupai kerlipan bintang-bintang di langit. Bintang-bintang ini mengeluarkan kerlipan dalam berbagai warna (biru, putih, merah dll.) Kenyataan yang benar mengenai warna-warna bintang adalah:


Kerlipan Bintang





Last-Modified: Thursday 30 September 2021 18:00:09 GMT

Kuiz-32

Imej di bawah adalah mesin pemekat oksigen yang mampu memekatkan oksigen dalam udara di sekeliling. Sebelum gas oksigen pekat di salurkan kepada pengguna, ia akan terlebih dahulu dialirkan ke dalam bekas plastik berisi air (anak panah biru). Tujuan gas oksigen dialirkan ke dalam air adalah untuk:


Pemekat oksigen





Last-Modified: Jumaat 24 September 2021 18:00:09 GMT

Kuiz-31

Imej bawah ini menggambarkan molekul-molekul gas iaitu Nitrogen (N2), oksigen (O2), Argon (Arg), helium (He), wap air, dll. yang terdapat dalam udara ambien. Semua molekul-molekul yang bergerak secara rawak. Kenyataan yang benar tentang gas-gas berkenaan adalah:


Ar
H2O
He
CO2
O2
N2





Last-Modified: Thursday, 30 September 2021 18:00:09 GMT


Diminati