BMI: Kegunaan dan Limitasi

Oleh: Infomedikini

Akronim bagi "body mass index" adalah BMI. Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu maka ia membawa maksud indeks jisim badan.


Ia adalah indeks yang pengiraanya menggunakan dua nilai iaitu tinggi dan berat individu.


Formula BMI

Formula BMI


Dengan memasukkan 2 nilai tadi ke dalam kalkulator BMI di bawah ini, nilainya akan cepat diketahui dan secara literalnya hanya di hujung jari sahaja.


Cara Kiraan


Formulanya adalah: berat badan dalam unit kg dibahagi dengan ketinggian badan dalam unit meter yang dikuasakan dua.


Klasifikasi


Nilai yang diperolehi akan mengklasifikasikan individu kepada kurus dengan nilai kurang daripada18.5), ramping atau normal bila nilainya adalah 18.5-24.9, gempal atau tembam atau terlebih berat jikalau nilainya adalah 25-29.9 dan obes atau obes ++ bagi BMI melebihi 30.


Kegunaan


Nilai BMI boleh dikaitkan dengan keberadaan faktor risiko di serang penyakit tertentu. Kalau nilainya berada dalam lingkungan julat yang normal, risiko untuk mendapat penyakit kronik adalah rendah.


Sebaliknya BMI yang tinggi bersiko mendapat penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes, sakit sendi dan penyakit berkaitan kolesterol adalah tinggi.


Namun seperti juga lain2 indeks kesihatan, ia bukanlah satu yang sempurna. Contohnya, ia bukanlah terpakai untuk semua golongan. Wanita mengandung, individu yang memiliki jisim otot yang tinggi, kanak2 dan warga emas adalah golongan yang mana kiraannya tidaklah menggambarkan tahap kesihatan.


Peringatan


BMI tidak mengukur penyakit, ia hanya mengukur saiz badan. Nilai yang tinggi tidak semestinya berpenyakit dan nilai yang normal tidak semestinya sihat. Meskipun ia adalah normal tetapi gaya hidup sihat disisihkan, individu itu tetap berisiko ditimpa penyakit. Sebaliknya meskipun nilai adalah tinggi tetapi gaya hidup sihat diberikan perhatian berat, risiko menghidapi penyakit adalah rendah jua.


Kesimpulan


BMI hanyalah satu bacaan. Seperti lain-lain indeks kesihatan, faktor-faktor lain harus diambil kira. Ia ada gunanya tersendiri tapi limitasinya itu menjadikanya bukanlah indeks yang sangat penting atau serbaguna.


Kalkulator BMI Dan Berat Ideal





BMI (kg/m2):

Kategori:

Berat ideal (kg):

Infomedikini2u


🏠Home


Modified-Last: Teu, 19 July 2022 17:09:56 GMT

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

AKAN DATANG

Animasi elektromagnetik dan fotoelektrik: artikel mengenai foton dan perubatan akan muncul tak lama lagi.

Efek Fotoelektrik

Oleh Infomedikini

Anod Katod - + Wayar Bateri Meter Amp Ulang

Animasi fotoelektrik

Animasi penjanaan X-ray

Oleh Infomedikini

Pecutan elektron Elektron Nukleus X-ray Ulang Maaf, browser anda tidak menyokong SVG
Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri