COVID-19
Global (9 Ogos):
19,511,596 kes
Maut sedunia:
708,278 kes
Rusia:
880,563 kes
India:
2,088,611 kes
Brazil:
3,012,412 kes
Amerika:
4,997,751 kes

Pandemik COVID-19: Ketahuilah Ciri-Ciri Pelitup Muka Guna Semula Yang Sesuai Digunakan Menurut Pandangan WHO

agi majoriti pengguna, sungkup muka atau topeng separuh muka bukanlah alat yang perlu digunakan setiap hari. Namun ada kalanya pengguna perlu memakai sungkup muka dalam situasi tertentu seperti udara tercemar, berjerebu atau penularan penyakit berbahaya.


Jerebu

Bila berlaku jerebu rentas sempadan di beberapa negara serantau seperti pada 2019, kegunaan sungkup muka meningkat secara mendadak hinggakan tidak mampu ditampung oleh bekalan yang terhad. Jerebu rentas sempadan adalah fenomena berulang tetapi satu yang menggembirakan ialah ia tidak berulang pada 2020.

Meskipun jerebu tidak kembali pada tahun ini namun kegunaan topeng separuh muka tidak juga berkurangan sebaliknya terus meningkat berkali-kali ganda disebabkan oleh pandemik global yang melanda serata dunia. Pandemik ini dikenali sebagai pandemik COVID-19.

Adapun peranan penutup separuh muka adalah bagi menapis udara yang masuk dan keluar melalui hidung dan mulut. Pada 2019, sungkup muka digunakan secara meluas bagi menapis partikel-partikel halus yang terampai-ampai di dalam udara yang berjerebu supaya tidak memasuki saluran pernafasan.


Pelitup muka

Berbeza dengan tahun 2020, sungkup muka yang kini dipanggil sebagai pelitup muka adalah digunakan bagi menapis titisan cecair halus yang mengandungi koronavirus novel. Dengan itu pemakaian pelitup muka menjadi sebahagian daripada usaha mencegah dan membendung wabak berkenaan.

Pandemik global telah meningkatkan permintaan terhadap pelitup muka ke tahap yang tidak pernah terfikir sebelum ini apabila hampir kesemua warga dunia memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan atau menyebarkan jangkitan. Oleh itu tidak hairanlah kalau pelitup muka menjadi alat sampingan untuk menangguk di air yang keruh.


Tiga lapis

Sungguhpun pelitup muka mampu menapis udara namun tidak kesemuanya mampu mengurangkan risiko jangkitan bawaan udara. Pelitup muka yang sesuai untuk tujuan ini adalah yang berketebalan tiga lapis: lapisan hidrofobik, lapisan hidrofilik dan lapisan penapis.

Pelitup muka tiga lapis juga dinamakan pelitup muka bedah. Ia adalah antara pelitup muka yang banyak digunakan di premis-premis kesihatan dan di barisan-barisan hadapan dalam konteks COVID-19. Adapun jumlah lapisan pelitup muka dapat disahkan dengan menggunting bahagian tengah pelitup muka sampel.

Lapisan hidrofobik adalah kalis air yakni tidak menyerap air. Ia diwarnakan biru, hijau dan sebagainya. Keabsahannya boleh ditentukan dengan meletakkan titisan air di atasnya dan hasilnya adalah titisan air tadi tidak mudah meresap ke dalam lapisan tersebut.


Lapisan hidrofilik adalah lapisan yang membenarkan serapan air berlaku. Bila air dititiskan di atas lapisan ini ia akan dengan mudah meresap masuk disebabkan oleh sifat hidrofilik yang dimiliki.

Pelitup muka bedah hanya boleh dipakai sekali sahaja yakni perlu dibuang ikut peraturan selepas digunakan. Penggunaan harian pelitup muka bedah pakai buang adalah membebankan. Kos bagi 30 keping boleh mengakibatkan sekeping wang kertas RM 50 melayang keluar dari poket pengguna.


Pakai semula

Pelitup muka juga boleh diperbuat daripada kain bertenun atau fabrik. Pelitup muka fabrik yang sesuai bagi mencegah jangkitan kuman bawaan udara adalah yang mengandungi tiga lapisan iaitu sama seperti pelitup muka bedah tadi. Lapisan penapisnya adalah terletak di tengah, lapisan fabrik di sebelah dalam dan lapisan fabrik di sisi luar.

Lapisan fabrik di sebelah luar adalah bersifat hidrofobik iaitu tidak menyerap air atau kalis air tetapi boleh ditembusi oleh udara. Lapisan fabrik di sebelah dalam adalah bersifat hidrofilik iaitu menyerap air, sementara lapisan tengah diisi oleh bahan penapis yang sepatutnya mampu menapis titisan-titisan cecair yang kecil.


Pelitup muka fabrik 3 lapis: lapisan hidrofobik terletak di sebelah luar

Pelitup muka fabrik 3 lapis: lapisan hidrofilik terletak di sebelah dalam

Pelitup muka fabrik 3 lapis: lapisan penapis terletak di bahagian tengah

Oleh kerana ianya diperbuat daripada fabrik maka pelitup muka jenis ini boleh direndam dalam air suam dan dibersihkan dengan sabun atau detergen lalu dijemur untuk dikeringkan. Dengan itu pelitup muka 3 lapis boleh digunakan semula untuk beberapa kali bergantung kepada ketahanan lapisan penapis.


Lebih dan kurang

Pemakaian pelitup muka fabrik memberikan lebih gaya kepada pemakainya. Cumanya tontonan di kaca televisyen menampakkan ada antaranya yang kurang kemas yakni tidak bertangkup kedap dengan kulit muka. Ia juga mudah mengendur ke bawah paras hidung bila pemakainya berucap atau bercakap.

Sungguhpun harga sekeping pelitup muka fabrik tiga lapis pakai semula adalah dalam lingkungan belasan ringgit namun sekiranya spesifikasi membolehkan ianya dicuci berbelas-belas kali maka kos kegunaannya dalam sebulan sepatutnya lebih rendah daripada pelitup muka bedah yakni sedikit penjimatan.

Kemaskini: July 29,2020


Ulasan

Sc

m

Artikel Ringkas

Periksa Bunyi Jantung

Jantung boleh diperiksa dengan berbagai cara iaitu daripada pemeriksaan fizikal hinggalah kepada ujian yang melibatkan pengambilan darah dan menggunakan perkakasan.

Jantung mengeluarkan bunyi. Bunyi-bunyi tersebut boleh dibahagikan kepada empat kelas iaitu bunyi satu (S1), bunyi dua (S2), bunyi tiga (S3) dan bunyi empat (S4).

S1 dan S 2 adalah bunyi-bunyi major iaitu bunyi yang lebih menyerlah berbanding S3 dan S4. Bunyi S1 adalah "lub" iaitu bunyi turbulens susulan penutupan injap mitral dan injap trikuspid.

Bunyi S2 adalah "dub" iaitu bunyi yang terhasil susulan penutupan injap aortik dan pulmonik. Makanya bunyi tipikal bagi jantung adalah: "lub.dub...lub.dub..".


S1 S2 S2 S3 S3 S4 S4 S1
Imej skematik fonokardiografi S1-S4

S3 dan S4 adalah bunyi-bunyi berfrekuensi rendah beritma congklang. Ia boleh didengari pada jantung yang normal atau pada jantung yang mengharungi proses pathologikal.

Bunyi degupan jantung boleh dikesan dan diperiksa dengan menggunakan stetoskop, fetoskop Pinard, dirakam menggunakan fonokardiogram dan lain-lain kaedah.


Rakaman fonokardiografik menggunakan telefon pintar

Telefon pintar boleh dijadikan fonokardiogram. Ia mampu merakam signal bunyi yang boleh ditukar kepada paparan fonokardiografi selepas di proses oleh perisian komputer.

Pemeriksaan asas ke atas bunyi jantung boleh dilaksanakan oleh individu itu sendiri sebelum tindakan seterusnya di ambil.

Dengan itu, individu tadi dapat menjimatkan masa dan kos.


Kemaskini: July 15, 2020

Covid-19
Covid-19
Covid-19
Covid-19
5
6

Berita

Bahasa Malaysia

Termometer Inframerah

Kajian yang dilaksanakan oleh KKM mendapati tiada bukti saintifik mengenai kesan sampingan penggunaan termometer inframerah untuk mengukur suhu.

Updated: August 4, 2020
Baca seterusnya

Termometer inframerah tanpa sentuh bukanlah alat penembak dan tidak memancarkan radiasi. Ia direkabentuk untuk mengesan dan menyerap isyarat sinaran inframerah dari permukaan kulit yang diubah menjadi isyarat elektrik.

Litar elektronik di dalam termometer ini memproses isyarat elektrik tersebut untukmenentukan suhu tubuh manusia yang diukur dan memaparkannya di skrin paparan. Oleh kerana termometer inframerah tidak memancarkan radiasi berbahaya, ianya selamat untuk digunakan.


Contoh termometer infrared

Terdapat juga termometer inframerah yang menggunakan laser untuk membantu penentuan titik (spot) arah di mana suhu hendak diukur. Laser yang digunakan adalah pada kadar 630 – 670 nm yang mengeluarkan tenaga kurang dari 1 mW cm2, iaitu lebih rendah dari komponen inframerah dari sinaran cahaya matahari.


Halaman Utama: home

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia: Penguatkuasaan Penuh Ke Atas Larangan Merokok Di Tempat Makan Bermula 1 Januari 2020

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan tempat makan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019 dengan penguatkuasaan pendidikan selama dua belas (12) bulan dan diikuti dengan penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari 2020.

December 30, 2019
Baca seterusnya

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan tempat makan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019 dengan penguatkuasaan pendidikan selama dua belas (12) bulan dan diikuti dengan penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari 2020.


  • R
  • O
  • K
  • O
  • K
*Sentuh ROKOK: Lihat kesudahannya

Ini merupakan perluasan pewartaan di tempat makan di bawah Peraturan 11(1)(d) PeraturanPeraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019.

Bagi tujuan penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari 2020, mereka yang didapati merokok di kawasan larangan termasuk di semua tempat makan akan dikenakan kompaun sebanyak RM250. Mereka yang melakukan kesalahan pertama boleh dikurangkan kompaun kepada RM150 jika pembayaran dijelaskan di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh SATU BULAN daripada tarikh izin kompaun diterima. Bagi kesalahan kedua, tiada pengurangan kompaun diberikan dan bayaran penuh kompaun sebanyak RM250 akan dikenakan.

Kompaun lebih tinggi iaitu sebanyak RM350 akan dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan kali ketiga dan seterusnya. Di bawah Peraturan 12, PPKHT 2004, semua Tuan Punya Premis hendaklah memastikan tempat makan mereka bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok dengan tidak menyediakan kemudahan merokok seperti bekas abu rokok, perkhidmatan menjual shisha serta lain-lain kemudahan merokok.

Tuan Punya Premis juga hendaklah memastikan tanda larangan merokok yang mencukupi serta jelas dipamerkan di bahagian yang mudah dilihat di tempat makan. Bagi tujuan penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari 2020, Tuan Punya Premis boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 bagi kesalahan pertama dan kedua manakala bagi kesalahan kali ketiga dan seterusnya, kompaun yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM350 akan dikenakan.

Sehubungan dengan itu, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak terutama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah amat diperlukan bagi memastikan pelaksanaan penguatkuasaan PPKHT 2004 sepenuhnya bermula pada 1 Januari 2020 berjalan lancar demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Bagi golongan perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok, mereka dialu-alukan untuk mendapatkan khidmat nasihat di semua perkhidmatan berhenti merokok mQuit yang telah disediakan di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan di seluruh negara atau di mana-mana fasiliti perkhidmatan berhenti merokok mQuit swasta yang telah diberikan akreditasi.

Mereka juga boleh mendapatkan maklumat serta berdaftar melalui laman sesawang http://jomquit.moh.gov.my atau menghubungi talian 03-8883 4400 untuk maklumat lanjut.

Semoga langkah-langkah yang telah diambil dapat membantu melahirkan generasi yang lebih sihat dan bebas dari sebarang bentuk amalan merokok.

“KE ARAH GENERASI BEBAS DARIPADA SEBARANG BENTUK AMALAN MEROKOK”

DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 Disember 2019


Halaman Utama: home

Kejadian Kes Polio Pertama Setelah Malaysia Diisytiharkan Bebas Polio

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan dukacita ingin memaklumkan kejadian satu kes yang disahkan dijangkiti virus polio di Malaysia, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut.

Dec 10, 2019
Baca seterusnya

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan dukacita ingin memaklumkan kejadian satu kes yang disahkan dijangkiti virus polio di Malaysia, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut.

Kes melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah yang telah mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital.

Beliau telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. Hasil ujian pengesahan yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO) Polio Regional Laboratory di Australia, virus tersebut mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di negara Filipina. Seterusnya, vaccine-derived poliovirus type 1 ini diklasifikasikan sebagai circulating vaccine-derived poliovirus type 1 (cVDPV 1).

Pesakit kini masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan. Memandangkan pesakit masih memerlukan rawatan rapi, orang ramai dan pihak media adalah dipohon untuk tidak mengganggu waris atau petugas kesihatan di hospital dalam menjalankan tugas memberi rawatan kepada pesakit tersebut.

Circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV) berasal daripada virus polio yang telah dilemahkan di dalam vaksin polio yang diberi secara oral (Oral Polio Vaccine – OPV). Virus yang dilemahkan ini dikumuhkan oleh badan melalui najis.


Vaksininasi Polio
Sumber Imej: WHO

Dalam persekitaran yang tidak sanitari, ia boleh menjangkiti orang lain yang tiada imuniti terhadap polio dan ia terus tersebar dalam komuniti yang liputan imunisasi polio kurang daripada 95%.

Semakin lama virus itu tersebar dalam komuniti tersebut, ia mengalami mutasi genetik hingga menjadi virus yang kembali aktif. Virus ini dipanggil vaccine-derived poliovirus (VDPV) dan boleh menyebabkan poliomyelitis.

Namun begitu, untuk mereka yang telah divaksinasi dengan vaksin poliomyelitis, mereka akan mendapat perlindungan daripada jangkitan penyakit tersebut (protected from infection). Sehingga 5 Disember 2019, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal kanak-kanak yang dijangkiti polio di Sabah ini mendapati 23 daripada 199 orang (11.6%) yang berumur di antara dua (2) bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio.

Ini satu keadaan yang sangat merunsingkan kerana penularan jangkitan cVPDV hanya boleh ditamatkan dengan imunisasi polio.

Hasil penerangan mengenai kepentingan imunisasi polio bagi mencegah jangkitan polio, ibu bapa kesemua kanak-kanak tersebut telah bersetuju untuk mereka diberikan vaksin polio. Aktiviti pencarian kes acute flaccid paralysis (AFP), proksi kepada poliomyelitis di kawasan tempat tinggal kanak-kanak itu juga telah dijalankan. Sehingga 5 Disember 2019, seramai 646 orang telah diperiksa, dan tiada orang bergejala AFP dikesan.

Siasatan masih diteruskan di kawasan tersebut, termasuk pengambilan sampel najis dari kontak rapat kanak-kanak itu dan sampel persekitaran bagi pengesanan virus polio.

Bagi memastikan virus polio yang dikesan ini tidak terus menular di Malaysia dan menyebabkan poliomyelitis dalam kalangan mereka yang tiada imuniti terhadap jangkitan polio, aktiviti pemberian imunisasi polio akan diteruskan di kawasan tempat tinggal kes dan diperluaskan ke kawasan lain yang berisiko.

Ia bagi memastikan liputan imunisasi polio yang tinggi, iaitu melebihi 95%. Pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio dan langkah pencegahan juga telah diberikan, termasuk penggunaan tandas yang sanitari dan penjagaan kebersihan diri termasuk tangan.

Perlu diingatkan bahawa penyakit Polio, seperti banyak penyakit yang lain, ditularkan melalui “fecal oral route”. Penduduk juga dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mempunyai gejala AFP atau memaklumkan pihak KKM sekiranya mengetahui terdapat kes sedemikian yang tidak mendapatkan rawatan.

Untuk makluman, kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada tahun 1992. Pada Oktober 2000, Malaysia bersama-sama dengan negara-negara Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region), telah diisyhtiharkan bebas daripada penyakit polio.

Kejayaan pembasmian penyakit ini adalah berikutan pencegahan melalui vaksin polio yang diperkenalkan di dalam Program Imunisasi Kebangsaan sejak tahun 1972 dan diteruskan sehingga ke hari ini. Program ini dimantapkan lagi dengan pertukaran cara pemberian vaksin daripada secara oral (Oral Polio Vaccine – OPV) kepada secara suntikan (Inactivated Polio Vaccine – IPV yang menggunakan virus polio yang telah dimatikan) pada tahun 2008. Langkah pertukaran ini dibuat bagi menghindari risiko berlakunya circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV). Bagi mencegah penyakit polio daripada berlaku, liputan imunisasi harus sentiasa melebihi 95%.

Bagi mengekalkan negara terus bebas dari penyakit polio, KKM melalui semua Pejabat Kesihatan Daerah dan fasiliti kesihatan hendaklah melaksanakan aktiviti berikut:



  • Memastikan pemantauan dan pengesanan AFP di semua fasiliti kesihatan diperkukuhkan;

  • Memperluaskan pemantauan sampel persekitaran di kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti kawasan penempatan warga asing dari negara yang sedang mengalami polio.

  • Memastikan liputan imunisasi polio melebihi 95% di semua lokaliti di Malaysia pada setiap masa. Bagi negeri Sabah yang paling hampir dengan negara Filipina, liputan imunisasi yang tinggi adalah penting untuk melindungi kanak-kanak dari jangkitan polio;

  • Meningkatkan aktiviti pemantauan kes cicir imunisasi;

  • Meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio dan kepentingan imunisasi bagi mencegah polio, serta menangani pengaruh antivaksin.

  • Meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan mengenai kebersihan persekitaran dan juga penjagaan kebersihan diri dan tangan (personal and hand hygiene).

Manakala orang ramai khususnya ibu bapa dinasihatkan untuk memastikan anak-anak telah mendapat imunisasi polio yang lengkap.

Kanak-kanak yang cicir imunisasi boleh dibawa ke mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran untuk mendapatkan imunisasi. Di samping itu, sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran yang berterusan.

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

Sekian, terima kasih.

DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

8 Disember 2019


Halaman Utama: home

Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Penjualan Nikotin Tanpa Lesen

Tindakan ini diambil rentetan penjualan nikotin tanpa mempunyai lesen racun yang sah, yang didapati semakin berleluasa termasuk di platform e-dagang dan media sosial.

Kemaskini: 1 November 2019
Baca seterusnya

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) di Ibu Pejabat bersama-sama dengan 6 buah Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu telah menjalankan satu operasi bersepadu di seluruh negara pada 31 Oktober 2019, sebagai penguatkuasaan terhadap penjualan nikotin tanpa lesen.



Asap Nikotin

Tindakan ini diambil rentetan penjualan nikotin tanpa mempunyai lesen racun yang sah, yang didapati semakin berleluasa termasuk di platform e-dagang dan media sosial.

Melalui risikan terancang yang dilakukan oleh KKM, sebanyak 28 premis telah diserbu melibatkan rampasan sebanyak 35,439 item yang disyaki mengandungi nikotin. Jumlah keseluruhan rampasan ini dianggarkan bernilai RM 6.38 juta.

Nikotin adalah merupakan Racun Kumpulan C dan dikawal di bawah Akta Racun 1952 [Akta 366]. Penjualan nikotin secara berleluasa tanpa lesen yang sah merupakan satu kesalahan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) Akta Racun 1952 iaitu denda tidak melebihi RM 3,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, sediaan nikotin juga dikawal di bawah Akta Jualan Dadah 1952 [Akta 368] (Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984) di mana produk-produk yang mengandungi nikotin (termasuklah cecair rokok elektronik) perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Penjualan produk yang mengandungi nikotin hanya boleh dilakukan oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar untuk tujuan rawatan perubatan seperti Terapi Penggantian Nikotin bagi perokok yang ingin berhenti merokok.

Operasi bersepadu kali ini dilaksanakan hasil risikan oleh pihak KKM ke atas aduan dan maklumat yang diterima dari orang awam berkenaan penjualan rokok elektronik yang mengandungi cecair nikotin kepada orang ramai khususnya kepada golongan pelajar sekolah dan belia.

Tindakan ke atas penjualan nikotin ini bukanlah satu aktiviti baru. Sejak tahun 2015, KKM telah mengambil tindakan terhadap premis yang menjalankan perniagaan tersebut. Namun mutakhir ini, aktiviti penjualan didapati semakin serius, termasuk di platform e-dagang. Oleh itu, KKM telah meningkatkan kerjasama dengan pengendali platform e-dagang yang berpusat di Malaysia serta di laman media sosial.

Penjual yang didapati menjual nikotin di platform tersebut telah dikenalpasti dan di senarai hitam. Sepanjang tahun 2019, sebanyak 165 laman sesawang seperti blogspot dan media sosial telah dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube untuk tindakan sekatan.

Pihak KKM menasihatkan penjual, pengedar, pengilang dan pengimport untuk menghentikan serta merta sebarang aktiviti pengilangan, pengedaran dan penjualan cecair yang mengandungi nikotin.

KKM akan meneruskan pemantauan serta menjalankan operasi secara berterusan dengan pelbagai pihak bagi memastikan penjualan cecair rokok elektronik bernikotin dapat dibanteras.

Orang ramai dan pihak media boleh mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan penjualan cecair rokok elektronik mengandungi nikotin kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia atau melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my / ATAU mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak KKM bagi membanteras penjualan produk ini di pasaran.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR NOOR HISHAM

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA


Halaman Utama: home


Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia: Makluman Mengenai Situasi Semasa Bagi Tren Jangkitan Influenza Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai sejumlah berita yang tular dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia mengenai peningkatan jangkitan influenza. Untuk makluman semua,

Kemaskini: January 2, 2020
Baca seterusnya

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai sejumlah berita yang tular dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia mengenai peningkatan jangkitan influenza.

Untuk makluman semua, jangkitan influenza tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan / notifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Oleh yang demikian, di peringkat KKM, tiada rekod bagi setiap satu kes jangkitan influenza yang berlaku di Malaysia.

Walau bagaimanapun, KKM masih memantau aktiviti influenza ini dengan menggunakan data proksi yang direkodkan dari aktiviti survelan melibatkan beberapa lokasi sentinel dikenalpasti dari seluruh negara.

Bagi negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia, jangkitan influenza dilaporkan berlaku sepanjang tahun, namun dalam julat yang kecil.

Ini berbeza berbanding negara-negara yang beriklim sederhana dan sejuk, di mana jangkitan influenza ini berlaku secara bermusim – khususnya pada musim sejuk. Sehubungan itu, pemantauan aktiviti influenza ini dilakukan sepanjang tahun bagi mengenalpasti tren jangkitan influenza di Malaysia dan mengesan sekiranya terdapat perubahan luar biasa pada virus influenza ini.

Pemantauan survelan influenza meliputi kadar konsultasi kes influenza like-illness (ILI) dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan severe acute respiratory infection (SARI). Selain itu, kejadian wabak yang berkaitan dengan jangkitan saluran pernafasan juga dipantau secara harian.

Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga bertanggungjawab bagi memantau sebarang perubahan kepada virus influenza yang terdapat di Malaysia. Justeru, berdasarkan tren yang direkodkan dari aktiviti survelan tersebut, terdapat sedikit peningkatan kes ILI dan SARI semenjak pertengahan bulan Disember 2019.

Namun begitu, peningkatan yang direkodkan masih berada dalam julat normal dan hampir sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Begitu juga, tiada peningkatan ketara bagi kejadian wabak jangkitan saluran pernafasan dilaporkan dalam tempoh yang sama. Manakala, analisa terhadap virus influenza yang dikesan dari aktiviti survelan ini tidak menunjukkan sebarang tanda ianya telah mengalami mutasi sehingga mencetuskan kemunculan virus influenza yang baru (novel virus).

Influenza merupakan jangkitan dengan gejala utama seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

Demam selsema atau flu adalah sangat mudah berjangkit. Oleh itu, penularan menjadi lebih mudah berlaku di tempat-tempat yang padat seperti sekolah, asrama, tempat kerja tertutup, institusi latihan, serta kem-kem tentera atau polis.

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.



Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.

Sehubungan itu, orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya adalah amat digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.

Sebagai langkah-langkah pencegahan penularan jangkitan influenza, KKM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan mengamalkan cara hidup sihat.

Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza adalah dinasihatkan untuk mengamalkan perkara-perkara berikut:


• Berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask) dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui titisan pernafasan;

• Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Seterusnya, tisu yang telah digunakan perlu dibuang dengan segera ke dalam tong sampah;

• Mengelakkan dari berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan sebagainya dengan individu yang lain;

• Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk / sakit tekak yang berterusan.


Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

31 Disember 2019


Halaman Utama: home


English

Airborne transmission

Airborne transmission is defined as the spread of an infectious agent caused by the dissemination of droplet nuclei (aerosols) that remain infectious when suspended in air over long distances and time.

Kemaskini: July 26, 2020
Baca seterusnya

Airborne transmission of SARS-CoV-2 can occur during medical procedures that generate aerosols (“aerosol generating procedures”). WHO, together with the scientific community, has been actively discussing and evaluating whether SARS-CoV-2 may also spread through aerosols in the absence of aerosol generating procedures, particularly in indoor settings with poor ventilation.

Thus, a susceptible person could inhale aerosols, and could become infected if the aerosols contain the virus in sufficient quantity to cause infection within the recipient. However, the proportion of exhaled droplet nuclei or of respiratory droplets that evaporate to generate aerosols, and the infectious dose of viable SARS-CoV-2 required to cause infection in another person are not known, but it has been studied for other respiratory viruses.

To date, transmission of SARS-CoV-2 by this type of aerosol route has not been demonstrated; much more research is needed given the possible implications of such route of transmission.

Recent clinical reports of health workers exposed to COVID-19 index cases, not in the presence of aerosol-generating procedures, found no nosocomial transmission when contact and droplet precautions were appropriately used, including the wearing of medical masks as a component of the personal protective equipment (PPE). These observations suggest that aerosol transmission did not occur in this context.

Further studies are needed to determine whether it is possible to detect viable SARS-CoV-2 in air samples from settings where no procedures that generate aerosols are performed and what role aerosols might play in transmission.

Outside of medical facilities, some outbreak reports related to indoor crowded spaces have suggested the possibility of aerosol transmission, combined with droplet transmission, for example, during choir practice, in restaurants or in fitness classes. In these events, short-range aerosol transmission, particularly in specific indoor locations, such as crowded and inadequately ventilated spaces over a prolonged period of time with infected persons cannot be ruled out.

However, the detailed investigations of these clusters suggest that droplet and fomite transmission could also explain human-to-human transmission within these clusters. Further, the close contact environments of these clusters may have facilitated transmission from a small number of cases to many other people (e.g., superspreading event), especially if hand hygiene was not performed and masks were not used when physical distancing was not maintained.


Halaman Utama: home

Use of Cloth Face Coverings to Help Slow the Spread of COVID-19

A cloth face covering may not protect the wearer, but it may keep the wearer from spreading the virus to others.

July 21, 2020

Baca seterusnya

COVID-19 spreads mainly from person to person through respiratory droplets produced when an infected person coughs, sneezes, talks, or raises their voice (e.g., while shouting, chanting, or singing). These droplets can land in the mouths or noses of people who are nearby or possibly be inhaled into the lungs.

Recent studies show that a significant portion of individuals with COVID-19 lack symptoms (are “asymptomatic”) and that even those who eventually develop symptoms (are “pre-symptomatic”) can transmit the virus to others before showing symptoms.

To reduce the spread of COVID-19, CDC recommends that people wear cloth face coverings in public settings when around people outside of their household, especially when other social distancing measures are difficult to maintain.

Why it is important to wear a cloth face covering

Cloth face coverings may help prevent people who have COVID-19 from spreading the virus to others. Wearing a cloth face covering will help protect people around you, including those at higher risk of severe illness from COVID-19 and workers who frequently come into close contact with other people (e.g., in stores and restaurants).

Cloth face coverings are most likely to reduce the spread of COVID-19 when they are widely used by people in public settings. The spread of COVID-19 can be reduced when cloth face coverings are used along with other preventive measures, including social distancing, frequent handwashing, and cleaning and disinfecting frequently touched surfaces.

Halaman Utama: home

Covid-19: Studies of seroprevalence rate in Spain

Nationwide seroprevalence study for SARS-CoV-2 indicate that the prevalence of IgG antibodies against this coronavirus is around 5% in Spain.

July 9, 2020

Baca seterusnya

Marked regional differences between the centre of Spain and the outskirts that generally match the surveillance data.

The prevalence in hotspot areas such as Madrid is more than five times higher than that observed in low-risk regions such as most provinces along the coasts.

No differences in seroprevalence between females and males. Similar to what has been reported for other endemic coronaviruses. Prevalence increased throughout childhood and adolescence, remained fairly stable at older ages when using the point-of-care test, and, when using the immunoassay only, decreased after age 85 years.

The lower prevalence in children might be in part related to lower nasal gene expression of angiotensin-converting enzyme.

Participants working in essential sectors did not show higher seroprevalence values than the general population, with the exception of health-care workers.

Close contact with people with COVID-19, and particularly those in the same household, increases viral transmission.

While mass quarantine during the lockdown would reduce the number of potentially infective contacts, it would also increase the transmission of the virus in a confined space.

Only between 16% and 20% of symptomatic participants with antibodies against SARS-CoV-2 reported a previous PCR, and it was positive in around 75–79% of them.

A substantial number of symptomatic patients with COVID-19 did not undergo PCR testing. However, the fact that only 15·3–19·3% of symptomatic participants had antibodies against SARS-CoV-2 suggests that a sizable proportion of suspected cases might have symptoms not caused by this coronavirus.

Seroprevalence was close to 90% after 14 days since a positive PCR test, which is consistent with a recent study concluding that SARS-CoV-2 IgG antibodies are detected in more than 90% of infected people 2 weeks after symptom onset.

For the few patients who do not develop antibodies against SARS-CoV-2, it is unknown whether they are susceptible to reinfection.

IgM band had lower sensitivity and specificity, might be positive in presence of rheumatoid factor.

Cellular immunity, which was not evaluated here, might also play a role in protecting against SARS-CoV-2 reinfection.

One in three infections seems to be asymptomatic, while a substantial number of symptomatic cases remained untested.

Despite the high impact of COVID-19 in Spain, prevalence estimates remain low and are clearly insufficient to provide herd immunity.

This cannot be achieved without accepting the collateral damage of many deaths in the susceptible population and overburdening of health systems.

In this situation, social distance measures and efforts to identify and isolate new cases and their contacts are imperative for future epidemic control.

Halaman Utama: home

Strategic Preparedness and Response Plan for COVID-19 - WHO

The overarching aim of the Strategic Preparedness and Response Plan for COVID-19 is to control COVID-19 by slowing down transmission of the virus and preventing associated illness and death.

June 29, 2020
Baca seterusnya

The overarching aim of the Strategic Preparedness and Response Plan for COVID-19 is to control COVID-19 by slowing down transmission of the virus and preventing associated illness and death. The global strategic objectives are:


1. Mobilize all sectors and communities to ensure that every sector of government and society takes ownership of and participates in the response and in preventing cases through hand hygiene, respiratory etiquette and individual-level physical distancing.

2.Control sporadic cases and clusters and prevent community transmission by rapidly finding and isolating all cases, providing them with appropriate care, and tracing, quarantining, and supporting all contacts.

3. Suppress community transmission through contextappropriate infection prevention and control measures, population level physical distancing measures, and appropriate and proportionate restrictions on non-essential domestic and international travel.

4. Reduce mortality by providing appropriate clinical care for those affected by COVID-19, ensuring the continuity of essential health and social services, and protecting frontline workers and vulnerable populations.

5. Develop safe and effective vaccines and therapeutics that can be delivered at scale and that are accessible based on need.


All countries should increase their level of preparedness, alert and response to identify, manage, and care for new cases of COVID-19.

Countries should prepare to respond to different public health scenarios, recognizing that there is no one-sizefits-all approach to managing cases and outbreaks of COVID19.

Each country should assess its risk and rapidly implement the necessary measures at the appropriate scale to reduce both COVID-19 transmission and economic, public and social impacts.


Halaman Utama: home

FDA sends warning to companies for offering unapproved umbilical cord blood products that may put patients at risk

The U.S. Food and Drug Administration has warned Liveyon Labs Inc. (Liveyon Labs) and Liveyon LLC, of Yorba Linda, California, and their presidents and chief executive officers, Roya Panah and John W. Kosolcharoen, for processing and distributing unapproved products derived from umbilical cord blood.

Dec 10, 2019
Baca seterusnya

The U.S. Food and Drug Administration has warned Liveyon Labs Inc. (Liveyon Labs) and Liveyon LLC, of Yorba Linda, California, and their presidents and chief executive officers, Roya Panah and John W. Kosolcharoen, for processing and distributing unapproved products derived from umbilical cord blood. They have also been warned regarding significant deviations from current good tissue practice (CGTP) and current good manufacturing practice (CGMP) requirements, including deficient donor eligibility practices, inadequate aseptic practices to prevent contamination and deficient environmental monitoring. These deviations create potential significant safety concerns that put patients at risk. The companies’ unapproved products derived from umbilical cord blood are PURE and PURE PRO.


Imej Sel2 Stem Dilihat Dengan Mikroskop Elektron.
Sumber: USFDA

In addition to the warning letter issued to Liveyon Labs and Liveyon LLC earlier this month, the FDA sent untitled letters to RichSource Stem Cells, Inc., and Chara Biologics, Inc., for offering unapproved stem cell products to patients. The agency also recently sent 20 letters to manufacturers and health care providers noting that it has come to our attention that they may be offering unapproved stem cell products, reiterating the FDA’s compliance and enforcement policy.

“The FDA’s mission includes protecting public health by helping to ensure the safety and efficacy of medical products that patients rely on. The agency is aware that there are establishments who prey upon vulnerable populations by commercially marketing stem cell products with false and misleading claims about their effectiveness for treating serious diseases,” said Peter Marks, M.D., Ph.D., director of the FDA’s Center for Biologics Evaluation and Research. “The FDA is taking this action today because Liveyon Labs and Liveyon LLC failed to take appropriate measures to protect patient safety. As evidenced by the number of actions that the agency has taken this month alone, there are still many companies that have failed to come into compliance with the Federal Food, Drug, and Cosmetic Act and FDA’s regulations during the period in which the agency intends to exercise enforcement discretion for certain products with respect to FDA’s investigational new drug and premarket approval requirements, when the use of the product does not raise reported safety concerns or potential significant safety concerns. This period, which ends in November 2020, has allowed product manufacturers time to engage with the FDA to determine if they need to submit a marketing authorization application and, if so, seek guidance on how to submit their application to the FDA for approval. The agency continues to urge these manufacturers to engage with the agency about their regulatory requirements in the coming months.”

An FDA inspection of the Liveyon Labs and Liveyon LLC facility in May revealed the companies were processing and distributing products derived from human umbilical cord blood for use in patients who were unrelated to the donors. Because these products are not intended for homologous use only (i.e., to perform the same basic function or functions in the recipient as in the donor) and fail to meet other criteria set forth in applicable FDA regulations, they are regulated as both drugs and biological products. Therefore, to lawfully market these products, an approved biologics license application is needed. While in the development stage, the products may be used in humans only if an investigational new drug application (IND) is in effect. However, no such licenses or INDs exist for the PURE and PURE PRO products marketed by Liveyon Labs and Liveyon LLC.

During the inspection, the FDA documented evidence of significant deviations from CGTP and CGMP requirements in the manufacture of the PURE and PURE PRO products, including deficient donor eligibility practices, such as failing to screen donors’ relevant medical records for risk factors for communicable diseases; inadequate aseptic practices, such as failing to follow procedures to prevent microbiological contamination; and deficient environmental monitoring, such as failing to establish a system for cleaning and disinfecting the processing room and equipment. These deviations pose a significant risk that the products may be contaminated with viruses or other microorganisms or have other serious product quality defects, which could potentially lead to patient harm.

In addition to the warning letter released today, the FDA has issued a safety alert about exosome products. Certain clincs across the country, including some that also manufacture or market violative “stem cell” products, are now also offering exosome products to patients. FDA’s safety alert informs the public, especially patients, health care practitioners and clinics, of multiple recent reports of serious adverse events experienced by patients in Nebraska who were treated with unapproved products marketed as containing exosomes. These reports were brought to the FDA’s attention by the Centers for Disease Control and Prevention, among others, and the agencies worked with the Nebraska Department of Health and Human Services. The FDA is carefully assessing this situation along with our federal and state partners.

As highlighted in 2017 with the release of the FDA’s comprehensive regenerative medicine policy framework, including the FDA’s final guidance (Regulatory Considerations for Human Cell, Tissues, and Cellular and Tissue-Based Products: Minimal Manipulation and Homologous Use), the FDA is applying a risk-based approach to compliance and enforcement of cell-based regenerative medicine products, taking into account how products are being administered as well as the diseases and conditions for which they are intended to be used. The agency noted that it intends to exercise enforcement discretion for certain products until November 2020 with respect to the FDA’s IND application and premarket approval requirements when the use of the product does not raise reported safety concerns or potential significant safety concerns. However, the FDA does not intend to exercise such enforcement discretion for those products that pose a reported safety concern or a potential significant safety concern to patients. As reflected by this warning letter and other correspondence issued by the agency, the FDA will continue to take appropriate steps to protect the public health.

The FDA continues to facilitate the development of safe and effective cellular therapies and offers opportunities for engagement between potential manufacturers and the agency, such as through the INTERACT program. The agency also encourages the use of its expedited programs whenever applicable, in addition to a collaborative developmentExternal Link Disclaimer of products with industry and the agency. In addition, the FDA recently announced a temporary program called the Tissue Reference Group (TRG) Rapid Inquiry Program (TRIP), which is intended to assist manufacturers of human cells, tissues and cellular and tissue-based products (including stem cells) to obtain a rapid, preliminary, informal, non-binding assessment from the agency regarding how their specific products are regulated.

The FDA requested a response from Liveyon Labs and Liveyon LLC within 15 working days of the letter’s issuance that details how the deviations noted in the warning letter will be corrected. Deviations not corrected by the companies and responsible individuals could lead to enforcement action such as seizure, injunction or prosecution.


Halaman Utama: home


KUIZ

Kuiz-9

Lilin di atas tidak membakar dirinya demi menerangi orang lain. Beberapa elemen adalah diperlukan bagi menjana imej lilin ini, kecuali:

CSS

HTML

Parafin

Keyframes

Kemaskini: July 21, 2020

Kuiz-8

Imej di atas adalah planet bumi yang mengandungi daratan dan lautan. Ia juga berputar pada paksinya. Fakta yang betul tentang bumi adalah:

Daratan lebih luas dari lautan

Berputar ikut pusingan jam sekiranya dilihat dari kutub utara

Paksi putaran adalah tegak 90 darjah

Ia mengorbit matahari berlawanan dengan arah putaran jam

Kemaskini: July 19, 2020

Kuiz-7
Bunyi Apakah Ini?


Jawapannya di Inf.ly:axk.yizu


Kuiz-6


Piramid
Piramid Makanan

Piramid Makanan sihat (PrMS) adalah tidak lengkap. Justeru ianya digabungkan dengan Pinggan Makanan Sihat (PnMS). Soalanya adalah, apakah komponen diet yang terdapat dalam PnMS tetapi tiada dalam PrMS?


Air

Suplemen

Vitamin B kompleks

Kuiz-5

Imej di bawah ini adalah sebuah atom dengan 3 partikel elektron yang bergerak mengelilingi nukleus. Kenyataan yang betul tentang atom ini adalah:

Memiliki 3 neutron dan 6 proton

Memiliki 6 neutron dan 3 proton

Memiliki 3 neutron dan 3 proton

Memiliki 2 proton dan 1 neutron

Memiliki 6 proton

Kuiz-4


Bahaya Plastik

Ada banyak bahan tambahan yang digunakan bagi membuat plastik. Salah satu adalah phthalate. Kenyataan yang salah tentang phthalate dan plastik adalah:


Mudah reput

Boleh menyebabkan kanser

Mengganggu fungsi hormon

Boleh menyebabkan masalah kesuburan

Penyakit berikut tidak disebarkan menerusi nyamuk:

Malaria

Denggi

Campak

Zika

Chikungunya

Kuiz-3

Graf di bawah ini adalah pemandangan yang biasa pada skrin monitor dalam bilik ICU. Graf apakah itu?


Graf spirometri

Graf EEG

Graf elektrokardiografi

Graf lengkung pandemik

Kuiz-2


Sentuh imej di bawah untuk lihat kesudahannya dan jawab soalan:
  • R
  • O
  • K
  • O
  • K
Kedai makan adalah kawasan larangan merokok. Jarak yang dibenarkan untuk merokok dan kedai makan adalah:

3 kaki

3 meter

3 ela

Kuiz-1


Imej sejenis bakteria iaitu E. coli

Imej di atas adalah sejenis bakteria yang mampu rintang terhadap antibiotik. Klik In.ly:axk.yiz kalau nak tahu makna rintang antibiotik tersebut.

Kalkulator

BMI

Kalkulator BMI Dan Berat Ideal - Dewasa

Tinggi >>>


Berat >>>


BMI (kg/m2):
Kategori:
Berat ideal (kg):

Infomedikini2u


Anka-Angka COVID-19

Covid-19 Malaysia: Angka-angka terkini setakat August 10, 2020.

Kes Angka
Kumulatif 9094
Sembuh 8803
Kes baharu 11
Maut 125
Kedudukan COVID-19 lokal dan jiran tetangga

Brunei

Maut: 3Total: 131

Thailand

Maut: 58Total: 3320

Malaysia

Maut: 105Total: 9001

Singapore

Maut: 27Total: 53051

Filipina

Maut: 2,104Total: 106,330

Indonesia

Maut: 5,302Total: 113,134

Peta Interaktif

Peta interaktif Covid-19 bagi Sabah, Labuan, Brunei, Sarawak dan Filipina setakat July 7, 2020



JALUR Covid-19: Negara-negara dengan bilangan kes cecah 500,000 dan ke atas, setakat July 7, 2020.