Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020
Proses Penghasilan Sinar-X Digambarkan Menerusi Animasi

Animasi Sinar-X Buatan Tersuai

Oleh Infomedikini

Pada 15 March 2024


A
da banyak video di laman maya berkaitan dengan penghasilan sinar-X namun rata-ratanya mengandungi diagram statik atau animasi separa.

Justeru bagi meningkatkan kefahaman terhadap subjek yang tersedia kompleks ini maka saya terpanggil untuk menghasilkan animasi sinar-X komprehensif.

Sinar-X

Apabila pancaran elektron dipacu ke arah atom seperti tungsten maka akan berlaku interaksi antara elektron yang dipancarkan dengan atom tungsten.

elektron dan atom

Hasil daripada interaksi tersebut adalah gelombang elektromagnet yang dikenali sebagai sinar-X. Terdapat 2 jenis sinar-X

  • Bremsstrahlung X-ray

  • Characteristic X-ray

Bremsstrahlung X-ray

Terbentuk bila pecutan elektron ke arah atom dibias dan diperlahankan oleh kuasa elektromagnet yang terdapat di dalam lingkungan orbit.

Adapun tenaga elektron yang berkurangan tidak hilang ke mana-mana sebaliknya ditukar kepada tenaga foton iaitu lebih dikenali sebagai X-ray. Video 1, Video 2 dan Video 3.

Video 1: Bremsstrahlung X-ray lemah

Pancaran elektron dibiaskan dan diperlahankan dalam orbit bertenaga rendah. Tenaga yang berkurangan daripada elektron yang memecut laju tetapi apabila terbias dan terperlahan akan bertukar menjadi foton berkuasa rendah.

Video 2: Bremsstrahlung X-ray sederhana

Pancaran elektron dibiaskan dan diperlahankan dalam orbit bertenaga sederhana tinggi. Tenaga yang berkurangan daripada elektron yang terbias dan terperlahan akan bertukar menjadi foton berkuasa sederhana.

Video 3: Bremsstrahlung X-ray kuat

Pecutan elektron dibiaskan dan diperlahankan dalam orbit bertenaga tinggi. Tenaga yang berkurangan daripada elektron yang memecut laju tetapi langsung terhenti akan bertukar menjadi foton berkuasa tinggi.

Characteristic X-ray

Terbentuk bila pancaran elektron yang memecut laju dan melanggar keluar elektron dari orbit sebelah dalam lalu menghasilkan satu kelompongan yang mampu menarik elektron dari orbit luar berpindah ke orbit sebelah dalam bagi mengisi kekosongan.

Perpindahan elektron dari orbit sebelah luar (paras tenaga tinggi) ke orbit sebelah dalam (paras tenaga rendah) akan diikuti dengan pembebasan tenaga dalam bentuk foton yakni sinar-X (X-ray). Video 4.

Video 4: Characteristic X-ray

Varian COVID-19 dan implikasinya

Making Sense of Mutation: What D614G Means for the COVID-19 Pandemic Remains Unclear

Oleh: Infomedikini


Pada: 27/10/20


DNA double strands


Imej sekamtik bagi DNA

Introduction


After the emergence of SARS-CoV-2 in China in late 2019, and the rapid expansion of the COVID-19 pandemic in 2020, questions about viral evolution have come tumbling after. Did SARS-CoV-2 evolve to become better adapted to humans? More infectious or transmissible? More deadly?


Will D614G Make Infections More Severe?


So far there is no evidence that infection with SARS-CoV-2 containing the G614 variant will lead to more severe disease. By examining clinical data from 999 COVID-19 cases diagnosed in the United Kingdom, Korber et al. (2020) found that patients infected with viruses containing G614 had higher levels of virus RNA, but they did not find a difference in hospitalization outcomes. These clinical observations are supported by two independent studies: 175 COVID-19 patients from Seattle, WA (Wagner et al., 2020) and 88 COVID-19 patients from Chicago, IL (Lorenzo-Redondo et al., 2020) in the United States.


Viral load and disease severity are not always correlated, particularly when viral RNA is used to estimate virus titer. The current evidence suggests that D614G is less important for COVID-19 than other risk factors, such as age or comorbidities.


Conclusion

Although there has already been much breathless commentary on what this mutation means for the COVID-19 pandemic, the global expansion of G614 whether through natural selection or chance means that this variant now is the pandemic. As a result, its properties matter. It is clear from the in vitro and clinical data that G614 has a distinct phenotype, but whether this is the result of bonafide adaptation to human ACE2, whether it increases transmissibility, or will have a notable effect is not clear. The work by Korber et al. (2020) provides an early base for more extensive epidemiological, in vivo experimental, and diverse clinical investigations to fill in the many critical gaps in how D614G impacts the pandemic.


Last-Modified: Teusday, 2 March 2021 15:56:34 GMT

Graf penularan musim panas merisaukan WHO

Gelombang Penularan Pasca Musim Panas Merisaukan WHO

Oleh: Infomedikini

Pada: 27/10/20


graf penularan COVID-19 Eropah di musim panas


Graf bilangan kes mingguan bagi Eropah


Musim panas di hemisfera utara sudah berakhir pada 22 September, 2020. Pandemik tidak.


Seperti diramalkan dalam artikel saya sebelum ini dan boleh dibaca di sini iaitu bahawasanya musim panas adalah peluang terbaik untuk hemisfera utara meneruskan tekanan ke atas penularan COVID-19 yang telah dapat dibendung sewaktu hemisfera utara berada diambang musim panas (21 Jun, 2020).


Namun, peluang itu berlalu begitu saja yakni tiada sumbangan positif terhadap kawalan penularan pandemik semasa.


Graf lengkung pandemik bagi Eropah (imej di atas) adalah paparan contoh bagi peningkatan penularan Covid-19 di hemisfera utara sepanjang musim panas dari bulan Jun hingga September.

Adapun kes mingguan di Eropah yang berada di kedudukan terendah di awal bulan Jun telah berterusan mendaki secara konsisten ke paras yang lebih tinggi ke penghujung musim panas dengan Perancis merekodkan 13,500 kes dalam tempoh 24 jam pada 19 September, 2020 dan UK 6,178 pada 23 September 2020.


Last-Modified: Teusday, 2 March 2021 15:56:34 GMT

kuiz 16 hingga 18

Kuiz: 16-18


Oleh: Infomedikini


Pada: 26/10/20


Kuiz-18


Ada beberapa kebimbangan bila berlaku mutasi virus pandemik kecuali:






Kuiz-17



Kluster Sivagangga


Kluster Benteng


Kluster Sarawak


Semua di atas adalah salah.


Kuiz-16


Sorry, your browser does not support inline SVG.

Imej di atas adalah ikon jantung. Jantung berkontraksi bagi menghasilkan aliran darah. Denyutan jantung boleh dipalpat di pergelangan tangan. Biasanya ia berberdenyut setiap 0.857 saat dan dengan itu jumlah denyutan ikon tersebut dalam satu minit adalah sebanyak:


40/minit


70/minit


110/minit


Last-Modified: Monday, 3 January 2022 20:56:34 GMT

Tiada jalan pintas untuk kembali kepada norma-norma lama

COVID-19: Tiada Jalan Pintas Dan Tiada Penawar Yang Mujarab


Oleh: Infomedikini


Imej elektromikroskopik Covid virus


Kebergantungan kepada 'imuniti kelompok' untuk berdepan dengan pandemik seperti COVID-19 adalah tidak beretika, menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Oleh itu imuniti kelompok bukanlah satu opsyen yang molek. Justeru ahli-ahli disarankan untuk terus berusaha dengan strategi-strategi yang lebih beretika.


Imuniti kelompok pada dasarnya adalah konsep yang diprogramkan bersama dengan vaksinasi. Jangkaannya ialah sebahagian kecil populasi yang rentan akan mendapat perlindungan apabila sebilangan besar populasi memperoleh imuniti.


Ketua Pengarah WHO iaitu Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus telah dalam satu sidang media, awal minggu ini, mengingatkan pihak-pihak tertentu iaitu imuniti kelompok adalah strategi bagi melindungi dunia daripada ancaman virus dan bukan membiarkan dunia terdedah kepadanya.


Beliau seterusnya menegaskan iaitu tidak pernah dalam sejarah kesihatan awam yang mana imuniti kelompok merupakan strategi pilihan dalam berdepan dengan sesuatu wabak. Ia adalah satu pendekatan yang jelik di sudut etika dan juga sains.


Hakikatnya bukanlah mudah untuk menghasilkan imuniti kelompok. Sebahagian besar kekangan adalah bilangan populasi yang perlu divaksinasi. Sebagai contohnya, bagi mendapatkan imuniti kelompok terhadap demam campak (measles), setidak-tidaknya 95% warga dunia harus mendapat vaksin penyakit berkenaan.

Dalam konteks COVID-19 dan imuniti kelompok, peratusan imuniti terhadap viruskorona setakat ini adalah kurang lebih 10% dan ini bermakna 90% warga dunia masih berisiko mendapat jangkitan.


Justeru Dr. Tedros membayangkan sekiranya wabak ini dibiarkan begitu sahaja, ia adalah seumpama membenarkan jangkitan, penderitaan dan kematian berskala besar berlaku sedangkan ianya adalah tidak perlu.


Dalam sehari dua ini dunia menyaksikan kenaikan tertinggi bilangan kes-kes terutamanya di Benua Eropah dan Benua Amerika semenjak pandemik ini bermula. Banyak bandaraya dan negara-negara telah melaporkan peningkatan kes-kes positif yang dimasukkan ke hospital-hospital dan unit-unit rawatan rapi.


Apa yang ketara ialah penularan pandemik ini adalah tidak sama rata. Ada negara yang teruk dilanda dan ada yang sekadar terkena tempiasnya sahaja. Makanya pendekatan yang diambil adalah berbeza-beza mengikut situasi dan lokaliti. Apapun yang dipilih, sekadar melihat virus bebas mewabak bukanlan pendekatan yang berhemah, tegas Dr Tedros.


Sesungguhnya tiada jalan pintas di hadapan pandemik ini dan belum ada penawar yang mujarab. Pandemik yang berlarutan dan bilangan kes yang meningkat semula adalah naratif yang mengecewakan.


Sungguhpun begitu di belakang kekecewaan tersebut masih ada pendekatan yang terbukti berkesan iaitu pendekatan komprehensif yang mengoptimumkan apa yang ada.


Last-Modified: Thursday, 20 January 2022 16:56:34 GMT

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

AKAN DATANG

Animasi elektromagnetik dan fotoelektrik: artikel mengenai foton dan perubatan akan muncul tak lama lagi.

Efek Fotoelektrik

Oleh Infomedikini

Anod Katod - + Wayar Bateri Meter Amp Ulang

Animasi fotoelektrik

Animasi penjanaan X-ray

Oleh Infomedikini

Pecutan elektron Elektron Nukleus X-ray Ulang Maaf, browser anda tidak menyokong SVG
Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri