Sebelum ini ubat GLP-1 yang digunakan bagi merawat diabetes adalah jenis suntikan sahaja dan tiada dalam bentuk oral.
Contoh-contoh GLP-1:
Generik | Trademark | Tahun |
---|---|---|
Exenatide | Bydureon | 2005 |
Liraglutide | Victoza | 2010 |
Joe | Swanson | 2010 |
Lixisenatide | Lyxumia | 2016 |
Albiglutide | Tanzeum | 2014 |
Dulaglutide | Trulicity | 2014 |
Semaglutide | ozempic | 2017 |
Tablet
Kini, Pentadbir Makanan dan Dadah Amerika atau USFDA telah meluluskan ubat tablet GLP-1 bagi mempertingkatkan kawalan paras gula dalam darah untuk golongan dewasa yang menghidapi diabetes jenis 2. Nama jenama bagi tablet ini adalah Rybelsus dan nama generiknya pula adalah semaglutide.
Tablet Rybelsus keluaran Novo Nordisk
GLP-1 adalah akronim bagi glucagon-like peptide iaitu ubat bukan insulin yang menggunakan kaedah suntikan bagi merawat diabetes jenis 2 (DM2). Dengan adanya Rybelsus maka pesakit yang memerlukan rawatan GLP-1 mempunyai opsyen untuk mendapatkan sama ada GLP-1 jenis oral atau jenis suntikan.
GLP-1 jenis suntikan
Diabetes jenis 2 adalah yang paling ramai dihidapi berbanding diabetes jenis 1. Diabetes jenis 2 berlaku bila organ bernama pankreas tidak dapat membuat insulin yang secukupnya bagi mengawal paras gula darah agar berada pada paras yang normal.
Cara GLP-1 mengawal paras gula darah adalah:
1. Memperlahankan penghadaman.
2. Menghalang hati daripada mengeluarkan terlalu banyak gula.
3. Membantu pankreas menghasilkan insulin bila diperlukan.
HbA1c
Rybelsus perlu diambil 30 minit sebelum sarapan pagi dengan sedikit air kosong iaitu tidak melebihi 120ml. Kajian mendapati penggunaan ubat ini meskipun secara bersendirian dapat menurunkan paras HbA1c.
Hemoglobin A1c diringkaskan sebagai HbA1c
Ia adalah sejenis hemoglobin "glycated" yang terikat pada glukosa. Paras HbA1c adalah indikator bagi kawalan glukosa darah untuk tempoh beberapa minggu sebelum itu.
Keterangan lanjut terutamanya berkaitan dengan kesan sampingan ubat boleh dibaca di laman sesawang berikut:
1. Rawatan GLP 1 secara oral yang pertama: https://www.fda.gov/news-events/press-announcements/fda-approves-first-oral-glp-1-treatment-type-2-diabetes
2. Keterangan mengenai Rybelsus: https://www.rxlist.com/rybelsus-drug.htm#description
Last-Modified: Thursday, 18 February 2021 20:08:34 GMT
Home🏠
Ulasan