Applikasi ini permudahkan saringan ke atas pradiabetes dan diabetes berpandukan Management of Type 2 Diabetes yang diterbitkan oleh Malaysian Endocrine and Medtabolic Society

App Ini Memudahkan Saringan Diabetes

Oleh Infomedikini

Pada: 13 Jun 2024

K
encing manis atau diabetes bukan lagi asing kepada kebanyakan orang kerana maklumat dan perkembangan terkini mengenai penyakit ini tersebar luas dan berterusan di pelbagai medium.

Namun bagaimana dengan pertanyaan ini: "Perlukah saya buat saringan diabetes dan kalau perlu bagaimana?"

Jawapan bagi pertanyaan di atas seakan-akan mudah dibuat namun pelaksanaannya tidak semudah itu tanpa adanya bahan rujukan dan panduan.

Untuk itu, panduan klinikal mengenai diabetes: Management of Type 2 Diabetes Mellitus (6th Edition) oleh Malaysian Endocrine and Metabolic Society (MEMS) adalah bahan rujukan dan panduan yang diperlukan bagi menjawab pertanyaan di atas.

Proses Saringan Diabetes

Adapun saringan diabetes bukanlah proses satu langkah sebaliknya ia adalah proses berbilang-bilang langkah yang perlu dilalui selangkah demi selangkah dan mengikut tertib.

Langkah-langkah penting yang perlu diikuti dalam konteks saringan adalah:

  • Tentukan sama ada perlu atau tidak saringan dilakukan.

  • Kalau perlu apakah ianya saringan bergejala atau tiada gejala.

  • Pilih paras glukosa: preliminari atau diagnostik; plasma atau glycated hemoglobin.

  • Rujuk Nilai-Nilai Diagnostik dan ikuti laluan Algoritma bagi menuju ke diagnosis.



Nilai-Nilai Diagnostik

T2DM
VPG-F
7.0 mmol/L & atas
VPG-R
11.1 mmol/L & atas

Tabel-1: Nilai-nilai diagnostik bagi venous plasma glucose fasting: VPG-F dan venous plasma glucose random: VPG-R.

Pada individu bergejala, satu nilai glukosa yang abnormal adalah diagnostik.

Pada individu tanpa gejala, 2 ujian (plasma glucose dan HbA1c) dengan keputusan abnormal daripada sampel yang sama atau daripada 2 sampel berasingan adalah diperlukan untuk diagnosis.

T2DM - Type 2 diabetes mellitus; HbA1c - glycated hemoglobin


HbA1c: %
Normal
5.7 dan bawah
Pradiabetes
5.7-6.3
T2DM
6.3 dan atas

HbA1c: mmol/mol
Normal
39 dan bawah
Pradiabetes
39-44
T2DM
45 dan atas

Tabel-2: Nilai-nilai diagnostik bagi glycated hemoglobin: HbA1c

HbA1c harus diulangi 4 minggu selepas ujian positif pertama bagi pesakit asimptomatik (sekiranya disertai oleh FPG atau RPG dengan keputusan tidak muktamad.

Bagi pesakit yang bergejala, satu ujian berkeputusan positif sudah memadai.

FPG: fasting plasma glucose; RPG: random plasma glucose.



0 jam: mmol/L
Normal
bawah 6.1
IFG
6.1 - 6.9
IGT
-
T2DM
7.0 & atas
2 jam: mmol/L
Normal
bawah 7.8
IFG
-
IGT
7.8 - 11.0
T2DM
11.1 & atas

Tabel-3: Nilai-nilai diagnostik bagi oral glucose tolerance test: OGTT

IFG - impaired fasting glucose

IGT - impaired glucose tolerance


Algoritma

Ada dua jenis algoritma. Algoritma-1 untuk saringan kes bergejala dan Algoritma-2 untuk saringan kes tanpa gejala.

Algoritma 1

Algoritma 1 adalah laluan-laluan yang perlu dikuti berasaskan jenis dan paras glukosa darah bagi saringan yang ada simptom/gejala diabetes:



Simptomatik Venous plasma glucose Fasting Bawah 7 7 dan lebih OGTT FPG Bawah 6.1 Normal 6.1 to 6.9 7.0 dan lebih Random 11.1 dan lebih bawah 11.1 T2DM OGTT Bawah 6.1 Normal 6.1 to 6.9 6.1 to 6.9 IFG IGT IFG 7.0 dan lebih 11.1 dan lebih 2-hour FPG IGT 11.1 dan lebih Bawah 7.8 7.8 to 11 7.8 to 11 2-hour FPG FPG Bawah 7.8 Sorry, your browser does not support inline SVG.

Saringan ke atas individu bergejala: – 1 nilai venous plasma glucose (VPG) yang abnormal atau 1 nilai HbA1c yang abnormal sudah cukup untuk buat diagnosis T2DM.

T2DM: Type 2 diabetes mellitus; OGTT: oral glucose tolerance test. IGT: impaired glucose tolerance; IFG: impaired fasting glucose.



Algoritma 2

Algoritma 2 adalah laluan-laluan yang perlu dikuti berasaskan jenis dan paras glukosa darah bagi saringan yang tidak ada simptom/gejala diabetes:


Asymptomatic Capillary plasma glucose Fasting bawah 5.6 Normal 5.6 dan atas Random Bawah 7.8 Lebih 7.8 Normal 7.0 dan lebih Repeat FPG Bawah 7.0 7.0 dan Atas T2DM Repeat VPG 11.1 dan atas T2DM Bawah 11.1 Random VPG Bawah 7.8 7.8 - 11.0 11.1 dan atas Normal Fasting VPG bawah 6.1 Normal 6.1 - 6.9 OGTT FPG Bawah 6.1 Normal 6.1 - 6.9 IFG 7 dan Lebih T2DM Bawah 7.8 Normal 7.8 to 11.0 IGT 11.1 dan Lebih T2DM 2hr-FPG Sorry, your browser does not support inline SVG.

Kesemua paras glukosa adalah dalam mmol/L.

Diagnosis saringan individu tanpa gejala dibuat bila terdapat 2 VPG abnormal dalam dua ujian berasingan atau 1 VPG abnormal + 1 HbA1c abnormal dari sampel sama.

VPG: venous plasma glucose; FPG: fasting plasma glucose; OGTT: oral glucose tolerance test; IGT: impaired glucose tolerance; IFG: impaired fasting glucose.


Kesedaran yang tinggi terhadap perlunya seseorang itu melakukan ujian glukosa darah yang apabila adanya kemudahan melakukannya sama ada di rumah, klinik atau makmal (terutama swasta) perlulah juga disokong dengan app tertentu.

App yang dimaksudkan haruslah berasaskan maklumat dari MEMS yang mengandungi pilihan-pilihan, tatacara, nilai-nilai dan algoritma yang ada kaitan dengan saringan diabetes

Pengguna app akan dipandu atas landasan yang betul supaya dapat sampai ke destinasi sebenar (diagnosis).

Aplikasi ini dan yang bakal menyusul adalah diharap mampu membentuk gabungan app diabetes lengkap.

Aplikasi lengkap bakal mengandungi maklumat tentang diabetes, kaedah saringan, terapeutik, kadar GFR dan modifikasi ubat dan lain-lain.

Lebih dari itu app di bawah ini adalah sama seperti lain-lain app dalam blog ini adalah percuma untuk digunakan.


Saringan Diabetes

Cara guna

App ini dibina bagi memudahkan langkah-langkah dalam proses saringan diabetes diikuti dari awal hingga ke akhir (peringkat diagnosis).

Rujukan: MANAGEMENT OF TYPE 2 DIABETES MELLITUS 6th edition, Malaysian Endocrine and Metabolic Society (MEMS)

Cara Guna:

  • Layari app secara tertib dari atas ke bawah.

  • Setiap sub tajuk mengandungi tetingkap yang akan terbuka bila diklik.

  • Tatal (scroll) tetingkap sampai kedudukan paling ke bawah.

  • Bagi setiap input, tekan pilihan yang betul atau masukkan angka yang berkaitan.

  • Klik semula sub tajuk bagi menutup tetingkap agar sub tajuk di bawah tidak terlindung.

  • Tekan butang "Diagnosis" bila diarahkan dan output akan timbul dalam tetingkap di sebelah bawahnya.

  • Output tidak timbul sekiranya ada input tertinggal atau nilainya tidak realistik.

  • Kandungan output boleh disalin dengan menyentuh butang "Salin" dan dengan itu salinan boleh disimpan dalam note, email, fail dll.

  • Tekan butang Reset ikut arahan atau sesudah selesai.


Paras glukosa

Paras glukosa boleh diukur dalam sampel darah kapilari mahupun vena.

Sampel darah vena diambil dengan jarum dan picagari daripada saluran vena di belakang tangan atau di depan siku.

Random VPG adalah paras random venous plasma glucose dari sampel darah vena tanpa berpuasa.

Fasting VPG adalah paras fasting venous plasma glucose dari sampel darah vena sesudah berpuasa selama 8-12 jam.

Dalam situasi ketiadaan kemudahan untuk mengukur paras glukosa plasma vena, saringan preliminari boleh dilaksanakan dengan mengukur paras glukosa plasma kapilari.

  • Random Capillary Plasma Glucose (RPG-C): Ujian dibuat secara rawak iaitu tanpa mengambil kira bila makanan sebelumnya diambil .

  • Fasting Capillary Plasma Glucose (FPG-C) dengan glukometer: Ujian dilakukan sebelum makan.

Glucometer

Pengambilan sampel dan cara guna glukometer:

  1. Pasang lancet (label 1) pada lancing device (label 2)

  2. Pasang test strip (label 3)pada glucometer (label 4)

  3. Sapu alkohol/sanitizer pada hujung jari dan biarkan 30 saat

  4. Cucuk hujung jari dengan lancing device agar berdarah.

  5. Sentuh titisan darah pada hujung test strip

  6. Tunggu 5 saat untuk bacaan paras glukosa



Maklumat kendiri

Isi kesemua petak:



Pilih "Ya" kalau sudah ada "Diabetes"

Pilih "Tiada" kalau belum ada diabetes.

Tutup tetingkap.

Pergi ke "Simptom"


Simptom

Pastikan "Fakta diri" telah diisi.

Baca senarai simptom-simptom di bawah:

  • Kencing lebih kerap dari kebiasaan terutama waktu malam (poliuria, nokturia).

  • Dahaga berlebihan, kerap lapar dan makan berlebihan.

  • Terasa sangat letih, hilang berat badan, kegempalan otot merosot.

  • Penglihatan kabur.

  • Luka/lebam lambat sembuh.

  • Turun berat badan meskipun makan lebih (diabetes jenis 1).

  • Kebas dan rasa seperti cucukan jarum di tangan/kaki (diabetes jenis 2).

  • Gatal pada alat sulit.


Pilih "Ya" kalau ada satu atau lebih simptom yang di atas dan pilih "Tiada" sekiranya tiada satu pun simptom di atas.


Tutup tetingkap ini dan klik butang "Diagnosis". Ikuti panduan seterusnya.


Faktor Risiko Diabetes

Perlu atau tidak saringan diabetes tanpa gejala dilakukan?

Untuk jawapannya, layari kriteria berisiko diabetes dan isikan input yang dipinta sampai bawah.

Gestational Diabetes Mellitus: GDM iaitu hidap diabetes semasa mengandung.

Kalau pilihan adalah "Ya", tutup tetingkap ini dan tekan butang "Diagnosis" dan ikuti panduan seterusnya.

Kalau pilihan adalah "Tiada" teruskan ke bawah.

Kalau pilihan adalah "Ya", tutup tetingkap ini, tekan butang "Diagnosis" dan ikuti panduan seterusnya.

Kalau pilihan adalah "Tiada" teruskan ke bawah.

C. Di bawah adalah senarai yang ada kaitan dengan peningkatan risiko diabetes:

  • Sejarah penyakit kardiovaskular.

  • Ahli keluarga terdekat (1° relatives) menghidapi 'type 2 diabetes' -- T2DM.

  • Hypertensi dengan BP ≥140/90 mmHg atau menerima rawatan untuk hipertensi

  • Kolesterol jenis HDL-C kurang dari 0.9 mmol/L atau jenis trigliserida -- TG >2.8 mmol/L.
    Wanita yang melahirkan bayi dengan berat ≥4 kg atau sesiapa yang lahir daripada ibu yang menghidapi GDM

  • Lain-lain kondisi endokrina yang berasosiasi dengan rintangan insulin seperti:
    PCOS, Cushing’s syndrome, Acromegaly, Phaeochromocytoma, acanthosis nigricans.

  • Kurang aktiviti fizikal dan kehidupan yang banyak duduk serta berbaring

  • Mereka yang menerima rawatan jangka panjang dari mana-mana berikut:
    corticosteroids, rawatan anti-retroviral, atypical anti-psychotic drugs, thiazide diuretics, β-adrenergic blockers, 3-Hydroxy-3-methyl-glutaryl-CoA (HMG-CoA) reductase inhibitors [statins].
    Saringan diabetes diperlukan bagi yang positif risiko dan meskipun tiada simptom diabetes.

Pilih "Ya" untuk Risiko kalau ada satu atau lebih daripada senarai di atas.

Kalau pilihan adalah "Tiada", tutup tingkap ini dan tekan butang "Diagnosis" dan ikuti panduan seterusnya.

Kalau pilihan adalah "Ya", teruskan ke bawah.


Pinggang adalah saiz/ukur lilit pinggang

Cara ukur saiz pinggang: dalam posisi berdiri, lilitkan pita ukur mengelilingi perut pada paras hampir di atas tulang pinggul. Ambil ukuran sejurus selepas nafas habis dihembus.

Tekan "Diagnosis" dan ikut arahan seterusnya.


Body Mass Index (BMI)

C (iii). Masukkan nilai Body mass index (BMI) kalau sudah diketahui. Kalau tiada, masukkan berat dan tinggi ke dalam kalkulator BMI pintar.


Tutup tetingkap ini. Tekan "Diagnosis" dan ikut arahan seterusnya.


Saringan Tanpa Gejala

Pilih "Ya" bagi Saringan Tanpa Gejala: STG.




Masukkan paras glukosa di bawah:

  • RPG-Cap

  • FPG-Cap atau

  • HbA1c

  • FPG

  • RPG

  • OGTT

Tutup tetingkap ini dan masukkan paras glukosa yang dipilih.


RPG-Cap & FPG-Cap

Isi salah satu input.


RPG-Cap: Random Plasma Glucose Capillary. Hanya untuk saringan preliminari sahaja (tidak diagnostik).


Tutup tetingkap dan klik Diagnosis


Fasting Plasma Glucose Capillary: FPG-Cap adalah paras glukosa kapilari sebelum makan. Hanya untuk saringan preliminari sahaja (bukan diagnostik).


Tutup tetingkap dan klik Diagnosis


Fasting VPG & Random VPG

Ran VPG: Random VPG.

Ujian diagnostik.

Tutup tetingkap dan klik Diagnosis.



Fas VPG: Fasting VPG.

Ujian diagnostik.

Tutup tetingkap dan klik Diagnosis.


Repeat FPG & Repeat VPG


Rep VPG: Repeat VPG


Tutup tetingkap dan klik Diagnosis.



Rep FPG: Repeat FPG


Tutup tetingkap dan klik Diagnosis.


HbA1c & Repeat HbA1c

Ini adalah ujian diagnostik. Pilih sama ada unit % atau mmol/mol.




Tutup tetingkap dan klik butang "Diagnosis".

Repeat HbA1c.

Tanpa reset masukkan input dengan unit yang sama seperti unit HbA1C sebelum ini.


Rep HbA1c: Repeat HbA1c in %.


Tutup tetingkap dan klik Diagnosis.


R-HbA1c: Repeat HbA1c in mmol/mol


Tutup tetingkap dan klik Diagnosis. Sebelum itu sekiranya nak tahu lebih lanjut berhubung HbA1c, teruskan ke bawah.

Kelebihan dan Kekurangan HbA1c

HbA1c adalah singkatan bagi 'glycated haemoglobin'. Ujian ini juga dinamakan sebagai 'haemoglobin A1c'

Ia boleh digunakan dalam diagnosis T2DM: bergejala dan tanpa gejala.

Penggunaan HbA1c bagi diagnosis diabetes adalah menyenangkan kerana individu yang hendak disaring tidak perlu berpuasa atau minum glukosa dan ianya boleh dilakukan pada sebarang waktu.

There are situations where the HbA1c value may not reflect the true level of glycaemia (glycation gap) due to various causes.

Depending on the method used for measuring HbA1c, some may give inaccurate results when the patients have a haemoglobin variant.

In patients suspected of having haemoglobinopathies, other screening tests for e.g. another HbA1c methodology should be used (such as the National Glycohemoglobin Standardization Program [NGSP] available online at http://www.ngsp.org/interf.asp).

HbA1c is not appropriate for the diagnosis of diabetes in:

  • Adolescents (below 18 years old) since the diagnostic cut-off point was derived in those more than 18 years

  • Patients taking medication that may cause rapid glucose rise e.g. steroids, antipsychotics,

  • Patients taking iron supplements (may falsely lower HbA1c levels),

  • Patients with acute pancreatic damage, including pancreatic surgery,

  • Presence of genetic, haematologic and illness-related factors that influence HbA1c and its measurement (e.g. haemoglobinopathies,

  • Rheumatoid arthritis, chronic liver disease, post-splenectomy),
  • Patients with chronic kidney disease (CKD) stages 4 or 5 and those on erythropoietin injections; and

  • Anaemia due to iron, vitamin B12 or erythropoietin deficiencies

Tutup tingkap dan tekan diagnosis


OGTT

Oral Glucose Tolerance Test: OGTT

Masukkan kedua-dua paras glukosa berikut:



OGTT 0j: Paras OGTT sebelum minum glukosa.




Paras OGTT 2 jam selepas 75 g glukosa larut dalam 250 ke 300 ml air diminum.


Tutup tetingkap ini.

Klik Diagnosis.



Oleh Infomedikini

Anda boleh saja gunakan app ini untuk menguji-uji input dengan pilihan-pilihan dan angka-angka.

Isikan input dengan nilai yang berpatutan bagi mendapatkan output yang berpatutan jua.

Sekiranya ada ralat, komentar, atau pandangan, sila lontarkannya dalam ruangan "Catat ulasan" di bawah.

Last-Modified: Fri, 6 Dec 2024 22:09:56 GMT

Home

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

AKAN DATANG

Animasi elektromagnetik dan fotoelektrik: artikel mengenai foton dan perubatan akan muncul tak lama lagi.

Efek Fotoelektrik

Oleh Infomedikini

Anod Katod - + Wayar Bateri Meter Amp Ulang

Animasi fotoelektrik

Animasi penjanaan X-ray

Oleh Infomedikini

Pecutan elektron Elektron Nukleus X-ray Ulang Maaf, browser anda tidak menyokong SVG
Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri