Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

Pandemik Global Buat Amerika Adalah Ibarat Sudah Jatuh Ditimpa Tangga


Oleh Infomedikini


Bila kemampuan virus dipandang rendah dan bila jangkitan berlaku lalu disusuli oleh kekurangan kelengkapan itu dan ini maka dunia kini adalah ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Pilihan yang ada termasuklah kembali kepada asas.



Perkara-perkara asas yang berperanan besar dalam konteks persediaan individu bagi berdepan dengan serangan virus-virus berbahaya adalah:


  • Berkurung dalam rumah
  • Jarakkan diri dari jangkauan virus
  • Elakkan dari menyentuh atau tersentuh virus
  • Pakai perisai seperti sungkup muka, perisai muka, gogel, sarung tangan getah atau plastik
  • Gunakan bahan pemusnah virus

Pasif dan Aktif


Tindakan 1-4 lebih bersifat mempertahankan diri (pasif). Sementara tindakan nombor 5 adalah aktif melawan dan seterusnya memusnahkan agen yang menyerang.


Kaedah yang boleh digunakan bagi memusnahkan virus yang masuk ke dalam rumah dan terdampar pada permukaan-permukaan dan terlekat pada perkakasan-perkakasan adalah:


  • Dedahkan pada pancaran matahari berhampiran tingkap atau di beranda
  • Mop atau sental atau lap dengan peluntur yang mengandungi sodium hyporchlorite
  • Sapukan spirit gred surgikal yang mengandungi etanol.

Ketiga-tiga kaedah di atas tidak sesuai digunakan ke atas tangan atau badan. Virus yang mencemari tangan atau badan boleh dimusnahkan dengan 2 kaedah yang lebih mesra terhadap kulit:


  • Cuci dengan air dan sabun
  • Sapukan pensanitasi yang mengandungi alkohol: etanol dan propanol.

Serangan virus pada skala pandemik membuatkan permintaan terhadap sabun dan bahan pensanitasi meningkat berkali-kali ganda sementelahan produk ini adalah senjata yang praktikal lagi berkesan terhadap virus.


Sungguhpun begitu keberkesanan sabun sebagai senjata adalah bergantung kepada air, teknik mencuci dan tempoh cucian.


Sementara keberkesanan bahan pensanitasi bergantung kepada tangan yang bebas daripada minyak, gris, daki dan sebagainya. Selain itu sapuan harus menyeluruh dan paling penting adalah kandungan alkohol harus ikut piawai.


Semak Kandungan Alkohol


Produk pensanitasi yang berkesan perlu mengandungi alkohol sebanyak 60% dan lebih. Peratusan alkohol yang kurang daripada itu tidak mampu memusnahkan virus.


Permintaan luar biasa di kala ini membuka peluang kepada aktiviti menangguk di air keruh dan hasilnya adalah produk yang substandard.


Justeru pengguna harus ada cara yang membolehkan mereka mengesahkan produk pensanitasi yang digunakan adalah benar-benar mengandungi alkohol seperti yang dicatatkan pada label.


Adapun pengesahan kandungan alkohol dalam bahan pensanitasi secara tepat hanya boleh di buat di makmal. Pengesahan serupa tidak boleh dilakukan di rumah, pejabat atau pasaraya-pasaraya.


Justeru pengguna hanya ada kaedah bukan makmal untuk mengesahkan kandungan alkohol dalam bahan pensanitasi.


Kaedah bukan makmal yang boleh di buat di mana-mana jua adalah pengesanan suhu. Maksudnya ialah perbezaan suhu sebelum dan selepas bahan pensanitasi disapukan pada tangan.


Alkohol adalah sebatian kimia yang lebih cepat menyejat berbanding air dan gel. Ini bermakna bahan pensanitasi yang mengandungi alkohol sepatutnya menurunkan suhu tangan lebih banyak berbanding air dan gel.


Ujikaji di bawah ini adalah untuk melihat berapa banyak suhu tangan yang mampu diturunkan oleh ketiga-tiga bahan utama yang terdapat dalam pensanitasi iaitu gel, air dan alkohol:


Ukuran suhu tapak tangan


suhu telapak tangan

Suhu telapak tangan diukur dengan alat pengukur suhu infra merah sebelum apa-apa bahan disapukan.


Hasilnya adalah:


suhu telapak

Suhu tangan tanpa sapuan adalah: 36.70C


Sapuan alkohol pada tangan:


sapuan gel

2-3 mL gel tanpa alkohol dibubuh di atas telapak tangan dan diratakan. Suhu telapak tangan diambil selepas 30 saat. Perkara sama dilakukan selepas sapuan air dan sapuan pensanitasi tangan.


Suhu telapak tangan diukur selepas sapuan gel tanpa alkohol:


suhu turun kepada 36.4 darjah selsius

Suhu tangan turun sedikit iaitu menjadi 36.40C


Suhu telapak tangan diukur selepas dibasah dengan air tanpa alkohol:


suhu turun kepada 35.7 darjah selsius

Suhu tangan turun banyak sedikit iaitu menjadi 35.70C


Suhu telapak tangan diukur selepas sapuan pensanitasi yang mengandungi 75% alkohol:


suhu turun kepada 34 darjah selsius

Suhu tangan turun paling banyak iaitu menjadi 34.00C


Kesimpulan:


Suhu telapak tangan selepas sapuan pensanitasi adalah lebih rendah daripada daripada suhu telapak tangan yang disapu dengan gel atau air yang tidak mengandungi alkohol.


Oleh itu darjah kesejukan yang dirasakan pada kulit boleh dijadikan panduan bagi menentukan kandungan alkohol dalam bahan pensanitasi.


Pangkal ibu jari adalah kawasan paling sensitif terhadap sensasi sejuk. Oleh itu pangkal ibu jari boleh secara tidak langsung mengesan kandungan alkohol dalam bahan pensanitasi.


Bila anda diberikan bahan pensanitasi di atas telapak tangan semasa hendak memasuki pejabat atau kompleks membeli belah, colek sedikit bahan pensanitasi tadi dengan jari telunjuk kiri dan kemudian calitkan jari telunjuk ke pangkal ibu jari kanan.


Pangkal ibu jari tadi akan terasa sejuk. Kalau ianya lebih sejuk daripada air paip makanya bolehlah dianggap bahan pensanitasi yang diberikan pada anda itu mengandungi alkohol dalam peratusan yang cukup untuk memusnahkan virus.


Pensanitasi kini digunakan oleh kompleks membeli belah untuk memusnahkan virus yang mungkin berada pada setiap tangan pengguna yang mahu memasuki kompleks membeli belah.


Pensanitasi juga dibeli untuk kegunaan sendiri. Pensanitasi yang substandard boleh mendedahkan individu dan pengguna kepada jangkitan virus.


Tatkala satu dunia diserang oleh virus-virus yang tidak pilih sasaran dan negara-negara maju mati kutu dalam reaksi dan tindakan. Bilamana sistem kesihatan paling canggih tak menang tangan dan ventilator-ventilator jadi lebih laris dari pisang goreng panas namun putus asa langsung bukan pilihan. Pilihan yang kekal relevan adalah aspek pencegahan yang akan dipergiatkan lagi.


Last-Modified: Thursday, 23 December 2021 17:09:56 GMT


Fobia Keluar Rumah Dan Obses Cuci Tangan Sekat Gelombang Ketiga COVID-19

Oleh Infomedikini


M
eskipun ekuinoks berlaku dikhatulistiwa tetapi kebaikannya melimpah kepada China. China telah mencatatkan tiada penularan setempat kes COVID-19 selama 3 hari berturut-turut bersempena dengan kejadian ekuinoks ini. Di lihat dari segi usaha bolehlah dikatakan negara berkenaan telah berjaya membendung penularan COVID-19 dalam tempoh 2 bulan 22 hari sejak wabak bermula pada penghujung bulan Disember 2019.

virus skematik

Imej SARS-CoV-2 iaitu nama terkini bagi virus COVID-19.


peta taburan COVID-19

Peta sebaran Pandemik COVID-19.


Namun apa yang dikecapi oleh China tidak dikecapi oleh lain-lain negara. Bilangan jangkitan COVID-19 di serata dunia terutama di luar China masih menunjukkan trend yang menaik. Jumlah kumulatif COVID-19 global adalah sebanyak 209,839 kes sementara jumlah kematian setakat ini adalah: 8,778 kes.


Kes Lokal


Adapun trend yang sama di luar China turut dikongsikan oleh negara ini. Jumlah kes positif di Malaysia melonjak naik sebanyak 153 kes lagi menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 1130.


Daripada jumlah tersebut 941 kes masih aktif, 87 kes telah sembuh, 26 kes masih perlukan rawatan intensif dan 8 orang maut. Data ini dijangkakan akan terus berubah dari sehari ke sehari.


Bila bilangan kes positif COVID-19 terus bertambah daripada awalnya melibatkan satu negeri memjadi dua negeri dan seterusnya semua negeri telah memiliki kluster mereka sendiri dan kalau sekiranya jalinan jangkitan ini tidak diputuskan ia boleh mencetuskan gelombang seterusnya yang lebih besar magnitudnya.


Untuk itu pilihan yang paling berkesan adalah dengan menyekat kemasukan, keberadaan, pergerakan, percampuran dan sentuhan dalam kalangan masyarakat. Cumanya sekatan sebegini sukar mencapai sasaran kalau dibuat secara sukarela.


PKP


Justeru rakyat kini dituntut oleh undang-undang supaya menyekat diri daripada keluar rumah atau tempat kediaman kecuali untuk pergi ke tempat kerja, premis perniagaan atau pusat rawatan yang dibenarkan. Tujuannya adalah bagi mengurangkan secara drastik dan signifikan akan bilangan individu di luar sana kalau boleh sehingga 100%.


Impak yang disasarkan daripada sekatan perjalanan adalah supaya rakyat tidak lagi berpusu-pusu, bersesak-sesak, berkumpul-kumpul, berasak-asak, berhimpit-himpit, berlaga-laga bahu dan bersentuh-sentuhan secara fizikal. Jika semua ini dapat dicapai maka risiko bagi mereka yang sihat untuk terkena jangkitan dapat diminimumkan dan peluang untuk mereka yang ada jangkitan agar tidak menularkannya dapat di maksimumkan.


Sekatan ini diperlukan kerana di luar sana sudah ada virus yang ganas lagi letal iaitu virus yang identiti terkininya dikenali sebagai SARS-CoV-2. Ia adalah penyebab bagi pandemik yang ada sekarang ini iaitu Pandemik COVID-19.


Virus ini disebarkan oleh individu yang telah dijangkiti tanpa dia menyedari tentang hal itu. Virus ini disebarkan dalam titisan cecair bila individu tersebut bersin, batuk dan meludah. Susulan daripada itu virus akan terapung-terapung di udara atau terdampar di atas apa jua permukaan-permukaan.


Fobia


Selain daripada cara itu virus boleh juga dipindahkan kepada benda-benda, perkakasan atau permukaan-permukaan yang disentuh atau dipegang oleh individu yang terjangkit yang tidak mengamalkan etika batuk, bersin dan meludah dan dalam masa yang sama tidak mencuci tangan dengan betul atau tidak menggunakan bahan pensanitasian.


Dengan itu, dalam situasi sekarang adalah lebih baik timbulkan perasaan fobia dalam diri kita bila berada di luar sana. Fobia untuk berada atas jalan raya dan pejalan kaki yang mana permukaannya telah terdampar berjuta-juta virus.


Seterusnya fobia untuk duduk di atas kerusi yang terpalit dengan virus. Fobia untuk berada dalam bangunan yang mana udaranya di cemari oleh apungan-apungan virus. Fobia untuk menggunakan tandas awam. Fobia untuk menyentuh apa saja produk atau peralatan atau tombol atau papan kekunci yang dilekati oleh virus.


Wang kertas dan syiling adalah antara benda-benda yang mudah dicemari oleh kuman atas sebab ianya acap kali berpindah dari satu tangan ke tangan yang lain. Waima wang kertas yang keluar dari mesin ATM belum tentu wang kertas keluaran terbaharu.


Amalan yang betul dalam situasi pandemik adalah mencuci tangan setiap kali selepas memegang atau terpegang sesuatu yang dicemari virus termasuklah wang kertas dan syiling. Tak mengapalah kalau ada perasaan obsesi yang kuat ketika ini asalkan tangan kita sentiasa bebas dari COVID-19.


Cumanya satu yang perlu disedari adalah di luar sana tiada ruang untuk mencuci tangan dengan air dan sabun selama 20 saat kerana ia akan menjadikan tandas awam dan tempat mencuci tangan dibarisi oleh individu yang menunggu giliran justeru kaedah paling praktikal adalah menggunakan pensanitasi tangan.


Namun meskipun semua langkah sudah di ambil bagi mengelak terkena virus, ia bukanlah jaminan tiada virus yang akan dibawa pulang sama ada yang terlekat di badan, pakaian atau bersama-sama dengan barang-barang yang diperoleh di luar sana.


Virus yang terlekat pada pakaian boleh ditanggal bila diputar dalam mesin basuh. Sementara virus yang terkena pada badan akan tertanggal dengan menggunakan sabun ketika mandi. Persoalannya adalah bagaimana mahu memusnahkan virus yang terlekat pada wang kertas dan syiling?


Apa yang diketahui adalah dalam peringkat institusi wang kertas boleh menjalani proses nyahkuman dengan menggunakan kedah yang kompleks tetapi tidak sesuai untuk dilakukan di rumah.


Dalam konteks wang kertas dan wabak, WHO berpandangan bahawa wang kertas dan syiling mampu menjadi alat penularan wabak. Kajian pula mendapati wang kertas boleh dicemari oleh lebih daripada 30 jenis kuman. Ini bermakna sekeping wang kertas yang terdampar virus di atasnya boleh membuatkan individu yang memegangnya dijangkiti dan jangkitan itu boleh menular selagi wang itu berpindah tangan.


Sememangnya terdapat beberapa cadangan di internet bagi melakukan proses nyahkuman pada wang kertas cumanya apa yang didapati ialah keberkesanan proses itu adalah berkadar songsang dengan pengekalan integriti wang kertas itu sendiri. Maksudnya ialah lagi kuat bahan nyah kuman maka lagi banyaklah ciri-ciri sekuriti yang akan dirobek.


Dan penggunaan agen nyahkuman pada satu tahap maksima bukan saja bakal menanggalkan tanda pengenalan wang kertas malah bakal memusnahkan ciri-ciri sekuriti dan boleh mengakibatkan wang kertas ditolak oleh mesin penyimpanan wang.


Sesungguhnya ini adalah waktu yang sukar, tertekan, bosan, merugikan dan sebagainya namun bila dunia dilanda pandemik semua itu perlu dianggap satu kemestian, tidak dapat dielakkan dan wajib direlakan kerana 'mencegah lebih baik dari merawat' telah menjanjikan banyak kebaikan di akhirya.


Kepatuhan Berbaloi


Akhir kata, ini adalah peluang sekali dalam seumur hidup untuk akur, menyekat diri sendiri, berkorban dan dalam masa yang sama mempraktikkan sesuatu yang mana hasilnya dapat memberikan kebaikan merentasi batas dan sempadan. Paling tidak dapat dilupakan nanti adalah semua kebaikan itu dapat dilihat impak positifnya dalam waktu yang singkat. Harap-harapnya dalam tempoh kurang daripada 2 bulan 22 hari.


Last-Modified: Wednesday, 22 December 2021 17:56:34 GMT


Home🏠

Pandemik COVID-19: Apakah Saya DiJangkiti?


Oleh: Infomedikini


Pada: 17/03/20


Bila jangkitan yang disebabkan oleh sejenis virus yang agak virulen telah sampai ke peringkat yang mana ianya mampu menular secara mudah, pantas dan meluas ke segenap pelosok dunia makanya setiap individu secara teorinya adalah mempunyai kebarangkalian untuk dijangkiti.


Dalam konteks dunia yang sedang dilanda oleh pandemik Covid-19, marhaen boleh mendapat jangkitan kebanyakannya daripada penularan setempat iaitu daripada orang yang berada di sekeliling atau daripada ahli keluarga sendiri yang telah dijangkiti.


taburan Covid dunia


Sebaran terkini CoVid-19 di seluruh dunia: Bulan Mac (imej atas) dan bulan Oktober (imej bawah)


taburan kes Oktober


Virus korona adalah organisma mikro yakni saiznya terlalu kecil hinggakan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Oleh itu jangkitan boleh berlaku tanpa disedari oleh pihak yang dijangkiti sehinggalah jangkitan tadi menghasilkan gejala.


Bila WHO menetapkan bahawa risiko mendapat jangkitan COVID-19 di serata dunia adalah sangat tinggi, kefahaman mengenainya adalah bagi individu yang berasa tidak sihat kemungkinan yang ianya adalah COVID-19 harus berada di atas.


Justeru itu seseorang yang berasa tidak sihat harus baginya menanyakan diri sendiri akan soalan yang sebegini: Apakah saya telah dijangkiti oleh Covid-19?


Sememangnya tidak semua individu yang berasa tidak sihat itu adalah disebabkan oleh Covid-19. Ianya boleh juga disebabkan oleh demam selesema, influenza, denggi, sengal-sengal otot, keletihan, nyahhidrat atau lain-lain sebab (lihat carta aliran di bawah).


Carta aliran di bawah ini juga menunjukkan aliran pembahagian kes Covid-19 yang terdiri daripada 3 kategori iaitu: (1) Kes yang disyaki. (2) Kes barangkali/mungkin. dan (3) Kes yang disahkan:


algoritma 1


Kategori yang boleh di nilai oleh marhaen adalah kes (1) iaitu kes yang disyaki sementara kes (2) dan kes (3) hanya boleh disahkan menerusi ujian makmal sahaja.


Penilaian sama ada seseorang itu mempunyai asas untuk mengesyaki yang dirinya telah dijangkiti atau sebaliknya adalah penting untuk di laksanakan di peringkat individu iaitu dilakukan oleh orang itu sendiri.


Ini kerana bila seseorang itu telah dijangkiti tetapi beliau tidak menyedari tentang jangkitan tersebut maka kemungkinannya adalah bukan sahaja dia akan terdedah kepada komplikasi COVID-19 tetapi dalam masa yang sama beliau juga boleh menularkan virus tersebut kepada orang lain.


Tidak kurang pentingnya adalah penilaian yang dibuat sendiri-sendiri akan mampu memberikan kelegaan kepada pihak hospital yang sudah sedia dibebani oleh kunjungan pesakit yang bertambah secara drastik susulan COVID-19 dikategorikan sebagai pandemik.


Untuk menjayakan penilaian sendiri, pihak WHO ada menyediakan garis panduan berupa definisi kes bagi membantu individu yang berasa tidak sihat atau mengesyaki dirinya telah terkena COVID-19 untuk menentukan keadaan tersebut. Panduan ini melibatkan beberapa soalan yang perlu dijawab seperti berikut:


1. Adakah anda demam dan berapa suhunya?


2. Adakah demam anda itu disertai oleh salah satu daripada simptom berkaitan jangkitan pada saluran pernafasan seperti sakit kerongkong, demam, selesema, hilang deria bau, batuk dan sesak nafas?


3. Apakah demam anda itu ada kaitan yang jelas dengan lain-lain penyakit seperti demam tonsil, demam selesema, resdung dan sebagainya?


4. Pernahkah anda berada dekat atau bersentuhan atau merawat pesakit sebelum ianya disahkan sebagai telah dijangkiti atau dimasukkan ke hospital atau dikuarantin dalam tempoh 14 hari yang lepas?


5. Pernahkah anda berada dekat atau bersentuhan dengan individu yang disyaki atau berkemungkinan telah dijangkiti atau sedang menjalani siasatan dalam tempoh 14 hari?


6. Pernahkah anda berkunjung ke kawasan yang ada penularan setempat agak ketara dalam tempoh 14 hari?


Jawapan daripada solan-soalan di atas akan dipadankan dengan 3 definisi kes di bawah ini:


1. Adalah seseorang yang menghidapi penyakit paru-paru (respiratori) akut (Demam dan setidak-tidaknya satu gejala/tanda penyakit respiratori (seperti batuk, sakit kerongkong atau sesak nafas), DAN tanpa adanya lain-lain penyebab (etiologi) yang dapat menerangkan presentasi klinikal yang ada itu DAN mempunyai sejarah perjalanan atau menjadi warga negeri/kawasan yang melaporkan adanya penularan setempat dalam tempoh 14 hari sebelum gejala bermula.


2. Adalah pesakit dengan penyakit respiratori akut DAN pernah melakukan kontak dengan kes yang berkeMUNGKINan atau kes yang telah diSAHkan dalam tempoh 14 hari sebelum gejala bermula.


3. Adalah individu yang mengalami jangkitan paru-paru akut (demam dan setidak-tidaknya satu tanda/gejala penyakit paru-paru atau respiratori (cohtohnya, batuk dan sesak nafas) DAN tanpa adanya penyebab lain yang boleh menerangkan presentasi klinikalnya yang ada itu DAN perlu pula dimasukkan ke wad.


Adapun kesimpulan yang boleh didapatkan daripada penilaian sendiri adalah: (1) Ada asas untuk mengesyaki yang diri sendiri telah dijangkiti. (2) Tiada asas untuk mengesyaki yang diri sendiri telah dijangkiti.


Kalau tiada asas untuk jangkitan disyaki maka langkah seterusnya adalah terpulang kepada individu tersebut. Beliau boleh saja melanggan perkhidmatan ujian COVID-19 swasta yang dilaksanakan di rumah bagi menjana lebih kepastian.


Sebaliknya kalau penilaian yang dibuat menunjukkan ada cukup asas untuk mengesyaki bahawa dirinya itu telah dijangkiti, langkah seterusnya akan membawa beliau ke arah satu persimpangan pilihan. Simpang-simpang yang boleh dilalui adalah seperti yang tertera dalam carta alir di bawah:


algo 2


Marhaen yang ada asas untuk mengesyaki bahawa dirinya telah dijangkiti oleh COVID-19 boleh menentukan sendiri langkah-langkah yang akan diambil seterusnya selagi dianya tidak diwajibkan untuk mengikuti langkah undang-undang atau/dan langkah-langkah pihak berkuasa:


1. Beliau boleh memilih untuk menjalani ujian pengesahan COVID-19 di rumah menerusi perkhidmatan yang disediakan oleh pihak swasta. Ujian tersebut bakal menentukan sama ada beliau benar-benar telah dijangkiti (sah) atau sekadar kes yang disyaki atau kes barangkali saja.


2. Sekiranya beliau tidak menghidapi penyakit tambahan dan tidak mengalami komplikasi yang memerlukannya berada di hospital makanya beliau boleh memilih untuk menjalani kuarantin rumah.


3. Beliau boleh menghubungi klinik swasta menerusi telefon atau pergi ke klinik tersebut tetapi sebelum itu beliau perlu pastikan dirinya tidak berpotensi menjadi penular COVID-19. Meskipun klinik swasta tidak boleh mengesahkan COVID-19 namun pesakit masih boleh mendapatkan pandangan profesional, penilaian tahap kesihatan, mendapatkan ubat untuk merawat gejala, mendapatkan sijil medikal, surat rujukan dan pihak klinik boleh juga membantu mendapatkan perkhidmatan ambulan sekiranya rawatan hospital diperlukan.


4. Akhir sekali marhaen yang mengesyaki dirinya telah dijangkiti boleh memilih sama ada pergi ke hospital swasta atau hospital kerajaan bagi menjalani siasatan, mendapatkan rawatan dan menjalani kuarantin. Namun sebelum itu beliau harus mengambil semua langkah-langkah yang diperlukan bagi mengelak daripada menjadi penyebar jangkitan dan ianya perlu bermula dari rumah, sepanjang jalan menuju hospital dan sesampainya beliau di hospital.


Last-Modified: Mon, 11 Apr 2022 15:00:06 GMT

Apa Maknanya Kepada Rakyat Bila Covid-19 Kini Adalah Sebuah Pandemik?

Oleh: Infomedikini


W
HO telah pada 11hb Mac, 2020 mengisytiharkan Covid-19 sebagai sebuah pandemik[klik] dan dengan itu epidemik Covid-19 telah berjaya menempah nama sebagai salah satu daripada pandemik yang pernah melanda bumi sebelum ini. Berikut adalah beberapa buah pandemik yang ada catatan sejarahnya.

Sejarah Pandemik Global:


Pandemik Black Death pada tahun 1331-1353 dengan jumlah fataliti dianggarkan sebanyak 75 juta.


Pandemik Plague Ketiga pada 1855 dengan jumlah fataliti dianggarkan sebanyak 10 juta.


Pandemik Kolera pada 1817 - 1975 dengan angka fataliti sebanyak puluhan juta.


Pandemik Tuberkulosis pada abad ke 20 sahaja telah meragut 100 juta nyawa.


Pandemik Spanish Flu pada 1818-1919 telah meragut 50 juta nyawa.


Pandemik Asian Flu pada 1957-58 dengan angka korban seramai 2 juta orang di serata dunia.


Pandemik Smallpox sebelum adanya program imunisasi telah meragut ratusan juta nyawa seantero dunia.


Dan banyak lagi.


Makna


Pandemik adalah keadaan di mana sebuah epidemik penyakit berjangkit yang berjaya menular daripada satu individu kepada individu yang lain secara meluas bukan saja dalam sesebuah negara malah di seantero dunia.


Sesungguhnya tidak ada apa yang berubah daripada segi virus penyebab wabak yang dikategorikan sebagai sebuah pandemik tetapi yang berubah ialah cara kita sebagai individu dan rakyat melihat dan memberikan reaksi terhadap wabak ini.


Paling utama adala kita dituntut untuk menjaga dan melindungi diri sendiri daripada dijangkiti agen wabak sebaik yang mampu agar dengan itu kita terhindar daripada menjadi sumber jangkitan kepada orang lain di sekeliling kita.


Kita juga dituntut untuk memberikan kerjasama penuh kepada pemerintah dengan mengikuti nasihat dan saranan serta patuh kepada peraturan dan undang-undang dengan dada yang lapang sepenuhnya bukan saja untuk kebaikan negara sendiri sahaja bahkan demi kebaikan semua negara di atas muka bumi.


Pandemik Di Luar China


Sementara itu, setakat ini terdapat 3 buah negara di luar Tanah Besar China yang mana jumlah jangkitan Covid-19 telah melepasi angka 5,000 dan mereka adalah Korea Selatan, Iran dan Itali:


Korea Selatan setakat 12 Mac 2020: 7869 jangkitan; 66 maut.

Iran setakat 12 Mac 2020: 9,000 jangkitan; 354 maut.

Itali setakat 12 Mac 2020: 12,462 jangkitan; 827 maut.


Persoalannya adalah apakah yang memungkinkan ketiga-tiga negara berkenaan seolah-olah mengikuti jejak langkah Wuhan dalam konteks penularan Covid-19?


Penulis berasakan jawapan bagi persoalan tersebut ada kaitannya dengan faktor-faktor virus 2019-nCoV, latitud atau kedudukan setiap negara pada garisan lintang bumi dan kedudukan pancaran matahari dari bulan Disember 2019 hingga Mac 2020.


Faktor Virus


Virus korona penyebab Covid-19 tidak tersebar dengan mudah di udara sebagaimana virus influenza namun virus korona tersebut masih boleh tersebar menerusi berbagai jenis kontak:


1. Kontak rapat iaitu keberadaan dalam jarak 1-3 meter daripada individu yang dijangkiti seperti tinggal serumah atau duduk bersebelahan dengan penular dalam rumah, bangunan majlis, acara dan upacara.

Kontak lansung seperti menyentuh pesakit atau tanpa sedar bersentuhan tangan dan bersentuhan pipi dengan penular.

Kontak perkakasan: contohnya adalah penggunaan meja makan dalam restoran piza Itali yang sebelumnya telah digunakan oleh individu yang terjangkit.

Kontak kasual iaitu berselisihan dengan pesakit pada bulan dan musim yang sesuai untuk virus disebarkan menerusi kontak kasual: Bulan yang sesuai adalah Januari, Februari dan Mac bagi hemisfera utara?


Virus boleh menular dengan efektif pada suhu persekitaran yang sesuai. Suhu di Wuhan yang dingin dek berada dalam musim sejuk pada hujung Disember, Januari dan Februari adalah sesuai untuk Covid-19 menular dan mengganas.


Jalur Covid-19


Jarak 3 negara tadi dari pusat pemula wabak iaitu Wuhan adalah tidak sama: Korea adalah jiran paling hampir, Iran adalah jiran yang agak jauh dan Itali adalah jiran yang paling jauh.


Peta taburan jangkitan Covid-19 di bawah ini menampakkan titik-titik merah yang menonjol iaitu di USA, Korea Selatan, Wuhan, Iran dan Itali berada dalam satu jaluran. Jaluran ini bolehlah dinamakan sebagai Jalur Covid-19 Dunia


Jalur COVID 19 dunia

Jalur COVID 19 dunia merentasi beberapa negara


Latitud


Berikut adalah latitud bagi kawasan yang teruk dilanda Covid-19:


Wuhan iaitu pusat pemula wabak terletak pada latitud 30o utara.


Seoul Korea Selatan iaitu jiran terdekat terletak pada kedudukan 38o utara.


Teheran Iran 36o utara.


Rome Itali 42o utara.


Tokyo Japan 36o utara.


Washington USA 48o utara.


Meskipun USA, Iran dan Itali berada jauh daripada Wuhan tetapi mereka masih berada dalam lingkungan latitud 30o-50o utara iaitu berada dalam Jalur Covid-19.


Ini menunjukkan negara-negara yang berada pada latitud yang hampir sama dengan latitud Wuhan adalah cenderung untuk menunjukkan wabak berskala seumpama Wuhan.


Oleh kerana Korea, Iran, USA dan Itali berada pada kedudukan geografi lebih ke utara daripada Wuhan maka suhu yang sesuai untuk penularan mendatangi mereka adalah lebih lambat daripada Wuhan. Makanya bila wabak di Wuhan sedang memuncak wabak di 4 negara tadi baru nak bermula dan bila wabak Wuhan berada di penghujung, mereka berempat itu baru nak memuncak.


Yang sedikit menghairankan adalah Rusia yang seolah-olah tidak memberikan ruang untuk gelombang Covid-19 melanda. Semua ini ada kaitan dengan suhu persekitaran. Rusia yang berada pada latitud 62o utara adalah terlalu jauh daripada Jalur Covid-19. Suhu dari Disember-Mac di negara berkenaan adalah terlalu sejuk untuk virus 2019-nCoV menular secara berkesan. Makanya Rusia hanya merekodkan beberapa kes saja.


Pancaran matahari


Pancaran matahari mempunyai banyak keistimewaan termasuklah pancaran lembayung ungunya yang dapat memusnahkan virus. Rekod menunjukkan pada 21 Disember 2019 pancaran matahari berada di kedudukan paling selatan dan keadaan ini dinamakan solstis musim panas selatan.


Bila pancaran matahari berada paling jauh daripada Wuhan pada 21 Desember 2019 ia memberikan Wuhan musim sejuk. Malangnya, musim sejuk tersebut adalah peluang terbaik bagi 2019-nCoV memulakan serangan tanpa ada ancaman letal daripada pancaran matahari yang pada ketika itu berada paling jauh daripada Wuhan.


Selepas 21 Disember pancaran matahari telah beransur-ansur bergerak ke utara iaitu menghampiri Wuhan. Bila pancaran matahari berada di ekuator dalam bulan Mac 2020 dan menjadikan suhu di Wuhan semakin menaik hingga menyukarkan virus untuk terus menular dan dengan itu penurunan kes dapat disaksikan dalam bulan Mac.


Cumanya bila Wuhan semakin panas susulan pancaran matahari berada di ekuator namun USA, Korea, Iran dan Itali yang berada di latitud lebih tinggi adalah masih lagi dingin dan situasi itu membolehkan Covid-19 memulakan gelombang kedua di negara-negara berkenaan.


Soalan tambahan


1. Kenapa Covid-19 lebih banyak dihidapi oleh golongan dewasa? Soalan ini boleh dijawab berdasarkan kajian epidemiologi. Kajian mendapati Covid-19 berjangkit menerusi makanan eksotik dan makan separa masak. Ia juga berjangkit di dalam pejabat, di tempat kerja bukan berupa pejabat, dalam perjumpaan sosial, dalam bilik mesyuarat, dalam upacara-upacara, majlis-majlis, hospital-hospital dan tempat-tempat awam. Kesemua yang disebutkan itu banyak kaitannya dengan orang dewasa.

2. Apakah negara-negara yang berada di luar garisan latitud 30o-50o utara yakni di luar Jalur Covid-19 tidak akan terkesan? Kalau apa yang ada setakat ini dijadikan panduan maka meskipun berlaku penularan tetapi skala yang bakal dialami sepatutnya jauh lebih kecil daripada apa yang ada di Wuhan.

3. Apa selepas ini? Ekuinoks yakni pancaran matahari berada tegak di atas kepala di ekuator akan hadir pada 20 Mac 2020. Ia dijangkakan bakal memusnahkan apa jua virus dan mikrob yang berlegar-legar di luar sana kecuali virus dan mikrob yang bersembunyi di dalam hutan-hutan konkrit yang berhawa dingin dan sedingin suhu di Wuhan pada musim sejuk.


Statistik Pandemik Covid-19


Jumlah Kumulatif Global


Jangkitan setakat 11/3/2020:


118,326 Sorry, your browser does not support inline SVG.

Maut setakat 11/3/2020:


4292 Sorry, your browser does not support inline SVG.

Risiko Pandemik


1. China: Risiko Sangat Tinggi
2. Asia: Risiko Sangat Tinggi
3. Global: Risiko Sangat Tinggi

China


Jangkitan (setakat 12 Mac 2020): 80,981

Maut (setakat 12 Mac 2020): 3,173


Luar China


Jangkitan (setakat 12/3/2020): 44,067

Maut (setakat 12/3/2020): 1440


Fakta Tambahan


1. Kementerian Kesihatan mengesahkan kes COVID-19 setakat 10 Mac 2020 adalah seramai 129 orang.

2. Itali meletakkan 16juta rakyatnya dalam situasi kuarantin.

3. Iklim di Iran adalah unik: meskipun musim panas bakal tiba namun tiupan angin sejuk dari Rusia mampu mengekalkan kedinginan seolah-olah mampu memanjangkan musim sejuk di situ.

4. Dalam kita memberikan tumpuan kepada Covid-19, jangan pula dilupakan isu yang tidak kurang pentingnya dalam bulan Mac iaitu pencegahan strok haba.


Last-Modified: Wednesday, 16 March 2021 20:56:34 GMT


Home🏠

Covid-19: Kenapa Iran Dan Kenapa La Ni?

Oleh Infomedikini


W
HO telah pada 11hb Mac, 2020 mengisytiharkan Covid-19 sebagai sebuah pandemik. Setakat ini terdapat 3 buah negara di luar Tanah Besar China yang mana jumlah jangkitan Covid-19 telah melepasi angka 1000 dan mereka adalah Korea Selatan, Iran dan Itali:

1. Korea Selatan setakat 11 Mac 2020: 7755 jangkitan; 60 maut.

2. Iran setakat 11 Mac 2020: 8042 jangkitan; 291 maut.

3. Itali setakat 11 Mac 2020: 10149 jangkitan; 631 maut.


Persoalannya adalah apakah yang memungkinkan ketiga-tiga negara berkenaan seolah-olah mengikuti jejak langkah Wuhan dalam konteks penularan Covid-19?


Penulis berasakan jawapan bagi persoalan tersebut ada kaitannya dengan faktor-faktor virus 2019-nCoV, latitud atau kedudukan setiap negara pada garisan lintang bumi dan kedudukan pancaran matahari dari bulan Disember 2019 hingga Mac 2020.


Faktor Virus


Koronavirus penyebab Covid-19 adalah tidak tersebar dengan mudah di udara sebagaimana virus influenza namun koronavirus tersebut masih boleh tersebar menerusi semua jenis kontak:


1. Kontak rapat iaitu keberadaan dalam jarak 1-3 meter daripada individu yang dijangkiti seperti tinggal serumah atau duduk bersebelahan dengan penular dalam rumah, bangunan majlis, acara dan upacara.

2. Kontak lansung seperti menyentuh pesakit atau tanpa sedar bersentuhan tangan dan bersentuhan pipi dengan penular.

3. Kontak perkakasan: contohnya adalah penggunaan meja makan dalam restoran piza Itali yang sebelumnya telah digunakan oleh individu yang terjangkit.

4. Kontak kasual iaitu berselisihan dengan pesakit pada bulan dan musim yang sesuai untuk virus disebarkan menerusi kontak kasual: Bulan yang sesuai adalah Januari, Februari dan Mac bagi hemisfera utara?


Virus boleh menular dengan efektif pada suhu persekitaran yang sesuai. Suhu di Wuhan yang dingin dek berada dalam musim sejuk pada hujung Disember, Januari dan Februari adalah sesuai untuk Covid-19 menular dan mengganas.


Latitud


Jarak 3 negara tadi dari pusat pemula wabak iaitu Wuhan adalah tidak sama: Korea adalah jiran paling hampir, Iran adalah jiran yang agak jauh dan Itali adalah jiran yang paling jauh.


Peta taburan jangkitan Covid-19 di bawah ini menampakkan titik-titik merah yang menonjol iaitu di USA, Korea Selatan, Wuhan, Iran dan Itali berada dalam satu jaluran. Jaluran ini bolehlah dinamakan sebagai Jalur Covid-19 Dunia.


Jalur COVID 19

Jalur COVID 19 dunia


Berikut adalah latitud bagi kawasan yang teruk dilanda Covid-19:


1. Wuhan iaitu pusat pemula wabak terletak pada latitud 30o utara.

2. Seoul Korea Selatan iaitu jiran terdekat terletak pada kedudukan 38o utara.

3. Teheran Iran 36o utara.

4. Rome Itali 42o utara.

5. Tokyo Japan 36o utara.

6. Washington USA 48o utara.


Meskipun USA, Iran dan Itali berada jauh daripada Wuhan tetapi mereka masih berada dalam lingkungan latitud 30o-50o utara iaitu berada dalam Jalur Covid-19.


Ini menunjukkan negara-negara yang berada pada latitud yang hampir sama dengan latitud Wuhan adalah cenderung untuk menunjukkan wabak berskala seumpama Wuhan.


Oleh kerana Korea, Iran, USA dan Itali berada pada kedudukan geografi lebih ke utara daripada Wuhan maka suhu yang sesuai untuk penularan mendatangi mereka adalah lebih lambat daripada Wuhan. Makanya bila wabak di Wuhan sedang memuncak wabak di 4 negara tadi baru nak bermula dan bila wabak Wuhan berada di penghujung, mereka berempat itu baru nak memuncak.


Yang sedikit menghairankan adalah Rusia yang seolah-olah tidak memberikan ruang untuk gelombang Covid-19 melanda. Semua ini ada kaitan dengan suhu persekitaran. Rusia yang berada pada latitud 62o utara adalah terlalu jauh daripada Jalur Covid-19. Suhu dari Disember-Mac di negara berkenaan adalah terlalu sejuk untuk virus 2019-nCoV menular secara berkesan. Makanya Rusia hanya merekodkan beberapa kes saja.


Pancaran matahari


Pancaran matahari mempunyai banyak keistimewaan termasuklah pancaran lembayung ungunya yang dapat memusnahkan virus. Rekod menunjukkan pada 21 Disember 2019 pancaran matahari berada di kedudukan paling selatan dan keadaan ini dinamakan solstis musim panas selatan.


Bila pancaran matahari berada paling jauh daripada Wuhan pada 21 Desember 2019 ia memberikan Wuhan musim sejuk. Malangnya, musim sejuk tersebut adalah peluang terbaik bagi 2019-nCoV memulakan serangan tanpa ada ancaman letal daripada pancaran matahari yang pada ketika itu berada paling jauh daripada Wuhan.


Selepas 21 Disember pancaran matahari telah beransur-ansur bergerak ke utara iaitu menghampiri Wuhan. Bila pancaran matahari berada di ekuator dalam bulan Mac 2020 dan menjadikan suhu di Wuhan semakin menaik hingga menyukarkan virus untuk terus menular dan dengan itu penurunan kes dapat disaksikan dalam bulan Mac.


Cumanya bila Wuhan semakin panas susulan pancaran matahari berada di ekuator namun USA, Korea, Iran dan Itali yang berada di latitud lebih tinggi adalah masih lagi dingin dan situasi itu membolehkan Covid-19 memulakan gelombang kedua di negara-negara berkenaan.


Soalan tambahan


1. Kenapa Covid-19 lebih banyak dihidapi oleh golongan dewasa? Soalan ini boleh dijawab berdasarkan kajian epidemiologi. Kajian mendapati Covid-19 berjangkit menerusi makanan eksotik dan makan separa masak. Ia juga berjangkit di dalam pejabat, di tempat kerja bukan berupa pejabat, dalam perjumpaan sosial, dalam bilik mesyuarat, dalam upacara-upacara, majlis-majlis, hospital-hospital dan tempat-tempat awam. Kesemua yang disebutkan itu banyak kaitannya dengan orang dewasa.


2. Apakah negara-negara yang berada di luar garisan latitud 30o-50o utara yakni di luar Jalur Covid-19 tidak akan terkesan? Kalau apa yang ada setakat ini dijadikan panduan maka meskipun berlaku penularan tetapi skala yang bakal dialami sepatutnya jauh lebih kecil daripada apa yang ada di Wuhan.


3. Apa selepas ini? Ekuinoks yakni pancaran matahari berada tegak di atas kepala di ekuator akan hadir pada 20 Mac 2020. Ia dijangkakan bakal memusnahkan apa jua virus dan mikrob yang berlegar-legar di luar sana kecuali virus dan mikrob yang bersembunyi di dalam hutan-hutan konkrit yang berhawa dingin dan sedingin suhu di Wuhan pada musim sejuk.


Jumlah kumulatif kes pandemik Covid-19:


Jangkitan setakat 10/3/2020:


113 702 Sorry, your browser does not support inline SVG.

Maut setakat 10/3/2020:


4012 Sorry, your browser does not support inline SVG.

Sifat-sifat terkini Covid-19:


1. Kovid-19 tidak menular sepantas dan secekap flu.

2. Hanya pesakit berpotensi menularkan Kovid-19.

3. Penyakit Kovid-19 lebih teruk daripada influenza.

4. Belum ada ubat dan vaksin.

5. Penularan boleh di bendung.

*Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia


Tahap Risiko Tetapan WHO:


1. China: Risiko Sangat Tinggi

2. Asia: Risiko Sangat Tinggi

3. Global: Risiko Sangat Tinggi


Jumlah jangkitan Covid-19 dunia:

China -
Hubei -
Jangkitan - 67743
Maut - 3007

Luar Hubei -
Jangkitan - 13,161
Maut - 116


Luar China -
Jangkitan setakat 10/3/2020 - 32 778
Maut setakat 10/3/2020 - 872


Catatan:


1. Kementerian Kesihatan mengesahkan kes COVID-19 setakat 10 Mac 2020 adalah seramai 129 orang.

2. Itali meletakkan 16juta rakyatnya dalam situasi kuarantin.

3. Iklim di Iran adalah unik: meskipun musim panas bakal tiba namun tiupan angin sejuk dari Rusia mampu mengekalkan kedinginan seolah-olah mampu memanjangkan musim sejuk di situ.

4. Dalam kita memberikan tumpuan kepada Covid-19, jangan pula dilupakan isu yang tidak kurang pentingnya dalam bulan Mac iaitu pencegahan strok haba.


Last-Modified: Wednesday, 17 March 2021 22:56:34 GMT


Kedudukan Terkini Gelombang Kedua Covid-19

Pandemik Covid-19


1. 4 lagi negara baru setakat 4 Mac 2020 iaitu Argentine, Chile, Poland dan Ukraine telah mencatatkan adanya kes positif Covid-19 di negara mereka.


2. 5 lagi Covid-19 kategori penularan setempat dikesan di Malaysia hari ini menjadikan jumlah kes 55.


3. Amerika mencatatkan kes kematian ke 11 akibat jangkitan Covid-19 di California.


4. Jumlah kematian di Iran terus meningkat kepada 92 dan wabak Covid-19 kini telah menular ke hampir keseluruh kawasan di Iran.


1. Jumlah Kumulatif Global


1.1. Jangkitan:

93,090 Sorry, your browser does not support inline SVG.

1.2. Maut:


3,198 Sorry, your browser does not support inline SVG.

2. Sifat-sifat Terkini:

2.1. Kovid-19 tidak menular sepantas dan secekap flu.

2.2. Hanya pesakit berpotensi menularkan Kovid-19.

2.3. Penyakit Kovid-19 lebih teruk daripada influenza.

2.4. Belum ada ubat dan vaksin.

2.5. Penularan boleh di bendung.


*Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia

3. Tahap Risiko Tetapan WHO


3.1. Asia: Risiko Sangat Tinggi

3.2. Global: Risiko Sangat Tinggi


China


Hubei

Jangkitan: 67732

Maut: 2871


Luar Hubei

Jangkitan: 13,090

Maut: 113


Dari 3-4 Mac 2020 China hanya merekodkan 120 kes baru dan 38 kematian. Sedangkan di luar China terdapat 48 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh tarikh yang sama.


Asia


Negara Kes Maut
Korea S 5328 32
Japan 284 6
Singapore 110 0
Vietnam 16 0
India 6 0
Malaysia 50 0
Thailand 43 1
Iran 2336 77
Indonesia 2 0
Kuwait 56 0
S Lanka 1 0
Iran 1501 66
Kuwait 56 0
Bahrain 49 0
Iraq 31 0
UAE 27 0
Lebanon 13 0
Qatar 8 0
Oman 12 0
Pakistan 5 0
Egypt 2 0
D Princess 706 6


Eropah:


Negara Kes Maut
Italy 2502 80
France 212 4
Germany 196 0
Spain 151 0
USA 108 6
UK 51 0
Canada 30 0
Australia 43 1
Ecuador 7 0
Mexico 5 0
Brazil 2 0
Rep Romanika 1 0
Argentina 1 0
Chile 1 0
Algeria 5 0
Nigeria 1 0
Senegal 1 0
Switzerland 37 0
Norway 32 0
Austria 24 0
Netherlands 28 0
Sweden 24 0
Iceland 16 0
Israel 12 0
Croatia 9 0
Belgium 8 0
San Marino 10 1
Finland 7 0
Greece 7 0
Denmark 5 8 0
Azerbaijan 3 0
Czechia 5 0
Georgia 3 0
Romania 4 0
Rusia 3 0
Portugal 2 0
Andorra 1 0
Armenia 1 0
Belarus 1 0
Estonia 2 0
Ireland 2 0
Latvia 1 0
Lithuania 1 0
Luxembourg 1 0
Monaco 1 0
Macedonia 1 0
Poland 1 0
Ukraine 1 0


Catatan:


1. Kementerian Kesihatan mengesahkan 14 lagi kes COVID-19 dan semuanya ialah kontak rapat dengan kes ke-26.


2. Jumlah kes positif harian di Hubei menunjukkan trend menurun


3. Bilangan Kes positif di Luar China menunjukkan trend menaik


Last-Modified: Wed, 9 Dec 2020 08:00:00 GMT


Home🏠

Pandemik Kovid-19: Catatan Dan Dapatan 4 Mac 2020


Pandemik Covid-19:

Jumlah Kumulatif Kes Global:


1. Jumlah Jangkitan:
88,948 Sorry, your browser does not support inline SVG.

2. Jumlah Kematian:
3,043 Sorry, your browser does not support inline SVG.

Sifat-sifat Terkini:


1. Kovid-19 tidak menular sepantas dan secekap flu.

2. Hanya pesakit berpotensi menularkan Kovid-19.

3. Penyakit Kovid-19 lebih teruk daripada influenza.

4. Belum ada ubat dan vaksin.

5. Penularan boleh di bendung.

*Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Tahap Risiko Tetapan WHO:

China: Risiko Sangat Tinggi

Asia: Risiko Sangat Tinggi

Global: Risiko Sangat Tinggi

China:

1. Hubei:

Jangkitan: 67103

Maut: 2803

2. Luar Hubei:

Jangkitan: 13,071

Maut: 112

Luar China:

1. Asia:


Negara Kes Maut
Korea S 4812 28
Japan 268 6
Singapore 108 0
Malaysia 29 0
Thailand 43 1
India 5 0
Indonesia 2 0
Nepal 1 0
S Lanka 1 0
Iran 1501 66
Kuwait 56 0
Bahrain 49 0
Iraq 26 0
UAE 21 0
Lebanon 13 0
Qatar 7 0
Oman 6 0
Pakistan 5 0
Egypt 2 0
Afghanistan 1 0
Morocco 1 0
Jordan 1 0
Saudi Arabia 1 0
Tunisia 1 0

Luar Asia:


Negara Kes Maut
Italy 2036 52
France 191 3
Germany 157 0
Spain 28 0
USA 64 2
Canada 27 0
Ecuador 6 0
Mexico 5 0
Brazil 2 0
Rep Romanika 1 0
Algeria 5 0
Nigeria 1 0
Senegal 1 0
UK 39 0
Switzerland 30 0
Norway 25 0
Austria 18 0
Netherlands 18 0
Sweden 15 0
Norway 25 0
Israel 10 0
Croatia 9 0
Iceland 9 0
San Marino 8 0
Belgium 8 0
Finland 7 0
Greece 7 0
Denmark 5 5 0
Azerbaijan 3 0
Czechia 3 0
Georgia 3 0
Romania 3 0
Rusia 3 0
Portugal 2 0
Andorra 1 0
Armenia 1 0
Belarus 1 0
Estonia 1 0
Ireland 1 0
Latvia 1 0
Lithuania 1 0
Luxembourg 1 0
Monaco 1 0
Macedonia 1 0

Catatan:


1. Kementerian Kesihatan mengesahkan 14 lagi kes COVID-19 dan semuanya ialah kontak rapat dengan kes ke-26.


2. Jumlah kes positif harian di Hubei menunjukkan trend menurun


3. Bilangan Kes positif di Luar China menunjukkan trend menaik


Kemaskini: Mei 20, 2020

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

AKAN DATANG

Animasi elektromagnetik dan fotoelektrik: artikel mengenai foton dan perubatan akan muncul tak lama lagi.

Efek Fotoelektrik

Oleh Infomedikini

Anod Katod - + Wayar Bateri Meter Amp Ulang

Animasi fotoelektrik

Animasi penjanaan X-ray

Oleh Infomedikini

Pecutan elektron Elektron Nukleus X-ray Ulang Maaf, browser anda tidak menyokong SVG
Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri