Pelantikan Ketua Kontinjen Buka Peluang Kedua Buat Dato' LCW Bawa Pulang Kilauan Emas Olimpik 2020

Oleh: Infomedikini


Sukan Olimpik:


Temasya sukan terbesar di dunia adalah Sukan Olimpik. Sukan Olimpik yang akan datang adalah Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan diadakan dalam bulan Julai hingga bulan Ogos tahun 2020 iaitu setahun dari sekarang.


Bendera Olimpik

Simbol Sukan Olimpik


Satu tahun adalah jarak masa yang dirasakan panjang bagi para peminat sukan yang tidak sabar untuk merasai kegembiraan dan kebanggaan kalaulah kilauan emas Olimpik dapat dibawa pulang dari temasya itu nanti.


Dalam konteks persiapan bagi menyertai pertandingan yang amat kompetitif seperti di Sukan Olimpik, tempoh masa satu tahun adalah agak pendek bagi mencapai tahap kebersediaan sepenuhnya.


Warna, Nilai Dan Medal


Tiga warna yang dikaitkan dengan kejayaan dalam sukan adalah warna emas, warna perak dan warna gangsa. warna emas adalah lebih menarik dari warna perak dan warna perak adalah lebih menarik dari warna gangsa. Makanya warna emas digunakan bagi melambangkan pencapaian terbaik.


Ketiga-tiga warna ini juga selari dengan nilai yang dipadankan bagi satu kejayaan. Kejayaan merangkul emas adalah lebih bernilai dari kejayaan merangkul perak dan gangsa.


Medal adalah cekera kecil yang diperbuat daripada logam emas, perak dan gangsa atau dibuat dari lain-lain logam tetapi diwarnakan dengan warna emas, perak dan gangsa


Medal emas Olimpik

Medal emas olimpik


Pada peringkat individu jumlah dan warna medal yang di menangi dalam Sukan Olimpik adalah gambaran tentang pencapaian dan kedudukan individu itu di persada antarabangsa dalam kategori sukan yang disertai.


Pada peringkat kenegaraan, jumlah dan warna medal yang yang dimenangi oleh kontinjen yang mewakili mana-mana negara adalah gambaran tentang komitmen dan keberkesanan program-program sukan yang dirangka oleh negara-negara yang mengambil bahagian.


Malaysia telah berjaya mengumpul sebanyak 11 medal kesemuanya iaitu 7 perak dan 4 gangsa yang dimenangi menerusi 3 acara sukan iaitu badminton, terjun platform dan lumba basikal.


Kilauan Emas


Emas adalah logam yang memancarkan kilauan. Kilauan emas adalah yang paling indah dan menarik. Peluang dapat melihat sebutir emas berkilau-kilauan betul-betul di hadapan mata adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.


Malaysia masih ternanti-nanti akan kehadiran kilauan emas yang pertama dari Sukan Olimpik. Peluang terdekat untuk menoktahkan penantian adalah pada Temasya Tokyo 2020.


Memburu Emas


Misi mendapatkan medal emas Olimpik bukanlah mudah namun ianya tidaklah mustahil. Kejayaan yang sebesar ini akan melakar sejarah baru sukan negara.


Gelanggang-gelanggang yang mempunyai prospek cerah untuk menghasilkan kilauan emas adalah badminton, memanah, kolam terjun dan velodrom.


Rekod menunjukkan gelanggang badminton telahpun menghadiahkan 6 butir perak dan 3 butir daripadanya adalah menerusi Dato' Lee Chong Wei (LCW). Makanya harapan untuk membawa pulang kilauan emas sulong adalah disandarkan kepada gelanggang badminton.


Kuasa-Kuasa Besar Sukan


Pungutan medal badminton dalam sukan Olimpik adalah dikuasai oleh beberapa negara sahaja dan negara yang telah berjaya memggenggam medal emas Olimpik hanyalah China, Indonesia, Korea Selatan, Sepanyol, Denmark dan Jepun. Negara-negara ini adalah kuasa besar badminton dunia.


Amerika Syarikat (AS) adalah kuasa besar Sukan Olimpik dan jumlah medal Olimpik yang telah mereka menangi adalah sebanyak 2520 kesemuanya. Anehnya AS belum lagi memiliki walaupun sebutir medal gangsa dari gelanggang badminton.


Bagi negara-negara yang belum lagi mendapat medal emas atau apa jua medal badminton pastinya memasang azam dan meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapatkannya.


Faktor-Faktor Kemenangan


Penigkatan yang ditunjukkan oleh para pemain dari negara-negara bukan kuasa besar badminton akan membuatkan gelanggang badminton menjadi bertambah kompetitif dari satu sukan Olimpik ke Sukan Olimpik seterusnya.


Realistiknya untuk muncul sebagai jaguh 4 tahun sekali dalam gelanggang Olimpik perlukan sesuatu yang luar biasa dan tiada tolok bandingnya.< /p>

Pada perlawanan penentuan, bila kedua-dua finalis adalah luar biasa dan tiada tolok bandingnya, maka siapa yang akan muncul sebagai juara akan ditentukan oleh satu lagi faktor tambahan iaitu kesilapan.


Maksudnya ialah siapa yang kurang melakukan kesilapan maka dialah yang lebih berpeluang untuk muncul sebagai juara.


Jenis-Jenis Kesilapan


1. Kesilapan terpaksa atau forced error. Adalah kesilapan yang berlaku bilamana pihak lawan bermain dengan baik dan memberikan banyak tekanan.

2. Kesilapan tanpa paksa atau unforced error. Adalah kesilapan yang disebabkan oleh kelemahan pemain.


Kesilapan tanpa paksa atau unforced error berlaku dalam semua jenis sukan. Kalau dibuat analisa, unforced error yang dilakukan dalam gelanggang badminton mungkin jauh lebih banyak dari lain-lain gelanggang.


Kecenderungan pemain melakukan unforced error berulang-berulang kali seolah-olah menampakkan yang ianya tidak dapat dielakkan!?


Bahagian bulu tangkis

Bahagian-bahagian bulu tangkis


Bulu Tangkis Dan Unforced Error


Badminton sama seperti tenis, pingpong dan skuasy iaitu kesemuanya melibatkan penggunaan objek yang dipukul dengan raket. Namun bentuk dan pergerakan bulu tangkis tidak sama seperti bentuk dan pergerakan bola tenis, pingpong dan skuasy.


Pergerakan trajektori bulu tangkis adalah laluan yang dilalui oleh bulu tangkis di udara hasil dari kuasa pukulan. Trajektori bulu tangkis hampir menyamai gerakan parabola. Cumaya di penghujung trajektorinya itu bulu tangkis membentuk sudut jatuh ke lantai lebih besar jika dibandingkan dengan sudut ketika ia mula naik ke udara.


Trajektori

Trajektori bulu tangkis


Struktur bulu tangkis terdiri dari dua bahagian iaitu bahagian gabus dan bahagian skirt. Kalau bola tenis boleh dipukul disemua bahagian bola, bulu tangkis hanya boleh dipukul di bahagian gabus sahaja. Bulu tangkis akan tersasar sekiranya pukulan dibuat di bahagian skirt.


Membalik Atau Melantun?


Bola tenis adalah berbentuk bulat dan kenyal dan ia akan melantun serta merta bila dipukul dengan raket. Bulu tangkis menyerupai bentuk sebuah kon. Bila dipukul dengan raket bahagian gabus perlu terlebih dahulu membalik atau flip sebelum melayang-layang ke hadapan.


Sifat ini membolehkan bola tenis dihantar ke sasaran dengan pukulan ringan dan rendah. Sasaran bulu tangkis adalah sukar dikawal dengan pukulan ringan dan rendah.


Bila bola tenis diservis atau dismesy dengan laju dan tajam, pukulan putar atas atau topspin boleh dilakukan untuk menghantar balik bola itu pada kelajuan dan ketajaman yang sama ke gelanggang lawan. Sebaliknya bulu tangkis yang dismesy dengan laju dan tajam kebiasaanya dipulangkan dengan pukulan tinggi atau lob lalu memberikan peluang smesy kedua kepada pihak lawan.


Sungguhpun bola tenis dipukul pada sudut yang sangat kecil dengan permukaan raket, trajektorinya masih boleh dikawal. Sekiranya sudut permukaan raket dan bulu tangkis adalah kecil, pukulan mungkin terkena pada bahagian skirt dan bulu tangkis tidak dapat membalik dengan sempurna dan trajektori berikutnya sukar dikawal.


Trajektori bola tenis adalah berbentuk parabola ia itu sudut bola naik ke udara dan sudut ianya jatuh ke dalam gelanggang adalah sama.


Trajektori parabola

Trajektori parabola


Trajektori parabola membolehkan bola tenis dismesy ketika berada tinggi di udara atau boleh ditunggu hingga ianya jatuh pada kedudukan yang lebih rendah.


Sebaliknya bulu tangkis perlu dismesy sebelum ianya jatuh pada paras rendah bagi mengelak pukulan smesy menjadi kurang berkesan atau tersasar atau terkandas di jaring.


Margin Silap


Bola tenis boleh dihantar hampir dengan garisan tepi dan garisan belakang gelanggang lawan dan risiko untuk bola itu terkeluar daripada garisan adalah rendah kerana margin silap atau margin of error adalah rendah.


Sekiranya bulu tangkis dihantar terlalu hampir dengan garisan tepi atau garisan belakang gelanggang lawan, kebarangkalian untuk bulu tangkis itu terkeluar daripada garisan adalah tinggi disebabkan margin of error adalah tinggi.


Pukul Junam


Pukulan junam ke arah jaring atau drop shot bukanlah pukulan kegemaran dalam permainan tenis kerana bola tenis yang tidak menjunam secara menegak akan melantun ke arah lawan lalu membolehkan lawan mempunyai cukup masa untuk berlari ke arah bola meskipun dia berada jauh di belakang gelanggang.


Pukulan junam atau drop shot adalah pukulan kegemaran dalam badminton kerana banyak mata mudah diperolehi menerusinya. Sudut jatuh yang besar membolehkan pukulan drop shot menjunam berhampiran dengan jaring dan sukar dikejar.


Pukulan drop shot juga boleh digunakan untuk menipu. Bila bulu tangkis nampak macam hendak di smesy, reaksi spontan pemain adalah berundur ke belakang gelanggang sebagai persediaan untuk menerima pukulan smesy tetapi bila smesy ditukar menjadi pukulan drop shot, bulu tangkis sukar dikejar dari belakang gelanggang.


Servis


Servis yang kencang adalah peluang untuk mengutip mata mudah dalam permainan tenis. Bola tenis boleh di servis dengan laju dan tajam hingga sukar untuk dicapai atau dimatikan.


Mata mudah menerusi servis jarang di perolehi dalam permainan badminton. Servis yang cermat hanya dapat mengelak daripada memberikan advantej kepada pihak lawan.


Bola tenis yang diservis dari belakang gelanggang masih mempunyai margin of error yang kecil untuk ianya terkandas di jaring yang dipasang pada paras pinggang pemain sahaja.


Bulu tangkis yang di servis di garisan hadapan masih mempunyai margin of error yang besar untuk ianya terkandas disebabkan faktor jaring yang dipasang hampir sama dengan ketinggian pemain. Bagi servis yang dilakukan di pertengahan gelanggang seperti dalam beregu campuran margin of error tentulah lebih besar.


Faktor-Faktor Dalaman


Kesilapan boleh juga berpunca dari dalam diri pemain. Unforced error jenis ini tidak ada kaitan dengan keadaan bulu tangkis, raket, gelanggang atau pihak lawan.

Masalah-masalah dalaman yang jadi punca unforced error adalah:


1. Hilang tumpuan.
2. Ubah fikiran.
3. Takut pada pihak lawan atau takut berdepan dengan impak kekalahan.
4. Tidak yakin kebolehan sendiri.
5. Terlalu kerap memikirkan tentang tindakan bakal diambil dan bukan bertindak secara spontan.
6. Perkara-perkara lain bermain-main di fikiran.
7. Reaksi emosi yang terkurang atau berlebih-lebihan: tertekan, geram, gopoh, marah atau tertekan.
8. Lelap mental atau mental lapse.


Contoh-contoh unforced error adalah:


1. Bulu tangkis yang hendak dipukul terkena pada bahagian bingkai raket.
2. Pemasaan tidak tepat: Bila bulu tangkis dipukul terlebih awal atau terlewat sedikit.
3. Bulu tangkis melayang tinggi bila di smesy tersangkut di jaring.
4. Menyangka bahawa bulu tangkis akan keluar garisan walhal ia jatuh atas garisan.
5. Bergerak terlalu jauh di belakang gelangkang sedangkan bulu tangkis jatuh di sebelah hadapan gelanggang.
6. Pukulan backhand tidak berjaya disempunakan meskipun bulu tangkis dalam jangkauan.


Kesan Unforced Error


Unforced error akan menyebabkan pemain kehilangan banyak mata berharga. Unforced error juga boleh menjadi punca kekalahan. Ketika lawan sedang berada di mata akhir, unforced error akan memberikan lawan mata ke 21 dengan mudahnya.


Pengalaman Tiada Galang Gantinya


Pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2018 yang menemukan dua finalis iaitu Dato' LCW dan Kento Momota, Dato' LCW muncul juara bilamana Kento Momota melakukan unforced error dengan memukul bulu tangkis keluar daripada garisan belakang ketika Dato' LCW berada di mata akhir perlawanan.


Dalam perlawan penentuan medal emas Olimpik Rio 2016 antara Dato' LCW dan lawannya Chen Long, Dato' LCW dikalungkan medal perak apabila melakukan unforced error dengan menghantar bulu tangkis keluar dari garisan tepi ketika Chen Long berada di mata akhir perlawanan.


Semua itu adalah sejarah. Jika sejarah dibiarkan berlalu tanpa disimpan di dalam kotak memori, ia akan dilupakan. Bila terlupa, sejarah yang sama akan diulangi.


Last-Modified: Wednesday, 17 March 2021 23:56:34 GMT


­čĆáHome

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri


Bahasa Malaysia
EURO 2020

EURO 2020 Budapest: Hungary catat sifar kes positif

4 Julai 2021

Baca seterusnya

EURO 2020 Budapest telah berlangsung selama 23 hari dengan stadium perlawanan dipenuhi oleh puluhan ribuan penonton.


Kes positif COVID-19 harian pada 3 Julai 2021 adalah sifar!


Angka COVID-19 Hungary pada 3 Julai 2021


Inilah pertama kali Hungary mencatatkan angka sifar dalam tempoh EURO 2020 berlangsung.


Halaman Utama
Tabung oksigen

Harga Isi Ulang Oksigen di Jakarta Naik Rp 3.000 - Rp 5.000 Per Tabung

2 Julai 2021

Baca seterusnya

JAKARTA, KOMPAS.com - Harga isi ulang oksigen melonjak Rp 3.000 hingga Rp 5.000 per tabung berbagai ukuran di salah satu sentra penjualan di Setiabudi, Jakarta Selatan.


Kenaikan harga terjadi sejak dua minggu lalu, menyusul lonjakan kasus COVID-19 di Ibu Kota. "Lonjakan pembelian isi ulang oksigen ini terjadi sejak dua minggu lalu," kata pengelola depot pengisian oksigen Krisna Okta Wira di Setiabudi, Jakarta Selatan, Jumat (2/7/2021), seperti dikutip Antara.


Adapun ukuran yang paling banyak diisi ulang oksigen, lanjut dia, di antaranya tabung ukuran satu meter kubik yang kini dihargai Rp 18.000 sekali isi ulang atau naik Rp 3.000 dari harga sebelumnya Rp 15.000.


Rata-rata kenaikan untuk tabung lainnya, lanjut dia, hingga mencapai Rp 5.000 per tabung.


Untuk pengisian oksigen untuk tabung paling kecil berukuran 0,5 meter kubik dihargai Rp 10.000, tabung ukuran 1,5 meter kubik mencapai Rp 25.000.


Sedangkan pengisian oksigen untuk tabung ukuran dua meter kubik mencapai Rp 30.000 dan tiga meter kubik mencapai Rp 40.000.


"Rata-rata yang isi ulang itu warga biasa untuk kebutuhan di rumah tapi ada juga dari Puskesmas," imbuhnya. Menurut dia, pada hari biasa pembeli yang rutin mengisi ulang oksigen tidak lebih dari 100 orang per hari.


Namun, sejak dua minggu lalu jumlah pembeli melonjak menjadi sekitar 200 orang per hari.


Ini sumbernya


Halaman Utama
Calitan naso-farinks

Sedikit tentang komplikasi calitan hidung

Selasa, 29 Jun 2021

Baca seterusnya

Calitan naso-farinks dan oro-farinks dilakukan seperti dalam imej di atas bagi mengampil sampel dan seterusnya diuji sama ada sampel tadi mengandungi virus COVID-19 atau sebaliknya


Semenjak pandemik ini bermula, beratus-ratus juta kali calitan hidung dan kerongkong telah dilakukan di serata dunia dan ini adalah komplikasi yang direkodkan.


1. Perdarahan hidung (epistaksis).
2. Alat calitan terpatah dan tertinggal di dalam hidung.
3. Kecederaan yang menjurus kepada kebocoran cecair serebrospinal.
4. Dislokasi sendi temporomandibular


Memandangkan banyak ujian calitan dilakukan setiap hari di serata dunia, insiden tentunya akan bertambah. Namum secara umumnya risiko komplikasi calitan orofarinks dan nasofarinks adalah amat rendah.


Halaman Utama
Vaksin COVID-19

COVID-19: Makna vaksinasi penuh

Selasa, 8 Jun 2021

Baca seterusnya

Vaksinasi adalah proses memasukkan vaksin ke dalam tubuh.


Vaksin adalah bahan yang apabila dimasukkan ke dalam tubuh akan berupaya merangsang produksi antibodi.


Vaksinasi penuh tercipta dua minggu selepas dos kedua bagi vaksin 2 dos atau selepas dos pertama bagi vaksin 1 dos.


Secara umumnya, vaksinasi penuh membolehkan penerimanya mengadaptasi semula kebanyakan norma-norma lama.


Dari sudut kesihatan, vaksin penuh bukan sahaja mengurangkan risiko baginya mendapat jangkitan malah sekiranya mendapat jangkitan, ia tidaklah begitu teruk.


Halaman Utama
Masjid di Jakarta

Indonesia Buat Ketetapan Tiada Mudik Lebaran Pada Tahun Ini

Friday, 16 April, 2021

Baca seterusnya

Jakarta, Kominfo - Satuan Tugas (Satgas) Penanganan Covid-19 menerbitkan Surat Edaran (SE) Nomor 13 Tahun 2021 tentang Peniadaan Mudik Hari Raya Idulfitri Tahun 1442 Hijriah dan Upaya Pengendalian Penyebaran Corona Virus Disease 2019 (Covid-19) Selama Bulan Suci Ramadan 1442 Hijriah.


Ketentuan yang tertuang dalam SE yang ditandatangani Ketua Satgas Doni Monardo pada tanggal 7 April 2021 ini berlaku mulai tanggal 6 hingga 17 Mei 2021.


“Surat Edaran ini berlaku efektif mulai tanggal 6 – 17 Mei 2021 dan akan ditinjau lebih lanjut sesuai dengan kebutuhan dan/atau dengan perkembangan terakhir di lapangan,” ujarnya dalam SE.


Ditegaskan Doni, pelanggaran terhadap SE ini akan dikenakan sanksi denda, sanksi sosial, kurungan dan/atau pidana sesuai dengan peraturan perundang-undangan.


Penerbitan SE ini dilatarbelakangi adanya potensi peningkatan mobilitas masyarakat pada bulan suci Ramadan dan Hari Raya Idulfitri tahun ini baik untuk kegiatan keagamaan, keluarga, maupun pariwisata yang memiliki risiko terhadap peningkatan laju penularan Covid-19



Halaman Utama
Vaksin dan picagari

Penawar COVID-19 Masih Didambakan

27 Oktober, 2020

Baca seterusnya

Dalam tempoh 6 bulan selepas ujikaji terapeutik terbesar di dunia iaitu Solidarity Therapeutics Trial bermula, ia telah berjaya menghasilkan bukti-bukti konklusif tentang keberkesanan ubat-ubatan bagi merawat COVID-19.


Keputusan interim daripada Solidarity Therapeutics Trial kelolaan WHO itu telah menunjukkan bahawa ubat-ubat berikut: iaitu remdesivir, hydroxychloroquine, lopinavir/ritonavir dan interferon sama ada memilki sedikit saja keberkesanan atau tiada kesan langsung ke atas mortaliti 28 hari atau paras kesembuhan pesakit.


Kajian di 30 buah negara itu adalah bertujuan bagi melihat keberkesanan beberapa jenis rawatan terhadap aspek-aspek seperti mortaliti keseluruhan, bila prosedur ventilasi bermula dan jangka masa pesakit berada di hospital.


Progres yang dicapai oleh Solidarity Therapeutics Trial menunjukkan kajian antarabangsa waima dalam situasi pandemik bukanlah suatu yang mustahil untuk dilaksanakan


Seterusnya platform berskala global seperti Solidarity Trial adalah bersedia untuk menilai secara pantas mana-mana rawatan-rawatan baru yang berpotensi di 500 buah hospital yang mengambil bahagian.


Terbaru, beberapa lagi ubat antiviral, immunomodulators dan antibodi monoklonal anti-SARS COV-2 sedang dipertimbangkan untuk dinilai.


Halaman Utama
English
omicron   height=

First Confirmed Case of Omicron Variant Detected in the United States

2 December, 2021

Baca seterusnya

The California and San Francisco Departments of Public Health have confirmed that a recent case of COVID-19 among an individual in California was caused by the Omicron variant (B.1.1.529). The individual was a traveler who returned from South Africa on November 22, 2021. The individual had mild symptoms that are improving, is self-quarantining and has been since testing positive. All close contacts have been contacted and have tested negative.


Genomic sequencing was conducted at the University of California, San Francisco and the sequence was confirmed at CDC as being consistent with the Omicron variant. This will be the first confirmed case of COVID-19 caused by the Omicron variant detected in the United States


On November 26, 2021, the World Health Organization (WHO) classified a new variant, B.1.1.529, as a Variant of Concern and named it Omicron and on November 30, 2021, the United States also classified it as a Variant of Concern. CDC has been actively monitoring and preparing for this variant, and we will continue to work diligently with other U.S. and global public health and industry partners to learn more. Despite the detection of Omicron, Delta remains the predominant strain in the United States


The recent emergence of the Omicron variant (B.1.1.529) further emphasizes the importance of vaccination, boosters, and general prevention strategies needed to protect against COVID-19. Everyone 5 and older should get vaccinated and boosters are recommended for everyone 18 years and older


Halaman Utama
Ubat Ivermectin

Merck Statement on Ivermectin use During the COVID-19 Pandemic

2 Julai, 2021

Baca seterusnya

KENILWORTH, N.J., Feb. 4, 2021 – Merck (NYSE: MRK), known as MSD outside the United States and Canada, today affirmed its position regarding use of ivermectin during the COVID-19 pandemic. Company scientists continue to carefully examine the findings of all available and emerging studies of ivermectin for the treatment of COVID-19 for evidence of efficacy and safety. It is important to note that, to-date, our analysis has identified:


- No scientific basis for a potential therapeutic effect against COVID-19 from pre-clinical studies;
- No meaningful evidence for clinical activity or clinical efficacy in patients with COVID-19 disease, and;
- A concerning lack of safety data in the majority of studies.


We do not believe that the data available support the safety and efficacy of ivermectin beyond the doses and populations indicated in the regulatory agency-approved prescribing information.


Halaman Utama
DNA repairs occurs at specific loci of the neuronal cell

Malaysia will get 1,387,200 doses of vaccine provided by the COVAX Facility.

Teusday, 8 June 2021

Baca seterusnya

Malaysia received a second batch of COVID-19 vaccines on 21 May 2021, shipped via the COVAX Facility, a partnership between WHO, the Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI), Gavi, and UNICEF. This is another important step in the fight against the COVID-19 pandemic and supporting immunization efforts by the Government of Malaysia.


The Government of Malaysia through the Ministry of Health and Ministry of Science, Technology and Innovation has been working together with WHO and UNICEF to bring life-saving vaccines to Malaysia.


The 559 200 doses of Oxford/AstraZeneca vaccines that arrived follow the 21 April COVAX shipment of 268 800 doses to Kuala Lumpur, Malaysia.


In total, Malaysia has received 828,000 doses of the expected 1,387,200 doses of AstraZeneca vaccine provided by the COVAX Facility.

In total, Malaysia has received 828 000 doses of the expected 1 387 200 doses of Oxford/AstraZeneca vaccine provided by the COVAX Facility.


Halaman Utama
Sinovac vaccine

China Sinovac vaccine is 100% effective against severe COVID-19 infection?

Friday, 16 April 2021

Baca seterusnya

Bloomberg spoke to two experts about the vaccines, zeroing in on the Sinovac Biotech Ltd. shot, which has been the focus of a crisis in confidence after it posted efficacy levels of just above 50% in a final stage trial in Brazil -- the minimum required by leading global drug regulators.


According to Fiona Russell from the Murdoch Children’s Research Institute in Melbourne and Paul Griffin, a professor from the University of Queensland in Brisbane:


1. For very mild disease, requiring no treatment the efficacy of Sinovac is about 50%.
2. For infections requiring some medical intervention, it’s about 84%.
3. For moderate-to-severe Covid cases, it’s 100%!


Conclusion: That’s what you expect from Covid vaccines -- higher efficacy against more severe infections and lower against milder ones. From what I can see, it looks like a very worthwhile vaccine.



Halaman Utama
Virus dilihat bawah elektron mikroskop

COVID-19: Airborne transmission

26 Julai, 2020

Baca seterusnya

Airborne transmission of SARS-CoV-2 can occur during medical procedures that generate aerosols (“aerosol generating procedures”). WHO, together with the scientific community, has been actively discussing and evaluating whether SARS-CoV-2 may also spread through aerosols in the absence of aerosol generating procedures, particularly in indoor settings with poor ventilation.


Thus, a susceptible person could inhale aerosols, and could become infected if the aerosols contain the virus in sufficient quantity to cause infection within the recipient. However, the proportion of exhaled droplet nuclei or of respiratory droplets that evaporate to generate aerosols, and the infectious dose of viable SARS-CoV-2 required to cause infection in another person are not known, but it has been studied for other respiratory viruses.


To date, transmission of SARS-CoV-2 by this type of aerosol route has not been demonstrated; much more research is needed given the possible implications of such route of transmission.


Recent clinical reports of health workers exposed to COVID-19 index cases, not in the presence of aerosol-generating procedures, found no nosocomial transmission when contact and droplet precautions were appropriately used, including the wearing of medical masks as a component of the personal protective equipment (PPE). These observations suggest that aerosol transmission did not occur in this context.


Further studies are needed to determine whether it is possible to detect viable SARS-CoV-2 in air samples from settings where no procedures that generate aerosols are performed and what role aerosols might play in transmission.


Outside of medical facilities, some outbreak reports related to indoor crowded spaces have suggested the possibility of aerosol transmission, combined with droplet transmission, for example, during choir practice, in restaurants or in fitness classes. In these events, short-range aerosol transmission, particularly in specific indoor locations, such as crowded and inadequately ventilated spaces over a prolonged period of time with infected persons cannot be ruled out.


However, the detailed investigations of these clusters suggest that droplet and fomite transmission could also explain human-to-human transmission within these clusters. Further, the close contact environments of these clusters may have facilitated transmission from a small number of cases to many other people (e.g., superspreading event), especially if hand hygiene was not performed and masks were not used when physical distancing was not maintained.


Halaman Utama
Pakai pelitup muka

Use of Cloth Face Coverings to Help Slow the Spread of COVID-19

21 Julai, 2020

Baca seterusnya

COVID-19 spreads mainly from person to person through respiratory droplets produced when an infected person coughs, sneezes, talks, or raises their voice (e.g., while shouting, chanting, or singing). These droplets can land in the mouths or noses of people who are nearby or possibly be inhaled into the lungs.


Recent studies show that a significant portion of individuals with COVID-19 lack symptoms (are “asymptomatic”) and that even those who eventually develop symptoms (are “pre-symptomatic”) can transmit the virus to others before showing symptoms.


To reduce the spread of COVID-19, CDC recommends that people wear cloth face coverings in public settings when around people outside of their household, especially when other social distancing measures are difficult to maintain.


Why it is important to wear a cloth face covering


Cloth face coverings may help prevent people who have COVID-19 from spreading the virus to others. Wearing a cloth face covering will help protect people around you, including those at higher risk of severe illness from COVID-19 and workers who frequently come into close contact with other people (e.g., in stores and restaurants).


Cloth face coverings are most likely to reduce the spread of COVID-19 when they are widely used by people in public settings. The spread of COVID-19 can be reduced when cloth face coverings are used along with other preventive measures, including social distancing, frequent handwashing, and cleaning and disinfecting frequently touched surfaces.


Halaman Utama
Kuiz Baru
Kuiz-27

Vaksin COVID-19

Location of DNA repair inside the neuron cells


Vaksin COVID-19 berguna dalam perkara-perkara berikut kecuali:






Last-Modified: Monday, 29 March 2021 21:00:09 GMT

Kuiz-26

mRNA


Imej mRNA
Sumber: Curevac


Berikut adalah penyataan yang salah mengenai vaksin mRNA COVID-19:






Last-Modified: Monday, 29 March 2021 21:00:09 GMT

Kuiz-25

Video di bawah ini adalah gambaran yang acap kali dipamerkan oleh layout semasa meluncuri laman sesawang.


Kenyataan yang betul tentang video tersebut adalah:





Last-Modified: Wednesday, 7 April 2021 23:00:09 GMT


Diminati