Fobia Keluar Rumah Dan Obses Cuci Tangan Sekat Gelombang Ketiga COVID-19

Oleh Infomedikini


M
eskipun ekuinoks berlaku dikhatulistiwa tetapi kebaikannya melimpah kepada China. China telah mencatatkan tiada penularan setempat kes COVID-19 selama 3 hari berturut-turut bersempena dengan kejadian ekuinoks ini. Di lihat dari segi usaha bolehlah dikatakan negara berkenaan telah berjaya membendung penularan COVID-19 dalam tempoh 2 bulan 22 hari sejak wabak bermula pada penghujung bulan Disember 2019.

virus skematik

Imej SARS-CoV-2 iaitu nama terkini bagi virus COVID-19.


peta taburan COVID-19

Peta sebaran Pandemik COVID-19.


Namun apa yang dikecapi oleh China tidak dikecapi oleh lain-lain negara. Bilangan jangkitan COVID-19 di serata dunia terutama di luar China masih menunjukkan trend yang menaik. Jumlah kumulatif COVID-19 global adalah sebanyak 209,839 kes sementara jumlah kematian setakat ini adalah: 8,778 kes.


Kes Lokal


Adapun trend yang sama di luar China turut dikongsikan oleh negara ini. Jumlah kes positif di Malaysia melonjak naik sebanyak 153 kes lagi menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 1130.


Daripada jumlah tersebut 941 kes masih aktif, 87 kes telah sembuh, 26 kes masih perlukan rawatan intensif dan 8 orang maut. Data ini dijangkakan akan terus berubah dari sehari ke sehari.


Bila bilangan kes positif COVID-19 terus bertambah daripada awalnya melibatkan satu negeri memjadi dua negeri dan seterusnya semua negeri telah memiliki kluster mereka sendiri dan kalau sekiranya jalinan jangkitan ini tidak diputuskan ia boleh mencetuskan gelombang seterusnya yang lebih besar magnitudnya.


Untuk itu pilihan yang paling berkesan adalah dengan menyekat kemasukan, keberadaan, pergerakan, percampuran dan sentuhan dalam kalangan masyarakat. Cumanya sekatan sebegini sukar mencapai sasaran kalau dibuat secara sukarela.


PKP


Justeru rakyat kini dituntut oleh undang-undang supaya menyekat diri daripada keluar rumah atau tempat kediaman kecuali untuk pergi ke tempat kerja, premis perniagaan atau pusat rawatan yang dibenarkan. Tujuannya adalah bagi mengurangkan secara drastik dan signifikan akan bilangan individu di luar sana kalau boleh sehingga 100%.


Impak yang disasarkan daripada sekatan perjalanan adalah supaya rakyat tidak lagi berpusu-pusu, bersesak-sesak, berkumpul-kumpul, berasak-asak, berhimpit-himpit, berlaga-laga bahu dan bersentuh-sentuhan secara fizikal. Jika semua ini dapat dicapai maka risiko bagi mereka yang sihat untuk terkena jangkitan dapat diminimumkan dan peluang untuk mereka yang ada jangkitan agar tidak menularkannya dapat di maksimumkan.


Sekatan ini diperlukan kerana di luar sana sudah ada virus yang ganas lagi letal iaitu virus yang identiti terkininya dikenali sebagai SARS-CoV-2. Ia adalah penyebab bagi pandemik yang ada sekarang ini iaitu Pandemik COVID-19.


Virus ini disebarkan oleh individu yang telah dijangkiti tanpa dia menyedari tentang hal itu. Virus ini disebarkan dalam titisan cecair bila individu tersebut bersin, batuk dan meludah. Susulan daripada itu virus akan terapung-terapung di udara atau terdampar di atas apa jua permukaan-permukaan.


Fobia


Selain daripada cara itu virus boleh juga dipindahkan kepada benda-benda, perkakasan atau permukaan-permukaan yang disentuh atau dipegang oleh individu yang terjangkit yang tidak mengamalkan etika batuk, bersin dan meludah dan dalam masa yang sama tidak mencuci tangan dengan betul atau tidak menggunakan bahan pensanitasian.


Dengan itu, dalam situasi sekarang adalah lebih baik timbulkan perasaan fobia dalam diri kita bila berada di luar sana. Fobia untuk berada atas jalan raya dan pejalan kaki yang mana permukaannya telah terdampar berjuta-juta virus.


Seterusnya fobia untuk duduk di atas kerusi yang terpalit dengan virus. Fobia untuk berada dalam bangunan yang mana udaranya di cemari oleh apungan-apungan virus. Fobia untuk menggunakan tandas awam. Fobia untuk menyentuh apa saja produk atau peralatan atau tombol atau papan kekunci yang dilekati oleh virus.


Wang kertas dan syiling adalah antara benda-benda yang mudah dicemari oleh kuman atas sebab ianya acap kali berpindah dari satu tangan ke tangan yang lain. Waima wang kertas yang keluar dari mesin ATM belum tentu wang kertas keluaran terbaharu.


Amalan yang betul dalam situasi pandemik adalah mencuci tangan setiap kali selepas memegang atau terpegang sesuatu yang dicemari virus termasuklah wang kertas dan syiling. Tak mengapalah kalau ada perasaan obsesi yang kuat ketika ini asalkan tangan kita sentiasa bebas dari COVID-19.


Cumanya satu yang perlu disedari adalah di luar sana tiada ruang untuk mencuci tangan dengan air dan sabun selama 20 saat kerana ia akan menjadikan tandas awam dan tempat mencuci tangan dibarisi oleh individu yang menunggu giliran justeru kaedah paling praktikal adalah menggunakan pensanitasi tangan.


Namun meskipun semua langkah sudah di ambil bagi mengelak terkena virus, ia bukanlah jaminan tiada virus yang akan dibawa pulang sama ada yang terlekat di badan, pakaian atau bersama-sama dengan barang-barang yang diperoleh di luar sana.


Virus yang terlekat pada pakaian boleh ditanggal bila diputar dalam mesin basuh. Sementara virus yang terkena pada badan akan tertanggal dengan menggunakan sabun ketika mandi. Persoalannya adalah bagaimana mahu memusnahkan virus yang terlekat pada wang kertas dan syiling?


Apa yang diketahui adalah dalam peringkat institusi wang kertas boleh menjalani proses nyahkuman dengan menggunakan kedah yang kompleks tetapi tidak sesuai untuk dilakukan di rumah.


Dalam konteks wang kertas dan wabak, WHO berpandangan bahawa wang kertas dan syiling mampu menjadi alat penularan wabak. Kajian pula mendapati wang kertas boleh dicemari oleh lebih daripada 30 jenis kuman. Ini bermakna sekeping wang kertas yang terdampar virus di atasnya boleh membuatkan individu yang memegangnya dijangkiti dan jangkitan itu boleh menular selagi wang itu berpindah tangan.


Sememangnya terdapat beberapa cadangan di internet bagi melakukan proses nyahkuman pada wang kertas cumanya apa yang didapati ialah keberkesanan proses itu adalah berkadar songsang dengan pengekalan integriti wang kertas itu sendiri. Maksudnya ialah lagi kuat bahan nyah kuman maka lagi banyaklah ciri-ciri sekuriti yang akan dirobek.


Dan penggunaan agen nyahkuman pada satu tahap maksima bukan saja bakal menanggalkan tanda pengenalan wang kertas malah bakal memusnahkan ciri-ciri sekuriti dan boleh mengakibatkan wang kertas ditolak oleh mesin penyimpanan wang.


Sesungguhnya ini adalah waktu yang sukar, tertekan, bosan, merugikan dan sebagainya namun bila dunia dilanda pandemik semua itu perlu dianggap satu kemestian, tidak dapat dielakkan dan wajib direlakan kerana 'mencegah lebih baik dari merawat' telah menjanjikan banyak kebaikan di akhirya.


Kepatuhan Berbaloi


Akhir kata, ini adalah peluang sekali dalam seumur hidup untuk akur, menyekat diri sendiri, berkorban dan dalam masa yang sama mempraktikkan sesuatu yang mana hasilnya dapat memberikan kebaikan merentasi batas dan sempadan. Paling tidak dapat dilupakan nanti adalah semua kebaikan itu dapat dilihat impak positifnya dalam waktu yang singkat. Harap-harapnya dalam tempoh kurang daripada 2 bulan 22 hari.


Last-Modified: Wednesday, 22 December 2021 17:56:34 GMT


Home🏠

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

AKAN DATANG

Animasi elektromagnetik dan fotoelektrik: artikel mengenai foton dan perubatan akan muncul tak lama lagi.

Efek Fotoelektrik

Oleh Infomedikini

Anod Katod - + Wayar Bateri Meter Amp Ulang

Animasi fotoelektrik

Animasi penjanaan X-ray

Oleh Infomedikini

Pecutan elektron Elektron Nukleus X-ray Ulang Maaf, browser anda tidak menyokong SVG
Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri