Apa Nak Buat Bila Vaksin Pandemik Semakin Menjadi Indah Khabar Dari Rupa?
Oleh: Infomedikini
Saturday, 10 April 2021 18:34:22 GMT
Senarai Kandungan:
1. Statistik
2. Penemuan Vaksin
3. Imuniti
4. Kandungan Vaksin
5. Vaksin COVID-19
6. Vaksin Guna Gen Dan Imuniti
7. Autoimuniti
8. Kesan Samping Tak Sama?
9. Laluan Sukar
10. Senjata Makan Tuan
11. Apa Selepas Ini?
1. Statistik COVID-19
Laporan terkini COVID-19 global menunjukkan angka jangkitan positif terkini adalah melebihi 134 juta kes dan kematian melebihi 2.9 juta kes.
Angka-angka itu adalah rantaian statistik harian yang setakat hari ini tiada petanda akan berhenti menghitung.
Angka yang besar-besar itu bukanlah boleh dibangga-banggakan atau menceriakan sesiapa. Ia adalah gambaran keluasan penularan dan kemudaratan virus COVID-19.
2. Penemuan Vaksin
Justeru bila vaksin COVID-19 berjaya dihasilkan dan diberitakan dalam media-media ternama dan portal-portal berjenama seperti WHO, CDC USA dan NIH UK ia disambut sebagai berita yang paling menceriakan setelah beberapa lama disuramkan oleh lambakan berita-berita pandemik.
Kehadiran vaksin ketika pandemik berleluasa adalah diertikan sebagai berikut:
- Cahaya dihujung terowong telah kelihatan.
- Penawar sudah ada di tangan.
- Sayonara pandemik!
Reaksi-reaksi awal media dan portal adalah satu pengiktirafan dan sokongan padu terhadap peranan kritikal yang boleh disumbangkan oleh vaksin COVID-19 meskipun ia baru berusia setahun jagung.
Terkini, sokongan dan pengiktirafan itu semakin longar dan pudar susulan beberapa isu dan permasalahan yang dikaitkan dengan vaksinasi.
3. Imuniti
Semulajadinya sistem imun adalah barisan hadapan bila berlaku jangkitan. Hasil daripada serangan balas yang dilancarkan oleh sistem tersebut adalah imuniti lalai.
Selain itu, imuniti juga boleh dihasilkan menerusi program imunisasi. Imuniti yang dihasilkan melalui proses vaksinasi adalah jenis tersuai.
Vaksin adalah senjata konvensional yang mampu mematahkan serangan virus termasuklah virus pandemik.
4. Kandungan Vaksin
Lazimnya kandungan utama vaksin adalah agen jangkitan itu sendiri seperti virus atau bakteria tetapi agen itu telah diproses sedemikian rupa agar tidak menimbulkan jangkitan.
Reaksi sistem imun terhadap vaksin adalah sama seperti reaksinya terhadap jangkitan. Pun begitu risiko jangkitan daripada vaksin disifarkan.
5. Vaksin COVID-19
Vaksin COVID-19 terawal adalah keluaran Pfizer, Moderna dan AstraZeneca.
Vaksin Pfizer dan Moderna mengandungi gen yang dibungkus dalam gelembung lipid.
Vaksin Oxford AZ dan Sputnik V mengandungi gen yang disumbat dalam virus vektor.
Setakat ini hanya vaksin Sinovac yang menggunakan kaedah lazim iaitu virus SARS-Cov-2 yang di lemahkan.
6. Vaksin Guna Gen Dan Imuniti
Kod-kod dalam segmen rerantai gen inilah yang akan secara pintar memukau beberapa sel untuk berkomplot membuat replika antigen seperti yang dimiliki oleh SARS-Cov-2.
Sel-sel yang membawa antigen buatan akan dipandang sebagai sel-sel yang belot dan musuh yang perlu ditentang.
Namun bukan semua sel berkomplot dan belot. Mana-mana sel yang tidak terpengaruh akan menjalankan tugas seperti biasa tanpa pilih bulu meskipun ancaman itu datangnya daripada sel-sel rakan sendiri.
Sungguhpun yang diserang adalah rakan sendiri tetapi hakikatnya ia adalah serangan terhadap antigen buatan dan hasilnya adalah imuniti tersuai terhadap SARS-Cov-2.
7. Autoimuniti
Bila sistem imun bertindak ke atas rakan sendiri implikasinya adalah autoimuniti.
Autoimuniti bukan semata-mata disebabkan oleh vaksin. Makna yang lebih luas adalah penyakit kelainan imun yang menyaksikan sistem imun mensasarkan sel, tisu dan organ sendiri yang dianggap asing.
Autoimuniti tidak terkawal ada padahnya. Pihak empunya vaksin sudah tentu sedar tentang komplikasi ini dan mereka mungkin ada cara untuk mengawalnya. Harap-harap begitu.
8. Kesan Samping Tak Sama?
Setiap vaksin ada kesan samping.
Meskipun vaksin berasaskan gen guna kod-kod gen yang sama tetapi bila aspek reka bentuk, formulasi, produksi dan kaedah penyimpanan adalah berbeza makanya kesan samping juga adalah berbeza.
9. Laluan Sukar
Reka bentuk vaksin berasaskan gen lahir dari idea di luar kotak tetapi belum pernah berdepan dengan pandemik berskala COVID-19
Idea tersebut perlu tergesa-gesa bergerak dari atas kertas ke makmal dan dari makmal ke lapangan susulan diasak oleh pandemik yang mengganas.
Vaksin perlu segera diedar ikut tempahan walhal sedari awal lagi tempahan telah mengatasi kapasiti pengeluaran.
10. Senjata Makan Tuan
Vaksin sepatutnya melukakan pandemik dan bukan penerima.
Vaksin COVID-19 hanya berusia setahun jagung yakni belum matang.
Mekanisma tindakan vaksin berasaskan gen adalah rumit.
Ciri-ciri belum matang dan kompleks adalah halangan untuk dapatkan produk yang terbaik.
Vaksin yang mencederakan penerima dengan kesan samping akan dipersepsikan sebagai kurang baik.
Sekira senjata makan tuan dapat dibuktikan, vaksin COVID-19 Oxford, AstraZeneca adalah senjata indah khabar dari rupa yang pertama dari kalangan vaksin-vaksin COVID-19.
11. Apa Selepas Ini?
Semua vaksin pandemik belum diberikan kelulusan tanpa syarat. Ini bermakna belum ada vaksin yang diiktiraf lebih baik dari yang lain.
Ketiadaan vaksin yang mendapat kelulusan penuh bermakna semua vaksin adalah sama baik.
Bila senjata amat diperlukan tetapi bekalan amat terhad waima senjata makan tuan boleh digunakan dengan berhati-hati dan dibekalkan kepada golongan yang terpilih sahaja.
Pada satu sudut, model lama seperti Sinovac mungkin nampak ketinggalan zaman. Pada sudut yang lain, rekod yang tersimpan selama berpuluh-puluh tahun adalah masih bersih.
Last-Modified: Thursday, 6 January 2022 17:56:34 GMT
Ulasan