Persepsi Negatif Terhadap AstraZeneca Mampu Jejas Sasaran Imuniti Kelompok Global

Oleh Infomedikini


Persepsi negatif terhadap vaksin bakal mengurangkan kadar vaksinasi justeru ia perlu dikurangkan.


Berikut adalah perkara-perkara tentang vaksin ChAdOx1 nCoV-19 keluaran AstraZeneca yang boleh menimbulkan persoalan dari segi amalan murni dan kesinambungan genetik:


  1. Virus vektor jenis tersuai disuntik ke dalam tubuh manusia sebagai usaha mencegah jangkitan virus novel.
  2. Kod genetik virus berbahaya dipautkan ke dalam DNA virus vektor perlu memasuki nukleus sel penerima vaksin sebagai langkah perlu dalam penghasilan sejenis protin asing iaitu spike protein.
  3. Sel-sel klon daripada janin iaitu barisan sel-sel HEK-293 dibabitkan dalam proses penghasilan virus-virus vektor dan tuaian segmen-segmen mRNA COVID-19.
  4. Etanol adalah salah satu cecair eksipien dalam sebotol vaksin.

Jika perkara di atas dipandang ringan, keraguan terhadap vaksin COVID-19 AstraZeneca secara khususnya dan lain-lain vaksin secara amnya akan berputik dan mampu berkembang ke tahap menyekat sasaran imuniti kelompok.


Adenovirus sebagai vektor


Virus ini diternak di makmal dan diubahsuai genetiknya bagi tujuan menghasilkan vektor yang dapat melindungi dan membawa segmen mRNA COVID-19 ke dalam sel-sel penerima vaksin.


Struktur mRNA

Imej 1. Struktur skematik segmen mRNA. Sumber Curevac


Struktur DNA

Imej 2. Struktur skematik rerantai DNA. Kredit untuk Curevac


Virus ini dikhabarkan tidak menyebabkan jangkitan dan tidak menularkan jangkitan kepada manusia.


Kalau khabar berkenaan diyakini kebenarannya, anehnya, kenapa kaedah pembersihan bagi vaksin yang tumpah perlu menggunakan agen pencuci khas terhadap adenovirus atau pelupusan vaksin yang tidak habis dipakai harus dilaksanakan ikut 'SOP"?


Kefahaman biasa tentang keperluan sanitasi 'wajib' ialah apabila sesuatu permukaan itu telah dicemari oleh mikrob berjangkit. Justeru apakah vaksin ChAdOx1 nCoV-19 mengandungi mikrob yang boleh menyebabkan jangkitan?


Kaedah disinfeksi dan pelupusan adenovirus

COVID-19 Vaccine AstraZeneca contains genetically modified organisms (GMOs).


The active ingredient of the Oxford-AstraZeneca ChAdOx1 nCoV-19 vaccine is made from a modified adenovirus which causes the common cold in chimpanzees. This virus has been modified so that it cannot cause an infection. It is used to deliver the genetic code for the coronavirus spike protein.


Any unused vaccine or waste material should be disposed of in compliance with the local guidance for genetically modified organisms or biohazardous waste.


Spills should be disinfected using agents with activity against adenovirus.


Dipetik daripada Vaccine Knowledge Project Universiti Oxford: Vaccine ingredients.


Sel-sel janin


Sel-sel hidup diperlukan untuk membolehkan partikel adenovirus (virus vektor) menjalani proses multiplikasi dan seterusnya segmen mRNA COVID-19 dipautkan kepada DNA vektor menerusi kaedah kejuruteraan genetik.


Sel-sel hidup yang digunakan adalah sel-sel klon HEK-293. Selain sel-sel klon janin itu, apakah sel-sel haiwan lain tidak boleh digunakan?


Sel-sel klon janin

Maklumat lanjut tentang HEK-293

The manufacturing process for the Oxford-AstraZeneca vaccine involves the production of a virus, the adenovirus, which carries the genetic material to the cells inside the body. To produce this virus in the laboratory, a “host” cell line is needed. The Oxford-AstraZeneca vaccine uses a cell line called HEK-293 cells.


HEK-293 is the name given to a specific line of cells used in various scientific applications. The original cells were taken from the kidney of a legally aborted foetus in 1973. HEK-293 cells used nowadays are clones of those original cells, but are not themselves the cells of aborted babies.


The Department for Social Justice of the Catholic Bishops’ Conference of England and Wales released a statement addressing the use of HEK-293 cells in the COVID-19 vaccine. They say that “one may in good conscience and for a grave reason receive a vaccine sourced in this way”, and “that one does not sin by receiving the vaccine”.


Other therapeutic products which use HEK-293 cells as a producer cell line include Ad5 based vaccines, such as Cansino’s COVID-19 vaccine, Adeno associated viruses (AAV) and lentiviruses as gene therapy vectors for various diseases. Many of these products are in clinical trials.

Dipetik daripada laman Vaccine Knowledge Project Universiti Oxford: Vaccine ingredients.


Transkripsi kod DNA berlangsung dalam nukleus sel dan bukan di luar nukleus


Mekanisma imuniti vaksin ChAdOx1 nCoV-19 keluaran Astrazeneca terhadap COVID 19 adalah menerusi penghasilan antibodi terhadap spike protein. Protein tersebut terletak pada permukaan partikel virus. Imej 3.


Struktur partikel COVID 19

Imej 3. Struktur-struktur COVID-19 termasuk spike protein yang menjadi sasaran sel-sel imuniti. Sumber imej daripada Vaccine Knowledge Project Oxford University


Sel-sel imun melihat spike protein sebagai antigen lalu menghasilkan antibodi bagi melawan COVID 19.


Protin dihasilkan daripada proses transkripsi dan translasi kod genetik

Imej 4. Cara sel hasilkan protin dipetik daripada Vaccine Knowledge Project Oxford University


Susun atur komponen spike protein ditentukan oleh kod genetik yang terkandung dalam mRNA COVID-19.


Makanya dengan memasukkan salinan kod ke dalam sel, sel tersebut dapat menghasilkan protein yang menyerupai spike protein.


Isunya ialah kod tersebut dipautkan kepada DNA virus vektor dan DNA ini perlu masuk ke nukleus sel untuk proses melepaskan mRNA.

Dikhabarkan DNA vektor dan mRNA yang memasuki nukleus sel akan dimusnahkan dalam waktu yang singkat.


Virus sebagai vektor

Virus jadi vektor bawa DNA

Viral vectored vaccines work in a different way. The genetic information inside a viral vectored vaccine like ChAdOx1 is DNA rather than RNA. This DNA is a short linear piece of double stranded DNA which contains the viral genes along with the gene for the spike protein. The viral vector first infects the cell and then delivers this DNA to the cell nucleus. The cell can then transcribes the viral genes (DNA) into mRNA using the same RNA polymerase it uses for our own genes. After transcription, the mRNA gets tagged so it can leave the nucleus and be made into spike protein by the cell machinery.


In the Oxford vaccine, the viral gene that is required to replicate viral DNA has been removed. As viruses use a different process to human cells to replicate their DNA, the cell itself cannot replicate viral DNA either. This means the viral vector cannot replicate (make more viruses) or cause disease. Both the original viral DNA and the spike protein mRNA only last a few days before the cell removes them. Such design features alongside a cell’s natural DNA protection measures, prevents any possibility of viral DNA integrating with human DNA.


Dipetik daripada laman Vaccine Knowledge Project Universiti Oxford: Vaccine ingredients.


Lazimnya mana-mana pendekatan baru pasti terdedah kepada kejutan dan kekhilafan yang tidak dapat diduga pada awalnya. Dalam konteks ini apakah yang akan terjadi sekiranya DNA dan mRNA asing berada lebih lama dalam sel-sel?


Ethanol sebagai eksepien


Ada berbagai jenis bahan yang boleh dijadikan penstabil termasuk ethanol iaitu sejenis alkohol. Dalam kuantiti yang besar ia adalah racun yakni toksik terhadap organ-organ.


Meskipun kuantiti ethanol dalam sebotol vaksin adalah sedikit namun bila dikaitkan dengan racun dan toksin, secara tidak langsung timbul perasaan was-was terhadap keselamatan vaksin.


Eksepien bagi vaksin

Ethanol sebagai eksepien

PHARMACEUTICAL PARTICULARS


List of excipients:


  • L-Histidine
  • L-Histidine hydrochloride monohydrate
  • Magnesium chloride hexahydrate
  • Polysorbate 80 (E 433)
  • Ethanol
  • Sucrose
  • Sodium chloride
  • Disodium edetate (dihydrate)
  • Water for injections

Dipetik daripada laman Vaccine Knowledge Project Universiti Oxford: Vaccine ingredients.


Data lama memburukkan lagi persepsi terhadap vaksin AstraZeneca


Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, persepsi negatif yang tular sebelum ini dinegatifkan lagi oleh sidang media AstraZeneca yang memetik data-data yang bukan terkini hingga mengundang komen-komen negatif daripada banyak pihak:


"AstraZeneca vaccine is likely very good, but an independent review board was concerned about how the drugmaker presented data - Dr. Anthony Fauci"

Nila setitik rosak susu sebelanga


Pandemik COVID-19 belum reda dengan pendekatan sedia ada. Imuniti kelompok peringkat global diwar-warkan mampu mengawal wabak dengan lebih berkesan.


Namun di depan masih ada halangan. Persepsi negatif yang berlarutan dan menjangkiti lain-lain vaksin adalah penghalang untuk dunia kembali kepada norma-norma lama.


Last-Modified: Monday, 13 December 2021 16:56:34 GMT

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

AKAN DATANG

Animasi elektromagnetik dan fotoelektrik: artikel mengenai foton dan perubatan akan muncul tak lama lagi.

Efek Fotoelektrik

Oleh Infomedikini

Anod Katod - + Wayar Bateri Meter Amp Ulang

Animasi fotoelektrik

Animasi penjanaan X-ray

Oleh Infomedikini

Pecutan elektron Elektron Nukleus X-ray Ulang Maaf, browser anda tidak menyokong SVG
Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri