Pengenalan:

Satu soalan yang tidak susah untuk dijawab adalah apakah itu ubat? Ubat adalah dadah atau lain-lain bahan yang ada efek fisiologikal dan berupaya mengawal, merawat atau mencegah penyakit.


Komposisi ubat boleh dibahagikan kepada dua iaitu komposisi aktif dan komposisi tidak aktif. Bahan aktif ubat adalah terdiri daripada sebatian biokimia atau campuran beberapa sebatian kimia.


Ubat jenama adalah produk yang dipatenkanhak mengeluarkan barang ciptaan sendiri utk beberapa tahun dan orang lain dilarang menirunya. dan dihasilkan oleh syarikat yang diberikan hak pemilikan ke atas paten berkenaan.


Sementara ubat generik pula adalah diproduksikan oleh pihak yang meskipun bukan pemilik paten tetapi bila tempoh yang diperuntukkan bagi pemilikan paten tersebut telah berakhir, pihak ini sudah boleh menghasilkan ubat generik yang mana kandungan bahan aktifnya adalah setara atau hampir-hampir setara dengan ubat jenama.


Efek Samping Ubat

Kedua-dua bahan aktif dan tidak aktif dalam ubat boleh mendatangkan kesan baik dan kesan buruk. Kesan buruk ubat juga dikenali sebagai kesan samping iaitu efek yang tidak dimahukan daripada sesuatu ubat.


Oleh kerana kandungan bahan aktif dalam ubat jenama dan ubat generik adalah sama atau hampir-hampir sama, kedua-duanya bukan sahaja sama dari segi kemujaraban, kesan sampingan kedua-duanya juga tidak jauh berbeza.


Walau bagaimana pun tidak semua pengguna ubat akan mendapat kesan sampingan. Hanya pengguna yang rentan terhadap efek sampingan sesuatu ubat itu sahaja yang akan terkesan.


Ubat dan Pemanduan

Pandu adalah diertikan sebagai perbuatan mengendali dan mengoperasi kenderaan bermotor. Selain faktor kenderaan, faktor jalanraya dan faktor trafik, pemanduan yang lancar dan selamat juga memerlukan pemandu sentiasa berada dalam keadaan sedar, segar, cergas, cerdas dan cekap.


Sebelum diselubungi oleh persepsi negatif terhadap ubat, fahamilah bahawa kebanyakan ubat-ubat yang diambil sebenarnya tidaklah menjejaskan pemanduan. Namun USFDAhttps://www.fda.gov/some-medicines-and-driving-dont-mix berpandangan bahawa semakan perlu dibuat bagi memastikan yang ianya adalah betul-betul selamat.


"If you’re taking a medication, is it safe to drive? Most likely, yes. Still, the USFDAU.S. Food and Drug Administration advises you to make sure before operating any type of vehicle, whether a car, bus, train, plane, or boat."

USFDA adalah agensi yang berkait rapat dengan kegunaan dan keselamatan ubat-ubatan. Dalam konteks efek sampingan ubat-ubatan, mereka adalah ibarat 'Jauhari yang kenal Manikam'.


Cara Mana Ubat Jejas Pemanduan

Ungkapan "Don't drink and drive" adalah ungkapan yang indah. Diungkap secara literal ia adalah peringatan iaitu jangan meminum air ketika memandu kerana meminum air ketika memandu akan meningkatkan risiko perlanggaran dan kalau diungkap secara kiasan adalah juga satu peringatan iaitu jangan mengambil minuman yang memabukkan kalau mahu memandu kerana risiko kemalangan bagi pemanduan dalam keadaan mabuk adalah tinggi.


Dalam konteks yang sama ungkapan "Jangan ambil ubat dan pandu" adalah juga ungkapan yang indah iaitu boleh difahami secara literal dan secara kiasan. Kefahaman literal bagi ungkapan tersebut adalah satu bentuk peringatan agar jangan meminum ubat ketika memandu kerana perbuatan sebegitu akan mengalihkan tumpuan terhadap apa yang ada di hadapan kenderaan. Sedangkan pemahaman berkias bagi ungkapan ini adalah satu bentuk peringatan iaitu jangan mengambil sembarangan ubat kalau mahu memandu kerana efek-efek sampingan ubat yang diambil itu mampu menjejaskan kebolehan sesuatu pemanduan.


Sebelum terlajak memikirkan yang serong-serong ketahuilah juga bahawa tidak semua ubat perlu dielakkan ketika memandu. Sesungguhnya maklumat-maklumat tentang sama ada sesuatu ubat itu memberi kesan atau tidak memberi kesan ke atas pemanduan adalah boleh didapatkan dalam kertas sebaran yang terkandung dalam kotak pembungkusan ubat. Cumanya bahasa yang digunakan adalah Bahasa Inggeris meskipun bahasa utama bagi majoriti pengguna adalah Bahasa Melayu. Harapannya ialah maklumat dan amaran yang amat penting itu tidak terus menyampingkan Bahasa Melayu.


Efek-efek sampingan yang relevan untuk diketahui adalah:

  • Mengantuk
  • Khayal
  • Pening
  • Tidak tenteram
  • Lemah otot dan anggota
  • Hilang fokus
  • Hipoglisemia
  • Halusinasipengalaman melihat, mendengar, merasai dsb sesuatu yg sebenar­nya tidak wujud, akibat gangguan kesihatan atau fikiran, atau kerana pengambilan dadah
  • Hilang Ingatan
  • Pitam
  • Kabur penglihatan

Kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan berat harus dipandu oleh mereka yang benar-benar layak bagi meminimumkan risiko kemalangan. Apa jua ubat yang tersenarai sebagai boleh menjejaskan keselamatan pemanduan yang sekiranya diambil secara berkala adalah wajib bagi maklumat mengenainya dimaklumkan kepada jabatan yang berkaitan supaya tindakan susulan dapat dilakukan bagi meminimumkan risiko.


Kalau selama ini hanya di peringkat permohonan lesen PSVPublic Service Vehicles dan GDLGoods Driver's License yang mewajibkan pemakluman ubat-ubatan tersenarai yang diambil secara berkala atau berterusan, jangkaan selepas ini adalah kewajipan tersebut perlu diperluaskan.


Sebagai contoh ada negara yang bukan saja memandang berat akan hal pemakluman ubat malah pengabaian dalam hal sedemikian tidak langsung dikompromikan dan

petikanhttps://www.gov.uk/driving-medical-conditions di bawah ini adalah gambaran betapa seriusnya aspek ini diberikan penekanan.
"You can be fined up to £1,000 if you don’t tell DVLADriver and Vehicle Licensing Agency UK about a medical condition that affects your driving. You may be prosecuted if you’re involved in an accident as a result."

Ubat-Ubat Yang Membahayakan Pemanduan

Ubat-ubat yang menjejaskan pemanduan adalah kebanyakannya ubat-ubat yang mempunyai efek fisiologikal dan efek sampingan yang 'menekan' menekan saraf pusat lalu mengubah status-status berikut: sedar jadi mengantuk, segar jadi lesu, cergas jadi lemah, cerdas jadi keliru serta pelupa dan cekap jadi kekok. Dalam keadaan mengantuk, lesu, lemah, keliru, lupa dan kekok maka pemanduan tidak lagi dapat dikendalikan dan dikawal dengan sempurna dan risiko adalah jelas iaitu 'berdentum'.


Sebagai panduan, berikut adalah senarai kumpulan-kumpulan ubat-ubat preskripsi dan ubat OTC yang diketahui boleh memberikan kesan negatif terhadap pemanduan:


  1. Ubat pelega kesakitan mengandungi opiod -- menyerupai opium, candu atau madat.
  2. Ubat yang dipreskripsi bagi melegakan kerisauan, bimbang, cemas dan kuathir: contohnya benzodiazepina.
  3. Ubat anti-sawan atau anti-epilepsi.
  4. Dadah antipsikotik
  5. Beberapa ubat-ubatan antidepresan
  6. Produk mengandungi kodeina.
  7. Beberapa ubat rawatan selesema dan alergi seperti antihistamina yang dipreskripsi dan atas kaunter atau OTC.
  8. Pil pencepat tidur.
  9. Insulin dan ubat diabetes oral.
  10. Ubat pengendur otot.
  11. Ubat yang mengawal dan melegakan simptom diarea.
  12. Ubat bagi merawat dan mencegah mabuk gerak: mabuk darat, mabuk laut dan mabuk udara.
  13. Pil-pil diet.
  14. Dadah- dadah perangsang seperti kafeina, efedrina, pseudoefedrina.

Amfetamina

Asalnya adalah ubat yang digunakan bagi merawat beberapa jenis penyakit tetapi bila bertukar menjadi metamfetamina dan ketagihan yang kuat membuatkan ubat ini berakhir dengan penyalahgunaan yang konon-kononnya untuk tujuan rekreasi. Kesan sampingan ubat ini yang boleh menganggu pemanduan adalah lemah tubuh badan, kabur penglihatan, psikosis dan sawan.


Pengambilan amfetamina meningkatkan risikohttps://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/road-traffic-injuries kemalangan jalanraya sebanyak 5 kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengambil amfetamina.

Pil Sedatif Hipnotik

Selalunya ubat sedatif-hipnotik adalah digunakan bagi merawat penyakit insomniasukar tidur dan tidur tidak panjang. Pil ini lebih dikenali sebagai pil penidur. Ia dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti dalam carta pokok di bawah ini.


Klik semua kotak-kotak kecil dalam carta pokok bagi membuka fakta-fakta asas tentang pembahagian ubat sedatif-hipnotik:


  • Pil Penidur:
  • 1. Benzodiazepina
  • 2. Barbiturat
  • 3. Sebatian-Z
  • 1. Contoh Benzodiazepina:
  • 1.1. xanax
  • 1.2. ativan
  • 2. Contoh sebatian-Z:
  • 2.1. zolpidem
  • 2.2. zopiclone

Punca utama kemalangan yang dikaitkan dengan pil penidur adalah mengantuk. Punca-punca tambahan adalah efek sedatif yang berpanjangan hingga ke hari esok, hilang fokus, kurang pertimbangan, halusinasi, lemah anggota badan dan kelambatan tindakbalas. Memandu dalam tidur atau sleep driving adalah perkara pelik yang meskipun jarang berlaku tetapi benar-benar boleh berlaku dengan ubat sedatif.


Meskipun risiko kemalangan tidak setinggi amfetamin, kajian mendapati penggunaan ubat penidur terutama kepada pengguna baharu akan menaikkan risikohttps://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4504291/ kemalangan sebanyak 2 kali ganda.


Antihistamina

Ubat yang mengandungi antihistamina adalah digunakan untuk merawat berbagai jenis alahan atau alergi seperti alahan hidung, resdung, alahan mata, alahan kulit, alahan makanan, alahan ubat, alahan gigitan serangga, alahan sengatan serangga, batuk alahan dan selesema alahan. Ubat ini seringkali ditambah ke dalam ubat selesema dan ubat batuk.


Selain daripada kegunaan ikut label ubat antihistamina juga digunakan 'tidak ikut label' atau off-label termasuklah bagi pencegahan mabuk gerak atau dalam bahasa Indonesia dan Brunei adalah mabuk perjalanan. Kegunaan yang meluas ini bermakna ubat antihistamina adalah digunakan oleh ramai orang.


Ubat antihistamina boleh di bahagikan kepada ubat jenama dan ubat generik ubat lama dan ubat baru dan akhirnya adalah sama ada ubat berkenaan boleh menyebabkan mengantuk atau tidak mengantuk. Sentuh semua kotak-kotak kecil dalam rajah pokok di bawah ini bagi melihat klasifikasi ubat ini yang diringkaskan:


  • Klasifikasi Antihistamina:
  • 1. Ubat Jenama
  • 2. Ubat Generik
  • 1. Contoh Ubat Jenama:
  • 1.1. Cetrizine
  • 1.2. Loratadine
  • 2. Contoh Ubat Generik:
  • 2.1. Dipenhydramine
  • 2.2. Chlorphenamine
  • Lama (a) dan Baru (b):
  • a.1. Ubat lama mengantuk
  • b.1. Ubat baru kurang mengantuk

Efek sampingan ubat ini yang boleh menjejaskan kecekapan pemanduan dan meningkatkan risiko kemalangan adalah mengantuk, kelambatan dalam bertindakbalas, ganguan tumpuan, tidak dapat berfikir secara jelas dan mudah keliru. Untuk mengurang risiko, baca di sinihttps://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4504291/ dan fahamkan lebih lanjut tentang ubat ini beserta amaran yang dicetak pada kertas sebaran sebelum ubat ini digunakan.


Bila membabitkan ubat berisiko itu dan ini dan digunakan oleh ramai pengguna, adapun maklumat tentang apa yang boleh, apa yang tidak boleh dan apa yang perlu dielakkan adalah harus dipermudahkan kefahaman mengenainya agar lebih ramai pengguna sedar tentang risiko dan bagaimana hendak mengelak atau mengurangkannya:


1. Usah mengambil ubat antihistamina bersama-sama dengan minuman beralkohol, ubat penenang, dan pil-pil cepat tidur kerana campuran sebegitu akan meningkatkan efek sedatif atau efek mengantuk antihistamina.


2. Jangan ingat ubat generasi baru adalah "tidak mengantuk" kerana fakta yang betul adalah "kurang mengantuk" saja. Lagipun ada ubat baru yang diperkuatkan dengan penambahan ubat lama yang boleh menyebabkan mengantuk.


3. Tak perlu berasa malu untuk mendapatkan nasihat tentang kesan sampingan ubat daripada pihak yang berkaitan. Ini kerana kesan sampingan ubat yang berlainan kelas adalah tidak sama.


4. Sedarlah bahawa ada antara kesan mengantuk ubat-ubat ini yang boleh berlarutan selama beberapa jam atau sampai keesokan harinya.


5. Ubat antihistamina elok dielakkan kalau simptom asal yang hendak dirawat seperti gatal dan selesema adalah tidak mengganggu pemanduan bagi mengelak situasi "tidak sakit kenapa cari sakit" daripada berlaku. Tetapi kalau simptom asal adalah mengganggu pemanduan, ambillah antihistamina dengan efek mengantuk lebih rendah.


6. Seberapa boleh gunakan dos ubat paling paling rendah tetapi masih mampu memberi kelegaan pada simptom asal supaya dalam masa sama perasaan mengantuk diminimumkan.


7. Kalau ubat antihistamina oral adalah terlalu mengantuk, beralihlah kepada ubat yang boleh disemburkan ke dalam hidung.


8. Anjakkan pengambilan ubat ke waktu lewat petang atau awal malam agar tidak mengantuk di waktu siang tetapi dapat tidur nyenyak pada malam harinya dengan bantuan antihistamina tadi.


9. Bila satu ubat yang diambil mengandungi antihistamina, pastikan ubat-ubat lain adalah tidak mengandungi antihistamina juga.


Ubat Dan Halusinasi

Cerita tentang adanya kereta terbabas apabila pemandu ternampak sesuatu objek atas jalanraya adalah sering kali ditularkan. Ia mungkin cerita benar, mungkin sekadar imaginasi atau mungkin ada kaitan dengan halusinasi.pengalaman melihat, mendengar, merasai dsb sesuatu yg sebenarnya tidak wujud.


Halusinasi boleh dipuncakan oleh ubat-ubatan seperti ubat penidur, ubat sakit jiwa, ubat penenang, ubat epilepsi dan ubat yang jarang-jarang kali menjadi punca adalah antibiotik sefalosporin dan antibiotik dari kumpulan sulfa.


Pengabaian Amaran

Amaran adalah peringatan keras untuk dipedulikan. Sikap tidak peduli boleh membawa padah. Berikut adalah contoh amaran pada kertas sebaran ubat yang ada kaitan dengan aspek keselamatan pemanduan.


1. "Do not drive or operate heavy machinery." Amaran ini tidak boleh dipandang ringan terutama kepada ubat penidur, ubat selesema, ubat batuk dan ubat alergi yang meskipun dibeli di kaunter ubat (OTC) namun amaran ini adalah terpakai juga. Lagipun dos pertama ubat mungkin belum boleh menampakkan apa-apa kesan buruk tetapi kesan buruk mungkin akan muncul selepas dos kedua atau ketiga. Justeru adalah lebih baik berwaspada sebelum terkena.


2. "Do not drink alcoholic beverages while taking this medicine." Pengguna ubat OTC mungkin beranggapan amaran ini tidak kaitan dengan ubat OTC sedangkan anggapan itu adalah tidak benar. Apa yang benar adalah bila alkohol bercampur dengan ubat preskripsi dan ubat OTC seperti ubat selesema, ubat batuk dan ubat alergi, campuran tadi boleh menyebabkan kekeliruan dan pengantukan yang terlampau.


Lingkaran Ganas

Tidak ada hasil usaha manusia yang berakhir dengan kesempurnaan dan ini termasuklah usaha menuju kemajuan. Bila dah maju, mulalah sibuk ke sana dan sibuk ke sini: waktu dikejar-kejar, material dikejar-kejar dan status dikejar-kejar. Kesibukan dan persaingan secara tidak langsung menimbulkan stres iaitu stres luaran dan dalaman. Stres perlu ditangani namun kebanyakannya mengikuti jalan pintas yang menghasilkan stres yang baru pula. Ini bermakna dalam konteks jajaran 'stres-rawat-stres baru', satu lingkaran terbentuk dan ia adalah ganas dan payah pula untuk menjedakannya.


Kemaskini: June 3, 2020


­čĆáHome

Ulasan

Covid-19
Pandemik
Bahasa Malaysia
logo Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Solidariti, Solidariti, Solidariti

27 Oktober, 2020

Baca seterusnya

Graf kumulatif mingguan Covid-19 global


Graf di atas adalah kes kumulatif mingguan COVID-19 global.


Musim panas yang baru berlalu gagal dimanfaatkan untuk melandaikan graf berkenaan.


Graf kumulatif mingguan bagi Brazil


graf kumulatif mingguan bagi India


Pun begitu India yang berada di tangga ke-2 dan Brazil di tangga ke-3 bagi jumlah kes positif global telah menampakkan perkembangan positif iaitu bergerak melepasi puncak tertinggi dan terus bergerak secara menurun.


Dalam masa yang sama, AS dan Eropah yang baru menghabiskan musim panas tanpa CMO/PKP tidak berkongsi perkembangan positif seperti mana yang dicapai di India dan Brazil sebaliknya graf mereka (AS dan Eropah) bergerak ke atas secara eksponen.


Graf kumulatif mingguan Eropah


Respons WHO berhubung peningkatan kes positif di Eropah adalah: "jangan putus asa, teruskan usaha kesihatan awam dan kekalkan "solidariti" × 3.


Halaman Utama
Vaksin dan picagari

Penawar COVID-19 Masih Didambakan

27 Oktober, 2020

Baca seterusnya

Dalam tempoh 6 bulan selepas ujikaji terapeutik terbesar di dunia iaitu Solidarity Therapeutics Trial bermula, ia telah berjaya menghasilkan bukti-bukti konklusif tentang keberkesanan ubat-ubatan bagi merawat COVID-19.


Keputusan interim daripada Solidarity Therapeutics Trial kelolaan WHO itu telah menunjukkan bahawa ubat-ubat berikut: iaitu remdesivir, hydroxychloroquine, lopinavir/ritonavir dan interferon sama ada memilki sedikit saja keberkesanan atau tiada kesan langsung ke atas mortaliti 28 hari atau paras kesembuhan pesakit.


Kajian di 30 buah negara itu adalah bertujuan bagi melihat keberkesanan beberapa jenis rawatan terhadap aspek-aspek seperti mortaliti keseluruhan, bila prosedur ventilasi bermula dan jangka masa pesakit berada di hospital.


Progres yang dicapai oleh Solidarity Therapeutics Trial menunjukkan kajian antarabangsa waima dalam situasi pandemik bukanlah suatu yang mustahil untuk dilaksanakan


Seterusnya platform berskala global seperti Solidarity Trial adalah bersedia untuk menilai secara pantas mana-mana rawatan-rawatan baru yang berpotensi di 500 buah hospital yang mengambil bahagian.


Terbaru, beberapa lagi ubat antiviral, immunomodulators dan antibodi monoklonal anti-SARS COV-2 sedang dipertimbangkan untuk dinilai.


Halaman Utama
Jumlah kes bagi Sabah dan Malaysia

Sabah Terus Mencatatkan Kes Positif Harian Tertinggi

27 Oktober, 2020

Baca seterusnya

Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu 927 kes (74.8 peratus) pada 26 Oktober, 2020. Jumlah ini melonjak berikutan kes positif di Penjara Kepayan iaitu 439 kes.


Daripada jumlah tersebut, 30 kes adalah daripada kluster baharu iaitu Kluster Kapor.


Jumlah keseluruhan kes positif di Sabah setakat 26 Oktober, 2020 adalah sebanyak 12,745.


Berikutan dengan itu lebih banyak pengesanan kes secara aktif bakal dijalankan di negeri Sabah. Selain itu, mobilisasi petugas kesihatan dilaksanakan bagi membantu usaha saringan di lapangan dan juga rawatan perubatan.


Aspek logistik dan penghantaran sampel juga telah ditambah baik bagi membolehkan keputusan ujian RTK-Ag dan RT-PCR dapat diperoleh pada kadar lebih cepat.


Halaman Utama
Termometer inframerah

Kesan Negatif Penggunaan Termometer Inframerah

4 Ogos, 2020

Baca seterusnya

Termometer inframerah tanpa sentuh bukanlah alat penembak dan tidak memancarkan radiasi. Ia direkabentuk untuk mengesan dan menyerap isyarat sinaran inframerah dari permukaan kulit yang diubah menjadi isyarat elektrik.


Litar elektronik di dalam termometer ini memproses isyarat elektrik tersebut untukmenentukan suhu tubuh manusia yang diukur dan memaparkannya di skrin paparan. Oleh kerana termometer inframerah tidak memancarkan radiasi berbahaya, ianya selamat untuk digunakan.


Termometer berjenama

English
DNA repairs occurs at specific loci of the neuronal cell

Specific Neuronal Loci For Repairs of Damaged DNA Identified

Sunday, 28 March 2021

Baca seterusnya

Researchers at the 1National Institutes of Health (NIH) have discovered specific regions within the DNA of neurons that accumulate a certain type of damage (called single-strand breaks or SSBs).


Location of DNA repair inside the neuron cells

Imej 1. Sel-sel neuron berwarna jingga. DNA berwarna hijau dan proses pembaikan berwarna kuning.


This accumulation of SSBs appears to be unique to neurons, and it challenges what is generally understood about the cause of DNA damage and its potential implications in neurodegenerative diseases.


Because neurons require considerable amounts of oxygen to function properly, they are exposed to high levels of free radicals—toxic compounds that can damage DNA within cells.


Normally, this damage occurs randomly. However, in this study, damage within neurons was often found within specific regions of DNA called “enhancers” that control the activity of nearby genes.


Last-Modified: Sunday, 28 March 2021 22:04:33 GMT


Halaman Utama
Ubat-ubatan jenis NSAIDs

NSAIDs may cause rare kidney problems in unborn babies

26 Ogos, 2020

Baca seterusnya

The U.S. Food and Drug Administration (FDA) is warning that use of nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) around 20 weeks or later in pregnancy may cause rare but serious kidney problems in an unborn baby.


This can lead to low levels of amniotic fluid surrounding the baby and possible complications.


NSAIDs are commonly used to relieve pain and reduce fevers. They include medicines such as aspirin, ibuprofen, naproxen, diclofenac, and celecoxib.


After around 20 weeks of pregnancy, the unborn babies’ kidneys produce most of the amniotic fluid, so kidney problems can lead to low levels of this fluid.


Amniotic fluid provides a protective cushion and helps the unborn babies’ lungs, digestive system, and muscles develop.


Although this safety concern is well known among certain medical specialties, we wanted to communicate our recommendations more widely to educate other health care professionals and pregnant women.


This issue affects all NSAIDs that are available by prescription and those that can be bought over-the-counter (OTC) without a prescription - CDC.


Halaman Utama: home
Vaksin dalam botolnya

Vaccine: Progress on COVAX

26 Ogos, 2020

Baca seterusnya

At present there are nine vaccines that are part of this dynamic portfolio; which is constantly being reviewed and optimised to ensure access to the best possible range of products.


Even now, discussions are ongoing with four more producers.


And a further nine vaccines are currently under evaluation for the longer term.

Investing in the COVAX Facility is the fastest way to end this pandemic and ensure a sustainable economic recovery.


Through the allocation framework, COVAX will ensure that low-, middle- and high-income countries all receive the vaccine in a timely way as soon as there is supply of a safe and effective vaccine.


The success of the COVAX Facility hinges not only on countries signing up to it, but also filling key funding gaps for both the research and development work and to support lower-income economies within the facility.


A number of vaccines are now in the final stage of clinical trials and we all hope we will have multiple successful candidates that are both safe and effective.


Our only way out of this pandemic is together.


Halaman Utama: home
Virus dilihat bawah elektron mikroskop

COVID-19: Airborne transmission

26 Julai, 2020

Baca seterusnya

Airborne transmission of SARS-CoV-2 can occur during medical procedures that generate aerosols (“aerosol generating procedures”). WHO, together with the scientific community, has been actively discussing and evaluating whether SARS-CoV-2 may also spread through aerosols in the absence of aerosol generating procedures, particularly in indoor settings with poor ventilation.


Thus, a susceptible person could inhale aerosols, and could become infected if the aerosols contain the virus in sufficient quantity to cause infection within the recipient. However, the proportion of exhaled droplet nuclei or of respiratory droplets that evaporate to generate aerosols, and the infectious dose of viable SARS-CoV-2 required to cause infection in another person are not known, but it has been studied for other respiratory viruses.


To date, transmission of SARS-CoV-2 by this type of aerosol route has not been demonstrated; much more research is needed given the possible implications of such route of transmission.


Recent clinical reports of health workers exposed to COVID-19 index cases, not in the presence of aerosol-generating procedures, found no nosocomial transmission when contact and droplet precautions were appropriately used, including the wearing of medical masks as a component of the personal protective equipment (PPE). These observations suggest that aerosol transmission did not occur in this context.


Further studies are needed to determine whether it is possible to detect viable SARS-CoV-2 in air samples from settings where no procedures that generate aerosols are performed and what role aerosols might play in transmission.


Outside of medical facilities, some outbreak reports related to indoor crowded spaces have suggested the possibility of aerosol transmission, combined with droplet transmission, for example, during choir practice, in restaurants or in fitness classes. In these events, short-range aerosol transmission, particularly in specific indoor locations, such as crowded and inadequately ventilated spaces over a prolonged period of time with infected persons cannot be ruled out.


However, the detailed investigations of these clusters suggest that droplet and fomite transmission could also explain human-to-human transmission within these clusters. Further, the close contact environments of these clusters may have facilitated transmission from a small number of cases to many other people (e.g., superspreading event), especially if hand hygiene was not performed and masks were not used when physical distancing was not maintained.


Halaman Utama: home
Pakai pelitup muka

Use of Cloth Face Coverings to Help Slow the Spread of COVID-19

21 Julai, 2020

Baca seterusnya

COVID-19 spreads mainly from person to person through respiratory droplets produced when an infected person coughs, sneezes, talks, or raises their voice (e.g., while shouting, chanting, or singing). These droplets can land in the mouths or noses of people who are nearby or possibly be inhaled into the lungs.

Recent studies show that a significant portion of individuals with COVID-19 lack symptoms (are “asymptomatic”) and that even those who eventually develop symptoms (are “pre-symptomatic”) can transmit the virus to others before showing symptoms.

To reduce the spread of COVID-19, CDC recommends that people wear cloth face coverings in public settings when around people outside of their household, especially when other social distancing measures are difficult to maintain.

Why it is important to wear a cloth face covering

Cloth face coverings may help prevent people who have COVID-19 from spreading the virus to others. Wearing a cloth face covering will help protect people around you, including those at higher risk of severe illness from COVID-19 and workers who frequently come into close contact with other people (e.g., in stores and restaurants).

Cloth face coverings are most likely to reduce the spread of COVID-19 when they are widely used by people in public settings. The spread of COVID-19 can be reduced when cloth face coverings are used along with other preventive measures, including social distancing, frequent handwashing, and cleaning and disinfecting frequently touched surfaces.

Halaman Utama: home
Kuiz Baru

INFOMEDIKINII

Kuiz-27

Vaksin COVID-19

Location of DNA repair inside the neuron cells


Vaksin COVID-19 berguna dalam perkara-perkara berikut kecuali:






Last-Modified: Monday, 29 March 2021 21:00:09 GMT

Kuiz-26

mRNA


Imej mRNA
Sumber: Curevac


Berikut adalah penyataan yang salah mengenai vaksin mRNA COVID-19:






Last-Modified: Monday, 29 March 2021 21:00:09 GMT

Kuiz-25

Video di bawah ini adalah gambaran yang acap kali dipamerkan oleh layout semasa meluncuri laman sesawang.

Kenyataan yang betul tentang video tersebut adalah:





Last-Modified: Wednesday, 7 April 2021 23:00:09 GMT

Kuiz-24



Imej di atas adalah sebahagian daripada Sistem Solar. Kenyataan yang benar mengenai sistem ini adalah:






Kuiz-23

Sekiranya butang A, B dan C diklik sekali atau berulang-ulang kali, anda akan lihat susunan asal angka-angka itu bertukar kepada susunan yang baru dan tertentu.









Adapun kenyataan yang betul bagi setiap susunan-susunan baru itu adalah:





Kuiz-22

R-naught

R naught


R-naught adalah bilangan individu-individu yang bakal dijangkiti oleh satu kes positif. Kenyataan yang benar tentang R-naught adalah:





Last-Modified Friday, 5 March 2021 14:04:00 GMT

Statistik
COVID 19
Global (April 3):
130,329,376 kes(+)
Maut Sedunia:
2,839,716 kes
France:
4,802,463 kes(+)
India:
12,392,260 kes(+)
Brazil:
12,910,082 kes(+)
Amerika:
30,609,693 kes(+)
Diminati