Diabetes: Perkembangan Terbaru Berkenaan GLP-1

Kini Sudah Ada GLP-1 Jenis Makan Bagi Merawat DM2!

Sebelum ini ubat GLP-1 yang digunakan bagi merawat diabetes adalah jenis suntikan sahaja dan tiada dalam bentuk oral.

×

GLP-1

Singkatan bagi glucagon-like peptide agonis.
Analog GLP-1 digunakan bagi merawat DM2 tetapi dalam bentuk suntikan sahaja.

    Contoh GLP-1 adalah:
  • Exenatide (Byetta, Bydureon), mula digunakan pada 2005/2012
  • Liraglutide (Victoza, Saxenda) mula digunakan pada 2010.
  • Lixisenatide (Lyxumia), mula digunakan pada 2016
  • Albiglutide (Tanzeum), mula digunakan pada 2014.
  • Dulaglutide (Trulicity), mula digunakan pada 2014.
  • Semaglutide (ozempic), mula digunakan pada 2017.

Kini, Pentadbir Makanan dan Dadah Amerika atau USFDA telah meluluskan ubat tablet GLP-1 bagi mempertingkatkan kawalan paras gula dalam darah untuk golongan dewasa yang menghidapi diabetes jenis 2. Nama jenama bagi tablet ini adalah Rybelsus dan nama generiknya pula adalah semaglutide.

GLP-1 adalah akronim bagi glucagon-like peptide iaitu ubat bukan insulin yang menggunakan kaedah suntikan bagi merawat diabetes jenis 2 (DM2). Dengan adanya Rybelsus maka pesakit yang memerlukan rawatan GLP-1 mempunyai opsyen untuk mendapatkan sama ada GLP-1 jenis oral atau jenis suntikan.

Diabetes jenis 2 adalah yang paling ramai dihidapi berbanding diabetes jenis 1. Diabetes jenis 2 berlaku bila organ bernama pankreas tidak dapat membuat insulin yang secukupnya bagi mengawal paras gula darah agar berada pada paras yang normal.

    Cara GLP-1 mengawal paras gula darah adalah:
  • Memperlahankan penghadaman.
  • Menghalang hati daripada mengeluarkan terlalu banyak gula.
  • Membantu pankreas menghasilkan insulin bila diperlukan.

Rybelsus perlu diambil 30 minit sebelum sarapan pagi dengan sedikit air kosong iaitu tidak melebihi 120ml. Kajian mendapati penggunaan ubat ini meskipun secara bersendirian dapat menurunkan paras HbA1c dengan signifikannya.

×

HbA1c

Hemoglobin A1c diringkaskan sebagai HbA1c
Ia adalah sejenis hemoglobin "glycated" yang terikat pada glukosa.
Paras HbA1c adalah indikator bagi kawalan glukosa darah untuk tempoh beberapa minggu sebelum itu.

Keterangan lanjut terutamanya berkaitan dengan kesan sampingan ubat boleh dibaca di sini open_in_new dan sini open_in_new.

Home🏠

Ulasan

Kuiz 2

Yang mana satukah bukan unit tekanan darah?

psi


mmHg


KPI


kPa


cm blood


Kuiz-3

Yang mana satukah bukan indeks berkaitan jerebu?

IPU


AQI


API


IPT


Kuiz Gambar-2

Di bawah ini adalah perbandingan saiz beberapa jenis partikel.

Berdasarkan imej di atas berapakah saiz partikel jerebu yang diukur dalam IPU?

95 mikron


10 milimeter


2.5 mikron


95 mikron


2.5 milimeter


Kuiz Gambar-3

Imej di bawah ini ada kaitan dengan kerja-kerja NASA.

Imej apakah itu?

×

When Galaxies
Collide

This interacting pair of galaxies is included in Arp's catalog of peculiar galaxies as number 148. Arp 148 is the staggering aftermath of an encounter between two galaxies, resulting in a ring-shaped galaxy and a long-tailed companion. The collision between the two parent galaxies produced a shockwave effect that first drew matter into the center and then caused it to propagate outwards in a ring.

The elongated companion perpendicular to the ring suggests that Arp 148 is a unique snapshot of an ongoing collision. Infrared observations reveal a strong obscuration region that appears as a dark dust lane across the nucleus in optical light. Arp 148 is nicknamed Mayall's object and is located in the constellation of Ursa Major, the Great Bear, approximately 500 million light-years away.