Audit Dan Rawat Blog Dengan Google Lighthouse
Oleh: Infomedikini
Pada: 23/01/21
Paparan terakhir dalam blog ini sudahpun berusia lebih 2 bulan. Ketiadaan paparan baru bagi tempoh selama itu sekiranya dipandang dari sudut produktiviti bolehlah dianggap tidak produktif.
Namun kurangnya produktiviti dalam waktu itu bukanlah kerana Infomedikini berdepan dengan kekangan fizikal atau kesuntukan masa tetapi ia ada kaitan dengan kefahaman yang berubah.
Bila paparan dimuat naik untuk dikongsikan ia disasarkan kepada pembaca (peluncur) sedangkan tidak semua peluncur dapat melihat atau mendengarnya.
Disangkakan bahawa paparan blog hanya dinilai oleh pembaca rupa-rupanya Googlebot dan Robotext akan juga membuat penilaian.
Perubahan dalam kefahaman tentang penyediaan blog menggerakkan perubahan terhadap keutamaan.
Naratif awal bermula apabila blog ini mendapat skor yang buruk apabila diperiksa dan diaudit di laman sesawang Google Lighthouse (Rumah Api Google).
Google Lighthouse
Lighthouse adalah penyedia perkhidmatan alat automasi dan diberikan secara percuma. Ia mengukur dan mengaudit hamparan, kod fungsi dan prestasi laman sesawang.
Logo Rumah Api Google.
Sebagai open source sesiapa saja boleh menggunakan Rumah Api Google bagi memeriksa mana-mana laman sesawang dan blog: sama ada milik individu, entiti korporat, organisasi mahu pun kerajaan.
Hanya masukkan URL laman sesawang atau blog yang hendak diperiksa ke dalam petak disediakan Dan klik butang "Audit". Laporan audit akan siap dalam tempoh kurang daripada satu minit.
Elemen yang diukur adalah:
Skor keseluruhan digunakan bagi menentukan tahap kebagusan empat parameter ini:
- Search Engine Optimisation (SEO).
- Accessibility.
- Best Practices
- Performance
Skor yang diberi adalah dari 0 hingga 100 dan digredkan kepada tiga warna:
- Warna Merah: score 0-49 dianggap Poor
- Warna Oren: score 50-89 dianggap Needs Improvement
- Warna Hijau: score 90-100 dianggap Good
Makanya audit yang menghasilkan 4 Gred Hijau akan dianggap terbaik dan 4 Gred Merah akan dianggap terburuk.
Hasil Audit
Gred yang saya dapat adalah: 2 merah dan 2 oren yakni tiada yang berwarna hijau malah skor bagi kategori Accessibility adalah zero (English), pujyam (Tamil), ling (Mandarin), zilch (Jerman) iaitu kosong: 0
Petak score bagi Search Engine Optimisation (SEO)
Petak score bagi Performance
Petak score Acessibility
Petak score bagi Best Practices
Reaksi Penulis
Kalau nak tahu sama ada keputusan audit ini satu yang mengejutkan atau tidak maka jawapan saya adalah ya dan tidak.
Ya: Saya sepatutnya terkejut kerana ia adalah gred yang sangat rendah bagi sebuah blog yang mana setiap paparan diberikan peruntukan masa yang banyak.
Tidak: Saya tidak terkejut memandangkan blog ini diisi dengan kuiz, kalkulator, warna, foto, animasi, CSS yang berlapis-lapis dan JavaScript pihak ketiga. Lagipun saya tiada pengetahuan formal dalam bidang-bidang sebegini justeru akan ada kelemahan sini dan sana.
Namun apa yang menggusarkan saya adalah dengan gred sebegitu bermakna:
- Kelajuan blog saya adalah seumpama kura-kura.
- Masa untuk memulakan interaksi adalah lama.
- Saiz huruf/fon perlu dizoom.
- Kontras tidak terang.
- Hamparan tidak ikut kod standard.
- Pelayar tidak dapat pengalaman yang baik.
- Banyak masa digunakan untuk loading.
- Jumlah data yang dipakai adalah lebih daripada sepatutnya.
- Paparan yang hendak dikongsikan hanya boleh terlaksana menerusi sentuhan skrin dan tetikus tetapi tidak dengan papan kekunci atau lain-lain Assistive Technologies.
- Tiada keutamaan untuk muncul dalam organic search.
Simptom Dan Diagnosis
Meskipun tidak dijangkiti virus, senarai di atas adalah simptom-simptom yang kalau dibiarkan begitu saja akan memberi kesan terhadap peluncuran/pelayaran, organic search dan hayat blog.
Nah, audit diatas adalah satu diagnosis iaitu blog ini menyukarkan bukan sahaja kepada sebahagian peluncur malah kepada robot-robot jua. Makanya perlu dipulihkan.
Baik Pulih
Lighthouse bukan sahaja menyenaraikan masalah, ia juga memandu penyelesaiannya:
Senarai pendek baik pulih yang disarankan.
Sasaran
Sebelum melakukan baik pulih, sasaran perlu ada. Sasaran pula harus mengambil kira prestasi laman sesawang yang memiliki nama lebih besar.
Prestasi laman sesawang WHO
Prestasi laman sesawang terkenal dengan kajian Covid-19
Prestasi laman sesawang sebuah kementerian
Dek kerana saya bukanlah cekap komputer, bukanfrontend developer, backend pun bukan dan jauh sekali fullstack developer maka itu saya perlu ukur baju di badan sendiri.
Cumanya mampukah saya memperbaiki semua kelemahan dan seterus mengubah warna gred daripada merah dan oren kepada 1 atau 2 atau 3 atau 4 hijau?
Hasil
Last-Modified: Wednesday, 5 January 2022 15:28:00 GMT.
Ulasan