App Ini Membantu dan Permudahkan Saringan Diabetes
Oleh Infomedikini
Pada: 8 July 2024
Namun bagaimana dengan pertanyaan ini: "Perlukah saya buat saringan diabetes dan kalau perlu bagaimana?"
Jawapan bagi pertanyaan di atas seakan-akan mudah dibuat namun pelaksanaannya tidak semudah itu tanpa adanya bahan rujukan dan panduan.
Untuk itu, panduan klinikal mengenai diabetes: Management of Type 2 Diabetes Mellitus (6th Edition) oleh Malaysian Endocrine and Metabolic Society (MEMS) adalah bahan rujukan dan panduan yang diperlukan bagi menjawab pertanyaan di atas.
Proses Saringan Diabetes
Adapun saringan diabetes bukanlah proses satu langkah sebaliknya ia adalah proses berbilang-bilang langkah yang perlu dilalui selangkah demi selangkah dan mengikut tertib.
Langkah-langkah penting yang perlu diikuti dalam konteks saringan adalah:
Tentukan sama ada perlu atau tidak saringan dilakukan.
Kalau perlu apakah ianya saringan bergejala atau tiada gejala.
Pilih paras glukosa: preliminari atau diagnostik; plasma atau glycated hemoglobin.
Rujuk Nilai-Nilai Diagnostik dan ikuti laluan Algoritma bagi menuju ke diagnosis.
Nilai-Nilai Diagnostik
Tabel-1: Nilai-nilai diagnostik bagi venous plasma glucose fasting: VPG-F dan venous plasma glucose random: VPG-R.
Pada individu bergejala, satu nilai glukosa yang abnormal adalah diagnostik.
Pada individu tanpa gejala, 2 ujian (plasma glucose dan HbA1c) dengan keputusan abnormal daripada sampel yang sama atau daripada 2 sampel berasingan adalah diperlukan untuk diagnosis.
T2DM - Type 2 diabetes mellitus; HbA1c - glycated hemoglobin
Tabel-2: Nilai-nilai diagnostik bagi glycated hemoglobin: HbA1c
HbA1c harus diulangi 4 minggu selepas ujian positif pertama bagi pesakit asimptomatik (sekiranya disertai oleh FPG atau RPG dengan keputusan tidak muktamad.
Bagi pesakit yang bergejala, satu ujian berkeputusan positif sudah memadai.
FPG: fasting plasma glucose; RPG: random plasma glucose.
Tabel-3: Nilai-nilai diagnostik bagi oral glucose tolerance test: OGTT
IFG - impaired fasting glucose
IGT - impaired glucose tolerance
Algoritma
Ada dua jenis algoritma. Algoritma-1 untuk saringan kes bergejala dan Algoritma-2 untuk saringan kes tanpa gejala.
Algoritma 1
Algoritma 1 adalah laluan-laluan yang perlu dikuti berasaskan jenis dan paras glukosa darah bagi saringan yang ada simptom/gejala diabetes:
Saringan ke atas individu bergejala: – 1 nilai venous plasma glucose (VPG) yang abnormal atau 1 nilai HbA1c yang abnormal sudah cukup untuk buat diagnosis T2DM.
T2DM: Type 2 diabetes mellitus; OGTT: oral glucose tolerance test. IGT: impaired glucose tolerance; IFG: impaired fasting glucose.
Algoritma 2
Algoritma 2 adalah laluan-laluan yang perlu dikuti berasaskan jenis dan paras glukosa darah bagi saringan yang tidak ada simptom/gejala diabetes:
Kesemua paras glukosa adalah dalam mmol/L.
Diagnosis saringan individu tanpa gejala dibuat bila terdapat 2 VPG abnormal dalam dua ujian berasingan atau 1 VPG abnormal + 1 HbA1c abnormal dari sampel sama.
VPG: venous plasma glucose; FPG: fasting plasma glucose; OGTT: oral glucose tolerance test; IGT: impaired glucose tolerance; IFG: impaired fasting glucose.
Kesedaran yang tinggi terhadap perlunya seseorang itu melakukan ujian glukosa darah yang apabila adanya kemudahan melakukannya sama ada di rumah, klinik atau makmal (terutama swasta) perlulah juga disokong dengan app tertentu.
App yang dimaksudkan haruslah berasaskan maklumat dari MEMS yang mengandungi pilihan-pilihan, tatacara, nilai-nilai dan algoritma yang ada kaitan dengan saringan diabetes
Pengguna app akan dipandu atas landasan yang betul supaya dapat sampai ke destinasi sebenar (diagnosis).
Aplikasi ini dan yang bakal menyusul adalah diharap mampu membentuk gabungan app diabetes lengkap.
Aplikasi lengkap bakal mengandungi maklumat tentang diabetes, kaedah saringan, terapeutik, kadar GFR dan modifikasi ubat dan lain-lain.
Lebih dari itu app di bawah ini adalah sama seperti lain-lain app dalam blog ini adalah percuma untuk digunakan.
Anda boleh saja gunakan app ini untuk menguji-uji input dengan pilihan-pilihan dan angka-angka.
Isikan input dengan nilai yang berpatutan bagi mendapatkan output yang berpatutan jua.
Sekiranya ada ralat, komentar, atau pandangan, sila lontarkannya dalam ruangan "Catat ulasan" di bawah.
Last-Modified: Mon, 29 Apr 2024 22:09:56 GMT
Home
Ulasan