Hungary capai imuniti kelompok dalam tempoh 3 bulan dan dengan kadar vaksinasi serendah 50%?
Oleh: Infomedikini
Khamis, 1 Julai 2021 23:34:22 GMT
Imej-1 Peta Hungary
Imej-2. Graf jangkitan COVID-19 Hungary dan bilangan kes pada 26 Mac 2021
Imej-3. Graf COVID-19 Hungary: bilangan kes harian terkini pada 26 Jun 2021
Penurunan sementara saja
Meskipun penyifaran kes positif di Hungary hanyalah untuk satu hari dan kes memantul naik semula namun setakat ini kenaikan yang direkodkan adalah di bawah 150 kes per hari.
Dalam ketika United Kingdom dan Rusia berdepan pemantulan kes positif dan lain-lain negara masih sukar mengawal sepenuhnya pandemik COVID-19 makanya penyifaran kes di Hungary adalah contoh sinar di hujung terowong yang dicari-cari selama ini terutamanya di Eropah.
Pelandaian dan penyifaran lengkung COVID-19 di negara tersebut setelah 18 bulan bumi dicengkam oleh pandemik pastinya menarik untuk direnungi dan diteliti oleh lain-lain negara yang masih mencari-cari akan cahaya sama di hujung terowong.
Lockdown ke lockdown
Seperti lain-lain negara, Hungary juga melaksanakan partial and targeted lockdown dari semasa ke semasa. Ia berjaya melandaikan graf untuk sekian-sekian jarak masa sebelum graf memantul dalam gelombang seterusnya.
Penularan terkawal yang bersifat sementara ini adalah pada hemat penulis disebabkan bumi tidak pernah melaksanakan lockdown sepenuhnya secara serentak selama 2 minggu.
Solusi di luar kotak
Untuk pandemik ini berjaya dikawal sebelum menular ke segenap pelosok bumi, penulis pernah membayangkan satu saja solusinya iaitu WHO akan muncul dengan idea global lockdown selama 2 minggu.
Apa yang penulis maksudkan tentang global lockdown adalah satu dunia duduk dalam premis masing-masing selama 2 minggu melainkan pasukan keselamatan.
Seminggu sebelum pelaksanaan global lockdown, setiap premis akan dibantu untuk menyimpan bekalan bagi tempoh berkurung yang direncanakan.
Bayangan tinggal kenangan
Namun apa yang penulis bayangkan tinggal kenangan. complete global lockdown bukan saja tidak berlaku malah tidak ada satu penjuru bumipun yang melaksanakannya. Makanya jangan hairan kalau bilangan virus ini terus bertambah dan menular ke serata permukaan bumi.
Bilangan virus yang tidak terkira banyaknya ini dan penularan yang meliputi segenap permukaan bumi adalah kejayaan teragung bagi virus-virus pandemik.
Kejayaan teragung ini membolehkan virus meneruskan kelangsungannya. Ia tidak akan pupus sebaliknya kekal berada dalam senarai penyakit berjangkit tahunan dan dengan itu akan terus dipantau dan dikawal.
Bila penularan berjaya dikawal dan bilangan kes melandai turun waima ke angka sifar namun itu hanyalah sementara. Meskipun telah menjadi sifar di satu lokaliti namun virus yang tidak pupus adalah masih aktif di lain-lain lokaliti. Lambat laun lokaliti yang berjaya mencapai jangkitan sifar akan kembali mencatatkan penularan.
Sesungguhnya satu dunia telah melaksanakan kawalan kendiri, kawalan oleh pihak berkuasa dan pelaksanaan vaksinasi dengan harapan cengkaman pandemik ini dapat dilonggarkan semaksima yang mungkin.
Ulasan