Air dan "Air": Sama Tak Serupa

Oleh: Infomedikini


1. Pembuka Bicara


Air adalah perkataan dalam Bahasa Melayu. Tanda petik "..." yang di sarungkan pada ejaan air ("air") adalah merujuk kepada perkataan air dalam Bahasa Inggeris. Ejaan AIR dan AIR adalah sama tetapi ertinya adalah tidak sama.


Dalam banyak-banyak benda yang istimewa tentunya ada yang teristimewa. Penulis beranggapan bahawa air adalah elemen keperluan asas kehidupan yang teristimewa. Teristimewa kerana tanpa air, bumi akan jadi seperti lain-lain planet iaitu tiada berpenghuni.


Air adalah satu keperluan wajib buat semua hidup-hidupan dan tumbuh-tumbuhan. Sungguhpun nampak biasa, air sebenarnya memiliki ciri-ciri yang luar biasa yang menjadikanya elemen paling istimewa dalam kalangan yang istimewa. Namun dek kerap digunakan setiap hari dan mudah pula diperolehi, banyak aspek tentang air tidaklah menarik untuk menambah khazanah minda.


Lagipun cerita-cerita yang dah jadi cerita biasa kalaupun dikupas, diolah dan di ceritakan semula baik di laman nyata atau di laman maya ia masih jadi cerita yang biasa-biasa sahaja. Di laman nyata, air yang hendak diceritakan adalah cecair yang tidak ada rasa, tiada bau dan tiada warna. Dilaman maya terutama laman sesawang perkataan air merujuk kepada beberapa maksud yang berlainan bergantung pada kata kunci yang dimasukkan ke dalam enjin carian.


Kalau pencarian dibuat bagi satu kata kunci sahaja (kata kunci tunggal) seperti AIR, dapatan dari pencarian adalah senarai nama-nama syarikat penerbangan atau airlines: Contoh airlines adalah AirAsia, Air India, Air Canada dan sebagainya.


Sekiranya kata kunci diubah kepada lebih dari satu perkataan (kata kunci frasa) seperti MEANING OF AIR, dapatan dari pencarian adalah the invisible gaseous substance surrounding the earth, a mixture mainly of oxygen and nitrogen iaitu merujuk kepada udara. Sebutan bagi air adalah:



Dan supaya enjin carian memaparkan air sebagai air dan bukan air, contoh kata kunci (frasa) perlu dimasukkan dan yang sesuai adalah makna perkataan air. Dapatannya adalah maklumat tentang air dalam Bahasa Melayu. Air bukan air, air adalah water. Sebutan bagi water adalah:



2. Perincian


Dari segi kimia, air adalah molekul polar yang berkeadaan cecair pada suhu dan tekanan yang standard. Formula kemikal air adalah H2O yakni satu molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Selain cecair, air juga boleh jadi pepejal atau wap bergantung pada suhu.


Molekul air

Molekul air


Pada peringkat molekular, molekul air boleh dipisahkan dengan tenaga elektrik. Proses elektrolisis terhadap air memisahkan molekul air kepada gas oksigen dan hidrogen.


Pemisahan molekul air dinamakan hidrolisis. Bila air dicampurkan pada bekas mengandungi garam, gula, pewarna, karbohiderat atau lain2 bahan terlarut, bahan tadi akan terlarut secara hidrolisis. Bahan terlarut akan mengubah warna, rasa dan bau air. Sifat inilah yang dipergunakan untuk menghasilkan minuman pelbagai warna, rasa dan bau yang sedap untuk diminum


Air dan Ais


Air adalah cecair pada suhu bilik. Sifat cair ini membolehkan air mengalir, dituang, berpusar, diteguk dan diinfusi. Air akan membeku menjadi ketulan ais pada suhu OoCelsius atau 32oFahrenheit. Tahap pembekuan ais boleh diubah. Ais masih boleh berada dalam bentuk cecair meskipun disejukkan ke suhu -42 darjah Fahrenheit di dalam makmal.


Salji adalah kristal ais yang turun seumpama hujan di kawasan beriklim sejuk. Pencairan kepingan ais beku di kutub bumi mampu menaikkan paras air laut.


Kecairan dan Kelikatan


Selain air, ada banyak lagi bahan kimia yang berada dalam bentuk cecair. Meskipun berkeadaan fluid atau cair, semua cecair masih memiliki kelikatan atau viscosity. Kelikatan pada air memberi rintangan pada pusaran air makanya air tidak akan berpusar lama tapi akan berhenti jua.


Bila cecair cecah paras kelikatan sifar atau zero viscosity, satu fenomena ganjil bakal berlaku iaitu superfluidity. Kalau air dalam botol kaca boleh capai status superfluidity, air berkenaan boleh berpusar tanpa henti buat selama-lamanya atau kalau botol itu terbuka air boleh memanjat dinding botol dan keluar dengan sendirinya.


Air dalam gelas

Sifat cair air membolehkan ianya dituang


3. Sumber Air


Air ada di mana-mana. Di sungai, tasik, laut, salji, udara, dalam awan dan bawah tanah waima dalam batu pun ada air. Air juga berada di luar dari bumi iaitu di komet dan di Syurga. Menurut al-Quran, air adalah elemen istimewa yang terdapat di Syurga:

Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh. Itulah kesudahan usaha orang-orang yang bertaqwa, sedang kesudahan usaha orang-orang yang kafir pula ialah neraka. (Ar-Ra'd 13:35)


Air dalam batu.


Biar betul? Percaya atau tidak, batu sememangnya boleh menyimpan air.

Petikan ayat dari surah Al-Baqarah 2:60 menceritakan tentang hal ini:


Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Bumi tidak menghasilkan sendiri air. Air yang ada ini menurut pengkaji adalah berasal jauh dari bumi dan dihantar ke bumi menerusi meteor dan komet.


Bila mata air, sungai, tasik dan air bawah tanah tidak cukup pilihan yang ada ialah air laut atau air dalam batu!


Air dalam batu fenolit peninggalan magma

Air dalam batu Fenolit peninggalan magma


4. Klasifikasi Air


Air di klaskan berdasarkan kandungan bahan terlarut, jenis molekul, ketulenan, fungsi dan kesucian.


Air Tawar Dan Air Masin


Air laut adalah air masin. Air tasik ada yang tawar dan ada yang masin. Yang lain-lain adalah air tawar. Air berasa masin kerana adanya bahan-bahan terlarut terutamanya sodium klorida (NaCl).


70 peratus permukaan bumi adalah digenangi oleh air laut yakni air masin. Pada kedalaman tertentu, semua warna akan diserap oleh air laut kecuali warna biru. Ini menampakkan bumi berwarna kebiru-biruan.


Lautan atas muka bumi

Bumi nampak kebiru-biruan dari angkasa


Laut Pasang dan Surut


Tarikan graviti bulan dan matahari mempunyai pengaruh besar ke atas pasang atau surutnya air laut. Bila bulan penuh, air laut akan turut pasang penuh.


Air dan minyak tidak bercampur, begitu juga air masin tidak bercampur dengan air tawar.


Warna sempadan air sungai bertemu laut

Pemisahan air masin dan air tawar


Air laut boleh dibuang kemasinannya melalui osmosis berbalik agar menjadi air tawar. Begitupun kos produksi adalah penghalang.


5. Kepentingan Dan Kegunaan


Meskipun peratusan air tawar adalah kurang dari 3 peratus dari keseluruhan kandungan air di atas muka bumi, kegunaan dan kepentingannya amatlah meluas melibatkan banyak sektor seperti pertanian (pengairan tanam-tanaman), perkilangan, kemudahan asas (bekalan air terawat), pembersihan, penyejukan, pelarutan, janaan tenaga elektrik, penggantian cecair sirkulatori dan banyak lagi. Paling berguna ialah hanya air (khususnya air tawar) yang dapat menghilangkan rasa dahaga.


Air Hujan Dan Air Suling


Meskipun hujan dari segi pembentukannya adalah sejenis air suling namun ia tidak lagi tulen apabila bercampur dengan udara di atmosfera yang tercemar lalu terhasillah hujan asid.

Air suling adalah 100% tulen selagi ianya diletakkan dalam bekas yang sesuai dan tidak terdedah pada udara. Antara kegunaan air suling adalah air untuk bateri kereta dan water for injection.


Air lembut Dan Air Keras


Bila air meresap ke dalam tanah, ia akan melarutkan beberapa mineral lalu terbentuklah soft water dan hard water. Kedua-duanya dibezakan oleh kandungan kation kalsium dan magnesium. Soft water mengandungi kation yang rendah sebaliknya hard water mengandungi banyak kation yang disebutkan itu.


Hard water akan menyukarkan sabun dibilas dari badan semasa mandi atau serbuk pencuci bakal meninggalkan tompok2 putih pada pakaian. Begitu juga peralatan dan saluran perpaipan bakal berkerak bila dialiri oleh hard water dan secara tidak langsung meningkatkan kos selenggara.


Air Ringan Dan Air Berat


Air berat adalah air yang sukar didapati. Air ini dibentuk oleh gabungan deuterium dan oksigen H2OD2O. Deuterium adalah isotop bagi hidrogen. Oleh kerana deuterium lebih berat dari hidrogen, Heavy water adalah lebih berat berbanding air ringan lalu air berat akan tenggelam kalau dicampurkan dengan air biasa. Kalau kiub ais terapung atas permukaan air, kiub ais D2O akan tenggelam kalau dimasukkan dalam air.


Segelas air berat

Kiub ais (kiri) timbul
Kiub ais D2O (kanan) tenggelam.


Air berat juga memiliki ciri-ciri kemikal yang mana air biasa tidak memilikinya. Air berat bukan saja lebih berat dari air biasa, ia adalah lebih berharga dalam sektor tertentu


Air Mineral Dan Air Kosong


Tubuh manusia perlukan mineral. Minuman air mineral dapat membekalkan beberapa mineral penting yang diperlukan oleh setiap sel. Zamzam adalah air mineral dan ia juga adalah air yang beralkali. Sifat alkali air Zamzam adalah kualiti yang membezakannya dengan lain-lain air mineral komersil.


Cuci dan Suci


Ada banyak lagi cecair yang boleh mencuci lebih bersih dari air. Dari sudut keagamaan, bersih harus dipakejkan dengan unsur suci. Di sinilah istimewanya air. Hanya air yang boleh melakukan 2 kerja dalam satu: mencuci dan mensucikan kekotoran.


6. Murka Air


Air yang tenang jangan sangka tiada buaya. Air adalah ejen atau pengantara yang boleh melakukan kemusnahan besar yang tidak tergambar dek akal.


Ombak besar Tsunami, meskipun dari lautan masih mampu membuat kemusnahan merentasi daratan yang luas. Ia kekal sebagai pengantara kemusnahan yang berskala besar dan pantas.


Air memberi laluan pada pihak yang benar dan menghalang pihak yang zalim:


Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar memgembara pada waktu malam, kemudian pukulah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula engkau takut tenggelam". Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu ia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya -- Terjemahan surah Taha 20:77-78


Bongkah ais di lautan tidaklah sekeras batu granit. Namun kekerasan bongkah ais lebih dari cukup untuk membocorkan dinding kapal Titanic hingga berlaku tragedi yang melakar sejarah penting buat pelayaran di lautan.


7. Penutup


Air boleh diminum, "air" boleh diinhalasi. Kalau air diinhalasi akan timbul masalah. Begitu juga kalau "air" ditelan akan menimbulkan masalah jua. Aliran air yang memukau seperti dalam imej di bawah dapat merehatkan minda. Sesungguhnya rehat adalah satu bentuk terapi.


Air sungai mengalir mengasyikkan


Last-Modified: Thursday, 9 December 2021 17:09:56 GMT


🏠Home

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

AKAN DATANG

Animasi elektromagnetik dan fotoelektrik: artikel mengenai foton dan perubatan akan muncul tak lama lagi.

Efek Fotoelektrik

Oleh Infomedikini

Anod Katod - + Wayar Bateri Meter Amp Ulang

Animasi fotoelektrik

Animasi penjanaan X-ray

Oleh Infomedikini

Pecutan elektron Elektron Nukleus X-ray Ulang Maaf, browser anda tidak menyokong SVG
Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri