Kategori Berat Badan Kanak-Kanak
Oleh Infomedikini
Pada 21/08/2026
Kategori berat badan kanak-kanak (2tahun hingga bawah 19tahun) tidak ikut kaedah pengiraan ke atas individu berusia 19tahun dan atas.
Bagi individu 19 tahun dan ke atas, nilai BMI diperlukan untuk kategorikan berat badan kepada kurus, normal, lebih berat atau obes.
Kanak-kanak juga di kategorikan kepada kurus, normal, lebih berat atau obes tetapi berdasarkan nilai percentile.
Percentile bukan peratusan. Percentile dalam konteks BMI adalah kedudukan BMI individu kanak-kanak dalam kalangan kanak-kanak sama jantina dan umur sebaya.
Nilai percentile boleh didapatkan dengan dua cara iaitu guna kalkulator atau secara manual.
Selain kalkulator BMI, carta 'BMI for age percentile' perlu ada untuk dapatkan nilai percentile kanak-kanak .
Nilai BMI boleh diperoleh dengan kalkulator BMI biasa -- kalkulator 2.
Kalkulator 2 akan dihubungkan dengan carta-carta BMI for age percentile -- imej 1
Oleh kerana graf percentile dalam carta tidak sama bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan makanya 2 carta berlainan jantina diperlukan -- imej 1
<
Kiraan secara manual adalah leceh, renyah dan lengah. Justeru kaedah manual bukan lagi satu yang lazim.
Di sini penulis mahu sajikan satu 'tool' yang mampu memudahkan dan percepatkan kaedah manual.
Adapun tool ini membolehkan pengalaman lalu di telusuri dengan pendekatan kontemporari.
Langkah-langkah
Masukkan data umur, jantina, berat dan tinggi dalam kalkulator di bawah dan tekan butang "Kira"
Anda boleh sahaja membuat kiraan hipotetikal dengan memasukkan angka-angka dalam lingkungan julat-julat berikut ini: Umur -- 2 hingga bawah 19 tahun; berat -- 10 hingga 90 kg; tinggi -- 90 hingga 185cm.
Imej 2: Kalkulator 2
Penjelasan mengenai output
Output adalah "Invalid" apabila input tidak realistik atau input adalah realistik tetapi outputnya terkeluar daripada julat yang realistik.
Output adalah "Invalid" kalau output terkeluar daripada julat yang realistik atau input dibiarkan kosong atau satu atau semua input adalah tidak realistik.
Sekian buat kali ini. Kalau ada pertanyaan atau kemusykilan gunakan link ke 'catat ulasan di bawah. Kalau ianya membantu dan bermanfaat sebarkanlah.
Last-Modified: Wed 1 Jul 2026 22:09:56 GMT
Home









Ulasan