Pentingkah saringan pradiabetes?
Oleh Infomedikini
Definisi
Seseorang itu menghidap pradiabetes bila ujian paras glukosa darah menunjukkan adanya impaired fasting glucose (IFT) atau impaired glucose tolerance (IGT) atau ada kedua-duanya sekali (IFT+IGT).
Kebiasaannya pradiabetes tidak mempunyai simptom namum berikut adalah simptom-simptom yang dialami sekiranya ada:
Increased appetite
Hilang berat badan yang tidak boleh diperjelaskan atau pertambahan berat badan.
Indeks Jisism Badan (BMI) yang tinggi
Lemah anggota
Letih/penat
Kabur pandangan
Luka dan lebam yang lambat sembuh
Jangkitan kulit yang berulang
Paras glukosa darah
Paras glukosa darah dengan toleransi normal adalah berubah-ubah bergantung kepada pengambilan makanan. Paras glukosa adalah rendah bila berpuasa dan meningkat selepas makan namun tidak melebihi 7.8 mmol/L pada 2 jam selepas makan.
Lebihan gula dalam darah akan merangsang produksi dan pembebasan insulin oleh sel-sel beta dalam organ pankreas. Pendedahan terhadap lebihan insulin untuk waktu yang lama akan menurunkan respon reseptor insulin lalu memburukkan lagi paras glukosa darah.
Cumanya, meskipun paras glukosa pradiabetes adalah lebih tinggi daripada paras glukosa toleransi normal tetapi tidak cukup tinggi untuk melepasi paras ambang diabetes.
Dalam kata lain, kedudukan pradiabetes dalam konteks paras glukosa darah adalah di antara normal dan diabetes.
Ujian diagnostik
Paras glukosa preliminari boleh diukur dengan glukometer namun keputusannya tidak diagnostik iaitu tidak mengesahkan keberadaan pradiabetes.
Ujian diagnostik boleh mengesahkan keberadaan pradiabetes. Berikut adalah ujian glukosa darah yang diagnostik bagi pradiabetes:
Fasting Plasma Glucose (FPG) iaitu paras glukosa dalam sampel darah diambil daripada saluran vena sesudah berpuasa selama 8-12 jam. Paras 6.1 mmol/L dan atas tetapi bawah 6.9 mmol/L adalah impaired fasting glucose (IFG) iaitu pradiabetes.
Paras glukosa 2 jam selepas minum 75 gram glukosa dalam ujian oral glucose tolerance test OGTT: Paras 7.8 mmol/L hingga 11.0 mmol/L adalah impaired glucose tolerance (IGT) iaitu pradiabetes.
Glycated hemoglobin (HbA1c) adalah paras glukosa dalam sampel darah yang diambil daripada saluran vena pada bila-bila masa tanpa perlu berpuasa. Paras HbA1c 5.7%-6.2% atau 39 mmol/mol-44 mmol/mol adalah pradiabetes.
Konversi
Pradiabetes adalah prekursor bagi diabetes iaitu pradiabetes berkonversi menjadi diabetes. Kadar konversi bagi IFG atau IGT atau IFT+IGT adalah tidak sama. Kadar konversi IFT+IGT adalah lebih tinggi berbanding IFT atau IGT.
Kajian mendapati seramai 5-10% penghidap pradiabetes akan berkonversi kepada diabetes.
Saringan
Saringan pradiabetes perlu dimulakan selepas usia 30 tahun namun keberadaan faktor-faktor berikut menuntut saringan lebih awal:
Berat badan berlebihan dan obes terutamanya bagi Indeks Jisim Badan melebihi 25 kg/m^2.
Sejarah diabetes dalam keluarga (ibu/bapa atau saudara kandung).
Diabetes ketika hamil (diabetes gestasional).
Kumpulan etnik: India dan Melayu.
Hipertensi.
Kurang aktiviti fizikal.
Dislipidemia -- HDL bawah 40mg/dL untuk lelaki atau bawah 50mg/dL (wanita) atau trigliserida melebihi 250 mg/dL.
Sindrom Ovari Polisistik
Saringan dengan keputusan negatif tetapi mempunyai faktor-faktor di atas perlu menjalani saringan semula setiap tahun.
Bila saringan adalah positif, pemeriksaan bagi mengesan konversi kepada diabetes perlu dilakukan setiap tahun atau dua tahun.
Cegah sebelum parah
Lebih kurang 70% penghidap pradiabetes akan akhirnya didiagnosiskan sebagai diabetes jenis 2 (T2DM)
Namun, prediabetes boleh dicegah daripada menjadi diabetes dan menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dengan pengurusan yang betul:
-
Ubah gaya hidup dari tidak sihat kepada gaya hidup sihat
Kurangkan amalan pemakanan tidak seimbang sebaliknya tingkatkan pemakanan seimbang lagi berkhasiat.
Banyakan aktiviti fizikal terutama yang mengeluarkan peluh.
Bagi mereka yang gagal mempertahankan terapi gaya hidup secukupnya atau berisiko tinggi mendapat diabetes jenis 2, ada ubat preskripsi dengan kesan samping minimal yang boleh digunakan bagi mengawal pradiabetes.
Nota kaki: App saringan diabetes akan muncul tidak lama lagi.
Last-Modified: Teu, 20 Feb 2024 22:09:56 GMT
Home
Ulasan