Kalkulator Ini Secara Proaktif Mengesan Ubat Yang Bakal Expired Agar Bekalan Tidak Terputus
Oleh: Infomedikini
Pada: 12 July 2022
Katakanlah anda berdepan situasi hipotetikal ini: Anda mendapat preskripsi beberapa jenis ubat-ubatan bagi berbagai jenis penyakit kronik untuk kegunaan selama 3 bulan. Ini bermakna anda akan mendapat sejumlah bekalan ubat yang banyak.
Memandangkan lawatan susulan anda adalah 3 bulan lagi, anda tentunya mahu pastikan bekalan ubat adalah mencukupi dan tidak ada yang akan melepasi Tarikh Habis Tempoh (Expiry Date).
Tarikh Habis Tempoh
Semua jenis ubat mempunyai Expiry Date atau Tarikh Habis Tempoh (THT) yang dicetak pada pembungkus seperti pada imej-1 dan imej-2.
Imej-1: THT dicetak guna dakwat.
Imej-2; THT dicetak menyerupai turisan.
Biasanya THT bagi satu jenis ubat dan ubat yang lain adalah tidak sama dan ubat yang diperoleh pada hari yang sama tidak semestinya mempunyai tarikh habis tempoh yang sama.
THT dalam imej 1 dan 2 adalah 08/2022 iaitu ubat yang terkandung dalam bungkusan tersebut boleh kali terakhir digunakan pada 31 Ogos 2022.
Pada 1 September 2022 dan seterusnya ubat ini akan melepasi THT dan sekiranya digunakan keberkesanannya tidak lagi optimum.
Justeru anda akan menyemak dos terakhir daripada bekalan ubat anda tadi agar tidak melepasi THT supaya tidak berlaku kekurangan ubat.
Dan kalau sekiranya bekalan ubat itu ada yang akan melepasi THT, anda akan kekurangan ubat. Anda perlu tahu berapa jumlah yang terkurang agar dapat ditampung supaya tidak terputus ubat.
Anda boleh dengan mudah mengira bilangan ubat ganti yang diperlukan secara manual kalau ubat yang terkesan adalah satu atau dua jenis sahaja. Kalau melibatkan banyak jenis ubat ia bukanlah kerja mudah.
Usah tercari-cari, sesungguhnya kalkulator di bawah ini "Kalkulator Bekalan Ubat Dan Tarikh Habis Tempoh (Expiry Date)" akan memudahkan kerja anda bila berdepan dengan situasi dihipotetikalkan di atas.
Kalkulator ini saya bina khusus bagi mengesan ketidak cukupan ubat kalau sekiranya ada ubat melepasi THT. Kekurangan tersebut dapat secara proaktif ditampung dengan ubat pengganti supaya pengambilannya akan berterusan.
Cara Guna
Anda cuma perlu masukkan tarikh semasa, THT, jumlah ubat yang ada, bilangan pil yang dimakan dan berapa kali sehari lalu tekan butang kira atau butang reset sekiranya ada kesilapan.
Kalkulator Bekalan Ubat Dan Tarikh Habis Tempoh (Expiry Date)
Oleh Infomedikini2u
Bila semua petak masukan diisi dan butang kira ditekan, anda akan mendapat 3 kumpulan jawapan yang berbeza dalam petak "dapatan" seperti dalam imej 4, 5 dan 6.
Semua ubat tidak akan melepasi tarikh habis tempoh guna.
Ada sebilangan ubat yang akan melepasi tarikh habis tempoh guna.
Semuanya telah luput
Home
Last-Modified: Teusday, 12 July 2022 22:09:56 GMT
Ulasan