Kategori Berat Badan Kanak-Kanak

Oleh Infomedikini

Pada 21/08/2026

Kategori berat badan kanak-kanak (2tahun hingga bawah 19tahun) tidak ikut kaedah pengiraan ke atas individu berusia 19tahun dan atas.

Bagi individu 19 tahun dan ke atas, nilai BMI diperlukan untuk kategorikan berat badan kepada kurus, normal, lebih berat atau obes.

Kanak-kanak juga di kategorikan kepada kurus, normal, lebih berat atau obes tetapi berdasarkan nilai percentile.

Percentile bukan peratusan. Percentile dalam konteks BMI adalah kedudukan BMI individu kanak-kanak dalam kalangan kanak-kanak sama jantina dan umur sebaya.

Nilai percentile boleh didapatkan dengan dua cara iaitu guna kalkulator atau secara manual.

Selain kalkulator BMI, carta 'BMI for age percentile' perlu ada untuk dapatkan nilai percentile kanak-kanak .

Nilai BMI boleh diperoleh dengan kalkulator BMI biasa -- kalkulator 2.

Kalkulator 2 akan dihubungkan dengan carta-carta BMI for age percentile -- imej 1

Imej 1 - 2 BMI for age percentile

Kiraan secara manual adalah leceh, renyah dan lengah. Justeru kaedah manual bukan lagi satu yang lazim.

Di sini penulis nak sajikan satu 'tool' yang mampu memudahkan dan percepatkan kaedah manual.

Adapun tool ini membolehkan pengalaman lalu di telusuri dengan pendekatan kontemporari agar terhasil satu pengalaman baharu.

Langkah-langkah

Masukkan data umur, jantina, tinggi dan berat dalam kalkulator di bawah dan tekan butang "Kira"

Anda boleh sahaja membuat kiraan hipotetikal dengan memasukkan angka-angka dalam lingkungan julat-julat berikut ini: Umur -- 2 hingga bawah 19 tahun; berat -- 10 hingga 90 kg; tinggi -- 90 hingga 185cm.

Kalkulator Kategori Berat Badan

Tahun
1. BMI (kg/m2):
2. Kategori:
Infomedikini2u

Imej 2: Kalkulator 2

Penjelasan mengenai output

Output adalah "Invalid" apabila input tidak realistik atau input adalah realistik tetapi outputnya terkeluar daripada julat yang realistik.

Output adalah "Invalid" kalau output terkeluar daripada julat yang realistik atau input dibiarkan kosong atau satu atau semua input adalah tidak realistik.

Sekian buat kali ini. Kalau ada pertanyaan atau kemusykilan gunakan link ke 'catat ulasan di bawah. Kalau ianya membantu dan bermanfaat sebarkanlah.

Last-Modified: Wed 1 Jul 2026 22:09:56 GMT

Home

Ulasan

Uji Minda

Kalau ada lapisan gelap dalam telefon mudah alih, klik ikon ini di sebelah atas kanan video

Tatal kiri: ada lagi video dalam mobil fon


Info Klinik

Makluman segera:

Pemeriksaan Kesihatan Pelajar; Mahasiswa/siswi

Walk-in sahaja. Tak perlu temujanji

Klinik akan dibuka pada Sabtu sekiranya ada permintaan untuk "medical check-ups"

Justeru siapa yang hendakkannya, boleh WhatssApp ke 01114317665 untuk tempahan temujanji

Sekiranya diperlukan kami ada:

Ujian urin glukosa/albumin

Ujian dadah dalam urin

Ujian darah dan X-ray

Keputusan adalah segera

Caj yang dikenakan:

Jauh dari harga kayangan

Hubungi: 05-4583175 untuk pertanyaan

Pemeriksaan berkaitan FOMEMA

Pemerikasaan darah dan X-ray dalam satu waktu dan dalam premis yang sama.

Waktu Operasi Harian Biasa:

Isnin hingga Jumaat

1. Sesi pagi: 8:00 pagi - 1:00 petang

2. Rehat: 1:00 petang - 3 petang

3. Sesi petang: 3:00 petang - 6:00 petang

Sabtu: Tutup

Ahad: Buka dari 2:00 petang - 6:00 petang

Cuti umum: Tutup


Terbaru

⬅Tatal ke kiri

Covid-19
Pandemik

⬅Tatal ke kiri