Rahmat Islam Boleh Membantu Negara Bukan Islam Yang Terjejas Teruk Asalkan Mesej Itu Sampai
Oleh: Infomedikini
Wabak jangkitan koronavirus yang melanda seluruh dunia sekarang ini adalah dikenali sebagai Pandemik Covid-19 dan ia telahpun berusia enam bulan. Wabak ini bermula di China.Wuhan adalah epicenter terawal. Di awal kemunculannya, wabak ini telah dipandang ringan hingga membolehkan penularan awal berlaku tanpa rintangan.
Kepincangan dalam mendepani kemunculan virus novel terutama di epicenter yang terawal bagi wabak iaitu: pertama, mengambil mudah akan keupayaan virus dan kedua, kepentingan ekonomi diletakkan mengatasi kedudukan kesihatan, adalah ramuan utama yang diperlukan oleh virus novel untuk menghasilkan sebuah pandemik.
Adapun wabak yang luar biasa ini tidak melanda secara serentak tetapi mengikut kepantasan dan arah aliran pergerakan manusia keluar daripada epicenter pertamanya iaitu Wuhan.
Meskipun enam bulan sudah berlalu, virus ini masih belum memberikan kebebasan penuh kepada mana-mana penerima wabak yang terawal. Bagi yang baru nak merekodkan kehadiran wabak ini, cabaran yang bakal dihadapi adalah bagaimana hendak mendepani dan menguasai situasi yang terburuk.
Pandemik global membawa bersamanya bukan sahaja impak-impak negatif terhadap kesihatan, ia juga membawa impak-impak negatif terhadap aspek-aspek yang bukan kesihatan. Impak-impak yang sedia buruk itu akan menjadi bertambah teruk bilamana gelombang-gelombang jangkitan datang menderu-deru dan secara bertali arus.
Muafakat
Selain penawar dan vaksin, sebenar-benarnya tidak ada kekurangan lain yang menjadi penghalang kepada respons pantas dan efektif terhadap kemaraan pandemik ini asalkan di situ ada persefahaman dan permuafakatan yang menyatukan semua langkah-langkah yang akan diambil.
Namun muafakat bukanlah perkataan yang mudah diterjemahkan di atas padang memandangkan 'lain padang lain belalang' adalah bidalan yang menggambarkan betapa kemajmukan adalah halangan besar yang berada di atas laluan menuju kesamaan.
Bilamana langkah-langkah awal adalah tidak sama, langkah-langkah terakhir juga semestinya tidak sama. Justeru, itu ada penularan yang berjaya dibendung lebih pantas sedangkan sebahagian yang lain masih bergelut dan walaupun ada segelintir yang mendapat tepukan-tepukan tangan dan sorakan-sorakan keriaan tetapi ianya untuk seketika sahaja.
Kedudukan semasa
Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di serata dunia setakat ini adalah sebanyak 8,501,444 kes dan angka kematian adalah sebanyak 454,359 nyawa. Angka-angka tersebut pastinya akan bertambah selagi rantaian Covid-19 global terus bersambung-sambung.
Apa yang dialami oleh Beijing dalam sehari-dua ini adalah gelombang-gelombang baru Covid-19. Gelombang baru ini dikaitkan dengan virus yang telah menjalani mutasi.Perubahan urutan nukleotid pada genom Secara teorinya virus yang telah bermutasi mampu menghasilkan jangkitan menyerupai virus asal yang belum bermutasi.
Normal baru
Adapun rantaian jangkitan yang telah putus tetapi bersambung semula boleh menyebabkan status bebas pandemik yang diraih tiba-tiba disentap dengan kuat. Hendak tidak hendak apa jua plan persedian dan tindakan yang diguna pakai sebelum itu akan perlu digerakkan semula. Ini bermakna lockdown berkala adalah normal baru yang terbaru dalam senaraian normal-normal baharu di beberapa negara?
Rawatan dan vaksin
Kesukaran yang merintangi pencarian terhadap penawar bagi jangkitan virus baru adalah realiti pahit yang perlu ditelan. Meskipun penawar bagi jangkitan Covid-19 belum menjadi kenyataan namun RemdesivirSejenis ubat antiviral dan Dexamethasone adalah alternatif terbaik buat masa ini.
Sungguhpun begitu kebebasan penuh lagi kekal daripada sebarang wabak bukanlah mustahil dicapai asalkan eradikasi agen penyebabnya adalah juga bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Sejarah merekodkan bahawa eradikasi virus boleh dicapai menerusi proses vaksinasi global yang efektif dan selamat. Dalam kata lain, untuk dunia kembali kepada kebanyakan norma-norma asal, harapan setinggi gunung adalah disandarkan pada vaksin dan bukan testingx3 semata-mata.
Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), beratus-ratus vaksin Covid-19 yang berpotensi sedang galak mengejar masa untuk memasuki pasaran. Majoritinya melakukanya ikut trek lama yang memakan masa dan cuma ada segelintir yang mengikuti trek baru yang lebih pantas. Pun begitu hanya sebilangan kecil vaksin sahaja yang telah memasukifasa 3ujian ke atas manusia melibatkan 4 fasa ujian klinikal sementara sebahagian besar yang lain-lain baru memasuki fasa praklinikal.Ujikaji awal ke atas haiwan sebelum dilanjutkan terhadap manusia
Jurang
Jurang terbina apabila dua atau lebih kumpulan adalah tidak sama walhal kesemuanya sepatutnya adalah sama. Kebanyakan jurang kesihatan adalah bukan binaan semula jadi tetapi terbina susulan adanya ketaksamaan dalam berbagai aspek seperti gaya hidup, budaya, ekonomi, pemakanan, persekitaran, akses, pendidikan dan sebagainya.
Adapun jurang-jurang kesihatan waima di negara-negara maju sudah lama diketahui. Saiz jurang ini yang agak besar tidaklah memerlukan kanta pembesar untuk melihatnya. Ia juga adalah agak jelas yakni tidak perlu bersuluh untuk nampak lebih terang.
Bila jurang-jurang kesihatan digembar-gembur, golongan sasar akan mendapat manfaat bila jurang tersebut diratakan. Bila jurang yang sudah lama dan berlapuk digembar-gemburkan ia hanya membuka pekung di dada sendiri:
Pandemik ini bukanlah punca bagi jurang antara warga kulit hitam dan kulit putih. Sebaliknya pandemik inilah yang merangsang langkah-langkah perataan ke atas jurang-jurang yang telah sekian lama dipandang dengan sebelah mata.
Jurang hipotetikal adalah jurang yang dijangkakan keberadaannya tetapi belum ada kepastian. Justeru jurang sebegini akan diselidik bagi tujuan yang jelas lagi tersurat iaitu untuk mengesahkannya, mengenal pasti punca dan memperincikan aspek rawatan dan pencegahan.
Ironinya ada juga jurang-jurang hipotetikal yang mana kesimpulan daripada kajian ke atasnya itu diviralkan versi yang diputar belit bagi tujuan yang tersirat:
1.
Do burqas stop women absorbing vitamin D?
2. AWARENESS OF VITAMIN D AND ITS DEFICIENCY AMONG BURQA CLAD WOMEN IN NAVI MUMBAI, INDIA
3. Health Effects of Islamic Dress
Anehnya ada satu lagi jurang yang amat ketara iaitu jumlah jangkitan dan jumlah kematian yang disebabkan oleh Covid-19 dalam Negara Islam dan Negara Bukan Islam tetapi tidak diberikan perhatian dan tidak digembar-gemburkan:
Negera Bukan Islam | Kematian | Negara Islam | Kematian |
---|---|---|---|
Amerika | 203,574 | Iran | 8,950 |
Brazil | 43,332 | Pakistan | 2,839 |
Rusia | 7,284 | Indonesia | 2,198 |
United Kingdom | 41,736 | Mesir | 1,672 |
Itali | 34,371 | Bangladesh | 1209 |
Jumlah | Jumlah |
Tabel di atas menunjukkan adanya perbezaan yang sangat ketara bagi Negara Islam dan Negara Bukan Islam dari segi jumlah jangkitan dan kematian disebabkan oleh Covid-19.
Jurang jangkitan dan kematian Covid-19 yang memisahkan Negara Islam dan Negara Bukan Islam adalah sangat besar. Maksudnya adalah, meskipun Covid-19 memasuki Negara Islam, jumlah jangkitan dan jumlah kematian adalah berpuluh-puluh kali lebih rendah dari Negara Bukan Islam.
Meskipun belum nampak akan adanya kupasan atau kajian epidemiologi dibuat berhubung ketaksamaan yang sangat jelas dan sangat besar ini, namun kupasan tidak rasmi bagi perkara ini adalah seperti berikut:
1. Negara Islam kebanyakannya berada berhampiran garisan ekuator. Meskipun Brazil juga berada di atas garisan yang sama tetapi dari segi kumulatif kes ia berada di tangga kedua dunia. Ini bermakna ada faktor-faktor lain yang terlibat sama.
2. Umat Islam sedia maklum akan prinsip asas kawalan dan pembendungan wabak. Justeru bila wabak melanda, kefahaman itu sangat membantu dalam pengekangan penularan wabak ketika wabak berada di peringkat awal.
3. Pergaulan sosial yang mengikut batas dapat mengurangkan bilangan yang bersesak-sesak dan berhimpit-himpit dan secara tidak langsung mengurangkan transmisi penyakit berjangkit.
4. Tangan yang tercemar dan muka yang disentuh oleh tangan yang tercemar adalah laluan utama bagi jangkitan memasuki badan. Basuh tangan dan muka secara kerap sudah menjadi satu rutin harian bagi umat Islam. Ketika wabak melanda rutin itu hanya perlukan sedikit modifikasi iaitu penggunaan sabun.
5. Umat Islam tidak memakan semua jenis bahan makanan yang secara literalnya boleh dimakan. Amalan ini dapat mengurangkan risiko jangkitan zoonotik. Jangkitan yang menular antara haiwan vertebra dan manusia)
6. Pakaian wanita yang menutupi rambut dan sebahagian besar tubuh dapat mengelak berlakunya sentuhan terus dengan individu lain yang berdekatan dan secara tidak langsung mengurangkan transmisi biologi.
7. Menjauhkan amalan tidak sihat adalah kewajipan yang sangat bermanfaat untuk dipatuhi. Sesungguhnya badan yang sihat dapat mengurangkan impak kesihatan sekiranya mendapat jangkitan.
8. Kerjasama wajib yang diberikan kepada apa jua perintah dan larangan dan keterikatan kepada SOP bagi membendung sesuatu wabak adalah datang dari hati yang ikhlas demi melindungi keselamatan diri sendiri dan orang lain.
Jurang yang amat signifikan ini sepatutnya diviralkan bagi tujuan yang tersurat iaitu agar kajian dibuat bagi mencari punca kepada ketaksamaan yang memungkinkan jurang tersebut berlaku dan sekiranya ia ada kaitan dengan rahmat Islam (dan semestinya ia adalah benar kerana Islam itu adalah rahmat bagi sekalian alam) maka seantero dunia harus berlapang dada untuk mengiktiraf kelebihan rahmat Islam.
Seterusnya, pandemik ini adalah situasi dan masa yang sesuai untuk kefahaman dan kebaikan rahmat Islam diperluaskan sebarannya. Sementara menanti vaksin yang seumpama buah yang baru berputik itu, rahmat Islam sebagai pemutus bagi rantaian global dan penahan bagi gelombang-gelombang yang bakal menyusul, harus diketengahkan untuk dimanfaatkan oleh seluruh dunia.
Last-Modified: Wednesday, 29 December 2021 21:56:34 GMT
Ulasan