Evolusi Rawatan Urut-Refleksologi-Neurostimulasi-eTNS

1. Definisi Penyakit:


Dalam satu ayat adalah gangguan yang menimpa fizikal dan fungsi badan seseorang -- yang bukan secara langsung disebabkan oleh kecederaan -- yang menghasilkan gejala dan impak akhirnya adalah penjejasan bahagian-bahagian tertentu tubuh badan penghidapnya.


2. Akut Atau Kronik


Ada penyakit yang dihidapi secara mendadak dan tidak berpanjangan iaitu penyakut akut dan ada penyakit yang dihidapi secara beransur-ansur serta berpanjangan iaitu penyakit kronik


3. Kuasa Penyembuhan


Badan yang sihat lagi cergas memiliki kekuatan imuniti untuk menentang agen-agen penyebab penyakit dan juga berupaya untuk memulihkan serta menggantikan tisu-sisu yang terjejas. Dengan itu badan yang diserang penyakit berupaya untuk sembuh dan pulih dengan sendirinya.


4.Rawatan


Rawatan adalah diperlukan bila badan tidak berupaya melawan penyakit atau bagi membantu badan penghidap memperkuatkan keupayaan bagi melawan penyakit. Rawatan dengan itu akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan pemulihan dan tidak kurang pentingnya ialah mengurangkan komplikasi.


5. Tiada Rotan Akar Berguna


Ada penyakit yang mana hanya sistem imuniti badan yang mampu melawannya dan menghasilkan kesembuhan dan ada penyakit yang mana hanya rawatan sahaja yang mampu menyembuhkannya.


Tidak semua penyakit telah ditemukan rawatannya dan tidak ada rawatan yang mampu menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit.


>Bila tiada rotan akar pun berguna dan bila sesuatu penyakit itu tidak ada rawatan yang mampu menyembuhkannya, alternatif terbaik adalah rawatan yang dapat mengawal penyakit sebaik mungkin agar tidak merebak atau jadi lebih teruk.


6. Kaedah Rawatan


Rawatan atau kawalan sesuatu penyakit boleh disempurnakan dengan berbagai kaedah. Dua kaedah yang popular adalah rawatan kontemporari dan rawatan komplimentari atau gabungan kedua-duanya.


7. Jenis-Jenis Rawatan


Pilihannya adalah banyak tetapi bergantung kepada penyakit dan keberkesanan rawatan terhadap penyakit: farmakoterapi, psikoterapi, terapi fizikal, terapi surgikal, terapi radiasi, terapi stimulasineuro, terapi tranfusi, terapi akupuntur, terapi oksigen hiperbarik, terapi homeopati, terapi naturopati, terapi ozone, terapi refleksologi dan terapi kiropraktik adalah terlalu panjang untuk diperincikan satu persatu.


8. Otak Pusat Deria


Otak adalah organ yang dihubungkan kepada semua organ-organ dan bahagian-bahagian badan menerusi rangkaian saraf tunjang dan saraf periferi. Sel-sel saraf dan akson-aksonnya membolehkan impuls saraf mengarus dari satu hujung ke satu hujung yang bertentangan.


Hakikat bahawa kulit dapat membezakan antara sentuhan lembut dan sentuhan kasar, cucukan jarum tajam dan jarum tumpul, cuaca sejuk dan panas, getaran dan goncangan, picitan dan cubitan adalah kerana terdapatnya reseptor-reseptor deria yang menerima stimulus dan dari situ impuls saraf dihantar ke kawasan sensori otak untuk diproses dan diberikan makna.



9. Gangguan Otak


Otak adalah berfungsi sebagai pengawal emosi, tingkah laku dan pergerakan badan. Ganguan terhadap fungsi ini akan mengakibatkan kemurungan, sawan, ,attention deficit hyperactividy disorder atau ADHD dan stres.


10. Tiada Lama Tiada Baru


Idea di mana manipulasi reseptor saraf akan mampu menghasilkan ketenangan, pengenduran dan kelegaan bagi sakit kepala, kemurungan dan stres telah lama di praktikkan sebagai terapi komplimentari (rawatan tradisional) dalam bentuk urut, akupuntur dan refleksologi.


Tentu ada yang masih ingat bagaimana urutan di bahagian kepala, muka dan terutama bahagian kening mata boleh mengurangkan sakit kepala, menghasilkan pengenduran dan meredakan stres!


11. Idea Lama Pendekatan Baru


Mana-mana idea lama yang ringkas sekalipun tetapi terus utuh ditelan waktu akan jadi lebih segar dan berkualiti kalau dikembangkan dengan memasukkan idea-idea tambahan.


Bila urut, akupuntur dan refleksologi digantikan dengan impuls elektrik paras rendah yang diaruskan menerusi reseptor saraf hingga ke otak, ia terbukti lebih berkesan bagi merawat migren, stres dan kemurungan.


Stimulasi saraf dan aliran darah ke otak

Kajian PET menunjukkan bagaimana stimulasi saraf mampu mengubah aliran darah dibahagian otak yang bermasalah.


Kebaikan kaedah ini dalam konteks rawatan kontemporari ialah kebergantungan terhadap ubat-ubatan bagi merawat penyakit seperti kemurungan, epilepsi, kebimbangan dan stres yang mana ubat-ubatan tadi mendedahkan pengambilnya kepada efek-efek sampingan, dapatlah dikurangkan hingga menjadikan rawatan pengambilan ubat bukan lagi pilihan teratas.


12.Perubatan Bioelektronik


>Pengetahuan tentang sifat kekonduksian saraf membolehkan impuls elektrik paras rendah yang dihasilkan oleh peralatan seperti generator stimulasi diaruskan dari saraf periferi ke dalam otak dan boleh dipergunakan sebagai satu bentuk rawatan buat penyakit-penyakit tertentu.


13. Invasif dan Tidak Invasif


Selama ini, rawatan yang menggunakan stimulasi elektrik paras rendah ke atas saraf vagus bagi merawat penyakit adalah memerlukan pendekatan invasif iaitu pembedahan akan dilakukan di bahagian kulit dada bagi menempatkan generator dan satu lagi pembedahan di bahagian leher untuk menempatkan muncung elektrod


Lebih invasif adalah DBS iaitu pembedahan otak dilakukan bagi mengimplan muncung elektrod yang disambungkan kepada generator stimulasi yang diimplan di bawah kulit di bahagian dada.


Dek kerana adanya efek-efek sampingan dan prosedur-prosedur yang invasif inilah yang telah mendorong kemunculan idea-idea baru hingga tercipta kaedah-kaedah yang tidak invasif dan efek-efek sampingan yang sangat minima.


14. Stimulasi Saraf Luaran


Luaran bermaksud stimulasi boleh dilakukan pada permukaan kulit di atas saraf yang terpilih. Elektrod hanya perlu disematkan sahaja pada pelekat yang ditampal pada bahagian yang sesuai.


15.External Trigeminal Nerve Stimulation: eTNS


Kaedah ini dipatenkan oleh Syarikat Neurosigma. Elektrod stimulasi hanya perlu dilekatkan pada pelekat yang ditampal pada dahi macam tampalan koolfever.


Dahi jadi lokasi tampalan kerana cabang saraf trigeminal berada pada bahagian kening mata dan saraf trigeminal jadi pilihan utama kerana ia mempunyai rangkaian dan hubungan terbaik dengan nukleus-nukleus di kawasan pendalaman otak.


elektrod di dahi

Elektrod dilekatkan di dahi


Muncung elektrod kemudiannya di sambungkan kepada stimulator yang boleh di simpan dengan mudah dan kemas di dalam kocek atau disandang di bahu atau disangkut di pinggang.


Setelah diuji secara klinikal, kaedah rawatan stimulasi saraf alaf baru yang menggunakan peralatan elektronik eTNS yang bersaiz sebuah telefon bimbit diperakukan sebagai rawatan berkesan bagi epilepsi, migren, ADHD dan kemurungan.


Faktor menarik yang akan menggamit penggunaannya adalah eTNS menjadikan surgeri dan ubat-ubatan seolah satu yang lampau.


16. Penutup


Idea boleh muncul secara berasingan atau berkembang di atas idea yang lama. Meskipun idea itu nampak kecil sahaja tetapi kalau manfaat adalah besar, ia layak di gembar-gemburkan.


Rujukan:


1.External Trigeminal Nerve Stimulation (eTNS) for Drug Resistant Seizures https://www.epilepsy.com/learn/treating-seizures-and-epilepsy/devices/external-trigeminal-nerve-stimulation


2. The U.S. Food and Drug Administration today permitted marketing of the first medical device to treat attention deficit hyperactivity disorder (ADHD): https://www.fda.gov/NewsEvents/Newsroom/PressAnnouncements/ucm636379.htm


3. Exploring Inovative Therapy-Neurosigma: http://www.monarch-etns.com



Thursday, 9 December 2021 17:09:56 GMT


🏠Home

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

AKAN DATANG

Animasi elektromagnetik dan fotoelektrik: artikel mengenai foton dan perubatan akan muncul tak lama lagi.

Efek Fotoelektrik

Oleh Infomedikini

Anod Katod - + Wayar Bateri Meter Amp Ulang

Animasi fotoelektrik

Animasi penjanaan X-ray

Oleh Infomedikini

Pecutan elektron Elektron Nukleus X-ray Ulang Maaf, browser anda tidak menyokong SVG
Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri