Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

Punca vaksin influenza putus bekalan


Influenza bukanlah penyakit yang asing sebutannya. Cumanya penularan influenza ketika ini adalah agak berlainan dan kelainan itu boleh dicerap dan dirasai.


Kelainan ini diserlahkan dan disahkan pula oleh kenyataan media dari pihak berwajib dan digembar-gemburkan oleh pihak media dalam dan luar negara.


Berikut adalah petikan-petikan yang ada kaitan dengan wabak influenza terkini dan isu-isu yang menyelubungi atau terkait dengan wabak tersebut.


Malaysia


"Pola permintaan terhadap vaksin influenza didapati telah meningkat secara mendadak pada akhir tahun 2019 dan awal tahun 2020. Pihak pembekal telah mengagihkan sejumlah 40,000 dos vaksin influenza ke hospital dan klinik swasta pada 7 Januari 2020, sehingga menyebabkan baki stok dalam simpanan pihak pembekal habis buat masa ini. Pihak KKM telah dimaklumkan bahawa sejumlah 99,470 dos lagi akan dibawa masuk pada bulan Januari 2020" - KKM.

Harga


"Mengulas dakwaan wujudnya kenaikan harga vaksin tersebut, Dr Dzulkefly amat berharap supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga. Kita (KKM) tidak mengawal harga, tapi kita tidak mahu ada pihak yang ambil kesempatan, ujarnya." - Astro Awani

United Kingdom


"The NHS is scrambling to get hold of the right flu jabs in time for this winter, amid fears millions of Britons will not be protected against a deadly “Aussie” strain." - Telegraph.co.uk

Amerika Syarikat


"Flu vaccine is produced by private manufacturers, so supply depends on manufacturers. Vaccine manufacturers have projected that they will supply as many as 162 million to 169 million doses of influenza vaccine for the 2019-2020 season." - CDC USA

Bidalan


Kekurangan sesuatu produk pengguna dari semasa ke semasa bukanlah aneh. Cumanya bila kekurangan itu membabitkan produk yang keperluannya dianggap kritikal, petikan di bawah ini tersimpan satu peringatan yang sesuai untuk direnung-renungkan:


"It’s better to have it and not need it than need it and not have it”

Isu kekurangan bekalan bawang merah adalah satu analogi produk pengguna yang menepati petikan tersebut. Lazimnya bila saya membeli bawang merah, ia bukan untuk kegunaan sehari sahaja tetapi untuk kegunaan satu hingga empat minggu.


Tujuan saya menyimpan bawang dalam kuantiti yang melebihi keperluan harian adalah kerana ia merupakan ramuan penting dalam hampir semua masakan. Dengan adanya stok bawang, bila-bila masa saja saya memerlukannya saya pasti boleh mendapatkannya dari dalam bekas bawang.


Menyimpan bawang dalam jumlah yang berpatutan dan mencukupi bukanlah satu pembaziran. Sebaliknya saya dapat menjimatkan masa dan wang dengan mengurangkan kekerapan berulang-alik ke kedai untuk membeli bahan yang penting ini.


Stok bawang yang mencukupi juga mampu memberikan ketenangan yakni tidak akan ditimpa kebimbangan bila bekalan bawang di kedai terputus. Simpanan yang berbaki di dalam bekas bawang membolehkan saya terus menggunakannya sebagai ramuan dalam masakan.


Lazimnya cukup atau tidak bekalan bawang di luar sana adalah ditentukan oleh faktor bekalan dan permintaan. Bekalan menjadi runcing dan di luar kawalan sekiranya berlaku bencana, kemusnahan atau tanaman yang tidak menjadi. Seperti lain-lain komoditi, pemulihan bekalan akan memakan masa yang panjang.


Dalam pada itu kemerosotan bekalan bawang biasanya disusuli oleh kenaikan harga bahan tersebut sehingga berkali-kali ganda dan ianya adalah membebankan. Namun bagi pengguna yang berhemah beban tersebut dapat diimbangi dengan mengurangkan kegunaan, beli dalam kuantiti yang lebih kecil dan beralih kepada bawang jenis lain meskipun kurang dari segi aromanya.


Tindakan paling berhemah yang boleh diambil ketika berdepan dengan kekurangan bekalan bahan keperluan utama adalah meletakkan semua kepentingan mengikut hierarki. Ini bermakna meskipun semua pihak memerlukan bawang namun pihak yang kurang memerlukannya akan memberi laluan kepada pihak yang lebih memerlukan untuk mendapatkannya.


Tindakan sehemah itu mampu mengurangkan tahap permintaan yang jauh mengatasi kapasiti bekalan dan sedikit sebanyak akan dapat mengekang kenaikan harga bawang iaitu satu pencapaian yang memberi kelegaan dan keuntungan kepada ramai pengguna.


Vaksin adalah satu lagi contoh produk untuk kegunaan ramai yang boleh mengalami kemerosotan bekalan bila permintaan terhadapnya meningkat secara luar biasa. Bila bilangan kes yang dijangkiti semasa wabak sedang memuncak adalah lebih daripada selalu, bukan saja pencarian dan permintaan terhadap ubat-ubatan akan meningkat bahkan pencarian dan permintaan terhadap vaksin akan meningkat selari.


Dalam konteks influenza, penularan penyakit tersebut adalah secara relatifnya pantas dan meluas. Kesedaran yang tinggi tentang apa yang mampu dilakukan oleh virus berkenaan dan diikuti oleh kesedaran tentang adanya rawatan dan kaedah pencegahan seperti vaksin akan tanpa berlengah-lengah membangkitkan ikhtiar ke arah memburu vaksin dan ubat-ubatan yang berkaitan.


Cumanya permintaan terhadap ubat-ubatan dan vaksin yang meningkat secara mendadak ini akan mampu menghabiskan bekalan yang terhad dalam waktu yang singkat. Kalau putus bekalan ubat-ubatan mudah disambung namun bila influenza cecah paras epidemik bekalan vaksin yang putus tidaklah mudah disambung atas beberapa sebab:


  1. Setiap vaksin perlu mengandungi 3 atau 4 jenis virus yang dimatikan atau dilemahkan.
  2. Kevirulenan virus yang pantas berubah memerlukan penukaran kandungan vaksin disaat-saat akhir.
  3. Kaedah penghasilan perlu dipelbagaikan untuk disesuaikan dengan permasalahan individu agar individu yang ada masalah boleh mendapatkan vaksin yang serasi untuknya.
  4. Adalah tidak berbaloi untuk membuat vaksin yang mampu mencegah daripada dijangkiti oleh kesemua strain yang ada sedangkan bukan semua strain terlibat dalam menyebabkan wabak pada satu-satu musim.
  5. Vaksin universal dijangkakan berkesan di semua pelosok dan lokaliti namun belum bersedia memasuki pasaran.
  6. Proses penghasilan vaksin memakan masa 6 bulan dan 70% daripada masa itu adalah diperlukan untuk pembaikkan kualiti semata-mata.

Mana-mana vaksin ada indikasi masing-masing dan meskipun semua penggunaan yang termaktub dalam indikasi mendapat vaksin yang dimahukan, bekalan vaksin yang ada biasanya tiada masalah untuk menampung keseluruhan permintaan.


Indikasi vaksin influenza adalah meliputi ramai pengguna makanya meskipun vaksin ini diberikan ikut indikasi, stok yang ada belum tentu dapat menampung kesemua penggunaan yang menepati indikasi.


Justeru, bila vaksin di kejar-kejar tanpa indikasi yang wajar ia akan meningkatkan lagi permintaan terhadap vaksin yang sudah tersedia meningkat dek banyaknya kes-kes yang memerlukan vaksin berdasarkan indikasi yang lebih wajar.


Proses membuat vaksin

Beri Laluan


Tidak dinafikan sebutan influenza itu sendiri boleh menimbulkan kegabraan dan impaknya adalah vaksin yang sepatutnya tidak betul-betul diperlukan akan di anggap sebaliknya. Maka itu vaksin dihambat di mana-mana jua sekarang ini tanpa menghiraukan lain-lain hal.


Walhal bagi penyakit kuat berjangkit, situasi menang-kalah bukalah pilihan yang tepat. Ini kerana bila si A dapat jangkitan, si B yang berdekatan meskipun sudah dapat sejarum belum tentu tidak akan dijangkiti. Justeru pilihan yang tepat adalah menang-menang dan untuk itu ciri-ciri 'enau dalam belukar...' dan 'pat pat siku lipat...' harus di tolak bulat-bulat.


Lagipun langkah-langkah kepenggunaan yang sedikit tersasar ini bukanlah kecil impaknya. Selain menutup laluan bagi penggunaan yang betul-betul menepati sasaran, ia juga menekan kesinambungan bekalan dan paling negatif adalah membuka laluan yang luas untuk harga vaksin menuju puncak. Kesudahannya tiada pengguna yang betul-betul menang.


Kemaskini terakhir: 22 Januari 2020


Home🏠


Kanser Menunjukkan Tren Menaik Dalam Kalangan Melayu


Kanser pembunuh


Kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia dan di Malaysia pada tahun 2018. Ia menyumbang kepada 9.6 juta kematian di dunia dan 16 ribu kematian di Malaysia. Oleh sebab jumlah kematian akibat kanser adalah tinggi, maklumat terkini beban kanser dalam populasi amat diperlukan dalam menentukan tren penyakit tersebut di Malaysia.


Bagi tujuan ini, Institut Kanser Negara telah menerbitkan laporan 5-tahun kedua, Malaysia National Cancer Registry Report 2012 - 2016 (MNCRR) yang merupakan kesinambungan kepada laporan pertama MNCRR 2007 - 2011 yang diterbitkan pada tahun 2016. Tujuan utama penerbitan laporan ini adalah untuk melihat tren insiden dan beban kanser di Malaysia bagi tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 2007 hingga 2016.


Laporan terkini menunjukkan terdapat peningkatan bilangan kes baharu yang dikesan dalam tempoh 2012 - 2016 iaitu 115,238 kes berbanding dengan 103,507 kes bagi tempoh 2007 - 2011 dengan kadar insiden (Age Standardised Incidence Rate) sebanyak 86 kes bagi setiap 100,000 populasi lelaki dan 102 kes bagi setiap 100,000 populasi perempuan. Bagi tempoh 2012 – 2016, sepuluh (10) jenis kanser tertinggi yang dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia mengikut keutamaan ialah kanser payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, nasopharynx, leukemia, kelenjar prostat, hati, pangkal rahim (serviks) dan ovari.


Analisis seterusnya mengikut jantina mendapati kanser tertinggi dalam kalangan lelaki ialah kanser kolorektal diikuti oleh kanser paru-paru dan kelenjar prostat. Manakala yang tertinggi dalam kalangan perempuan ialah kanser payudara diikuti oleh kanser kolorektal dan pangkal rahim. Kanser yang paling kerap dikesan dalam kalangan kanak-kanak berusia 0 - 14 tahun pula ialah leukemia dan kanser sistem saraf tunjang, manakala dalam kalangan remaja berusia 15 - 24 tahun adalah limfoma.


Kadar kejadian kanser pangkal rahim telah menurun dengan ketara iaitu dari lapan (8) kes kepada enam (6) kes bagi setiap 100,000 populasi perempuan di Malaysia. Penurunan ini berkemungkinan disebabkan oleh kempen pengesanan awal melalui ujian pap smear yang disediakan oleh kerajaan di semua fasiliti kesihatan. Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan insiden yang ketara pula dilihat untuk kanser payudara dan kolorektal.


Analisis mengikut etnik pula menunjukkan kaum Cina paling kerap dikesan menghidap kanser diikuti oleh kaum Melayu dan India. Untuk setiap 100,000 populasi berbangsa Cina didapati 106 lelaki dan 117 perempuan menghidap kanser. Dalam kalangan kaum Melayu, lelaki dan perempuan masing-masing menunjukkan kadar insiden sebanyak 74 kes dan 91 kes bagi setiap 100,000 populasi. Bagi kaum India, kadar insiden yang dicatatkan adalah sebanyak 67 kes lelaki dan 107 kes perempuan bagi setiap 100,000 populasi. Walau bagaimanapun jika dibandingkan dengan laporan pertama, terdapat penurunan kadar insiden dalam kalangan kaum Cina dan India sementara peningkatan kadar insiden dilihat dalam kalangan kaum Melayu.


Selain itu, kes yang dikesan lewat pada tahap tiga (3) dan empat (4) didapati meningkat dari 58.7 peratus pada tahun 2007 - 2011 kepada 63.7 peratus pada tahun 2012 - 2016. Penemuan ini membimbangkan kerana kajian ‘Malaysian Study on Cancer Survival’ yang telah diterbitkan pada Oktober 2018 menunjukkan semakin lewat kanser dikesan, semakin rendah kadar survival pesakit. Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan dalam mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dan akses kepada pengesanan dan rawatan awal.


Proses


1. Proses penyediaan laporan secara berkala 5-tahun:


1.1 Data kanser setiap tahun perlu melalui beberapa proses pemurnian sebelum dimuktamadkan dan dianalisis untuk memastikan data adalah lengkap serta berkualiti.


1.2 Laporan berdasarkan data yang tidak lengkap atau tidak tepat boleh memberikan maklumat yang salah kepada pihak yang berkepentingan dan orang ramai mengenai beban sebenar kanser di Malaysia.


>

1.3 Prosedur ini menepati standard yang dipersetujui di peringkat antarabangsa1.


1.4 Proses ini akan mengambil masa kerana merangkumi aktiviti berikut:


(a) pengesanan secara aktif dilakukan bagi memastikan semua kes bagi tahun tersebut telah dilaporkan; dan


(b) pengauditan setiap kes dilakukan agar maklumat yang dilaporkan tepat, lengkap dan tiada duplikasi.


2. Menurut kajian ‘Malaysian Study on Cancer Survival’, nisbah risiko kematian akibat kanser yang dikesan pada tahap empat (4) kepada tahap satu (1) (Tahap 4 : Tahap 1) adalah seperti berikut:


2.1 Kanser payudara sebanyak 7.52 kali ganda lebih tinggi.


2.2 Kanser pangkal rahim sebanyak 5.45 kali ganda lebih tinggi.


2.3 Kanser kolorektal sebanyak 3.86 kali ganda lebih tinggi.


3. Perbandingan di antara laporan MNCRR 2007 – 2011 dan MNCRR 2012 – 2016 bagi kadar insiden mengikut etnik (bagi setiap 100,000 populasi):


LAPO-RAN MNCRR 2007 - 2011 MNCRR 2012 - 2016
Jantina
Bangsa
lelaki wanita lelaki wanita
Melayu 70.7 81.9 73.6 90.9
China 81.9 73.6 90.9 90.9
India 81.9 73.6 90.9 90.9

Secara keseluruhan, boleh dirumuskan bahawa laporan terkini ini menunjukkan peningkatan beban kanser dalam kalangan penduduk Malaysia. Maklumat ini perlu dimanfaatkan oleh semua pihak yang berkepentingan dalam perancangan dan penilaian keberkesanan program kawalan dan pencegahan kanser. Laporan ini juga boleh dimuat turun melalui pautan http://nci.moh.gov.my. Sekian, terima kasih.


DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH


KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA


Pada: 3 Januari 2020


Last-Modified:Thursday, 16 December 2021

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

AKAN DATANG

Animasi elektromagnetik dan fotoelektrik: artikel mengenai foton dan perubatan akan muncul tak lama lagi.

Efek Fotoelektrik

Oleh Infomedikini

Anod Katod - + Wayar Bateri Meter Amp Ulang

Animasi fotoelektrik

Animasi penjanaan X-ray

Oleh Infomedikini

Pecutan elektron Elektron Nukleus X-ray Ulang Maaf, browser anda tidak menyokong SVG
Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri