Bila Encik Centric Tersepit Di Antara Uncle Sam Dan Tembok Besar, Who Cares?

Bidalan berupa 'mencegah lebih baik dari merawat' adalah relevan untuk dipakaikan kepada banyak jenis penyakit berjangkit dan juga penyakit tidak berjangkit terutamanya yang memudaratkan. Malahan bidalan ini teramatlah terpakai bagi penyakit-penyakit dalam kategori pandemik.


Pandemik global berimpak luar biasa bukanlah acap kali berlaku. Kali terakhir pandemik sebegitu turun menjenguk bumi adalah 100 tahun yang lampau iaitu pada awal kurun ke-20. Ia dikenali sebagai Pandemik Flu 1918.


Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003 adalah pandemik pertama bagi kurun ke-21. Meskipun saiznya adalah kecil iaitu lebih kurang 8,000 kes di serata dunia tetapi kadar mortaliti SARS adalah agak tinggi dan menggerunkan iaitu setinggi 10%.


Justeru bila berbicara tentang pandemik, perkataan pandemik itu saja sudah cukup untuk menerbitkan perasaan gerun. Namun aspek yang paling menggerunkan adalah impak langsung dan impak tidak lansung susulan daripada pandemik ini nanti iaitu magnitudnya mungkin mencecah paras yang tidak pernah dicecah sebelum ini.


Kalau itulah hal dan magnitudnya maka bidalan di atas bukan saja perlu dipakai bagi sebuah pandemik bahkan ianya perlu sangat dipakai secara berterusan dan tanpa gagal.


Sesuatu yang bertumbuh mudah dipatah-patahkankan ketika ianya masih lagi rapuh iaitu di peringkat percambahan sebaliknya ia sukar pula dipatah-patahkan sesudah menjadi keras seperti sebatang pokok.


Tidak dinafikan betapa sukarnya untuk mengintip kehadiran sebutir virus sebelum adanya penggandaan. Ia adalah sama seperti kesukaran mencari sebutir planet biru dalam sebuah galaksi namun teramatlah berbaloi bila ada kejayaan.


Melihat kepada apa yang telah pandemik ini lakukan adalah berbaloi untuk menjarakkan bumi daripada ambang pandemik. Lebih berbaloi bila bumi dapat ditarik daripada terjerumus ke dalam fasa kegerunan yang tidak pernah dilihat dan dilalui sebelumnya.


Mencegah lebih baik dari merawat bagi pandemik bukanlah mustahil dicapai. Sifat-sifat pandemik itu sendiri seolah-olah memberikan ruang dan peluang kepada kerangka pencegahan di susun dengan rapi. Sifat-sifat tersebut adalah seperti berikut:


Pandemik adalah seumpama percikan kecil api yang memulakan kebakaran hutan. Pengesanan awal adalah memudahkan kebakaran tersebut dipadamkan. Sebaliknya kebakaran yang marak merentasi sempadan adalah sukar dipadam.


1. Kemaraan awal pandemik adalah seumpama tiupan angin sepoi-sepoi basa. Dalam beberapa waktu barulah ia mara seperti Taufan Katrina. Sungguhpun membantai, ketibaannya bukanlah mendadak. Ianya didahului oleh tanda-tanda yang jelas iaitu dikenali sebagai eye of cyclone.


2. Kemunculan pandemik yang dibayangi ketelusan yang hilang tidaklah seperti filem The Pearl Harbor iaitu pihak yang diserang tidak sempat berbuat apa yang perlu.


3. Kajian genom yang dilakukan oleh Universiti Cambridge menunjukkan Covid-19 sudahpun mendarat seawal bulan September 2019 lagi. Walhal maklumat terawal tentang virus ini pertama kali dimuat turun pada penghujung Disember 2019.


4. Kajian yang sama mendapati virus korona Wuhan berkesempatan melahirkan 2 generasi baru yang lebih pintar iaitu generasi B dan generasi C dalam tempoh beberapa minggu sahaja. Ini bermakna pandemik yang ada ini bukan dioperasikan oleh satu generasi virus korona tetapi 3 generasi.


Sifat-sifat pandemik di atas sepatutnya telah membuka banyak ruang dan peluang bagi ikhtiar pengesanan dan pembendungan awal ke atas epicenter (Wuhan) dilancarkan tanpa kompromi. Strateginya adalah jelas: nasi tidak boleh menjadi bubur, sesal dahulu dapatan sesal kemudian tidak berguna.


Sebaik saja virus generasi pertama melompat sempadan, nasi sudah jadi bubur. Hakikatnya tiada siapapun terduga bahawa nasi akan menjadi bubur. Lebih tidak terduga adalah kelahiran 2 generasi virus-virus pelapis.


Semua yang berjalan kini dirasakan semacam terhenti. Jalan ke depan dipenuhi ranjau berduri tetapi masih ada bubur yang menanti sementara jalan ke belakang langsung tidak menuju ke depan.


Meskipun jalan ke belakang menuju retrospektif dan tidak menuju ke depan namun di situ tersimpan gambaran tentang jalan yang sepatutnya dilalui di masa-masa yang mendatang.


Dilajakkan ke depan, jalan yang mahu dilalui biarlah menuju ke sebuah organisasi global rentas sempadan yang mempamerkan perisian dalaman seperti berikut:


  1. Neutral sepenuhnya.
  2. Tidak teragak-agak untuk menekan suis amaran sebaik sahaja tanda-tanda awal pandemik mula kelihatan.
  3. Ada taring yang cukup kuat untuk menutup mana-mana pintu sempadan yang memulakan epicenter pandemik.
  4. Sentiasa meletakkan kesihatan dan keselamatan global di tempat teratas.

Waima kedatangan taufan sekalipun ada tanda2 awal iaitu terbentuknyaEye of cyclone:

Mata taufan


Last-modified: Fri, 30 Sep 2022 16:00:00 GMT

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri


Kuiz Baru
Kuiz-33

Imej janaan di bawah adalah menyerupai kerlipan bintang-bintang di langit. Bintang-bintang ini mengeluarkan kerlipan dalam berbagai warna (biru, putih, merah dll.) Kenyataan yang benar mengenai warna-warna bintang adalah:


Kerlipan Bintang





Last-Modified: Thursday 30 September 2021 18:00:09 GMT

Kuiz-32

Imej di bawah adalah mesin pemekat oksigen yang mampu memekatkan oksigen dalam udara di sekeliling. Sebelum gas oksigen pekat di salurkan kepada pengguna, ia akan terlebih dahulu dialirkan ke dalam bekas plastik berisi air (anak panah biru). Tujuan gas oksigen dialirkan ke dalam air adalah untuk:


Pemekat oksigen





Last-Modified: Jumaat 24 September 2021 18:00:09 GMT

Kuiz-31

Imej bawah ini menggambarkan molekul-molekul gas iaitu Nitrogen (N2), oksigen (O2), Argon (Arg), helium (He), wap air, dll. yang terdapat dalam udara ambien. Semua molekul-molekul yang bergerak secara rawak. Kenyataan yang benar tentang gas-gas berkenaan adalah:


Ar
H2O
He
CO2
O2
N2





Last-Modified: Thursday, 30 September 2021 18:00:09 GMT


Diminati