Bila Bulan Bicara Sendiri

Biar bulan bicara sendiri


Oleh Infomedikini


Bulan biasanya berwarna putih berkilau-kilauan. Bulan tidak menghasilkan cahaya tetapi cahaya yang terpancar daripada permukaan bulan adalah cahaya matahari yang dipantulkan ke arah bumi.


bulan penuh

Bulan Purnama Putih Berkilau


Bila cahaya daripada bulan melalui atmosfera bumi sebahagiannya akan diserap atau diserakkan oleh partikel dan molekul gas dalam atmosfera. Namun cahaya bulan yang tidak di serakkan atau diserapkan itulah yang menampakkan bulan berwarna putih dan berkilau.


Warna-Warna Bulan


Namun bulan juga boleh berwarna lain daripada yang biasa dilihat. Selain daripada putih berkilau bulan juga boleh berwarna kemerah-merahan atau berwarna oren. Perubahan warna ini adalah di sebabkan oleh peningkatan bilangan molekul-molekul terutama partikel-partikel berjirim dalam atmosfera.


Bulan oren

Bulan Berwarna Oren Pada 9/9/2019 jam 19:00 Di Perak


Ini bermakna bulan akan berwarna merah dan oren kalau atmosfera dipenuhi oleh wap-wap air seperti selepas hujan, ketika adanya kabus yang tebal atau adanya pencemaran udara yang teruk sama ada dicemari oleh asap dari kilang, permotoran atau pembakaran hutan.

Akhir sekali, warna bulan boleh juga berubah sekiranya ia berada hampir kepada garisan horizon.


Pencakar Langit Kena Tempias


Di bawah ini adalah satu foto KLCC yang diambil dari lebuh raya DUKE pada tanggal 8/9/2019, jam 2.30 petang. Cuaca pada ketika itu adalah cerah tetapi hujan turun renyai-renyai.


Menara KLCC

Menara KLCC pada 8/9/2019


Kebiasaanya imej KLCC nampak jelas pada waktu yang sama pada hari-hari biasa jika di lihat dari lebuh raya berkenaan.


Persoalaannya adalah apakah yang membuatkan imej Menara Berkembar nampak kelam dan kabur. Apakah disebabkan oleh cuaca mendung, kabus, asbut atau jerebu?


Sebelum sampai di situ, yakni sebelum sampai kepada jawapannya, hayatilah lirik-lirik ini:


Biar bulan bicara sendiri
Meminta jerebu berlalu pergi
Cukuplah sampai di sini
Hanya bintang sebagai saksi


Memandangkan tuding-menuding ke arah asal usul jerebu tidak mampu mendatangkan jawapan yang meyakinkan maka sudah sampai masanya untuk mencari satu kaedah paling tuntas yang dapat mengesan asal usul sesuatu pencemaran udara hingga tidak dapat dipertikai lagi.


Last-Modified: Wednesday, 15 December 2021


Home🏠

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri


Kuiz Baru
Kuiz-33

Imej janaan di bawah adalah menyerupai kerlipan bintang-bintang di langit. Bintang-bintang ini mengeluarkan kerlipan dalam berbagai warna (biru, putih, merah dll.) Kenyataan yang benar mengenai warna-warna bintang adalah:


Kerlipan Bintang





Last-Modified: Thursday 30 September 2021 18:00:09 GMT

Kuiz-32

Imej di bawah adalah mesin pemekat oksigen yang mampu memekatkan oksigen dalam udara di sekeliling. Sebelum gas oksigen pekat di salurkan kepada pengguna, ia akan terlebih dahulu dialirkan ke dalam bekas plastik berisi air (anak panah biru). Tujuan gas oksigen dialirkan ke dalam air adalah untuk:


Pemekat oksigen





Last-Modified: Jumaat 24 September 2021 18:00:09 GMT

Kuiz-31

Imej bawah ini menggambarkan molekul-molekul gas iaitu Nitrogen (N2), oksigen (O2), Argon (Arg), helium (He), wap air, dll. yang terdapat dalam udara ambien. Semua molekul-molekul yang bergerak secara rawak. Kenyataan yang benar tentang gas-gas berkenaan adalah:


Ar
H2O
He
CO2
O2
N2





Last-Modified: Thursday, 30 September 2021 18:00:09 GMT


Diminati