Pelitup Muka Guna Semula Yang Sesuai Menurut WHO


Oleh Infomedikini


Pada 29/07/20


B
agi majoriti pengguna, sungkup muka atau pelitup muka atau topeng separuh muka bukanlah alat yang perlu digunakan setiap hari. Namun ada kalanya pengguna perlu memakai sungkup muka dalam situasi tertentu seperti udara tercemar, berjerebu atau penularan penyakit berbahaya.

Jerebu


Bila berlaku jerebu rentas sempadan di beberapa negara serantau seperti pada 2019, kegunaan sungkup muka meningkat secara mendadak hinggakan tidak mampu ditampung oleh bekalan yang terhad. Jerebu rentas sempadan adalah fenomena berulang tetapi satu yang menggembirakan ialah ia tidak berulang pada 2020.


Meskipun jerebu tidak kembali pada tahun ini namun kegunaan topeng separuh muka tidak juga berkurangan sebaliknya terus meningkat berkali-kali ganda disebabkan oleh pandemik global yang melanda serata dunia. Pandemik ini dikenali sebagai pandemik COVID-19.


Adapun peranan penutup separuh muka adalah bagi menapis udara yang masuk dan keluar melalui hidung dan mulut. Pada 2019, sungkup muka digunakan secara meluas bagi menapis partikel-partikel halus yang terampai-ampai di dalam udara yang berjerebu supaya tidak memasuki saluran pernafasan.


Pelitup muka


Berbeza dengan tahun 2020, sungkup muka yang kini dipanggil sebagai pelitup muka adalah digunakan bagi menapis titisan cecair halus yang mengandungi koronavirus novel. Dengan itu pemakaian pelitup muka menjadi sebahagian daripada usaha mencegah dan membendung wabak berkenaan.


Pandemik global telah meningkatkan permintaan terhadap pelitup muka ke tahap yang tidak pernah terfikir sebelum ini apabila hampir kesemua warga dunia memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan atau menyebarkan jangkitan. Oleh itu tidak hairanlah kalau pelitup muka menjadi alat sampingan untuk menangguk di air yang keruh.


Tiga lapis


Sungguhpun pelitup muka mampu menapis udara namun tidak kesemuanya mampu mengurangkan risiko jangkitan bawaan udara. Pelitup muka yang sesuai untuk tujuan ini adalah yang berketebalan tiga lapis: lapisan hidrofobik, lapisan hidrofilik dan lapisan penapis.


Pelitup muka tiga lapis juga dinamakan pelitup muka bedah. Ia adalah antara pelitup muka yang banyak digunakan di premis-premis kesihatan dan di barisan-barisan hadapan dalam konteks COVID-19. Adapun jumlah lapisan pelitup muka dapat disahkan dengan menggunting bahagian tengah pelitup muka sampel.


Lapisan hidrofobik adalah kalis air yakni tidak menyerap air. Ia diwarnakan biru, hijau dan sebagainya. Keabsahannya boleh ditentukan dengan meletakkan titisan air di atasnya dan hasilnya adalah titisan air tadi tidak mudah meresap ke dalam lapisan tersebut.


Lapisan hidrofilik adalah lapisan yang membenarkan serapan air berlaku. Bila air dititiskan di atas lapisan ini ia akan dengan mudah meresap masuk disebabkan oleh sifat hidrofilik yang dimiliki.


Pelitup muka bedah hanya boleh dipakai sekali sahaja yakni perlu dibuang ikut peraturan selepas digunakan. Penggunaan harian pelitup muka bedah pakai buang adalah membebankan. Kos bagi 30 keping boleh mengakibatkan sekeping wang kertas RM 50 melayang keluar dari poket pengguna.


Pakai semula


Pelitup muka juga boleh diperbuat daripada kain bertenun atau fabrik. Pelitup muka fabrik yang sesuai bagi mencegah jangkitan kuman bawaan udara adalah yang mengandungi tiga lapisan iaitu sama seperti pelitup muka bedah tadi. Lapisan penapisnya adalah terletak di tengah, lapisan fabrik di sebelah dalam dan lapisan fabrik di sisi luar.


Lapisan fabrik di sebelah luar adalah bersifat hidrofobik iaitu tidak menyerap air atau kalis air tetapi boleh ditembusi oleh udara. Lapisan fabrik di sebelah dalam adalah bersifat hidrofilik iaitu menyerap air, sementara lapisan tengah diisi oleh bahan penapis yang sepatutnya mampu menapis titisan-titisan cecair yang kecil.


lapisan hidrofobik

Lapisan sebelah luar kalis air (hidrofobik)

lapisan tengah

Lapisan tengah sebagai penapis (filter)

lapisan dalam

Lapisan dalam penyerap lembapan (hidrofilik)


Oleh kerana ianya diperbuat daripada fabrik maka pelitup muka jenis ini boleh direndam dalam air suam dan dibersihkan dengan sabun atau detergen lalu dijemur untuk dikeringkan. Dengan itu pelitup muka 3 lapis boleh digunakan semula untuk beberapa kali bergantung kepada ketahanan lapisan penapis.


Lebih dan kurang


Pemakaian pelitup muka fabrik memberikan lebih gaya kepada pemakainya. Cumanya tontonan di kaca televisyen menampakkan ada antaranya yang kurang kemas yakni tidak bertangkup kedap dengan kulit muka. Ia juga mudah mengendur ke bawah paras hidung bila pemakainya berucap atau bercakap.


Sungguhpun harga sekeping pelitup muka fabrik tiga lapis pakai semula adalah dalam lingkungan belasan ringgit namun sekiranya spesifikasi membolehkan ianya dicuci berbelas-belas kali maka kos kegunaannya dalam sebulan sepatutnya lebih rendah daripada pelitup muka bedah yakni sedikit penjimatan.


Last-Modified: Wednesday, 29 December 2021 22:00:00 GMT


Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri


Kuiz Baru
Kuiz-33

Imej janaan di bawah adalah menyerupai kerlipan bintang-bintang di langit. Bintang-bintang ini mengeluarkan kerlipan dalam berbagai warna (biru, putih, merah dll.) Kenyataan yang benar mengenai warna-warna bintang adalah:


Kerlipan Bintang





Last-Modified: Thursday 30 September 2021 18:00:09 GMT

Kuiz-32

Imej di bawah adalah mesin pemekat oksigen yang mampu memekatkan oksigen dalam udara di sekeliling. Sebelum gas oksigen pekat di salurkan kepada pengguna, ia akan terlebih dahulu dialirkan ke dalam bekas plastik berisi air (anak panah biru). Tujuan gas oksigen dialirkan ke dalam air adalah untuk:


Pemekat oksigen





Last-Modified: Jumaat 24 September 2021 18:00:09 GMT

Kuiz-31

Imej bawah ini menggambarkan molekul-molekul gas iaitu Nitrogen (N2), oksigen (O2), Argon (Arg), helium (He), wap air, dll. yang terdapat dalam udara ambien. Semua molekul-molekul yang bergerak secara rawak. Kenyataan yang benar tentang gas-gas berkenaan adalah:


Ar
H2O
He
CO2
O2
N2





Last-Modified: Thursday, 30 September 2021 18:00:09 GMT


Diminati