Tiada Vaksin COVID-19 Sebelum Tahun 2020 Berakhir
Oleh: Infomedikini
Pada: 23/01/21
Ada vaksin menggunakan virus yang diperlemahkan
Sebuah syarikat bioteknologi India akan menjalankan percubaan klinikal fasa ke-3 vaksin COVID-19 setelah ia berjaya melepasi fasa pertama dan kedua.
Vaksin yang diuar-uarkan itu adalah Covaxin dan ia akan memulakan ujikaji fasa ke-3 dalam bulan ini.
Sekiranya percubaan tersebut berjalan lancar dan tidak terhalang di pertengahan jalan, jangkaan mereka ialah ia akan dapat digunakan pada suku kedua 2021.
Covaxin menggunakan SARS-Cov-2 (virus penyebab COVID-19 yang diperlemahkan) bagi merangsang pembinaan antibodi apabila ianya di suntik ke dalam otot pengguna.
Antibodi yang dijana selepas pelaksanaan proses vaksinasi (iaitu pengambilan dua suntikan pada jarak 21-28 hari) diharap mampu memberikan perlindungan kepada lebih 50% pengguna agar tidak dijangkiti oleh virus yang disasarkan.
Setakat ini sudah ada 10 produk yang telah memasuki fasa ke-3 percubaan klinikal bagi menguji kualiti, keberkesanan dan keselamatan setiap produk namum belum ada vaksin yang sudah melengkapkan fasa terakhir ini dan dengan itu tiada yang mendapat kelulusan untuk dikomersilkan.
Cina adalah negara pertama memulakan proses produksi vaksin COVID-19 memandangkan virus ini memulakan penularan di negara berkenaan. Malah lebih banyak syarikat yang terlibat dalam pembuatan vaksin COVID-19 ujud di Cina berbanding AS, Rusia, Cuba dan Eropah.
Penularan COVID-19 di Rusia adalah lebih kemudian daripada Cina, Korea, Eropah, Iran, dan AS. Pun begitu Rusia lebih awal mengumumkan Sputnik V bakal digunakan terhadap sasaran-sasaran tertentu di negara berkenaan. Namun pelaksanaannya tersangkut dipertengahan jalan dek kekurangan bahan bagi melengkapkan fasa ke-3.
Lazimnya syarikat-syarikat bioteknologi AS dan Eropah memiliki kepakaran, kemudahan dan kapasiti untuk menghasilkan vaksin dalam kuantiti ratusan juta dos namun hampir kesemuanya telah ditempah bagi kegunaan tempatan sementelahan merekalah yang paling terkesan dengan penularan COVID-19.
Meskipun vaksin COVID-19 daripada Cina, Rusia, Eropah dan AS telah terlebih dahulu menjalani percubaan klinikal fasa ke-3 namun apabila vaksin-vaksin tadi menempuh beberapa halangan lalu tersasar dari jadual asal makanya persaingan vaksin COVID-19 terawal masih terbuka luas.
Last-Modified: Teusday, 4 January 2022 15:56:34 GMT
Ulasan