Diet DIY Dot Dot Dot


Diet adalah diertikan sebagai bahan makanan dan minuman yang diambil setiap hari. Ia bukan saja dapat memenuhi tuntutan lapar dan dahaga, ia adalah juga sumber kecergasan, kecerdasan dan kesihatan. Sementara berdiet adalah kaedah membataskan atau menghadkan pengambilan makanan bagi tujuan pencegahan dan rawatan.


Saya sebenarnya jarang menulis tentang subjek pemakanan kerana ia banyak ditulis dan dipaparkan dalam berbagai-bagai medium seperti media cetak dan elektronik, laman sesawang kesihatan, blog, laman sesawang Gov dan badan bukan Gov, fesbuk, TV dan video.


Sebab-sebab lain yang membuatkan saya terasa berat tulang untuk mengolah dan mengarang subjek ini adalah kerana fakta dan data pemakanan acap kali berengsot-engsot mengikut usia, gender, berat badan, sosioekonomi, status kesihatan, aktiviti, lokaliti, geopolitik, budaya, warna kulit dan anutan.


Selebihnya adalah kerana keragaman pemakanan dan kegemaran individu yang agak rencam akan membuatkan beberapa maklumat yang hendak dipaparkan akan secara tidak langsung menyentuh sensitiviti sesetengah pembaca. Berikut adalah ragam-ragam pemakanan yang apabila didramatisasikaan boleh dianggap satu sindiran:


  • Makan dan pakai sentiasa cukup, makanan rapu yang tak pernah cukup.
  • Faham sangat akan impak rokok terhadap kesihatan, impak kesihatan minuman berkok yang digogok boleh buat-buat tak faham.
  • Makanan manis-manis tak jamah, makanan masin-masin tak tinggal.
  • Dot dot dot.

Namun untuk kali ini saya berjaya mendapatkan dorongan untuk meringankan jari-jemari bagi mengupas subjek pemakanan sementelahan isu pemakanan kini semakin mendapat perhatian ramai termasuklah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berterus-terusan mengambil berat akan isu-isu pemakanan:


Petikan paparan terbaru dari laman sesawang PBB:

"More than one in three low- and middle-income countries face both extremes of malnutrition."


Wanita miskin masak di luar rumah

Memasak di luar rumah


Riwayat Pemakanan


Keperluan pemakanan setiap individu adalah bermula dari dalam rahim ibu lagi. Zat-zat makanan dalam darah ibu disalurkan kepada janin atau fetus menerusi uri dan korda umbilikus (tali pusat).


Oleh kerana keperluan nutrisi janin bergantung sepenuhnya kepada ibu makanya makanan ibu yang mengandung perlu mengambil kira akan nutrien-nutrien yang diperlukan oleh fetus agar dengan itu kandungan dapat membesar secara normal.


Peranan ibu bukan saja membawa kandungan selama 38 minggu dan melahirkannya ke dunia. Ibu perlu kekal sihat agar anak yang di kandungan adalah juga sihat. Ibu perlu makanan secukupnya supaya anak yang dikandung mendapat khasiat yang secukupnya. Ibu perlu menjaga keselamatan diri supaya keselamatan fetus adalah terjaga hinggalah selesai proses pelahiran.


Sumbangan ibu terhadap anaknya adalah tiada taranya dan tiada unit matematik yang dapat mengukur jasa, pengorbanan dan kasih sayang ibu. Menghargai sumbangan ibu melalui ungkapan "terima kasih IBU" adalah pendekatan yang murni cumanya ungkapan ringkas sebegitu seolah-olah menyamakan jasa, pengorbanan dan kasih sayang ibu yang tiada tolok bandingnya itu dengan insan-insan yang lain.


Ada banyak cara untuk menghargai ibu tetapi kalau masih mahu menggunakan ungkapan yang sama, ungkaplah atau tulislah sebanyak 3 kali atau lebih sebagai membezakan ungkapan sama yang ditujukan kepada insan-insan lain.


Berbalik kepada riwayat pemakanan, bila kandungan dilahirkan, sumber pemakanan bayi tadi adalah susu ibunya. Kualiti nutrien yang ada di dalam susu ibu adalah dipengaruhi oleh jenis pemakanan berpantang yang diamalkan oleh ibu selepas bersalin.


Makanan harian ibu yang menyusukan anak adalah tidak sama dengan makanan harian yang diamalkan oleh ibu yang tidak menyusukan anak. Kualiti susu yang terhasil dari diet penyusuan sihat yang ibu amalkan akan dapat memenuhi keperluan nutrisi anak yang bergantung pada susu ibu sepenuhnya hinggalah anak berusia 2 tahun.


Selain susu ibu, makanan tambahan bayi boleh dimulakan pada usia seawal 4-6 bulan. Bila anak/todler semakin antap dan aktif dan susu ibu tidak lagi dapat menampung keperluan todler maka proses bercerai susu harus bermula bila todler berusia 2 tahun dan penggantinya adalah makanan bermasak.


Bila kanak-kanak memasuki usia tadika dan usia persekolahan mereka akan kerap memakan makanan bukan dari air tangan ibu yang terdapat di kantin-kantin sekolah. Mereka juga terdedah kepada makanan remeh yang terdapat di luar pagar sekolah dan di luar waktu sekolah.


Selera kanak-kanak adalah seumpama rebung yang boleh dibentuk dan dilentur. Kalau mereka disajikan makanan berkhasiat secara berterusan, akhirnya mereka akan jadi penggemar makanan berkhasiat. Sebaliknya kalau setiap permintaan mereka terhadap makanan remeh-temeh tidak dibantah lama kelamaan bila mereka lapar makanan remeh-temeh jua yang diminta dan didahulukan.


Bagi murid-murid yang tinggal di asrama, selain terdedah kepada makanan ringan, makanan remeh dan makanan rapu, makanan utama mereka adalah dari jenis yang dihidangkan di dewan makan asrama. Menu tunggal yang dihidangkan adalah satu masalah bagi mereka yang alah kepada makanan tertentu kecualilah ada kesangguppan untuk berlapar atau ambil mee segera.


×

Katering massa adalah makanan yang dimasak dalam kuantiti yang besar untuk sajian beratus orang. Isu membabitkan katering masa adalah:

1. Epidemiological data show that many outbreaks of food poisoning are caused by food produced in mass catering.

2. Large-scale catering operations are particularly hazardous because of the way the food is stored and handled.

3. Outbreaks can involve large numbers of people.

4. Persons fed by mass catering are often especially vulnerable - for instance children, the elderly and hospital patients, especially those who are immuno-compromised.


Orang dewasa bujang yang selalunya tidak menang tangan dengan rutin harian adalah jarang-jarang dapat menikmati masakan air tangan sendiri. Pilihan yang ada ialah makanan katering massa di warung dan restoran dan kekadang makanan segera.


Katering massa adalah persediaan makanan dalam kuantiti yang banyak dan berbagai-bagai jenis untuk sajian ratusan pengguna.


Kelebihan warung dan restoran adalah pelanggan boleh memilih waktu makan dan apa yang hendak dimakan berdasarkan bajet yang ada.


Aspek-aspek yang hendak diberikan perhatian tetapi kebanyakkannya berada di luar kawalan adalah:


  • 1. Kebersihan

  • 2. Kehalalan dan kebaikan

  • 3. Kemasinan dan kemanisan

  • 4. Kemasaman dan keminyakan

  • 5. Keselamatan makanan

  • 6. Kandungan Nutrien

  • 7. Penentuan harga

Selepas ada keluarga sendiri barulah seseorang itu dapat kerap merasai masakan dari air tangan isteri atau air tangan suami. Meskipun menunya agak terhad tetapi istimewanya masakan sendiri adalah pengambilan nutrien-nutrien yang baik-baik boleh ditingkatkan.


Memori tentang apa yang di makan adalah sukar luput dari ingatan seseorang. Ingatan yang kuat ke atas riwayat pemakanan ini boleh digunakan bagi mengesan penyakit berkaitan malnutrisi yang menggejala setelah beberapa tahun malnutrisi itu bermula.


Makan untuk hidup


Makna selapis bagi "makan untuk hidup" adalah makanan dan minuman yang diambil dalam kuantiti yang minimum tetapi cukup untuk meneruskan kehidupan yang tidak aktif atau lebih tepat kehidupan yang pasif: hanya melihat, menonton dan mendengar.


Apa yang penting bagi "makan untuk hidup" adalah kesinambungan makan dan bukan kesinambungan makanan seimbang dan sihat. Tujuan "makan untuk hidup" hanyalah untuk menghilangkan rasa lapar, dahaga dan menghindari kebuluran.


Dari sudut nutrisi, keperluan terhadap nutrisi sumber tenaga dan air adalah mengatasi keperluan lain-lain nutrien seperti protin, serat, vitamin dan mineral.


Contoh "makan untuk hidup" adalah hidangan yang termampu dihasilkan menerusi kais pagi makan pagi kais petang makan petang, makanan catuan, hidangan di pusat perlindungan bencana, dan makanan pengalas perut.


Dalam konteks bidalan pula "makan untuk hidup" adalah pengambilan makanan yang berteraskan prinsip kesederhanaan. Sederhana atau moderation dalam konteks makan adalah tidak melebihi had dan batas serta mengikut fakta nutrisi dan bukan kata hati.


Kesederhanaan makan adalah amalan yang baik yang dapat mengelak pengamalnya daripada terambil nutrien terutama dalam kuantiti yang berlebihan.


×

Nutrients can be divided into 2 categories:

1. Macronutrients
2. Micronutrients.
Macronutrients are those nutrients that the body needs in large amounts. These provide the body with energy (calories). Micronutrients are those nutrients that the body needs in smaller amounts.


Namun begitu dalam kesederhanaan juga ada darjah-darjah. Maksudnya makan secara sederhana tidak semestinya menepati kebaikan nutrisi. Ini kerana kebaikan nutrisi tidak ditentukan oleh kesederhanaan semata-mata. Aspek lain seperti kadar dan kepelbagaian nutrien adalah juga faktor penentu yang perlu diambil kira.

Berikut adalah 2 menu yang nampak sama tapi tak serupa, nampak sederhana tetapi berlainan darjah:


Menu1

2 keping roti yang diperbuat daripada tepung gandum putih dan di atasnya disapu dengan mentega dan di tabur dengan gula pasir. Minumannya adalah segelas teh wangi yang dimaniskan dengan susu pekat dan pencuci mulut adalah sagu dan sirap gula melaka.



Menu2

2 kekeping roti yang diperbuat daripada tepung bijirin penuh dan di atasnya disapu dengan mentega kacang dan ditabur dengan empingan-empingan badam. Minumannya adalah segelas teh yang ditambah susu segar dan pencuci mulut adalah potongan-potongan sebiji mangga masak ranum.


Pada pandangan mata kasar kedua-duanya nampak sama tetapi dari segi kebaikan nutrisi meskipun menu2 adalah sederhana seperti menu1 tetapi menu2 adalah lebih sempurna yakni ada kepelbagaian nurien. Lebih utama adalah meskipun sama dari segi berat namun menu2 adalah jauh lebih baik berbanding menu1.


×

What Is the Glycemic Index?

Glycemic index is a number. It gives you an idea about how fast your body converts the carbs in a food into glucose. Two foods with the same amount of carbohydrates can have different glycemic index numbers.

The smaller the number, the less impact the food has on your blood sugar.


Pakej Sihat


Persekitaran hari ini tidak sama dengan yang semalam. Cabaran kini tidak sama dengan cabaran lama. Kepasifan tidak mampu menerobosi persekitaran yang berubah dan cabaran yang berbeza. Upaya yang mampu mengharungi persekitaran dan cabaran semasa adalah kecergasan, kecerdasan dan kesihatan.


Pun begitu, yang bulat tidak datang bergolek yang pipih tidak datang melayang. Pakej yang perlu ada bagi mengoptimumkan upaya cergas, cerdas dan sihat adalah:


  • Diet seimbang dan berkhasiat.
  • Aktif fizikal, minda dan spiritual.
  • Pemaksimuman gaya hidup sihat.
  • Peminimuman gaya hidup sakit.

Kesemua senarai dalam pakej di atas adalah saling melengkapi satu sama lain yakni tidak bergantung kepada satu-satu nilai saja. Justeru tiada ruang untuk memilih mana yang disukai dan menolak mana yang tidak disukai. Dalam kata lain penerimaan pakej perlu menyeluruh dan seadanya.


Malnutrisi


Malnutrisi ada dua hujung ekstrem. Satu hujung adalah kekurangan zat dan hujung yang bertentangan adalah berlebihan zat. Sebelum ini masalah kekurangan zat adalah dikaitkan dengan kemunduran sementara obesiti dikaitkan dengan kemewahan.


Perubahan-perubahan yang melanda terutama pada sistem pemakanan adalah kini menjadi punca di mana kedua-dua malnutrisi ekstrem iaitu kurus dan obes berlaku serentak bukan saja di negara mundur malah negara membangun tidak terkecuali.


Kecukupan


Satu fakta yang tidak dapat dinafikan adalah perkaitan pemakanan dan kesihatan. Kurang makan boleh mendapat penyakit, terlebih makan pun boleh mendapat penyakit. Sebaliknya budaya pemakananan yang sihat mampu mencegah penyakit tidak berjangkit.


Kalau itulah hakikatnya, pertanyaan yang relevan adalah bagaimana hendak menentukan apa yang perlu dimakan dan apa yang tidak perlu, nutrien mana perlu diperbanyakkan dan nutrien mana yang perlu dikurangkan?


Nasi lemak bungkus

Nasi lemak bungkus


Katakanlah ada dua menu sarapan. Satu menu adalah sebungkus nasi lemak sebesar telapak tangan dan di atasnya diletakkan 5 ekor ikan bilis bersambal bersama sekeping buah mentimun yang dihiris nipis dan sepotong kecil telor rebus (sebiji telor dipotong kepada 6 bahagian).


Roti canai

Roti canai


Menu yang satu lagi adalah sekeping roti canai berukuran 15 sm yang dimakan bersama sepiring kuah dal kosong.


Pertanyaan seterusnya adalah: menu sarapan yang mana satu boleh dianggap cukup berkhasiat iaitu cukup tenaga dan lain-lain khasiat. Akhir sekali, bagaimana penentuan dibuat?


Kalau diikutkan logik akal, kecukupan sarapan di atas boleh ditentukan dengan sama ada ianya boleh mengenyangkan atau tidak. Kefahamannya ialah kalau perut belum terasa kenyang maknanya makan belum cukup sebaliknya kalau perut sudah terasa kenyang maknanya makan telah cukup.


Berdasarkan kefahaman tentang kenyang, bolehlah ia dijadikan kaedah dalam menentukan kecukupan sesuatu makanan. Dengan itu kalau sebungkus nasi lemak atau sekeping roti canai boleh mengenyangkan makanya bolehlah disimpulkan bahawa kedua-dua menu tersebut adalah dianggap mencukupi sebagai sarapan pagi.


Sungguhpun begitu kaedah kenyang bukanlah kaedah yang tepat dari sudut pandang nutrisi. Sebabnya adalah perasaan kenyang itu bukanlah petunjuk bahawa perut telah diisi cukup dengan nutrien-nutrien yang diperlukan.


Sebab-sebab lain adalah setiap individu memerlukan pelbagai nutrien-nutrien dalam jumlah dan kadar tertentu yang sesuai dengan umur, keaktifan dan sebagainya agar dapat terus cergas, cerdas dan sihat.


Panduan


Ikon Pinggan Pemakanan Sihat

Ikon pinggan makanan sihat


Pemakanan berkhasiat dan sihat boleh dicapai jika dipandu oleh panduan pemakanan sihat dan bukan dipandu oleh selera yang sihat. Oleh itu makanlah ikut ketetapan dan bukan ikut kebiasaan.


Secara umumnya, panduan pemakanan sihat adalah tentang makanan yang perlu dilebihkan dan makanan yang perlu dikurangkan. Panduan haruslah ringkas, mudah difahami dan menarik agar dapat digunakan secara meluas.



Piramid


Bila makanan dikumpulankan mengikut nutrien-nutrien disusun secara menegak dengan meletakkan makanan yang perlu dimakan lebih paling bawah dan makanan yang perlu diminimumkan diletakkan paling atas dan makanan yang perlu disederhanakan diletakkan di tengah, jadilah susunan itu seperti sebuah piramid.


Piramid Makanan Malaysia

Piramid makanan tempatan


Ada banyak jenis piramid. Piramid yang paling lama adalah Piramid Giza di Mesir. Piramid yang ujud dalam khayalan adalah piramid terbang dan piramid paling popular adalah Piramid Makanan Sihat.


Pinggan sihat AS

Pinggan sihat AS


Last-Modified: Thursday, 16 Dec 2021 07:45:00 GMT


Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri


Kuiz Baru
Kuiz-33

Imej janaan di bawah adalah menyerupai kerlipan bintang-bintang di langit. Bintang-bintang ini mengeluarkan kerlipan dalam berbagai warna (biru, putih, merah dll.) Kenyataan yang benar mengenai warna-warna bintang adalah:


Kerlipan Bintang





Last-Modified: Thursday 30 September 2021 18:00:09 GMT

Kuiz-32

Imej di bawah adalah mesin pemekat oksigen yang mampu memekatkan oksigen dalam udara di sekeliling. Sebelum gas oksigen pekat di salurkan kepada pengguna, ia akan terlebih dahulu dialirkan ke dalam bekas plastik berisi air (anak panah biru). Tujuan gas oksigen dialirkan ke dalam air adalah untuk:


Pemekat oksigen





Last-Modified: Jumaat 24 September 2021 18:00:09 GMT

Kuiz-31

Imej bawah ini menggambarkan molekul-molekul gas iaitu Nitrogen (N2), oksigen (O2), Argon (Arg), helium (He), wap air, dll. yang terdapat dalam udara ambien. Semua molekul-molekul yang bergerak secara rawak. Kenyataan yang benar tentang gas-gas berkenaan adalah:


Ar
H2O
He
CO2
O2
N2





Last-Modified: Thursday, 30 September 2021 18:00:09 GMT


Diminati