Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

BMI: Kegunaan dan Limitasi

Oleh: Infomedikini

Akronim bagi "body mass index" adalah BMI. Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu maka ia membawa maksud indeks jisim badan.


Ia adalah indeks yang pengiraanya menggunakan dua nilai iaitu tinggi dan berat individu.


Formula BMI

Formula BMI


Dengan memasukkan 2 nilai tadi ke dalam kalkulator BMI di bawah ini, nilainya akan cepat diketahui dan secara literalnya hanya di hujung jari sahaja.


Cara Kiraan


Formulanya adalah: berat badan dalam unit kg dibahagi dengan ketinggian badan dalam unit meter yang dikuasakan dua.


Klasifikasi


Nilai yang diperolehi akan mengklasifikasikan individu kepada kurus dengan nilai kurang daripada18.5), ramping atau normal bila nilainya adalah 18.5-24.9, gempal atau tembam atau terlebih berat jikalau nilainya adalah 25-29.9 dan obes atau obes ++ bagi BMI melebihi 30.


Kegunaan


Nilai BMI boleh dikaitkan dengan keberadaan faktor risiko di serang penyakit tertentu. Kalau nilainya berada dalam lingkungan julat yang normal, risiko untuk mendapat penyakit kronik adalah rendah.


Sebaliknya BMI yang tinggi bersiko mendapat penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes, sakit sendi dan penyakit berkaitan kolesterol adalah tinggi.


Namun seperti juga lain2 indeks kesihatan, ia bukanlah satu yang sempurna. Contohnya, ia bukanlah terpakai untuk semua golongan. Wanita mengandung, individu yang memiliki jisim otot yang tinggi, kanak2 dan warga emas adalah golongan yang mana kiraannya tidaklah menggambarkan tahap kesihatan.


Peringatan


BMI tidak mengukur penyakit, ia hanya mengukur saiz badan. Nilai yang tinggi tidak semestinya berpenyakit dan nilai yang normal tidak semestinya sihat. Meskipun ia adalah normal tetapi gaya hidup sihat disisihkan, individu itu tetap berisiko ditimpa penyakit. Sebaliknya meskipun nilai adalah tinggi tetapi gaya hidup sihat diberikan perhatian berat, risiko menghidapi penyakit adalah rendah jua.


Kesimpulan


BMI hanyalah satu bacaan. Seperti lain-lain indeks kesihatan, faktor-faktor lain harus diambil kira. Ia ada gunanya tersendiri tapi limitasinya itu menjadikanya bukanlah indeks yang sangat penting atau serbaguna.


Kalkulator BMI Dan Berat Ideal





BMI (kg/m2):

Kategori:

Berat ideal (kg):

Infomedikini2u


🏠Home


Modified-Last: Teu, 19 July 2022 17:09:56 GMT

Privasi Polisi

Polisi Privasi

Pengenalan

Selamat datang di Infomedikini2u. Polisi Privasi ini menggambarkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat peribadi anda ketika anda mengunjungi dan menggunakan laman sesawang ini. Kami menghormati privasi anda dan berkomitmen untuk melindungi maklumat peribadi anda. Sila ambil masa untuk membaca Polisi Privasi ini dengan teliti.

Maklumat yang Kami Kumpul

Apabila anda mengakses laman sesawang ini, kami menggunakan perkhidmatan Google Analytics untuk mengumpul data berkaitan dengan pengunjung laman sesawang kami. Data yang dikumpul termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

1. Maklumat Log: Kami mengumpul maklumat log seperti alamat Protokol Internet (IP), jenis pelayar, sumber rujukan/keluaran, laman web pembuka, dan tarikh/waktu capaian. Maklumat ini digunakan untuk menganalisis tren, mengurus laman sesawang, dan mengumpulkan maklumat demografi bagi kegunaan dalaman.

2. Kuki: Laman sesawang ini menggunakan kuki untuk memantau aktiviti pengunjung dan meningkatkan pengalaman pengguna. Kuki adalah fail kecil yang disimpan di dalam peranti anda dan mengandungi maklumat seperti pengenalan unik dan maklumat pelayar. Anda boleh mengurus kuki dalam pelayar web anda atau menolak kuki sepenuhnya, tetapi perlu diingat bahawa tindakan ini mungkin mempengaruhi beberapa fungsi laman sesawang.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda

Maklumat yang kami kumpul melalui Google Analytics digunakan untuk:

1. Analisis: Kami menggunakan data yang dikumpul untuk menganalisis prestasi laman sesawang, memahami bagaimana pengunjung berinteraksi dengan laman, dan mengenal pasti kawasan yang memerlukan peningkatan.

2. Kemas kini: Maklumat analitik membantu kami memahami keperluan dan minat pengunjung untuk meningkatkan kandungan dan maklumat yang disediakan di laman sesawang.

3. Kepentingan Statistik: Kami mungkin menyusun laporan statistik yang tidak mengandungi maklumat peribadi individu untuk tujuan dalaman atau berkongsi dengan pihak luar seperti pemegang kepentingan atau pengiklan.

Perlindungan Data dan Pengungkapan

Kami mengambil langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk melindungi maklumat peribadi anda dan mencegah akses tanpa kebenaran atau penyalahgunaan maklumat. Data yang dikumpul melalui Google Analytics dikekalkan dengan kerahsiaan dan hanya diakses oleh individu yang memerlukan maklumat untuk menjalankan tugas tertentu.

Kami tidak menjual, menyewa, atau menukar maklumat peribadi pengunjung laman sesawang ini dengan pihak lain tanpa kebenaran anda, kecuali di mana diperlukan oleh undang-undang atau peraturan.

Pautan ke Laman Pihak Ketiga

Laman sesawang ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga yang mempunyai polisi privasi yang berbeza. Polisi privasi ini hanya berkaitan dengan laman sesawang kami, dan kami tidak bertanggungjawab atas kandungan atau tindakan laman pihak ketiga.

Pengubahsuaian Polisi Privasi

Polisi Privasi kami mungkin dikemaskini dari semasa ke semasa untuk menggambarkan perubahan dalam amalan kami atau peruntukan undang-undang baru. Perubahan akan diumumkan di laman sesawang ini, dan versi terkini akan sentiasa tersedia untuk rujukan anda.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai Polisi Privasi ini, sila hubungi kami melalui alamat e-mel: infomedisains@gmail.com.

Tarikh berkuatkuasa: Khamis, 20 Julai 2023

Terima kasih kerana mengunjungi laman sesawang kami dan telah membaca Polisi Privasi ini.

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

AKAN DATANG

Animasi elektromagnetik dan fotoelektrik: artikel mengenai foton dan perubatan akan muncul tak lama lagi.

Efek Fotoelektrik

Oleh Infomedikini

Anod Katod - + Wayar Bateri Meter Amp Ulang

Animasi fotoelektrik

Animasi penjanaan X-ray

Oleh Infomedikini

Pecutan elektron Elektron Nukleus X-ray Ulang Maaf, browser anda tidak menyokong SVG
Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri