10 FAQ Relevan Berkaitan Prosedur Vaksinasi COVID 19 Dan Imuniti Kelompok


Vaksin COVID 19 adalah produk baru yang menggunakan pendekatan baru dalam penghasilannya. Ia mampu dikilangkan dan seterusnya memasuki pasaran dalam tempoh kurang daripada setahun.


Sesuatu yang baharu akan berdepan berbagai isu dan persoalan. Berikut adalah 10 frequently asked question atau singkatannya adalah FAQ yang mana jawapan baginya dapat mebantu individu dalam membuat keputusan:


**Klik petak jawapan bagi membuka laman jawapan

1. Kelulusan kepenggunaan kategori apakah yang diberikan kepada vaksin COVID 19?


Jawapan 1

Vaksin COVID 19 di mana jua telah diberikan kelulusan sementara dan bersyarat kategori EUA.



2. Apakah yang boleh difahami tentang EUA?


Jawapan 2

EUA atau Emergency Use Authorization atau Kebenaran Guna Kecemasan adalah kebenaran guna bagi produk seperti vaksin yang boleh dijadikan pelengkap dalam pengawalan sebuah wabak berbahaya sementelahan tiada bahan alternatif yang lebih sesuai dan berkesan ketika ini.



3.Kenapa bahu jadi pilihan utama sebagai lokasi suntikan vaksin?


Jawapan 3

Suntikan yang dilakukan ke bahu adalah lebih sopan dan selesa buat penerima vaksin berbanding paha dan punggung.



4. Hanya individu dalam lingkungan usia tertentu sahaja yang sesuai diberikan vaksin. Kenapa tidak yang lain?


Jawapan 4

Ujikaji vaksin adalah dilakukan terhadap ribuan penyertaan dan hanya melibatkan individu-individu dalam golongan usia tertentu makanya golongan seusia itu sahaja yang dianggap sesuai menggunakannya.


5. Kenapa vaksin perlu disuntik ke dalam otot dan tidak ke dalam lapisan lebih luar daripada itu?


Jawapan 5

Vaksin lebih mudah meresap ke dalam saluran darah apabila berada di dalam lapisan otot berbanding lapisan kulit atau lapisan subkutaneus.



6. Betulkah jarum perlu dicucuk secara tepat iaitu pada sudut 90 darjah ke dalam otot?



Jawapan 6

Jarum yang masuk secara tegak akan sampai ke dalam lapisan otot sementara jarum yang masuk secara condong mungkin tidak sampai kepada lapisan tersebut.


Suntikan yang dilaksanakan secara menegak adalah kurang mencederakan kulit dan otot dan dengan itu dapat mengurangkan rasa nyeri, lebam dan inflamasi susulan.



7. Perlukah picagari diaspirasi sebelum vaksin disuntik?



Jawapan 7

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit Amerika aspirasi bagi menguji sama ada terdapat darah atau tidak di dalam picagari (iaitu petunjuk bagi jarum tercucuk saluran darah) sebelum vaksin disuntik adalah pendekatan lama yang kini ditinggalkan.


Alasan untuk tidak melakukan aspirasi picagari ialah ketiadaan bukti yang ianya memberikan apa-apa kelebihan sebaliknya ia akan hanya memanjangkan durasi prosedur dan menambah kenyerian.



8. Apakah yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan ketidakselesaan dan kenyerian ketika vaksinasi?

Jawapan 8
  • Tenangkan diri dan lawan perasaan gugup.

  • Alihkan pandangan ke arah lain.

  • Minta tangguh sehingga sapuan alkohol kering.

  • Jangan gerakkan atau larikan bahu.

  • Minta jarum disuntik pada sudut 70 hingga 90 darjah.

  • Minta vaksin terus disuntik tanpa picagari diaspirasi.

  • Berikan tekanan ringan pada bahagian disuntik selama beberapa minit.


9. Setelah melengkapkan imunisasi apakah anda tidak lagi berpotensi menjadi penular wabak?


Jawapan 9

Setakat ini belum ada cukup data untuk disimpulkan.



10. Mampukah program imunisasi besar-besaran membuahkan imuniti kelompok dan seterusnya melindungi 30% populasi yang tidak mendapat vaksin?


Jawapan 10

Menurut Jabatan Statistik Malaysia peratusan populasi bawah 18 tahun ikut negeri adalah 22.9% hingga 33.8%.


Carta peratusan populasi berusia bawah 18 tahun bagi setiap negeri

Peratusan populasi bawah 18 tahun-Jabatan Statistik


Kalau kelayakan vaksinasi kekal bagi usia 18 tahun dan ke atas maka lebih daripada 30% populasi tidak akan menerimanya.


Justeru, untuk sampai kepada angka 70% populasi melengkapkan imunisasi COVID 19, setiap warga yang layak harus menggunakan sepenuhnya kelayakan tersebut.


Last-Modified: Wednesday, 5 January 2022 22:56:34 GMT

Ulasan

Terbaru

⬅Tatal ke kiri

AKAN DATANG

Animasi elektromagnetik dan fotoelektrik: artikel mengenai foton dan perubatan akan muncul tak lama lagi.

Efek Fotoelektrik

Oleh Infomedikini

Anod Katod - + Wayar Bateri Meter Amp Ulang

Animasi fotoelektrik

Animasi penjanaan X-ray

Oleh Infomedikini

Pecutan elektron Elektron Nukleus X-ray Ulang Maaf, browser anda tidak menyokong SVG
Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri