Kalkulator Ini Secara Proaktif Mengesan Ubat Yang Bakal Expired Agar Bekalan Tidak Terputus

Oleh: Infomedikini

Pada: 9 July 2022

Katakanlah anda berdepan situasi hipotetikal ini: Anda mendapat preskripsi beberapa jenis ubat-ubatan bagi berbagai jenis penyakit kronik untuk kegunaan selama 3 bulan. Ini bermakna anda akan mendapat sejumlah bekalan ubat yang banyak.

Memandangkan lawatan susulan anda adalah 3 bulan lagi, anda tentunya mahu pastikan bekalan ubat adalah mencukupi dan tidak ada yang akan melepasi Tarikh Habis Tempoh (Expiry Date).

Tarikh Habis Tempoh

Semua jenis ubat mempunyai Expiry Date atau Tarikh Habis Tempoh (THT) yang dicetak pada pembungkus seperti pada imej-1 dan imej-2.

Exp date

Imej-1: THT dicetak guna dakwat.

Tarikh luput dicetak seolah-olah dituris

Imej-2; THT dicetak menyerupai turisan.

Biasanya THT bagi satu jenis ubat dan ubat yang lain adalah tidak sama dan ubat-ubat yang diperoleh pada hari yang sama tidak semestinya mempunyai THT yang sama.

THT dalam imej 1 dan 2 adalah 08/2022 iaitu ubat yang terkandung dalam bungkusan tersebut boleh kali terakhir digunakan pada 31 Ogos 2022.

Pada 1 September 2022 dan seterusnya ubat ini akan melepasi THT dan sekiranya digunakan keberkesanannya tidak lagi optimum.

Justeru anda akan proaktif menyemak bekalan ubat anda tadi agar tidak ada yang melepasi THT.

Dan kalau sekiranya bekalan ubat itu ada yang akan melepasi THT yang bererti anda akan kekurangan ubat.

Seterusnya anda perlu tahu berapa jumlah yang terkurang agar dapat ditampung dan anda tidak akan terputus ubat.

Anda boleh dengan mudah mengira bilangan ubat ganti yang diperlukan secara manual kalau ubat yang terkesan adalah satu atau dua jenis sahaja tetapi bila melibatkan banyak jenis ubat ia bukanlah kerja mudah.

Sesungguhnya kalkulator di bawah ini "Kalkulator Bekalan Ubat Dan Tarikh Habis Tempoh (Expiry Date)" akan memudahkan kerja anda bila berdepan dengan situasi dihipotetikalkan di atas.

Kalkulator ini saya bina khusus bagi mengesan ketidak cukupan ubat dalam batas-batas THT supaya pengambilannya berterusan.

Cara Guna

Masukkan tarikh semasa, THT, jumlah ubat yang ada, bilangan pil yang dimakan dan kekerapan lalu tekan butang kira atau butang reset sekiranya ada kesilapan.

Kalkulator Bekalan Ubat Dan Tarikh Habis Tempoh (Expiry Date)








Dapatan 1:

Dapatan 2:

Infomedikini2u

Bila semua petak masuk diisi dan butang kira ditekan, anda akan mendapat 3 kumpulan jawapan yang berbeza dalam petak "dapatan" seperti dalam imej 4, 5 dan 6.

Tiada THT

Semua ubat tidak akan melepasi tarikh habis tempoh guna.

Ada yang THT

Ada sebilangan ubat yang akan melepasi tarikh habis tempoh guna.

Telah THT

Semuanya telah luput

Sekian dan selamat mencuba. Apa-apa komen dan ulasan lakukannya dalam catat ulasan di bawah.

Last-Modified: Teu, 9 Dec 2025 22:09:56 GMT

Home

Ulasan

Uji Minda

Tonton video pendek dan jawab soalan

Lagi 3 video (tatal kiri)


Info Klinik

1. Pemeriksaan Medikal Pelajar

Makluman segera:

Tiada doktor pada 10/12 sahaja. Pada 11/12/2025 dan hari2 berikutnya beroperasi seperti biasa: dari jam 9:00-13:00; 15:00-18:00

Walk-in sahaja. Tak perlu temujanji

Sekiranya diperlukan kami ada:

Ujian urin glukosa/albumin

Ujian dadah

Keputusan adalah segera

Caj yang dikenakan:

Jauh dari harga kayangan

Hubungi: 05-4583175 untuk pertanyaan

2. Pemeriksaan berkaitan FOMEMA

Pemerikasaan darah dan X-ray dalam satu waktu dan dalam premis yang sama.

Waktu Operasi Harian Biasa:

Isnin hingga Jumaat

1. Sesi pagi: 8:00 pagi - 1:00 petang

2. Rehat: 1:00 petang - 3 petang

3. Sesi petang: 3:00 petang - 6:00 petang

Sabtu: Tutup

Ahad: Buka dari 2:00 petang - 6:00 petang

Cuti umum: Tutup


Terbaru

⬅Tatal ke kiri

Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri