Covid-19: Kenapa Iran Dan Kenapa La Ni?
Oleh Infomedikini
1. Korea Selatan setakat 11 Mac 2020: 7755 jangkitan; 60 maut.
2. Iran setakat 11 Mac 2020: 8042 jangkitan; 291 maut.
3. Itali setakat 11 Mac 2020: 10149 jangkitan; 631 maut.
Persoalannya adalah apakah yang memungkinkan ketiga-tiga negara berkenaan seolah-olah mengikuti jejak langkah Wuhan dalam konteks penularan Covid-19?
Penulis berasakan jawapan bagi persoalan tersebut ada kaitannya dengan faktor-faktor virus 2019-nCoV, latitud atau kedudukan setiap negara pada garisan lintang bumi dan kedudukan pancaran matahari dari bulan Disember 2019 hingga Mac 2020.
Faktor Virus
Koronavirus penyebab Covid-19 adalah tidak tersebar dengan mudah di udara sebagaimana virus influenza namun koronavirus tersebut masih boleh tersebar menerusi semua jenis kontak:
1. Kontak rapat iaitu keberadaan dalam jarak 1-3 meter daripada individu yang dijangkiti seperti tinggal serumah atau duduk bersebelahan dengan penular dalam rumah, bangunan majlis, acara dan upacara.
2. Kontak lansung seperti menyentuh pesakit atau tanpa sedar bersentuhan tangan dan bersentuhan pipi dengan penular.
3. Kontak perkakasan: contohnya adalah penggunaan meja makan dalam restoran piza Itali yang sebelumnya telah digunakan oleh individu yang terjangkit.
4. Kontak kasual iaitu berselisihan dengan pesakit pada bulan dan musim yang sesuai untuk virus disebarkan menerusi kontak kasual: Bulan yang sesuai adalah Januari, Februari dan Mac bagi hemisfera utara?
Virus boleh menular dengan efektif pada suhu persekitaran yang sesuai. Suhu di Wuhan yang dingin dek berada dalam musim sejuk pada hujung Disember, Januari dan Februari adalah sesuai untuk Covid-19 menular dan mengganas.
Latitud
Jarak 3 negara tadi dari pusat pemula wabak iaitu Wuhan adalah tidak sama: Korea adalah jiran paling hampir, Iran adalah jiran yang agak jauh dan Itali adalah jiran yang paling jauh.
Peta taburan jangkitan Covid-19 di bawah ini menampakkan titik-titik merah yang menonjol iaitu di USA, Korea Selatan, Wuhan, Iran dan Itali berada dalam satu jaluran. Jaluran ini bolehlah dinamakan sebagai Jalur Covid-19 Dunia.
Berikut adalah latitud bagi kawasan yang teruk dilanda Covid-19:
1. Wuhan iaitu pusat pemula wabak terletak pada latitud 30o utara.
2. Seoul Korea Selatan iaitu jiran terdekat terletak pada kedudukan 38o utara.
3. Teheran Iran 36o utara.
4. Rome Itali 42o utara.
5. Tokyo Japan 36o utara.
6. Washington USA 48o utara.
Meskipun USA, Iran dan Itali berada jauh daripada Wuhan tetapi mereka masih berada dalam lingkungan latitud 30o-50o utara iaitu berada dalam Jalur Covid-19.
Ini menunjukkan negara-negara yang berada pada latitud yang hampir sama dengan latitud Wuhan adalah cenderung untuk menunjukkan wabak berskala seumpama Wuhan.
Oleh kerana Korea, Iran, USA dan Itali berada pada kedudukan geografi lebih ke utara daripada Wuhan maka suhu yang sesuai untuk penularan mendatangi mereka adalah lebih lambat daripada Wuhan. Makanya bila wabak di Wuhan sedang memuncak wabak di 4 negara tadi baru nak bermula dan bila wabak Wuhan berada di penghujung, mereka berempat itu baru nak memuncak.
Yang sedikit menghairankan adalah Rusia yang seolah-olah tidak memberikan ruang untuk gelombang Covid-19 melanda. Semua ini ada kaitan dengan suhu persekitaran. Rusia yang berada pada latitud 62o utara adalah terlalu jauh daripada Jalur Covid-19. Suhu dari Disember-Mac di negara berkenaan adalah terlalu sejuk untuk virus 2019-nCoV menular secara berkesan. Makanya Rusia hanya merekodkan beberapa kes saja.
Pancaran matahari
Pancaran matahari mempunyai banyak keistimewaan termasuklah pancaran lembayung ungunya yang dapat memusnahkan virus. Rekod menunjukkan pada 21 Disember 2019 pancaran matahari berada di kedudukan paling selatan dan keadaan ini dinamakan solstis musim panas selatan.
Bila pancaran matahari berada paling jauh daripada Wuhan pada 21 Desember 2019 ia memberikan Wuhan musim sejuk. Malangnya, musim sejuk tersebut adalah peluang terbaik bagi 2019-nCoV memulakan serangan tanpa ada ancaman letal daripada pancaran matahari yang pada ketika itu berada paling jauh daripada Wuhan.
Selepas 21 Disember pancaran matahari telah beransur-ansur bergerak ke utara iaitu menghampiri Wuhan. Bila pancaran matahari berada di ekuator dalam bulan Mac 2020 dan menjadikan suhu di Wuhan semakin menaik hingga menyukarkan virus untuk terus menular dan dengan itu penurunan kes dapat disaksikan dalam bulan Mac.
Cumanya bila Wuhan semakin panas susulan pancaran matahari berada di ekuator namun USA, Korea, Iran dan Itali yang berada di latitud lebih tinggi adalah masih lagi dingin dan situasi itu membolehkan Covid-19 memulakan gelombang kedua di negara-negara berkenaan.
Soalan tambahan
1. Kenapa Covid-19 lebih banyak dihidapi oleh golongan dewasa? Soalan ini boleh dijawab berdasarkan kajian epidemiologi. Kajian mendapati Covid-19 berjangkit menerusi makanan eksotik dan makan separa masak. Ia juga berjangkit di dalam pejabat, di tempat kerja bukan berupa pejabat, dalam perjumpaan sosial, dalam bilik mesyuarat, dalam upacara-upacara, majlis-majlis, hospital-hospital dan tempat-tempat awam. Kesemua yang disebutkan itu banyak kaitannya dengan orang dewasa.
2. Apakah negara-negara yang berada di luar garisan latitud 30o-50o utara yakni di luar Jalur Covid-19 tidak akan terkesan? Kalau apa yang ada setakat ini dijadikan panduan maka meskipun berlaku penularan tetapi skala yang bakal dialami sepatutnya jauh lebih kecil daripada apa yang ada di Wuhan.
3. Apa selepas ini? Ekuinoks yakni pancaran matahari berada tegak di atas kepala di ekuator akan hadir pada 20 Mac 2020. Ia dijangkakan bakal memusnahkan apa jua virus dan mikrob yang berlegar-legar di luar sana kecuali virus dan mikrob yang bersembunyi di dalam hutan-hutan konkrit yang berhawa dingin dan sedingin suhu di Wuhan pada musim sejuk.
Jumlah kumulatif kes pandemik Covid-19:
Jangkitan setakat 10/3/2020:
Maut setakat 10/3/2020:
Sifat-sifat terkini Covid-19:
1. Kovid-19 tidak menular sepantas dan secekap flu.
2. Hanya pesakit berpotensi menularkan Kovid-19.
3. Penyakit Kovid-19 lebih teruk daripada influenza.
4. Belum ada ubat dan vaksin.
5. Penularan boleh di bendung.
*Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Tahap Risiko Tetapan WHO:
1. China: Risiko Sangat Tinggi
2. Asia: Risiko Sangat Tinggi
3. Global: Risiko Sangat Tinggi
Jumlah jangkitan Covid-19 dunia:
China -
Hubei -
Jangkitan - 67743
Maut - 3007
Luar Hubei -
Jangkitan - 13,161
Maut - 116
Luar China -
Jangkitan setakat 10/3/2020 - 32 778
Maut setakat 10/3/2020 - 872
Catatan:
1. Kementerian Kesihatan mengesahkan kes COVID-19 setakat 10 Mac 2020 adalah seramai 129 orang.
2. Itali meletakkan 16juta rakyatnya dalam situasi kuarantin.
3. Iklim di Iran adalah unik: meskipun musim panas bakal tiba namun tiupan angin sejuk dari Rusia mampu mengekalkan kedinginan seolah-olah mampu memanjangkan musim sejuk di situ.
4. Dalam kita memberikan tumpuan kepada Covid-19, jangan pula dilupakan isu yang tidak kurang pentingnya dalam bulan Mac iaitu pencegahan strok haba.
Last-Modified: Wednesday, 17 March 2021 22:56:34 GMT
Ulasan