Imuniti Kelompok Perlu DiSegerakan Dan Ini Sebab-Sebabnya


Oleh: Infomedikini


Jumaat, 17 Jun 2021 00:34:22 GMT


Jadual Kandungan:

1. Harapan Menggunung Tinggi 2. Vaksinasi Massa
3. Tak Semudah Itu 4. Liku-liku Menuju Imuniti Kelopok
5. Satu Atau Dua Dos? 6. Cuba Dulu baru Tahu
7. Penutup

Setelah setahun setengah bergelut dengan pandemik COVID-19 barulah graf harian, graf mingguan dan graf bulanan di beberapa negara nampak menurun agak ketara seperti yang dipaparkan dalam WHO Coronavirus (COVID-19) Dashboard.


Graf pandemik dunia


Persoalannya ialah apakah graf yang menurun ini bersifat kekal atau sementara sahaja yakni akan memantul ke atas semula?


Harapan Menggunung Tinggi


Sebelum ini pun graf pandemik pernah melandai turun susulan sekatan pergerakan massa di perketatkan tetapi ianya tidak kekal. Graf pandemik kembali mendaki ke paras lebih tinggi daripada puncak tertinggi yang dicapai sebelumnya apabila sekatan tersebut dilonggarkan.


Memandangkan impak pandemik hampir tidak mampu diserap lagi, tentunya kita sangat berharap agar trend situasi lokal dan global pandemik COVID-19 kebelakangan ini tidak berakhir seperti trend-trend yang lepas.


Harapan yang disandarkan ini sebenarnya adalah realistik memandangkan inisiatif mitigasi pandemik ketika ini adalah berlainan daripada apa yang diusahakan pada tahun lepas terutama dari segi vaksinasi COVID-19.


Vaksinasi Massa


Kalau sebelum ini inisitif kawalan pandemik berkaedahkan ujian COVID-19, pengesanan kontak, isolasi, kawalan pergerakan massa, SOP dan kesedaran individu, sekarang ini pendekatan yang sama diguna pakai dan dilengkapkan pula dengan program vaksinasi massa.


Data-data resmi menunjukkan dengan jelas bahawa negara yang giat melaksanakan vaksinasi massa sebagai pelengkap kepada tindakan kesihatan awam dengan sasaranya adalah imuniti kelompok, bakal meraih impak positif iaitu penurunan angka-angka kes positif, kemasukan ke ICU dan kematian.


Tak Semudah Itu


Sungguhpun begitu, bukanlah mudah bagi mana-mana negara untuk mengawal sepenuhnya pandemik ini dalam tempoh 'semalaman' dan seterusnya terbebas daripada cengkaman COVID-19. Berikut adalah bukti-buktinya:


  • 1. Negara China adalah yang pertama dilanda oleh wabak ini. Meskipun kes positif kumulatif hanyalah 103,380 tetapi vaksin yang digunakan adalah tertinggi iaitu 878,523,000 dos. Meskipun graf pandemik telah melandai tetapi negara tersebut masih merekodkan 24 kes per hari.
  • 2. Amerika Syarikat (AS) adalah negara termaju, terkaya tetapi paling teruk dilanda oleh pandemik COVID-19. Kes positif keseluruhan setakat ini adalah 33,462,030. Meskipun program vaksinasi telah berlangsung selama 6 bulan, AS masih lagi merekodkan 99,382 kes per minggu.
  • 3. Peratusan tertinggi penduduk yang tervaksinasi adalah Israel. Meskipun 56.81% penduduk di situ telah dicucuk namun dalam tempoh seminggu ini masih terdapat 95 kes positif dan 12 kematian.
  • 4. Negara yang turut menyumbang dalam penyediaan vaksin COVID-19 adalah India. Meskipun 254,849,301 dos vaksin telah disuntik, mereka masih merekodkan kes mingguan tertinggi di dunia iaitu 600,435.

Imuniti kelompok adalah perisai dan ia juga adalah senjata yang diketahui mampu menangkis dan seterusnya melenyapkan beberapa pandemik sebelum ini. Berlandaskan kemampuan inilah vaksin COVID-19 disandarkan harapan bagi menyekat penularan virus SARS-CoV-2 dan seterusnya mengawal pandemik ini sepenuhnya.


Liku-liku Menuju Imuniti Kelopok


Malangnya setelah 6 bulan program vaksinasi global bermula, waima 4 negara diatas (China, AS, Israel dan India) masih belum mampu memperoleh imuniti kelompok lalunya pandemik ini masih aktif dan terus mengasak. Persoalan di sini adalah kenapa setelah 2,371,180,897 dos vaksin disuntik di serata dunia tetapi belum ada negara yang berjaya menjana imuniti kelompok?


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), vaksin COVID-19 yang melepasi efikasi 50% adalah layak digunakan dan dianggap berkesan. WHO juga ada mencadangkan agar satu dos vaksin diberikan buat sementara waktu agar lebih ramai orang yang layak mendapat vaksin. Namun setakat ini belum kedengaran adanya negara yang melaksanakan cadangan tersebut.


WHO juga berpandangan bahawa imuniti kelompok boleh dicapai apabila 75% populasi memiliki imuniti sama ada menerusi jangkitan atau cucukan vaksin. Lagi cepat imuniti kelompok dicapai waima dengan cucukan satu dos, lagi cepatlah penularan virus ini dapat dikawal sebelum varian baru muncul.


Satu Atau Dua Dos?


Kajian yang dilaporkan oleh CDC di Amerika Syarikat mendapati bahawa vaksin jenis mRNA berupaya mencegah jangkitan COVID-19 seperti berikut:

  • 1. Satu dos mampu mencegah jangkitan sehingga 80%.
  • 2. Dua dos mampu mencegah jangkitan sehingga 91%.

Kesimpulan dari laporan CDC adalah:


  • 1a. Satu dos vaksin mRNA adalah 80% berkesan
  • 2a. Dos kedua hanya menambah keberkesanan vaksin mRNA sebanyak 11% sahaja.

Sebanyak 306,509,795 dos vaksin mRNA telah dicucuk di AS. Oleh kerana saranan pengeluar vaksin adalah 2 dos bagi setiap individu makanya bilangan yang mendapat dos pertama tidak sampai 75% daripada populasi AS sementara peratusan yang mendapat dos penuh adalah jauh lebih rendah iaitu 43% sahaja.


Walhal, dengan vaksin sebanyak 306,509,795 dos yang telah disuntik di AS adalah cukup untuk memberikan dos pertama kepada 97% populasi AS yang seramai 330 juta iaitu lebih daripada mencukupi untuk memenuhi sasaran imuniti kelompok.


Pembentukan imuniti kelompok hasil daripada vaksinasi terhadap kumpulan umur sedia ada akan membolehkan perluasan program vaksinasi kepada lain-lain golongan usia dapat ditangguhkan sehingga kajian penuh diselesaikan.


Selain itu tekanan ke atas bekalan vaksin dapat dikurangkan dan secara tidak langsung ini membolehkan lebih banyak negara mengakses vaksin dan merealisasikan imuniti kelompok global.


Melihat kepada skala kerosakan dan durasi pandemik yang hampir tiada titik noktahnya ini, cadangan 'satu dos sudah memadai' bagi membentuk muniti kelompok adalah perlu diberikan pertimbangan sewajarnya. Lagipun vaksin Janssen dan CanSino sudah membuktikan iaitu satu dos boleh menghasilkan imuniti.


Cuba Dulu baru Tahu


Memandangkan lagi lama pandemik ini berlarutan lagi banyak varian baru akan dievolusikan justeru itu apa jua pendekatan yang walaupun lain daripada yang lain tetapi ada asas dan justifikasinya mungkin ada kebaikannya kalau dilihat dalam konteks belum cuba belum tahu.


Kajian juga mendapati variant of concern (VOC) berupaya menjejaskan keberkesanan vaksin maka itu dalam konteks vaksin yang terhad ini, lagi cepat imuniti kelompok dicapai lagi cepat pandemik ini dapat dikawal sebelum kemunculan VOC baru.


Cumanya memandangkan dua dos akan membolehkan lebih banyak vaksin terjual berbanding satu dos bagi setiap orang, pastinya lontaran cadangan satu dos akan ditembak jatuh terutamanya oleh pempengaruh (influencer) mega yang menangguk di air keroh. Walhal, kalau kemudiannya dos kedua diperlukan ia masih boleh diberi apabila bekalan vaksin menjadi lebih stabil dan ekonomi semakin pulih.


Penutup


Oleh kerana harga vaksin adalah mahal dan sukar diperoleh, complete lockdown untuk 2 minggu terlalu sukar dibuat dan rentetan demi rentetan lockdown separa adalah terhad pencapaiannya makanya untuk supaya bumi bebas daripada asakan pandemik ini, pilihan terbaik ikut pandangan penulis adalah dengan meletakkan kepentingan besar mengatasi kepentingan yang lebih kecil.


Last-Modified: Wednesday, 8 December 2021 17:09:56 GMT


Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

AKAN DATANG

Animasi elektromagnetik dan fotoelektrik: artikel mengenai foton dan perubatan akan muncul tak lama lagi.

Efek Fotoelektrik

Oleh Infomedikini

Anod Katod - + Wayar Bateri Meter Amp Ulang

Animasi fotoelektrik

Animasi penjanaan X-ray

Oleh Infomedikini

Pecutan elektron Elektron Nukleus X-ray Ulang Maaf, browser anda tidak menyokong SVG
Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri