Pandemik COVID-19: Apakah Saya DiJangkiti?


Oleh: Infomedikini


Pada: 17/03/20


Bila jangkitan yang disebabkan oleh sejenis virus yang agak virulen telah sampai ke peringkat yang mana ianya mampu menular secara mudah, pantas dan meluas ke segenap pelosok dunia makanya setiap individu secara teorinya adalah mempunyai kebarangkalian untuk dijangkiti.


Dalam konteks dunia yang sedang dilanda oleh pandemik Covid-19, marhaen boleh mendapat jangkitan kebanyakannya daripada penularan setempat iaitu daripada orang yang berada di sekeliling atau daripada ahli keluarga sendiri yang telah dijangkiti.


taburan Covid dunia


Sebaran terkini CoVid-19 di seluruh dunia: Bulan Mac (imej atas) dan bulan Oktober (imej bawah)


taburan kes Oktober


Virus korona adalah organisma mikro yakni saiznya terlalu kecil hinggakan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Oleh itu jangkitan boleh berlaku tanpa disedari oleh pihak yang dijangkiti sehinggalah jangkitan tadi menghasilkan gejala.


Bila WHO menetapkan bahawa risiko mendapat jangkitan COVID-19 di serata dunia adalah sangat tinggi, kefahaman mengenainya adalah bagi individu yang berasa tidak sihat kemungkinan yang ianya adalah COVID-19 harus berada di atas.


Justeru itu seseorang yang berasa tidak sihat harus baginya menanyakan diri sendiri akan soalan yang sebegini: Apakah saya telah dijangkiti oleh Covid-19?


Sememangnya tidak semua individu yang berasa tidak sihat itu adalah disebabkan oleh Covid-19. Ianya boleh juga disebabkan oleh demam selesema, influenza, denggi, sengal-sengal otot, keletihan, nyahhidrat atau lain-lain sebab (lihat carta aliran di bawah).


Carta aliran di bawah ini juga menunjukkan aliran pembahagian kes Covid-19 yang terdiri daripada 3 kategori iaitu: (1) Kes yang disyaki. (2) Kes barangkali/mungkin. dan (3) Kes yang disahkan:


algoritma 1


Kategori yang boleh di nilai oleh marhaen adalah kes (1) iaitu kes yang disyaki sementara kes (2) dan kes (3) hanya boleh disahkan menerusi ujian makmal sahaja.


Penilaian sama ada seseorang itu mempunyai asas untuk mengesyaki yang dirinya telah dijangkiti atau sebaliknya adalah penting untuk di laksanakan di peringkat individu iaitu dilakukan oleh orang itu sendiri.


Ini kerana bila seseorang itu telah dijangkiti tetapi beliau tidak menyedari tentang jangkitan tersebut maka kemungkinannya adalah bukan sahaja dia akan terdedah kepada komplikasi COVID-19 tetapi dalam masa yang sama beliau juga boleh menularkan virus tersebut kepada orang lain.


Tidak kurang pentingnya adalah penilaian yang dibuat sendiri-sendiri akan mampu memberikan kelegaan kepada pihak hospital yang sudah sedia dibebani oleh kunjungan pesakit yang bertambah secara drastik susulan COVID-19 dikategorikan sebagai pandemik.


Untuk menjayakan penilaian sendiri, pihak WHO ada menyediakan garis panduan berupa definisi kes bagi membantu individu yang berasa tidak sihat atau mengesyaki dirinya telah terkena COVID-19 untuk menentukan keadaan tersebut. Panduan ini melibatkan beberapa soalan yang perlu dijawab seperti berikut:


1. Adakah anda demam dan berapa suhunya?


2. Adakah demam anda itu disertai oleh salah satu daripada simptom berkaitan jangkitan pada saluran pernafasan seperti sakit kerongkong, demam, selesema, hilang deria bau, batuk dan sesak nafas?


3. Apakah demam anda itu ada kaitan yang jelas dengan lain-lain penyakit seperti demam tonsil, demam selesema, resdung dan sebagainya?


4. Pernahkah anda berada dekat atau bersentuhan atau merawat pesakit sebelum ianya disahkan sebagai telah dijangkiti atau dimasukkan ke hospital atau dikuarantin dalam tempoh 14 hari yang lepas?


5. Pernahkah anda berada dekat atau bersentuhan dengan individu yang disyaki atau berkemungkinan telah dijangkiti atau sedang menjalani siasatan dalam tempoh 14 hari?


6. Pernahkah anda berkunjung ke kawasan yang ada penularan setempat agak ketara dalam tempoh 14 hari?


Jawapan daripada solan-soalan di atas akan dipadankan dengan 3 definisi kes di bawah ini:


1. Adalah seseorang yang menghidapi penyakit paru-paru (respiratori) akut (Demam dan setidak-tidaknya satu gejala/tanda penyakit respiratori (seperti batuk, sakit kerongkong atau sesak nafas), DAN tanpa adanya lain-lain penyebab (etiologi) yang dapat menerangkan presentasi klinikal yang ada itu DAN mempunyai sejarah perjalanan atau menjadi warga negeri/kawasan yang melaporkan adanya penularan setempat dalam tempoh 14 hari sebelum gejala bermula.


2. Adalah pesakit dengan penyakit respiratori akut DAN pernah melakukan kontak dengan kes yang berkeMUNGKINan atau kes yang telah diSAHkan dalam tempoh 14 hari sebelum gejala bermula.


3. Adalah individu yang mengalami jangkitan paru-paru akut (demam dan setidak-tidaknya satu tanda/gejala penyakit paru-paru atau respiratori (cohtohnya, batuk dan sesak nafas) DAN tanpa adanya penyebab lain yang boleh menerangkan presentasi klinikalnya yang ada itu DAN perlu pula dimasukkan ke wad.


Adapun kesimpulan yang boleh didapatkan daripada penilaian sendiri adalah: (1) Ada asas untuk mengesyaki yang diri sendiri telah dijangkiti. (2) Tiada asas untuk mengesyaki yang diri sendiri telah dijangkiti.


Kalau tiada asas untuk jangkitan disyaki maka langkah seterusnya adalah terpulang kepada individu tersebut. Beliau boleh saja melanggan perkhidmatan ujian COVID-19 swasta yang dilaksanakan di rumah bagi menjana lebih kepastian.


Sebaliknya kalau penilaian yang dibuat menunjukkan ada cukup asas untuk mengesyaki bahawa dirinya itu telah dijangkiti, langkah seterusnya akan membawa beliau ke arah satu persimpangan pilihan. Simpang-simpang yang boleh dilalui adalah seperti yang tertera dalam carta alir di bawah:


algo 2


Marhaen yang ada asas untuk mengesyaki bahawa dirinya telah dijangkiti oleh COVID-19 boleh menentukan sendiri langkah-langkah yang akan diambil seterusnya selagi dianya tidak diwajibkan untuk mengikuti langkah undang-undang atau/dan langkah-langkah pihak berkuasa:


1. Beliau boleh memilih untuk menjalani ujian pengesahan COVID-19 di rumah menerusi perkhidmatan yang disediakan oleh pihak swasta. Ujian tersebut bakal menentukan sama ada beliau benar-benar telah dijangkiti (sah) atau sekadar kes yang disyaki atau kes barangkali saja.


2. Sekiranya beliau tidak menghidapi penyakit tambahan dan tidak mengalami komplikasi yang memerlukannya berada di hospital makanya beliau boleh memilih untuk menjalani kuarantin rumah.


3. Beliau boleh menghubungi klinik swasta menerusi telefon atau pergi ke klinik tersebut tetapi sebelum itu beliau perlu pastikan dirinya tidak berpotensi menjadi penular COVID-19. Meskipun klinik swasta tidak boleh mengesahkan COVID-19 namun pesakit masih boleh mendapatkan pandangan profesional, penilaian tahap kesihatan, mendapatkan ubat untuk merawat gejala, mendapatkan sijil medikal, surat rujukan dan pihak klinik boleh juga membantu mendapatkan perkhidmatan ambulan sekiranya rawatan hospital diperlukan.


4. Akhir sekali marhaen yang mengesyaki dirinya telah dijangkiti boleh memilih sama ada pergi ke hospital swasta atau hospital kerajaan bagi menjalani siasatan, mendapatkan rawatan dan menjalani kuarantin. Namun sebelum itu beliau harus mengambil semua langkah-langkah yang diperlukan bagi mengelak daripada menjadi penyebar jangkitan dan ianya perlu bermula dari rumah, sepanjang jalan menuju hospital dan sesampainya beliau di hospital.


Last-Modified: Mon, 11 Apr 2022 15:00:06 GMT

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

AKAN DATANG

Animasi elektromagnetik dan fotoelektrik: artikel mengenai foton dan perubatan akan muncul tak lama lagi.

Efek Fotoelektrik

Oleh Infomedikini

Anod Katod - + Wayar Bateri Meter Amp Ulang

Animasi fotoelektrik

Animasi penjanaan X-ray

Oleh Infomedikini

Pecutan elektron Elektron Nukleus X-ray Ulang Maaf, browser anda tidak menyokong SVG
Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri