* { box-sizing: border-box; } /* Create two equal columns that floats next to each other */ .column_gga { float: left; width: 50%; padding: 5px; } /* Clear floats after the columns */ .row:after { content: ""; display: table; clear: both; } /* Responsive layout - makes the two columns stack on top of each other instead of next to each other */ @media screen and (max-width: 600px) { .column_gga { width: 100%; }} .tooltip { position: relative; display: inline-block; border-bottom: 2px solid white; } .tooltip .tooltiptext { visibility: hidden; width: 150px; height:auto; font-size:13px; background-color: white; color: black; text-align: center; border:2px solid cyan; border-radius: 6px; padding: 5px 10px; position: absolute; z-index: 1; bottom: 125%; left: 50%; margin-left: -60px; opacity: 0; transition: opacity 0.3s; } .tooltip .tooltiptext::after { content: ""; position: absolute; top: 100%; left: 50%; margin-left: -5px; border-width: 5px; border-style: solid; border-color: #555 transparent transparent transparent; } .tooltip:hover .tooltiptext { visibility: visible; opacity: 1; } p3 {color: white;} .tusif {color: gold;}

Melepaskan batuk di tangga tidak selesaikan isu tusif yang berpanjangan


1. Sistem Respiratori Dan Tusif

Sistem pernafasan atau nama lain baginya adalah sistem respiratori adalah sama seperti lain-lain sistem dalam badan yang disempurnakan pembentukannya dengan adanya ciri-ciri tertentu termasuklah keupayaan untuk memberikan perlindungan kepada sistem berkenaan.


imej paru-paru

Imej paru-paru


Sistem respiratori 'bekerja' secara berterusan tanpa henti untuk membawa masuk udara ke dalam paru-paru. Kemasukan udara tanpa henti ini akan mendedahkan saluran pernafasan kepada benda-benda dan bahan-bahan yang terkandung dalam udara seperti habuk, debu, partikel, gas, asap, debunga, kulat, hama, kuman dan sebagainya.

Benda-benda dan bahan-bahan ini akan menyebabkan pencemaran dan menimbulkan masalah kepada sistem paru-paru dan oleh itu ianya perlulah sama ada dihalang, ditapis atau di hambur keluar dengan kaedah-kaedah seperti bersinbersin adalah letusan udara melalui hidung yang dirangsang oleh iritasi dan batuk yang juga dikenali sebagai tusif.

Batuk adalah bunyi meletus yang terhasil dalam sistem respiratori apabila udara dalam paru-paru ditolak keluar dengan berkuasa melalui saluran pernafasan dan mulut.

Batuk boleh berlaku secara involuntari iaitu otomatik atau voluntari iaitu tidak otomatik. Voluntari bermakna batuk boleh dibuat-buat. Involuntari bermakna ada rangsangan yang akan mencetuskan batuk.

Sungguhpun batuk adalah involuntari yakni bersifat otomatik namun bila batuk dianggap menggangu sesuatu majlis misalnya, inhibisi batuk iaitu menahan batuk secara voluntari masih boleh dilakukan.


2. Mekanisma Tusif

Tusif atau batuk dicetus dan digarap oleh lengkungan saraf periferi dan pusat. Mekanisma batuk bermula di reseptor batuk. Reseptor batuk di tempatkan di bahagian tertentu saluran pernafasan. Reseptor ini juga ditempatkan di sebelah luar dari saluran pernafasan iaitu di esofagus (sistem penghadaman) dan di perikardium (sistem kardiovaskular).

Reseptor yang dirangsang oleh kahak misalnya akan menghantar input kepada pusat batuk untuk diproses dan outputnya akan merangsang otot-otot interkostal dan diafragma supaya berkontraksi dengan berkuasa dan pantas.


lokasi reseptor batuk

Lokasi reseptor-reseptor batuk


Seterusnya kontraksi otot-otot interkostal dan diafragma akan meningkatkan tekanan udara di dalam dada lalu menolak udara keluar dari paru-paru menerusi saluran pernafasan dan mulut dengan deras dan kerkuasa dan bunyi-bunyian yang terhasil adalah dikenali sebagai batuk.


3. Baik Dan Buruk

Pergerakan udara yang laju yang dikuasakan oleh batuk mampu menolak keluar unsur-unsur dalaman seperti kahak dan unsur-unsur luaran yang masuk ke dalam saluran pernafasan seperti terhidu asap dan habuk, tercekik pepejal atau tersedak minuman. Dengan itu dari sudut yang positif, batuk membantu saluran pernafasan agar sentiasa lawas dan bebas daripada mukus, kahak, kuman, iritan dan sebagainya.

Peranan positif batuk boleh bertukar menjadi peranan yang negatif apakala benda yang dibatukkan adalah kuman. Udara yang dicemari oleh kuman-kuman ini boleh menyebarkan kuman-kuman tersebut bila diinhalasi oleh audien-audien yang berdekatan.

Justeru keperluan untuk mengurangkan bilangan kuman penyebab penyakit daripada saluran respiratori menerusi batuk harus diimbangi dengan kesedaran bahawa batuk yang sama juga bakal menyebarkan kuman di udara.

Dalam konteks ini, keseimbangan yang dimaksudkan itu boleh dicapai dengan penggunaan topeng muka Face mask 3 lapis dan seumpamanya. yang sesuai dan terbukti berkesan dalam mengurangkan risiko penyebaran kuman daripada individu ke dalam udara di sekelilingnya.


4. Jenis-jenis Tusif:

Bilangan aduan atau keluhan tentang adanya batuk atau tusif adalah merupakan aduan atau keluhan yang terbanyak disampaikan di klinik-klinik biasa yang membabitkan sistem respiratori. Namun batuk bukanlah petanda atau diagnosa sesuatu penyakit. Ia adalah sekadar simptom semata-mata.

Sungguhpun batuk adalah sekadar gejala, karekter dan kualiti tertentu yang diperdengarkan oleh batuk yang berlainan jenis dapat memberikan petunjuk tentang punca permasalahan.

Jenis-jenis batuk adalah: batuk kokol, batuk berdehit, batuk kosong, batuk berkahak, batuk paroksisma, batuk bertalu-talu dan batuk menyalak. Berikut adalah audio-audio yang berkaitan:


  • Batuk kokol: Adalah batuk bersiri yang diselangi oleh bunyi kokol. Whooping cough (pertussis)

  • Batuk berdehit: Setiap letusan batuk diikuti oleh bunyi wheezing.

  • Batuk paroksisma:
    Adalah batuk yang berulang-ulang dan intensiti batuk meningkat dari satu batuk ke satu batuk yang berikutnya.

  • Batuk bertalu-talu: Batuk jenis ini dikenali dengan bunyi yang berulang-ulang dengan begitu pantas.
  • Batuk Salakan: Adalah batuk yang mengeluarkan bunyi paling kuat.

5. Punca-punca Tusif

Seperti yang diterangkan sebelum ini iaitu rangsangan terhadap reseptor batuk oleh benda-benda yang terdapat di dalam udara adalah punca berlakuknya batuk. Selain daripada itu, batuk juga boleh dicetuskan oleh perkara-perkara berikut:


  • Cecair resdung dari hidung yang menitisPost-nasal drip lalu membasahi kerongkong.
  • Pembalikan ke atas oleh asid dan cecair gaster ke dalam esofagus yang berlaku pada GERD.Gastroesophageal reflux disease
  • Pengumpulan cecair dalam paru-paru disebabkan oleh kontraksi jantung yang lemah.
  • Konstriksi brokus dan produksi mukus susulan penggunaan ubat-ubatan untuk merawat hipertensi.
  • Ransangan pada telinga luar apakala saraf vagus eferens terlebih sensitif.

6. Durasi Tusif

Kebanyakan batuk adalah akut iaitu berdurasi atau berjangka masa yang pendek iaitu selama beberapa hari hingga 3 minggu lamanya. Batuk kronik adalah yang berdurasi lebih dari 8 minggu lamanya. Sementara batuk sub akut adalah berdurasi di pertengahan3 hingga 8 minggu antara akut dan kronik.


7. Prinsip Dan Pilihan Anti-Tusif

Prinsip yang perlu digenggam dalam mendepani batuk adalah berimbang iaitu mengekalkan peranan refleksi saraf yang terlibat dalam produksi batuk dengan tidak menghentikan batuk sepenuhnya tetapi tidak juga membiarkan batuk berleluasa hingga menyebarkan kuman kedalam udara.

Batuk adalah satu gangguan terhadap kotak suara, kerongkong, komunikasi, konsentrasi, sosial dan tidur. Memandangkan batuk adalah semata-mata simptom maka apapun ubat batuk yang dipilih yang mendapat kelegaan hanyalah simptom batuk sahaja.

Justeru ubat batuk atau ubat anti-tusif yang mana satu yang hendak digunakan bukanlah kritikal. Namun maklumat tentang apa yang mampu dilakukan oleh sesuatu ubat batuk akan memudahkan proses memilih ubat batuk yang sesuai dengan jenis-jenis batuk yang dihidapi:


  • Ubat batuk yang bertindak dengan menekan pusat batuk. Boleh menyebabkan perasaan mengatuk.
  • Sirap ubat batuk yang mampu menenangkan reseptor batuk. Diminum tanpa air untuk berkesan.
  • Ekspektoran mencampurkan ubat batuk No: 1 dengan pencair kahak.
  • Campuran 2 dalam 1, 3 dalam 1 dan seterusnya.

Kanak-kanak lebih sensitif kepada kesan sampingan ubat batuk. Pilihan yang betul ialah tiada ubat batuk OTCOver-the-counter yang sesuai dan berkesan yang boleh melegakan batuk pada kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke bawah.


8. Herba Dan Ekstrak

Penggunaan produk tradisional bagi melegakan batuk adalah amalan yang merentasi zaman dan akan terus menjadi amalan yang wajar. Produk seperti herba, ekstrak, pati dan jus adalah digunakan secara berasingan atau boleh digabungkan dengan lain-lain produk bagi mendapatkan nilai tambah.


1. Kamfor (Cinnamomum camphora) adalah kompaun organik. Minyak kampfor dieksrak daripada kulit pokok kamfor. Ia adalah salah satu bahan aktif dalam ubat batuk.


daun pokok camphor

Daun pokok kamfor laurel


2. Minyak kayu putih dari pokok eucalyptus adalah salah satu sebatian dalam ubat batuk. Ia memberikan rasa dingin dan berangin pada saluran pernafasan


Daun eucalyptus


3. Mentol dalam daun pudina bertindak secara merangsang reseptor dingin. Ia memberikan rasa lega, dingin dan berangin. Meskipun di hidu, kesan sampingan tetap ada.


daun pudina

Daun pudina


4. Kebaikan dan keberkesanan madu bagi melegakan batuk telah lama dibuktikan. Nilai tambahan akan terhasil bila madu digabungkan dengan cuka kurma dan habbatus sauda. Cumanya pemberian madu kepada kanak-kanak berusia bawah 1 tahun adalah tidak digalakkan.

5. Kapsaisin yang terkandung dalam cili terbukti dapat melegakan batuk kronik dengan cara mengurangkan sensitiviti reseptor batuk. Kapsaisin boleh didapati dalam bentuk serbuk dan dikapsulkan.


kapsaisin cili

Cili kaya dengan kapsaisin


6. Halia mengandungi bahan anti-radang yang dapat melegakan batuk kosong atau batuk berdehit. Cumanya dalam kes tertentu halia boleh mengganggu perut dan menyebabkan pedih di hulu hati.


Last-Modified: Monday, 13 December 2020


Home🏠

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

AKAN DATANG

Animasi elektromagnetik dan fotoelektrik: artikel mengenai foton dan perubatan akan muncul tak lama lagi.

Efek Fotoelektrik

Oleh Infomedikini

Anod Katod - + Wayar Bateri Meter Amp Ulang

Animasi fotoelektrik

Animasi penjanaan X-ray

Oleh Infomedikini

Pecutan elektron Elektron Nukleus X-ray Ulang Maaf, browser anda tidak menyokong SVG
Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri