Bila Senjata Makan Tuan, Kekalkan Atau Ubah Pendekatan?


Perumpamaan:


Senjata makan tuan adalah satu bidalan. Ia boleh diertikan sebagai strategi, pendekatan, kaedah atau kelebihan yang di gunakan bagi menghasilkan sesuatu yangt positif tetapi dek tersalah guna, tersalah langkah atau kurang berkesan hasilnya adalah negatif hingga menyusahkan diri sendiri.


Contoh Senjata Makan Tuan


Ada banyak contoh klasik bagi perumpamaan senjata makan tuan. Contoh yang penulis hendak tampilkan adalah contoh kontemporari metafora. Contoh yang dimaksudkan adalah terapi antibiotik iaitu sejenis bahan yang mampu menumpaskan bakteria. Makanya dalam konteks antibiotik, pengguna dan kuman jenis bakteria: antibiotik adalah ibarat senjata metafora, pengguna adalah tuan dan bakteria adalah musuh.


Antibiotik Lawan Bakteria


Imej-imej di bawah ini adalah antibiotik dan bakteria. Meskipun realitinya berlainan saiz tetapi secara kebetulan dari segi bentuk kedua-duanya adalah nampak sama sahaja dan seolah-olah kedua-duanya adalah seteru yang secara metaforikalnya adalah sama taraf.


Antibiotik

kapsul antibiotik

Bakteria

Imej sejenis bakteria iaitu E. coli


Musuh Azali


Bakteria adalah sejenis mikrob yang hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bahagian badan haiwan atau manusia yang diserang atau dijangkiti oleh bakteria akan mengalami kerosakan dan penderitaan. Justeru bakteria adalah musuh mikroskopik yang perlu ditentang dengan senjata bersesuaian dan seampuh yang boleh.


Bakteria Bangkit


Hakikatnya bakteria bukanlah mikrob lengai dan lalai hingga mudah ditundukkan tanpa ia memberikan tentangan balas. Antibiotik sepatutnya adalah senjata konvensional metafora yang cukup ampuh untuk menewaskan jangkitan bakteria. Namun bakteria tidak mudah mengalah sebaliknya mampu melawan dan bangkit. Bakteria yang sepatutnya tidak kebal yakni lut antibiotik tetapi bila bakteria bangkit ia tidak lagi lut yakni kebal terhadap efek antibiotik.


Kerintangan Antibiotik


Perubahan bakteria daripada tidak kebal antibiotik menjadi kebal atau lut antibiotik menjadi tidak lut adalah dinamakan sebagai kerintangan antibiotik atau antibiotic resistance. Bakteria yang rintang antibiotik adalah kebal terhadap antibiotik konvensional. Ini membuatkan perjuangan melawan jangkitan kuman bakteria menjadi lebih sukar.


Kekebalan yakni kerintangan bakteria terhadap antibiotik diperoleh menerusi 2 proses:

  • Bakteria adalah sama seperti makhluk-makhluk lain iaitu memiliki sifat dalaman untuk memanjangkan kelangsungan dan kesinambungan generasi. Untuk itu bakteria akan cuba mengatasi apa jua ancaman dan rintangan.

  • Bakteria menggunakan kesempatan daripada penggunaan antibiotik yang tidak tepat seperti tidak ikut peraturan, tidak ikut indikasi, tidak cukup dos dan tidak cukup tempoh rawatan untuk menjadi lebih kebal dan menterbalikkan antibiotik menjadi senjata metafora makan tuan.

Meskipun kebal terhadap senjata konvensional, rupa-rupanya bakteria rintang antibiotik adalah tidak kebal terhadap antibiotik bukan konvensional. Ini bermakna ancaman dari bakteria rintang antibiotik masih boleh diatasi dengan antibiotik bukan konvensional.


Namun seperti yang disebutkan di atas, bakteria mampu bangkit dan bangkit meskipun diasak dengan senjata metafora bukan konvensional! Dalam kata lain, sampai masanya antibiotik bukan konvensional juga tidak lut ke atas bakteria rintang antibiotik.


Kemampuan bakteria untuk menambah kekebalan waima terhadap antibiotik bukan konvensional adalah satu yang luar biasa dan mampu menjadi satu ancaman terhadap kesejahteraan sejagat.


Putaran Ganas


Walau pun berdepan dengan kesukaran, kita juga bukanlah spesis yang mudah mengalah. Lawan terus lawan. Kita tentunya akan berikhtiar mengekang kekebalan bakteria terhadap antibiotik bukan konvensional dan untuk itu kita akan berlumba-lumba mencari antibiotik bukan konvensional yang baru dan lebih baru dan lebih berkuasa.


Perseteruan yang membabitkan antibiotik dan bakteria yang di awalnya mudah ditumpaskan dengan sekadar menggunakan antibiotik konvensional, kini berdepan tugasan lebih berat dengan kemunculan bakteria rintang antibiotik. Susulan dari itu antibiotik bukan konvensional telah dihasilkan dan digunakan terhadap bakteria rintang antibiotik.


Namun bakteria yang tidak mudah mengalah terus membina kekebalan demi kekebalan terhadap apa jua antibiotik yang lebih baru dan bukan konvensional. Ini adalah satu putaran ganas atau vicious cycle yang tidak jelas tang mana titik noktahnya.

Berikut adalah gambaran akan kerisauan berkait dengan isu kerintangan antibiotik:


KEMPEN MINGGU KESEDARAN ANTIBIOTIK SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2019


Sambutan Kempen Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 diadakan pada 14hb November 2019 di Institut Kesihatan Negara, Setia Alam, Selangor. Kempen melalui pendekatan “One health” ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat awam dan profesional berkaitan kesan penggunaan antibiotik yang berlebihan dalam kesihatan manusia dan rantaian makanan terhadap kesihatan sejagat.


Peningkatan kes kerintangan antibiotik (antibiotic resistance) adalah serius dan merupakan salah satu daripada empat isu yang dibincangkan di peringkat tertinggi iaitu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu (PBB). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) dan Pertubuhan Makanan berasaskan Pertanian (FAO) dimana pihak pertubuhan tersebut telah mengumumkan kerintangan antibiotik sebagai salah satu daripada isu kesihatan global yang semakin meruncing. Ini menggambarkan betapa besarnya ancaman kerintangan antibiotik kepada kesihatan manusia dan haiwan di seluruh dunia.


Data di Malaysia menunjukkan kerintangan Streptococcus pneumonia iaitu sejenis bakteria yang sering dijumpai dalam kalangan pesakit di komuniti adalah 36% rintang kepada antibiotik Erythromycin. Manakala, bakteria Acinetobacter baumannii yang kebiasaannya ditemui di hospital telah menunjukkan 41% rintang terhadap antibiotik Meropenem, iaitu sejenis antibiotik yang dikhaskan untuk merawat jangkitan yang serius.


Kerintangan antibiotik menyebabkan penurunan keberkesanan antibiotik untuk penyembuhan dalam mengubati penyakit atau jangkitan. Ini kerana jangkitan yang disebabkan oleh bakteria menjadi kebal dimana pesakit seringkali gagal untuk bertindak balas kepada rawatan standard yang menyebabkan penyakit sukar diubati. Situasi demikian boleh meningkatkan risiko kematian serta penyebaran atau penularan penyakit kepada orang lain. Selain itu kerintangan antibiotik juga akan menimbulkan masalah kesihatan kepada haiwan, dimana haiwan yang sakit tidak akan dapat dirawat dengan sempurna. Jika haiwan tersebut adalah ternakan penghasil makanan, maka, apabila berlaku penyakit, sumber bekalan makanan berasaskan ternakan akan berkurangan dan tidak selamat (food safety), seterusnya boleh menyebabkan bekalan makanan terjejas (food security).


Bakteria kebal boleh merebak melalui beberapa cara, contohnya dari individu yang dijangkiti kepada individu lain, dan melalui rantaian makanan seperti pengambilan makanan berasaskan ternakan dan tumbuhan yang tercemar dengan bakteria kebal. Jangkitan juga boleh berlaku apabila manusia atau haiwan terdedah kepada persekitaran yang tercemar, contohnya air dan tanah yang mengandungi bakteria kebal. Selain itu risiko kerintangan antibiotik juga boleh terjadi sekiranya seseorang individu mengambil makanan yang mengandungi residu antibiotik serta tidak mengambil antibiotik secara betul seperti yang disarankan oleh doktor perubatan.


Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama beberapa kementerian lain dan disokong oleh WHO telah menjalankan kajian terhadap bakteria yang dipanggil E.coli dalam kalangan manusia, rantaian makanan dan alam sekitar. E.coli secara amnya adalah bakteria biasa yang wujud di dalam usus manusia dan haiwan. Apabila E.coli menjadi kebal terhadap antibiotik, ia boleh menyebabkan jangkitan serius kepada manusia. Walaupun E. coli jenis kebal sering ditemui pada pesakit di hospital, hasil kajian ini turut menunjukkan bahawa E.coli kebal juga ditemui pada individu yang sihat di komuniti. Kajian juga turut menemukan E.coli kebal dalam usus ayam dari rumah penyembelihan dan di dalam air di persekitaran kawasan yang berpenduduk dan mempunyai aktiviti penternakan haiwan. Semua ini berkemungkinan dikaitkan dengan pencemaran yang berpunca daripada air kumbahan di kawasan tersebut. Kajian juga membuktikan bahawa bakteria E. coli kebal yang ditemui dari pesakit di hospital, dari ayam ternakan serta dari persekitaran didapati saling berkait secara genetik.


Selain daripada pihak berkuasa yang terlibat dalam penggubalan polisi dan garis panduan menangani isu kerintangan antibiotik, profesional kesihatan dan veterinar serta masyarakat awam dan sektor pertanian juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan kejadian kerintangan antibiotik. Oleh itu, antibiotik sewajarnya hanya digunakan untuk penyakit yang disebabkan oleh bakteria, antibiotik tidak diperlukan untuk mengawal jangkitan virus yang menyebabkan selesema biasa, sakit tekak atau demam denggi. Pesakit perlu patuh kepada preskripsi doktor jika diberikan antibiotik. Manakala penggunaan antibiotik untuk tujuan penggalak tumbesaran , atau dalam ternakan yang sihat perlu dielakkan. Malaysia telah mengharamkan penggunaan antibiotik colistin dalam haiwan ternakan dan akan meluaskan senarai antibiotik yang dilarang penggunaan sebagai penggalak tumbesaran pada tahun-tahun akan datang.


Penggunaan antibiotik secara rasional dan berhemah adalah tanggungjawab semua pihak. Kesedaran berkaitan penggunaan antibiotik dengan betul adalah penting demi menjaga kesihatan kita bersama dan juga generasi akan datang.


KENYATAAN AKHBAR BERSAMA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI


Alamat sesawang : http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/21/1259


Last-Modified: Thu, 10 Dec 2020 12:22:00 GMT


Home🏠

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri


Bahasa Malaysia
EURO 2020

EURO 2020 Budapest: Hungary catat sifar kes positif

4 Julai 2021

Baca seterusnya

EURO 2020 Budapest telah berlangsung selama 23 hari dengan stadium perlawanan dipenuhi oleh puluhan ribuan penonton.


Kes positif COVID-19 harian pada 3 Julai 2021 adalah sifar!


Angka COVID-19 Hungary pada 3 Julai 2021


Inilah pertama kali Hungary mencatatkan angka sifar dalam tempoh EURO 2020 berlangsung.


Halaman Utama
Tabung oksigen

Harga Isi Ulang Oksigen di Jakarta Naik Rp 3.000 - Rp 5.000 Per Tabung

2 Julai 2021

Baca seterusnya

JAKARTA, KOMPAS.com - Harga isi ulang oksigen melonjak Rp 3.000 hingga Rp 5.000 per tabung berbagai ukuran di salah satu sentra penjualan di Setiabudi, Jakarta Selatan.


Kenaikan harga terjadi sejak dua minggu lalu, menyusul lonjakan kasus COVID-19 di Ibu Kota. "Lonjakan pembelian isi ulang oksigen ini terjadi sejak dua minggu lalu," kata pengelola depot pengisian oksigen Krisna Okta Wira di Setiabudi, Jakarta Selatan, Jumat (2/7/2021), seperti dikutip Antara.


Adapun ukuran yang paling banyak diisi ulang oksigen, lanjut dia, di antaranya tabung ukuran satu meter kubik yang kini dihargai Rp 18.000 sekali isi ulang atau naik Rp 3.000 dari harga sebelumnya Rp 15.000.


Rata-rata kenaikan untuk tabung lainnya, lanjut dia, hingga mencapai Rp 5.000 per tabung.


Untuk pengisian oksigen untuk tabung paling kecil berukuran 0,5 meter kubik dihargai Rp 10.000, tabung ukuran 1,5 meter kubik mencapai Rp 25.000.


Sedangkan pengisian oksigen untuk tabung ukuran dua meter kubik mencapai Rp 30.000 dan tiga meter kubik mencapai Rp 40.000.


"Rata-rata yang isi ulang itu warga biasa untuk kebutuhan di rumah tapi ada juga dari Puskesmas," imbuhnya. Menurut dia, pada hari biasa pembeli yang rutin mengisi ulang oksigen tidak lebih dari 100 orang per hari.


Namun, sejak dua minggu lalu jumlah pembeli melonjak menjadi sekitar 200 orang per hari.


Ini sumbernya


Halaman Utama
Calitan naso-farinks

Sedikit tentang komplikasi calitan hidung

Selasa, 29 Jun 2021

Baca seterusnya

Calitan naso-farinks dan oro-farinks dilakukan seperti dalam imej di atas bagi mengampil sampel dan seterusnya diuji sama ada sampel tadi mengandungi virus COVID-19 atau sebaliknya


Semenjak pandemik ini bermula, beratus-ratus juta kali calitan hidung dan kerongkong telah dilakukan di serata dunia dan ini adalah komplikasi yang direkodkan.


1. Perdarahan hidung (epistaksis).
2. Alat calitan terpatah dan tertinggal di dalam hidung.
3. Kecederaan yang menjurus kepada kebocoran cecair serebrospinal.
4. Dislokasi sendi temporomandibular


Memandangkan banyak ujian calitan dilakukan setiap hari di serata dunia, insiden tentunya akan bertambah. Namum secara umumnya risiko komplikasi calitan orofarinks dan nasofarinks adalah amat rendah.


Halaman Utama
Vaksin COVID-19

COVID-19: Makna vaksinasi penuh

Selasa, 8 Jun 2021

Baca seterusnya

Vaksinasi adalah proses memasukkan vaksin ke dalam tubuh.


Vaksin adalah bahan yang apabila dimasukkan ke dalam tubuh akan berupaya merangsang produksi antibodi.


Vaksinasi penuh tercipta dua minggu selepas dos kedua bagi vaksin 2 dos atau selepas dos pertama bagi vaksin 1 dos.


Secara umumnya, vaksinasi penuh membolehkan penerimanya mengadaptasi semula kebanyakan norma-norma lama.


Dari sudut kesihatan, vaksin penuh bukan sahaja mengurangkan risiko baginya mendapat jangkitan malah sekiranya mendapat jangkitan, ia tidaklah begitu teruk.


Halaman Utama
Masjid di Jakarta

Indonesia Buat Ketetapan Tiada Mudik Lebaran Pada Tahun Ini

Friday, 16 April, 2021

Baca seterusnya

Jakarta, Kominfo - Satuan Tugas (Satgas) Penanganan Covid-19 menerbitkan Surat Edaran (SE) Nomor 13 Tahun 2021 tentang Peniadaan Mudik Hari Raya Idulfitri Tahun 1442 Hijriah dan Upaya Pengendalian Penyebaran Corona Virus Disease 2019 (Covid-19) Selama Bulan Suci Ramadan 1442 Hijriah.


Ketentuan yang tertuang dalam SE yang ditandatangani Ketua Satgas Doni Monardo pada tanggal 7 April 2021 ini berlaku mulai tanggal 6 hingga 17 Mei 2021.


“Surat Edaran ini berlaku efektif mulai tanggal 6 – 17 Mei 2021 dan akan ditinjau lebih lanjut sesuai dengan kebutuhan dan/atau dengan perkembangan terakhir di lapangan,” ujarnya dalam SE.


Ditegaskan Doni, pelanggaran terhadap SE ini akan dikenakan sanksi denda, sanksi sosial, kurungan dan/atau pidana sesuai dengan peraturan perundang-undangan.


Penerbitan SE ini dilatarbelakangi adanya potensi peningkatan mobilitas masyarakat pada bulan suci Ramadan dan Hari Raya Idulfitri tahun ini baik untuk kegiatan keagamaan, keluarga, maupun pariwisata yang memiliki risiko terhadap peningkatan laju penularan Covid-19



Halaman Utama
Vaksin dan picagari

Penawar COVID-19 Masih Didambakan

27 Oktober, 2020

Baca seterusnya

Dalam tempoh 6 bulan selepas ujikaji terapeutik terbesar di dunia iaitu Solidarity Therapeutics Trial bermula, ia telah berjaya menghasilkan bukti-bukti konklusif tentang keberkesanan ubat-ubatan bagi merawat COVID-19.


Keputusan interim daripada Solidarity Therapeutics Trial kelolaan WHO itu telah menunjukkan bahawa ubat-ubat berikut: iaitu remdesivir, hydroxychloroquine, lopinavir/ritonavir dan interferon sama ada memilki sedikit saja keberkesanan atau tiada kesan langsung ke atas mortaliti 28 hari atau paras kesembuhan pesakit.


Kajian di 30 buah negara itu adalah bertujuan bagi melihat keberkesanan beberapa jenis rawatan terhadap aspek-aspek seperti mortaliti keseluruhan, bila prosedur ventilasi bermula dan jangka masa pesakit berada di hospital.


Progres yang dicapai oleh Solidarity Therapeutics Trial menunjukkan kajian antarabangsa waima dalam situasi pandemik bukanlah suatu yang mustahil untuk dilaksanakan


Seterusnya platform berskala global seperti Solidarity Trial adalah bersedia untuk menilai secara pantas mana-mana rawatan-rawatan baru yang berpotensi di 500 buah hospital yang mengambil bahagian.


Terbaru, beberapa lagi ubat antiviral, immunomodulators dan antibodi monoklonal anti-SARS COV-2 sedang dipertimbangkan untuk dinilai.


Halaman Utama
English
omicron   height=

First Confirmed Case of Omicron Variant Detected in the United States

2 December, 2021

Baca seterusnya

The California and San Francisco Departments of Public Health have confirmed that a recent case of COVID-19 among an individual in California was caused by the Omicron variant (B.1.1.529). The individual was a traveler who returned from South Africa on November 22, 2021. The individual had mild symptoms that are improving, is self-quarantining and has been since testing positive. All close contacts have been contacted and have tested negative.


Genomic sequencing was conducted at the University of California, San Francisco and the sequence was confirmed at CDC as being consistent with the Omicron variant. This will be the first confirmed case of COVID-19 caused by the Omicron variant detected in the United States


On November 26, 2021, the World Health Organization (WHO) classified a new variant, B.1.1.529, as a Variant of Concern and named it Omicron and on November 30, 2021, the United States also classified it as a Variant of Concern. CDC has been actively monitoring and preparing for this variant, and we will continue to work diligently with other U.S. and global public health and industry partners to learn more. Despite the detection of Omicron, Delta remains the predominant strain in the United States


The recent emergence of the Omicron variant (B.1.1.529) further emphasizes the importance of vaccination, boosters, and general prevention strategies needed to protect against COVID-19. Everyone 5 and older should get vaccinated and boosters are recommended for everyone 18 years and older


Halaman Utama
Ubat Ivermectin

Merck Statement on Ivermectin use During the COVID-19 Pandemic

2 Julai, 2021

Baca seterusnya

KENILWORTH, N.J., Feb. 4, 2021 – Merck (NYSE: MRK), known as MSD outside the United States and Canada, today affirmed its position regarding use of ivermectin during the COVID-19 pandemic. Company scientists continue to carefully examine the findings of all available and emerging studies of ivermectin for the treatment of COVID-19 for evidence of efficacy and safety. It is important to note that, to-date, our analysis has identified:


- No scientific basis for a potential therapeutic effect against COVID-19 from pre-clinical studies;
- No meaningful evidence for clinical activity or clinical efficacy in patients with COVID-19 disease, and;
- A concerning lack of safety data in the majority of studies.


We do not believe that the data available support the safety and efficacy of ivermectin beyond the doses and populations indicated in the regulatory agency-approved prescribing information.


Halaman Utama
DNA repairs occurs at specific loci of the neuronal cell

Malaysia will get 1,387,200 doses of vaccine provided by the COVAX Facility.

Teusday, 8 June 2021

Baca seterusnya

Malaysia received a second batch of COVID-19 vaccines on 21 May 2021, shipped via the COVAX Facility, a partnership between WHO, the Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI), Gavi, and UNICEF. This is another important step in the fight against the COVID-19 pandemic and supporting immunization efforts by the Government of Malaysia.


The Government of Malaysia through the Ministry of Health and Ministry of Science, Technology and Innovation has been working together with WHO and UNICEF to bring life-saving vaccines to Malaysia.


The 559 200 doses of Oxford/AstraZeneca vaccines that arrived follow the 21 April COVAX shipment of 268 800 doses to Kuala Lumpur, Malaysia.


In total, Malaysia has received 828,000 doses of the expected 1,387,200 doses of AstraZeneca vaccine provided by the COVAX Facility.

In total, Malaysia has received 828 000 doses of the expected 1 387 200 doses of Oxford/AstraZeneca vaccine provided by the COVAX Facility.


Halaman Utama
Sinovac vaccine

China Sinovac vaccine is 100% effective against severe COVID-19 infection?

Friday, 16 April 2021

Baca seterusnya

Bloomberg spoke to two experts about the vaccines, zeroing in on the Sinovac Biotech Ltd. shot, which has been the focus of a crisis in confidence after it posted efficacy levels of just above 50% in a final stage trial in Brazil -- the minimum required by leading global drug regulators.


According to Fiona Russell from the Murdoch Children’s Research Institute in Melbourne and Paul Griffin, a professor from the University of Queensland in Brisbane:


1. For very mild disease, requiring no treatment the efficacy of Sinovac is about 50%.
2. For infections requiring some medical intervention, it’s about 84%.
3. For moderate-to-severe Covid cases, it’s 100%!


Conclusion: That’s what you expect from Covid vaccines -- higher efficacy against more severe infections and lower against milder ones. From what I can see, it looks like a very worthwhile vaccine.



Halaman Utama
Virus dilihat bawah elektron mikroskop

COVID-19: Airborne transmission

26 Julai, 2020

Baca seterusnya

Airborne transmission of SARS-CoV-2 can occur during medical procedures that generate aerosols (“aerosol generating procedures”). WHO, together with the scientific community, has been actively discussing and evaluating whether SARS-CoV-2 may also spread through aerosols in the absence of aerosol generating procedures, particularly in indoor settings with poor ventilation.


Thus, a susceptible person could inhale aerosols, and could become infected if the aerosols contain the virus in sufficient quantity to cause infection within the recipient. However, the proportion of exhaled droplet nuclei or of respiratory droplets that evaporate to generate aerosols, and the infectious dose of viable SARS-CoV-2 required to cause infection in another person are not known, but it has been studied for other respiratory viruses.


To date, transmission of SARS-CoV-2 by this type of aerosol route has not been demonstrated; much more research is needed given the possible implications of such route of transmission.


Recent clinical reports of health workers exposed to COVID-19 index cases, not in the presence of aerosol-generating procedures, found no nosocomial transmission when contact and droplet precautions were appropriately used, including the wearing of medical masks as a component of the personal protective equipment (PPE). These observations suggest that aerosol transmission did not occur in this context.


Further studies are needed to determine whether it is possible to detect viable SARS-CoV-2 in air samples from settings where no procedures that generate aerosols are performed and what role aerosols might play in transmission.


Outside of medical facilities, some outbreak reports related to indoor crowded spaces have suggested the possibility of aerosol transmission, combined with droplet transmission, for example, during choir practice, in restaurants or in fitness classes. In these events, short-range aerosol transmission, particularly in specific indoor locations, such as crowded and inadequately ventilated spaces over a prolonged period of time with infected persons cannot be ruled out.


However, the detailed investigations of these clusters suggest that droplet and fomite transmission could also explain human-to-human transmission within these clusters. Further, the close contact environments of these clusters may have facilitated transmission from a small number of cases to many other people (e.g., superspreading event), especially if hand hygiene was not performed and masks were not used when physical distancing was not maintained.


Halaman Utama
Pakai pelitup muka

Use of Cloth Face Coverings to Help Slow the Spread of COVID-19

21 Julai, 2020

Baca seterusnya

COVID-19 spreads mainly from person to person through respiratory droplets produced when an infected person coughs, sneezes, talks, or raises their voice (e.g., while shouting, chanting, or singing). These droplets can land in the mouths or noses of people who are nearby or possibly be inhaled into the lungs.


Recent studies show that a significant portion of individuals with COVID-19 lack symptoms (are “asymptomatic”) and that even those who eventually develop symptoms (are “pre-symptomatic”) can transmit the virus to others before showing symptoms.


To reduce the spread of COVID-19, CDC recommends that people wear cloth face coverings in public settings when around people outside of their household, especially when other social distancing measures are difficult to maintain.


Why it is important to wear a cloth face covering


Cloth face coverings may help prevent people who have COVID-19 from spreading the virus to others. Wearing a cloth face covering will help protect people around you, including those at higher risk of severe illness from COVID-19 and workers who frequently come into close contact with other people (e.g., in stores and restaurants).


Cloth face coverings are most likely to reduce the spread of COVID-19 when they are widely used by people in public settings. The spread of COVID-19 can be reduced when cloth face coverings are used along with other preventive measures, including social distancing, frequent handwashing, and cleaning and disinfecting frequently touched surfaces.


Halaman Utama
Kuiz Baru
Kuiz-27

Vaksin COVID-19

Location of DNA repair inside the neuron cells


Vaksin COVID-19 berguna dalam perkara-perkara berikut kecuali:






Last-Modified: Monday, 29 March 2021 21:00:09 GMT

Kuiz-26

mRNA


Imej mRNA
Sumber: Curevac


Berikut adalah penyataan yang salah mengenai vaksin mRNA COVID-19:






Last-Modified: Monday, 29 March 2021 21:00:09 GMT

Kuiz-25

Video di bawah ini adalah gambaran yang acap kali dipamerkan oleh layout semasa meluncuri laman sesawang.


Kenyataan yang betul tentang video tersebut adalah:





Last-Modified: Wednesday, 7 April 2021 23:00:09 GMT


Diminati