Nak ambil tak ambil vaksin COVID-19?

Nak Ambil Tak Ambil Vaksin COVID 19?


Oleh Infomedikini


Pada 17/02/21


Kita telahpun mengharungi pandemik global COVID-19 lebih daripada setahun lamanya.


Dalam tempoh tersebut ada pihak yang berjaya mengelak daripada mendapat jangkitan dan ada yang tidak.


Simptom


Bagi yang dijangkiti mereka akan sama ada menunjukkan gejala atau bebas gejala.


Dalam kata lain individu yang tidak pernah mengalami gejala tidak bermakna dia tidak pernah dijangkiti.


Antibodi


Kita boleh menyemak sama ada pernah dijangkiti atau tidak dengan melakukan ujian pengesanan antibodi.


Ini berdasarkan badan akan menghasilkan antibodi dan kepekatannya boleh diukur di makmal.


Antibodi yang dijana susulan infeksi sepatutnya menjadikan seseorang itu lali terhadap jangkitan seterusnya.


Vaksin


Makanya sekiranya seseorang sudah ada antibodi atau pernah dijangkiti perlukah baginya mendapatkan suntikan vaksin COVID-19?


Sebatang jarum dan sebotol cecair


Sejarum jer


Dalam konteks pandemik yang menular seantero bumi dan ketandusan pengalaman dalam mendepaninya, pertanyaan sebegini otomatik terarah kepada World Health Organization (WHO).


Menurut WHO, seseorang yang telah dijangkiti akan menjana sejumlah antibodi dan antibodi tersebut mampu mengurangkan impak jangkitan.


Pun begitu kuantiti antibodi yang dihasilkan mungkin tidak cukup banyak, tidak cukup berkuasa atau setelah masa berlalu ia mengalami kemerosotan ke tahap tidak dapat menghalang jangkitan yang berulang.


Bila tiada jaminan yang infeksi tidak akan berulang, pendirian WHO adalah dirujuk: iaitu "pelalian masih juga diperlukan".

Last-Modified: Wednesday, 5 january 2022 23:43:20 GMT

Ulasan

Info Klinik

Pemeriksaan Medikal Pelajar


Waktu yang sesuai (yakni klinik tidak sesak) adalah:

1. Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad--sepanjang hari waktu klinik beroperasi

2. Selasa dan Khamis--dari 9:00 a.m. - 12.30 p.m.

**Elakkan Selasa dan Khamis--dari 3:00 p.m. - 6:00 p.m. (iaitu terlalu sibuk)


Pakej Perubatan:


1. Pemeriksaan Perubatan Pelajar:

Walk-in jer

Kemudahan:

Ujian urin

Ujian darah

Pemeriksaan X-ray

Caj:

Jauh dari harga kayangan

Pertanyaan atau appointment:
05-4583175


2. Pemeriksaan berkaitan FOMEMA

Kemudahan:

i. Pemeriksaan darah

ii. X-ray

Pemerikasaan darah dan X-ray dalam satu waktu dan dalam premis yang sama.


Waktu Operasi Harian Biasa:


Isnin hingga Jumaat

1. Sesi pagi: 8:00 pagi - 1:00 petang

2. Rehat: 1:00 petang - 3 petang

3. Sesi petang: 3:00 petang - 6:00 petang

Sabtu: Tutup

Ahad: Buka dari 2:00 petang - 6:00 petang

Cuti umum: Tutup


Terbaru

⬅Tatal ke kiri

Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri