Kalkulator BMI Ini Lain Dari Yang Lain

Oleh Infomedikini

Pada 20/08/2022

Ketiadaan kalkulator bagi berat badan berstatus pintar lagi realistik telah memotivasikan saya untuk menghasilkan satu-satunya kalkulator sebegitu agar dapat digunakan oleh semua orang secara mudah dan percuma.

Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut mengenai kalkulator yang dimaksudkan eloklah terlebih dahulu saya terangkan mengenai berat badan dan hubungannya dengan tinggi dan indeks jisim badan.

Berat badan dikategorikan sebagai kurus, normal, overweight atau obes berdasarkan kepada nilai indeks jisim badan atau singkatannya adalah BMI.

BMI boleh dikira nilainya asalkan dua ukuran iaitu berat dan tinggi diketahui.

Hubungan antara berat, tinggi dan BMI adalah seperti berikut:

  1. BMI bagi dua individu yang sama berat tetapi tidak sama tinggi adalah tidak sama.

  2. BMI bagi dua individu yang sama tinggi tetapi berat tidak sama adalah tidak sama.

  3. Dua individu yang tidak sama tinggi dan tidak sama berat boleh memiliki nilai BMI yang sama.

  4. BMI bagi dua individu yang sama berat dan sama tinggi adalah sama.

Berdasarkan hubungan di atas perubahan pada berat badan akan mengubah nilai BMI dan begitu juga kalau BMI mahu diubah makanya berat badan yang perlu diubah.

Ubah berat badan

Perubahan berat badan diperlukan atas beberapa sebab:

  1. Untuk tujuan kesihatan individu dalam kategori kurus perlu menambah berat badan dan sebaliknya individu dalam kategori obes perlu kurangkan berat badan.

  2. Dari sudut estetika asalkan berat badan berada dalam julat yang normal sudah memadai namun demi kesempurnaan berat badan yang ideal jadi sasaran.

  3. Untuk berjaya sebagai pelari jarak jauh, julat BMI optimum yang dikejar adalah antara 17.5kg/m2 dan 20.7kg/m2 iaitu antara kurus dan normal.

  4. BMI bagi rata-rata pemain bola keranjang dalam liga NBA Amerika adalah 25-27kg/m2 iaitu antara normal dan overweight.

  5. Overweight di sini bukan bermakna lebih lemak tetapi disebabkan otot yang pejal.Dengan itu pemain mampu melompat tinggi hingga cecah keranjang dan dalam masa yang sama memiliki tubuh yang tegap.

  6. Kategori berat badan Cao Yuan -- iaitu atlet yang banyak menggondol pingat emas dalam sukan terjun papan anjal dan platform -- adalah hampir kepada "ideal" iaitu BMI beliau adalah 20.9kg/m2.

    Dalam acara terjun berpasangan Cao Yuan dan pasangannya adalah sama tinggi dan hampir sama besar. Kesamaan ini membantu pasangan dari Cina untuk unggul dalam acara synchronized diving.

Dengan sasaran berat badan dan BMI yang bermacam-macam bagi memenuhi keperluan yang berbagai-bagai makanya banyak kerumitan dalam pengiraan yang perlu dilalui.

Pengiraan boleh dilakukan secara manual tetapi kompleks atau dipermudahkan kalau menggunakan komputer.

Kalkulator berat badan

Apa yang perlu ada pada kalkulator berat badan dan BMI adalah mudah digunakan dan outputnya adalah realistik.

Mudah dalam erti kata dengan sekali kemasukan input kalkulator akan mampu memberikan semua output yang dimahukan dengan meletakkan hujung jari atas satu butang klik sahaja.

Input dan output yang realistik dalam konteks berat badan dan BMI adalah apabila nilai-nilainya 'berpijak atas bumi yang nyata':

  1. Kalkulator BMI hanya sesuai buat usia 18tahun dan ke atas dan usia dewasa paling tua adalah 122tahun.

  2. Manusia paling rendah berukuran 60sm dan tertinggi 272sm.

  3. Manusia paling berat adalah seberat 630kg dan paling ringan sepatutnya 7.8kg.

  4. BMI paling kecil adalah 12kg/m2 dan BMI paling besar adalah 202kg/m2.

  5. Sasaran berat yang lojikal adalah antara BMI 17 hingga BMI 40kg/m2.

Namun pencarian ke atas kalkulator sedemikian itu adalah ibarat mencari sebatang jarum dalam satu timbunan rumput-rumput kering.

Meskipun dijumpai namun apa yang dijumpai adalah kalkulator yang biasa-biasa.

Kalkulator yang biasa-biasa tidak mampu menyaring input yang terkeluar daripada julat minimum/maksimum. Bila input tidak realistik dikira hasilnya adalah output yang tidak berpijak atas bumi yang nyata. Lihat imej 1.

Kalkulator BMI tidak realistik akan tetap mengira meskipun input tidak realistik

Imej 1; Salah satu kalkulator BMI yang menghasilkan output yang sangat tidak realistik.

Output BMI yang dihasilkan dalam Imej 1 adalah O.1kg/m2 iaitu nilai yang tidak wujud pada manusia.

Selain itu kalkulator yang biasa-biasa hanya menghasilkan satu atau dua output sahaja. Kalau saya mahukan lebih banyak output saya perlu menggunakan lebih daripada satu kalkulator.

Penggunaan lebih daripada satu kalkulator bermakna saya perlu memasukkan input dan menekan butang klik berkali-kali.

Kalkulator pintar

Kalkulator pintar proaktif menyaring input yang tidak realistik. Hanya input yang realistik sahaja yang akan menghasilkan output dengan nilai yang realistik jua.

Kalkulator pintar akan memaparkan "Invalid" sebagai output apabila satu atau semua input adalah tidak realistik.

Kalkulator berat badan dan BMI berstatus pintar, mudah dan realistik boleh dibina tetapi tak ada yang dibina. Justeru saya terpanggil untuk membina sebuah Kalkulator BMI & Berat Badan Pintar (Imej 2).

Kalkulator BMI & Berat Badan Pintar

1. BMI (kg/m2):
2. Kategori:
3. Julat berat normal:
4. Berat ideal:
5. Nak berat normal:
6. BMI 35:
7. BMI sasaran:
8. Durasi ke sasaran:
Infomedikini2u

Imej 2: Kalkulator BMI & Berat badan pintar

Cara guna dan dapatan

Kalkulator ini guna input umur, berat, tinggi dan BMI yang dimahukan bagi menghasilkan lapan output dengan satu klik sahaja.

Penjelasan mengenai output:

  1. BMI - Julat yang realistik adalah 12 hingga 202kg/m2. BMI bawah 12 adalah tidak realistik kerana tak boleh "survive" dan BMI melebihi 202kg/m2 juga tidak realistik kerana tidak ada manusia memilikinya.

    Output adalah "Invalid" apabila sama ada input tidak realistik atau input adalah realistik tetapi tidak betul hingga menyebabkan outputnya terkeluar daripada julat yang realistik.

  2. Kategori - Sekiranya input adalah realistik maka outputnya adalah kurus, atau normal atau overweight atau obes berdasarkan kepada output BMI.

    Output adalah "Invalid" kalau output terkeluar daripada julat yang realistik atau input dibiarkan kosong atau satu atau semua input adalah tidak realistik.

  3. Julat berat normal - Adalah output berat berjulat bagi BMI 18.5 hingga 24.99 berdasarkan input ketinggian.

    Output adalah "Invalid kalau mana-mana input tidak realistik.

  4. Berat ideal - Dikira berdasarkan input ketinggian dan BMI 21.7.

    Output adalah "Invalid kalau mana-mana input tidak realistik.

  5. Nak berat normal - Bagi BMI dalam kategori kurus, outputnya adalah berapa kg yang perlu ditambah dan bagi BMI lebih tinggi daripada paras normal maka outputnya adalah berapa banyak berat yang perlu dikurangkan untuk mendapatkan berat yang normal.

    Output adalah "Invalid kalau mana-mana input tidak realistik.

  6. BMI bawah 35 - Paras ini diperlukan bagi mengisi borang permohonan lesen GDL atau PLV. Outputnya adalah "Dah OK" atau berapa kg perlu dikurangkan untuk mendapatkan BMI bawah 35.

    Output adalah "Invalid kalau mana-mana input tidak realistik.

  7. BMI sasaran - Bagi sasaran yang realistik outputnya adalah berapa kg yang perlu ditambah atau dikurangkan bagi mencapai sasaran.

    Output adalah "Invalid kalau mana-mana input tidak realistik.

  8. Durasi ke sasaran - Adalah masa optimum yang diambil untuk capai BMI sasaran. Sasaran tidak boleh dicapai dalam waktu semalaman tetapi harus mengikut kadar yang betul dan selamat.

    Kadar yang selamat untuk penurunan berat badan adalah 0.9kg/minggu dan penambahan berat badan adalah 0.7kg/minggu.

    Output adalah "Invalid kalau mana-mana input adalah tidak realistik.

Tinggi: 167 sm
Berat: 75 kg
BMI dimahukan: 26.5
Hasil:
1. BMI (kg/m2): 26.9
7. BMI dimahukan: Tambah 1.6kg
8. Durasi ke sasaran: 2.3minggu

Imej 3: Output adalah realistik bila input adalah realistik.

Tinggi: 1000 sm
Berat: 1000 kg
Hasil:
1. BMI (kg/m2): Invalid
2. Kategori: Invalid
4. Berat ideal: Invalid

Imej 4: Output "Invalid" daripada kalkulator pintar bila input adalah tidak realistik.

Sekian dan cubalah. Kalau ada pertanyaan atau kemusykilan gunakan link ke catat ulasan di bawah. Kalau ianya membantu dan bermanfaat sebarkanlah.

Last-Modified: Thu, 15 Sep 2022 22:09:56 GMT

Home

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri


Kuiz Baru
Kuiz-33

Imej janaan di bawah adalah menyerupai kerlipan bintang-bintang di langit. Bintang-bintang ini mengeluarkan kerlipan dalam berbagai warna (biru, putih, merah dll.) Kenyataan yang benar mengenai warna-warna bintang adalah:


Kerlipan Bintang





Last-Modified: Thursday 30 September 2021 18:00:09 GMT

Kuiz-32

Imej di bawah adalah mesin pemekat oksigen yang mampu memekatkan oksigen dalam udara di sekeliling. Sebelum gas oksigen pekat di salurkan kepada pengguna, ia akan terlebih dahulu dialirkan ke dalam bekas plastik berisi air (anak panah biru). Tujuan gas oksigen dialirkan ke dalam air adalah untuk:


Pemekat oksigen





Last-Modified: Jumaat 24 September 2021 18:00:09 GMT

Kuiz-31

Imej bawah ini menggambarkan molekul-molekul gas iaitu Nitrogen (N2), oksigen (O2), Argon (Arg), helium (He), wap air, dll. yang terdapat dalam udara ambien. Semua molekul-molekul yang bergerak secara rawak. Kenyataan yang benar tentang gas-gas berkenaan adalah:


Ar
H2O
He
CO2
O2
N2





Last-Modified: Thursday, 30 September 2021 18:00:09 GMT


Diminati