Pendekatan alternatif bagi golongan rentan

Pendekatan Alternatif Tiada Rotan Akar Pun Berguna


Oleh: Infomedikini


Pada: 11/11/20


Meskipun sudah 50 juta individu dijangkiti oleh COVID-19 di serata dunia namun hanya seperatusan kecil saja yang mendapat komplikasi yang memudaratkan.


Justeru timbul pertanyaan ini: "apakah faktor-faktor yang membezakan mereka yang mendapat jangkitan ringan dan mereka yang mendapat jangkitan berat?


Apa yang biasa diperdengarkan adalah bagi mereka yang dijangkiti oleh COVID-19, keadaan akan jadi lebih teruk dengan adanya faktor-faktor berikut:


  1. Menghidapi penyakit tidak berjangkit seperti hipertensi, diabetes, serangan jantung, dislipidemia, strok dan penyakit ginjal kronik.
  2. Usia awal dan usia lanjut.
  3. Hamil.
  4. Kekurang zat dan mineral.
  5. Imunodefisiensi/kurang imuniti.
  6. Masalah respiratori kronik.
  7. Terlantar di katil.

Senarai diatas bukanlah muktamad sebaliknya bakal berubah selari dengan pertambahan maklumat dan fakta saintifik mengenai wabak ini.


Satu dapatan baru adalah berkaitan dengan peranan imuniti bersilang dan ketahanan terhadap jangkitan COVID-19.


Faktor tersebut dikenal pasti daripada kajian retrospektif yang dibuat ke atas data-data lebih daripada 2,000 pesakit yang dimasukkan ke sebuah hospital di AS susulan di jangkiti oleh SARS-COV-2 aitu virus penyebab COVID-19.


Apa yang dijumpai adalah kadar kemasukan ke hospital bagi mereka yang tidak mendapat flu shot secara berkala adalah lebih tinggi berbanding mereka yang mendapat imunisasi berkala tersebut.


Satu lagi dapatan yang signifikan ialah kadar kemasukan ke ICU susulan dijangkiti COVID-19 bagi mereka yang tidak mendapat flu shot adalah lebih tinggi berbanding mereka yang mendapat vaksin influenza dalam tempoh satu tahun ke belakang.


Analisa di atas dirumuskan sebegini:


  1. Vaksin influenza berkala seolah-olah mampu menghasilkan imuniti bersilang terhadap COVID-19.
  2. Bahan adjuvan dalam vaksin tersebut bukan saja merangsang produktiviti antibodi yang lebih intensif terhadap influenza tetapi dirasakan mampu memberikan kesan sama terhadap lain-lain virus.
  3. Flu shot seolah-seolah dapat mengurangkan sedikit risiko jangkitan COVID-19.
  4. Sekiranya dijangkiti, vaksin influenza seolah-olah dapat mengurangkan kebarangkalian dimasukkan ke ICU.

Suntikan ke bahu


Lazimnya vaksin di suntik ke bahu


Vaksin influenza adalah relatifnya masih murah, pun begitu ia hanyalah kurang lebih 60% berkesan terhadap jangkitan influenza yakni hanya 6 daripada 10 orang yang mengambilnya akan mendapat perlindungan. Makanya perlindungan bersilang yang mampu diberikan terhadap jangkitan lain-lain virus sepatutnya lebih rendah.


Namun dalam pada vaksin COVID-19 belum memasuki pasaran, imuniti bersilang bolehlah dilihat dalam konteks tiada rotan akar berguna.


Dan sementara menanti 'rotan' itu hadir, harapannya ialah golongan yang rentan dan berisiko tinggi akan mendapat 'akar' tanpa caj dan sekali gus beroleh serampang dua mata: iaitu mampu berdepan dengan influenza dan mampu mengharungi pandemik-19 ini.


Last-Modified: Teusday, 2 March 2021 15:56:34 GMT

Ulasan

Uji Minda

Tonton video pendek dan jawab soalan

Lagi 3 video (tatal kiri)


Info Klinik

1. Pemeriksaan Medikal Pelajar

Makluman segera:

Tiada doktor pada 10/12 sahaja. Pada 11/12/2025 dan hari2 berikutnya beroperasi seperti biasa: dari jam 9:00-13:00; 15:00-18:00

Walk-in sahaja. Tak perlu temujanji

Sekiranya diperlukan kami ada:

Ujian urin glukosa/albumin

Ujian dadah

Keputusan adalah segera

Caj yang dikenakan:

Jauh dari harga kayangan

Hubungi: 05-4583175 untuk pertanyaan

2. Pemeriksaan berkaitan FOMEMA

Pemerikasaan darah dan X-ray dalam satu waktu dan dalam premis yang sama.

Waktu Operasi Harian Biasa:

Isnin hingga Jumaat

1. Sesi pagi: 8:00 pagi - 1:00 petang

2. Rehat: 1:00 petang - 3 petang

3. Sesi petang: 3:00 petang - 6:00 petang

Sabtu: Tutup

Ahad: Buka dari 2:00 petang - 6:00 petang

Cuti umum: Tutup


Terbaru

⬅Tatal ke kiri

Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri