Proses Penghasilan Sinar-X Digambarkan Menerusi Animasi

Animasi Sinar-X Buatan Tersuai

Oleh Infomedikini

Pada 15 March 2024


A
da banyak video di laman maya berkaitan dengan penghasilan sinar-X namun rata-ratanya mengandungi diagram statik atau animasi separa.

Justeru bagi meningkatkan kefahaman terhadap subjek yang tersedia kompleks ini maka saya terpanggil untuk menghasilkan animasi sinar-X komprehensif.

Sinar-X

Apabila pancaran elektron dipacu ke arah atom seperti tungsten maka akan berlaku interaksi antara elektron yang dipancarkan dengan atom tungsten.

elektron dan atom

Hasil daripada interaksi tersebut adalah gelombang elektromagnet yang dikenali sebagai sinar-X. Terdapat 2 jenis sinar-X

  • Bremsstrahlung X-ray

  • Characteristic X-ray

Bremsstrahlung X-ray

Terbentuk bila pecutan elektron ke arah atom dibias dan diperlahankan oleh kuasa elektromagnet yang terdapat di dalam lingkungan orbit.

Adapun tenaga elektron yang berkurangan tidak hilang ke mana-mana sebaliknya ditukar kepada tenaga foton iaitu lebih dikenali sebagai X-ray. Video 1, Video 2 dan Video 3.

Video 1: Bremsstrahlung X-ray lemah

Pancaran elektron dibiaskan dan diperlahankan dalam orbit bertenaga rendah. Tenaga yang berkurangan daripada elektron yang memecut laju tetapi apabila terbias dan terperlahan akan bertukar menjadi foton berkuasa rendah.

Video 2: Bremsstrahlung X-ray sederhana

Pancaran elektron dibiaskan dan diperlahankan dalam orbit bertenaga sederhana tinggi. Tenaga yang berkurangan daripada elektron yang terbias dan terperlahan akan bertukar menjadi foton berkuasa sederhana.

Video 3: Bremsstrahlung X-ray kuat

Pecutan elektron dibiaskan dan diperlahankan dalam orbit bertenaga tinggi. Tenaga yang berkurangan daripada elektron yang memecut laju tetapi langsung terhenti akan bertukar menjadi foton berkuasa tinggi.

Characteristic X-ray

Terbentuk bila pancaran elektron yang memecut laju dan melanggar keluar elektron dari orbit sebelah dalam lalu menghasilkan satu kelompongan yang mampu menarik elektron dari orbit luar berpindah ke orbit sebelah dalam bagi mengisi kekosongan.

Perpindahan elektron dari orbit sebelah luar (paras tenaga tinggi) ke orbit sebelah dalam (paras tenaga rendah) akan diikuti dengan pembebasan tenaga dalam bentuk foton yakni sinar-X (X-ray). Video 4.

Video 4: Characteristic X-ray

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

AKAN DATANG

Animasi elektromagnetik dan fotoelektrik: artikel mengenai foton dan perubatan akan muncul tak lama lagi.

Efek Fotoelektrik

Oleh Infomedikini

Anod Katod - + Wayar Bateri Meter Amp Ulang

Animasi fotoelektrik

Animasi penjanaan X-ray

Oleh Infomedikini

Pecutan elektron Elektron Nukleus X-ray Ulang Maaf, browser anda tidak menyokong SVG
Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri