Mungkinkah Asia Tenggara Pusat Tular Pandemik Selanjutnya?

Oleh: Infomedikini


W
abak koronavirus akan memasuki usia 9 bulan namun hingga kini tiada petunjuk yang ia akan ada penghujungnya. Ini sebahagiannya adalah disebabkan oleh virus tadi telah tersebar di segenap penjuru bumi hinggakan sukar bagi perjalanan antarabangsa untuk tidak melanjutkan usia pandemik yang melanda.

Maklumat tentang patogen


Dalam tempoh usianya itu banyak yang sudah dipelajari mengenai COVID-19 cumanya andaian bahawa virus ini melompat daripada haiwan kepada manusia adalah masih andaian.


Ini bermakna perumah perantara bagi patogen penyebab pandemik global hanyalah satu andaian dan masih lagi misteri.


image h/putih corona

Imej partikel COVID-19 dilihat bawah mikroskop elektron


Virus adalah mikrob halus yang bukan sahaja kecil-kecil cili api malah teramat licik. Ia mampu memperdayakan sel-sel yang dijangkiti supaya merelakan proses replikasi yakni penghasilan virus-virus baru.


image warna korona

Imej mikroskop elektron: partikel-partikel COVID-19 berwarna kuning muncul keluar daripada sel yang dijangkiti iaitu sel berwarna biru selepas menjalani replikasi.


Pertikel-partikel virus generasi pasca replikasi mampu menjangkiti lain-lain individu yang rentan. Kebolehan ini dinamakan R nought atau singkatannya adalah R0.


Kebolehan individu yang telah menghidapi COVID-19 untuk menjangkiti individu lain (R0) adalah diunjurkan berangka 3. Ini bermakna setiap individu yang terkena jangkitan adalah secara puratanya mampu menjangkiti 3 individu yang lain.


Realitinya R0 bukanlah tetap tetapi berubah-ubah berdasarkan jenis virus, mutasi dan beberapa faktor lain :


1. Virus yang mudah berjangkit seperti campak memiliki R0 yang agak tinggi iaitu sekitar 12-15.

2. Mutasi memberikan virus lebih banyak keupayaan untuk disebarkan hingga ke tahap penyebaran super. 3. Nilai R0 bagi bandar-bandar seperti di UK adalah rata-ratanya 3 tetapi ada juga yang mencapai angka 15.


R naught


Skema R0: 3-5 bermakna individu yang terkena jangkitan boleh menjangkiti sama ada 3, 4 atau 5 individu lain.


Wabak boleh berakhir bila R0 berada bawah paras 1 secara konsisten. Pun begitu ia bukan mudah dicapai selagi epicenter atau pusat tular baru terus muncul silih berganti.


Sebaliknya bila kebolehan jangkitan adalah 1.1 dan lebih, graf jangkitan akan bertambah secara eksponen. Umumnya R0 yang lebih besar mampu menghasilkan wabak yang lebih besar dan sukar dibendung.


Pemerhatian dan dapatan


Pandemik ini adalah pengalaman baru yang sukar dan perlu diharungi jua. Apa jua kefahaman mengenainya tidak boleh disuntik sebaliknya perlu dipetik daripada laporan pihak berotoriti dan kajian yang dipaparkan di domain-domain awam:


1. Kes kumulatif global setakat ini sudah mencapai angka 20,207,011 dan bilangan yang maut adalah 739,898 namun belum kedengaran adanya harapan baru kecuali vaksin segera yang diumumkan di Rusia dan Remdesivir di AS.

2. Ibarat kecil jadi kawan dan besar jadi lawan: wabak yang lebih besar akan mengambil masa lebih lama untuk pulih berbanding wabak yang lebih kecil.

3. Wabak besar dan sukar ditangani di negara maju dan kaya adalah gambaran tentang kemakmuran dan kecanggihan bukanlah silver bullet dalam konteks menentang COVID-19.

4. Mana-mana penjuru bumi yang terus bergelut dengan pandemik COVID-19 adalah calon pusat tular baru kepada lain-lain penjuru yang terdedah kepada pergerakan antarabangsa.

5. Vaksin tidak semestinya 100% berkesan tetapi kehadirannya akan memudahkan kawalan ke atas penyakit berjangkit.

6. Tanpa antiviral dan vaksin, harapan untuk memutuskan rantaian jangkitan global adalah bersandarkan pendekatan kesihatan awam dan norma-norma baharu.

7. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, hayat COVID-19 adalah lebih panjang daripada bayangnya.

8. Tanpa 'peluru perak' yang dapat mematikan wabak dengan satu 'bidikan' peluang untuk kebiasaan lama mengambil kembali posisi yang asal adalah tipis.


Graf Pandemik


Sembilan bulan berlalu, rekod bagi kes positif harian tertinggi global adalah 296,937; rekod bagi jumlah maut harian adalah 9,759.


Sungguhpun lengkung graf global belum melakar puncak yang ketara, kecuraman cerunnya kebelakangan ini nampak sedikit berkurangan .


Ini bermakna meskipun pandemik global masih aktif, tindakan bersasar di beberapa negara telah membuahkan hasil.


lenkung globe

Graf kes harian pandemik COVID-19 global


Eropah adalah benua yang teruk dilanda wabak sesudah China. Graf pandemik mereka telahpun melepasi puncak tetapi cerunnya tidak menjunam turun sebaliknya kembali mendaki. Amerika Utara dan Selatan adalah benua yang paling teruk dilanda dan graf pandemik mereka masih curam.


lenkung Amer

Graf kes harian pandemik COVID-19 bagi Benua Amerika


lenkung Europe

Graf kes harian pandemik COVID-19 bagi Benua Eropah


Angka kumulatif bagi Mediterranean Timur (MT) dan Asia Tenggara (SEA) adalah hampir sama tetapi graf kedua-duanya adalah amat berbeza. Geraf MT sudah melepasi puncak dan cerunnya kini menuju garisan sifar. Sedangkan graf bagi SEA adalah berbentuk eksponen dan tipikal bagi sebuah pandemik yang menunjukkan gigi taringnya!


lenkung Mediterraneanp>

Graf kes harian pandemik COVID-19 bagi Mediterranean Timur


lenkung SEA

Graf kes harian pandemik COVID-19 bagi SEA


Pusat penularan baru


Apa signifikannya pemerhatian di atas itu dan apa isunya?


Kalau Asia Tenggara atau SEA adalah seumpama sebuah negara besar dengan nama singkatannya adalah AT dan anggota ASEAN adalah negeri-negeri yang terdapat di dalamnya maka berdasarkan graf di atas, gambarannya ialah meskipun ada negeri-negeri dalam AT berada dalam zon hijau dan kuning namun AT secara keseluruhannya adalah zon merah.


Sekiranya lengkung pandemik AT terus mendaki dengan kecerunan sedia ada, ia adalah 'bom jangka' yang boleh meletup bila sampai waktunya. Bila itu berlaku AT bakal menjadi pusat tular pandemik yang baru (harap-harap tidak). Cumanya bersediakah AT?


Last-Modified: Thursday, 30 December 2021 21:56:34 GMT

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri


Kuiz Baru
Kuiz-33

Imej janaan di bawah adalah menyerupai kerlipan bintang-bintang di langit. Bintang-bintang ini mengeluarkan kerlipan dalam berbagai warna (biru, putih, merah dll.) Kenyataan yang benar mengenai warna-warna bintang adalah:


Kerlipan Bintang





Last-Modified: Thursday 30 September 2021 18:00:09 GMT

Kuiz-32

Imej di bawah adalah mesin pemekat oksigen yang mampu memekatkan oksigen dalam udara di sekeliling. Sebelum gas oksigen pekat di salurkan kepada pengguna, ia akan terlebih dahulu dialirkan ke dalam bekas plastik berisi air (anak panah biru). Tujuan gas oksigen dialirkan ke dalam air adalah untuk:


Pemekat oksigen





Last-Modified: Jumaat 24 September 2021 18:00:09 GMT

Kuiz-31

Imej bawah ini menggambarkan molekul-molekul gas iaitu Nitrogen (N2), oksigen (O2), Argon (Arg), helium (He), wap air, dll. yang terdapat dalam udara ambien. Semua molekul-molekul yang bergerak secara rawak. Kenyataan yang benar tentang gas-gas berkenaan adalah:


Ar
H2O
He
CO2
O2
N2





Last-Modified: Thursday, 30 September 2021 18:00:09 GMT


Diminati