Signifikannya Saiz Metafora Kemeja Dan Kelayakan Lesen GDL/PSV

Oleh: Infomedikini


Ukuran Lilit Leher Dan Kegunaannya


Bila sebut saja ukuran lilit leher, apa yang terbayang di fikiran adalah ukuran besar leher seseorang yang di ukur oleh tukang jahit bagi memastikan kolar kemeja adalah sepadan yakni tidak terlalu sendat atau terlalu longgar pada leher pemakainya.


Untuk mendapatkan ukuran berkenaan, tukang jahit akan melilitkan pita pengukur pada bahagian bawah leher (imej-1) iaitu pada paras pertemuan antara bahu dan leher. Tukang jahit akan menyelitkan satu jari telunjuk di antara pita pengukur dan leher bagi melebihkan sedikit ukuran dan seterusnya bacaan berkenaan dicatatkan dalam nota bersama-sama dengan lain-lain ukuran.


ukur lilit leher

Imej-1: Kaedah pengukuran saiz kolar kemeja


Makanya dalam penjahitan kemeja, dapatlah disimpulkan bahawa panjang kolar baju adalah hampir menyamai ukuran lilit leher sebenar pemakainya. Umumnya, ukuran lilit leher bagi individu dengan berat badan yang lebih besar adalah lebih panjang daripada ukuran lilit leher bagi individu dengan berat badan yang lebih ringan. Atas sebab itu, bagi tujuan kepenggunaan, saiz kolar kemeja perlu di perberbagai-bagaikan agar bersesuaian dengan saiz leher daripada timbangan berat badan yang berbeza-beza.


Berikut adalah pengklasan saiz baju dan panjang kolar dalam sentimeter:


  1. Saiz kecil iaitu saiz S: ukur lilit kolar adalah 37-38 sm.
  2. Saiz sedang iaitu saiz M: ukur lilit kolar adalah 39-40 sm.
  3. Saiz besar iaitu saiz L: ukur lilit kolar adalah 41-42 sm.
  4. Saiz XL: ukur lilit kolar adalah 43-44 sm.
  5. Saiz XXL:ukur lilit kolar adalah 45-46 sm.
  6. Saiz 3XL: ukur lilit kolar adalah 47-48 sm.
  7. Saiz 4XL: ukur lilit kolar adalah 49-50 sm.


Ukuran lilit leher dalam pembuatan pakaian terutamanya kemeja adalah jelas akan perkaitan dan kepentingannya. Ukuran lilit leher yang kini menjadi sebahagian daripada penilaian kelayakan lesen pemanduan vokasional adalah masih kabur akan perkaitan dan kepentingannya hinggakan ada yang bertanyakan soalan ini: "Apakah ukuran lilit leher itu untuk tempahan kemeja"?


Lesen Pemanduan Vokasional ada 2 jenis


1. GDL adalah lesen yang perlu dimiliki oleh pemandu kenderaan pengangkut barang-barang seperti lori dan treler.


2. PSV adalah lesen yang perlu dimiliki oleh pemandu kenderaan pengangkutan awam seperti bas, teksi dan e-hailing.


Aha, jawapan bagi pertanyaan tersebut adalah: "tidak"! Ukuran lilit leher yang dimaksudkan adalah tiada kaitan dengan ukuran kolar kemeja. Ia adalah satu daripada beberapa lagi ukuran seperti tinggi, berat, tekanan darah, indeks jisim badan dan beberapa lagi ukuran lain yang perlu dimasukkan ke dalam borang JPJ L8A: Rujuk imej-2 di bawah ini dan sumber imej di sini.


Imej-2: Keratan borang JPJ L8A, m/s: 3/9. Masukan ukuran lilit leher adalah petak 7.


borang GDL

Siaran Media JPJ: 11/10/2019


Saiz Leher Dan Impak Kesihatan


Kelayakan adalah perlu bagi pemanduan kenderaan dan ini termasuklah layak dari segi kesihatan dan cara untuk mendapatkan pengiktirafan layak adalah menerusi pemeriksaan kesihatan. Prosedur kesihatan adalah seumpama 'lain hulu lain parang lain dahulu lainlah sekarang'. Kalau dahulu ukuran lilit leher tidak perlu, sekarang ianya perlu. Makanya perlulah ianya diperjelaskan supaya tidak ada kekaburan.


Ukuran lilit leher dalam pemeriksaan kesihatan menggunakan pita pengukur yang sama seperti ukuran bagi kolar kemeja tetapi cara mana ukuran lilitan leher diambil adalah berlainan. Ukuran lilit leher dalam pemeriksaan kesihatan disukat dengan membelitkan pita pengukur pada belakang pertengahan tengkuk dan dibawa ke hadapan leher di bawah bonjolan halkum -- bagi lelaki -- dan tanpa menyelitkan jari telunjuk di antara pita pengukur dan leher.


Seperti halnya dengan kolar kemeja, saiz lilit leher untuk tujuan penentuan layak memandu adalah juga diklas-klaskan tetapi bukan seperti pengklasan saiz kemeja. Pengklasan ukur lilit leher dalam konteks kemeja mengambil kira ukuran sebenar leher si pemakai. Ukur lilit leher dalam konteks pemeriksaan kesihatan adalah diklaskan berdasarkan kepada risiko mendapat masalah kesihatan.


Saiz Leher Dan Risiko Pemanduan


Kaitan antara ukuran lilit leher dan kesihatan adalah tidur berdengkur dan sekatan pernafasan. Leher yang lebih besar adalah lebih berisiko mendapat dengkur sewaktu tidur berbanding leher yang lebih kecil. Begitu juga Leher yang lebih besar berisiko mendapat sekatan pernafasan ketika tidur iaitu sekatan apnea tiduran atau "obstructive sleep apnea" berbanding leher yang lebih kecil.


Impak daripada gangguan ini adalah tidur yang tidak nyenyak dan 'tidak cukup oksigen'. Ini secara tidak langsung menimbulkan perasaan mengantuk pada hari esoknya. Seperti yang sedia dimaklumi iaitu mengantuk sewaktu memandu boleh meningkatkan risiko kemalangan dan pemanduan yang berisiko ini adalah kurang layak mendapat kebenaran untuk memandu di jalanraya.


Kini sudah jelas iaitu ada pertalian antara ukuran lilit leher dan risiko pemanduan. Seterusnya ialah mengkelaskan risiko tersebut. Untuk itu risiko dibahagikan kepada dua klas iaitu risiko rendah dan risiko ringgi. Nilai yang memisahkan kedua-dua risiko tadi adalah titik penggalan atau "cutoff point" dan nilainya bagi ukuran lilit leher adalah 40 sentimeter iaitu bersamaan dengan ukuran kolar kemeja saiz L.


Berdasarkan nilai penggalan di atas itu, ukuran lilit leher yang lebih kecil daripada 40 sm iaitu yang bersepadanan dengan kemeja bersaiz M dan S adalah berisiko rendah dan boleh melepasi kriteria layak sebaliknya saiz leher yang lebih besar daripada 40sm iaitu yang bersepadanan dengan kemeja bersaiz L, XL dan ke atas adalah dianggap berisiko tinggi dan tidak layak mendapat kebenaran kekal untuk memandu kenderaan berat dan pengangkutan awam.


Impak Terhadap Permohonan Lesen


Namun ukuran lilit leher melebihi nilai penggal bukanlah bermakna tidak langsung layak mendapat lesen yang diperlukan. Begitu juga tidak timbul isu ukur baju dibadan sendiri. Cumanya proses untuk mendapatkan kelayakan yang diperlukan itu akan tertangguh dan perlu pula memenuhi syarat-syarat tambahan. Walhal syarat-syarat tambahan tersebut akan melibatkan proses menurunkan paras risiko dan proses ini adalah memakan masa lebih-lebih lagi jika sekiranya intervensi diperlukan.


Meskipun ada syarat-syarat yang tidak dapat dipenuhi terutamanya dari aspek kesihatan tetapi itu bukan bermakna pintu permohonan adalah tertutup rapat. Sebaiknya semak dahulu saiz metafora kemeja yang dipakai sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan dan kalau tidak pasti dapatkan perbincangan awal dengan pihak yang boleh membantu supaya hajat untuk memiliki atau memperbaharui lesen tidak terkubur tertangguh.


Last-Modified: Wednesday, 15 December 2021 15:56:34 GMT

Home🏠

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

AKAN DATANG

Animasi elektromagnetik dan fotoelektrik: artikel mengenai foton dan perubatan akan muncul tak lama lagi.

Efek Fotoelektrik

Oleh Infomedikini

Anod Katod - + Wayar Bateri Meter Amp Ulang

Animasi fotoelektrik

Animasi penjanaan X-ray

Oleh Infomedikini

Pecutan elektron Elektron Nukleus X-ray Ulang Maaf, browser anda tidak menyokong SVG
Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri